Anda di halaman 1dari 12

Gangguan Pergerakan (Disorders of Movement)

Kita boleh belajar banyak mengenai kawalan neural pergerakan dengan memerhatikan
apa yang berlaku apabila sesebuah sistem rosak. Hal ini kerana, gangguan pergerakan jelas
menyebabkan penderitaan manusia yang sangat besar. Simtom-simtom pergerakan ini
dikenali dengan simtom-simtom motor kerana ia menganggu pergerakan. Terdapat beberapa
jenis penyakit berkenaan dengan ganguan pergerakan ini seperti:

Distropi otot (Muscular Dystrophy)
Distrofi otot adalah pelbagai penyakit yang ditandai oleh atrofi otot. Gangguan ini
tidak disebabkan oleh abnormality saraf, hormone, atau aliran darah, melainkan gangguan
keturunan yang melibatkan kecacatan enzimatik atau metabolik. Pada kecacatan tersebut. Sel-
sel otot mati dan difagositosis oleh sistem inflamasi yang menyebabkan terbentuknya
jaringan parut dan penurunan fungsi otot (Elizabeth J. Corwin 2009).
Hampir semua kes distrofi otot melibatkan kaum lelaki memandangkan gen yang
bertanggungjawab untuk penyakit ini adalah gen resesif yang terletak pada kromosom X.
Tanda-tanda biasanya muncul pada peringkat awal kanak-kanak di mana kanak-kanak
tersebut mempunyai masalah berdiri atau melakukan aktiviti fizikal. Semakin lama penyakit
ini berterusan, pesakit akan mengalami kesusahan bernafas kerana otot toraks akan turut
terjejas. Kematian akibat kegagalan pernafasan atau jantung terjadi pada usia belasan sampai
awal dua-puluhan.
Jenis penyakit distrofi otot yang paling berat ialah distrofi otot Duchenne (DMD).
DMD ini berlaku kira-kira 30 di antara 100.000 kanak-kanak lelaki yang hidup. Pemeriksaan
DNA mendapati ada gen yang hilang di nomor 21 lengan pendek kromosom X (Xp21).
Sekitar 70% kanak-kanak lelaki yang menderita distrofi Duchenne. Tempat ini dikenali
sebagai distrofin kerana gen ini mengkod pembentukan protein distrofin yang terdapat pada
semua sel otot yang normal.
Gejala-gejala awal muncul pada 5 tahun pertama kehidupan kanak-kanak dan terdiri
daripada kelambatan berjalan, sering terjatuh, sikap berjalan yang bergoyang-goyang dengan
posisi lordosis, dan sukar menaiki tangga. Otot-otot betis yang menonjol adalah tanda klinikal
yang awal dan dikenali pseudo-hypertrophy. Walaupun otot-ototnya besar tetapi ianya
lemah, kerana kelemahan otot-otot gluteus, kanak-kanak lelaki dalam keadaan ini akan
mengangkat tungkai mereka ketika bangun dari posis berbaring (tanda Gower).
Pada distrofi otot Duchenne penting untuk dijalankan kaunseling genetik dan wanita
pembawa sifat dapat dikesan dengan mendapatkan suatu peningkatan kadar kreatinin kinase
dalam serum. Apabila seorang wanita diduga sebagai pembawa sifat, diagnosis pranatal
mungkin dapat ditegakkan dengan amniosentesis atau biopsi vilus korionik. Hal ini benar bila
terdapat suatu gen yang hilang di Xp21.
Sayangnya, masih belum ada terapi yang dapat menyembuhkan penyakit ini, dan
perlaksanaan ketika ini berfokuskan kepada gejala. Bagi pesakit yang mengalami masalah
pernafasan, spirometer insentif mungking dapat memperbaiki fungsi pernafasan, dan
antibiotic yang sesuai diberikan untuk infeksi paru-parunya.
Terapi kontraktuar meliputi fisioterapi, posisi ekstremitif yang sesuai, dan pelbagai
jenis alat penyangga yang semuanya digunakan sebagai tindakan pencegahan. Boclofen dan
pelemas otot lainnya dapat diberikan untuk mengurangi kekejangan otot yang boleh menjadi
faktor konstruktur. Kadang-kadang kes yang berat pembedahan diperlukan. Masih tiada
penawar untuk penyakit distrofi otot. Suntikan steroid diberikan untuk merawat pesakit ini.
Suntikan ini membantu menguatkan otot, tetapi tidak mengubati penyakit ini.

Penyakit Polio
Polio sudah dikenali sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan dinding di kuil-kuil Mesir
Kuno menggambarkan orang-orang sihat dengan kaki layu yang berjalan dengan tongkat.
Penyakit ini juga dikenali sebagai debility of the lower extrimities (kelemahan kaki),
sebuah istilah yang di gunakan di akhir tahun 1700-an; morning paralysis pada
pertengahan tahun 1800-an dan Heine-Medin disease yang digunakan di akhir tahun 1800-
an dan awal tahun 1900-an. Anterior poliomyelitis adalah istilah yang muncul daripada
hasil kerja Dr. John Shaw. Sejak penemuan virus ini, penyakit tersebut dinamakan
poliomyelitis yang disingkatkan polio (Thomas C. Timmreck 2005).
Virus penyebab penyakit polio pertama kali diperkenalkan oleh Landsteiner dan
Popper (1909) dalam bukunya yang berjudul Z Immunitatsforsch Orig. Virus polia termasuk
kelompok enterovirus kerana virus ini memberi kesan kepada manusia melalui saluran
pencernaan. Virus yang terdapat pada najis manusia dan menular kepada orang lain melalui
jalur fecal-oral. Virus ini berdiam dan membiak di dalam kerongkongan dan di dalam usus
manusia yang diserangnya. Virus ini kemudiannya masuk ke dalam peredaran darah hingga
merosakkan fungsi saraf sehingga terjadinya kelumpuhan pada anggota gerak bawah (J.B
Suharjo B. Cahyon, 2010). Menurut WHO, lebih daripada 90.000 kanak-kanak yang
mengalami kelumpuhan akibat polia yang seterusnya dapat dicegah dengan imunisasi.
Setakat ini belum ada lagi perubatan antivirus yang spesifik untuk penyakit polio.
Pengcegahan merupakan satu-satunya jalan terbaik dalam mencegah penyebaran penyakit ini.
Selain itu, kebersihan lingkunngan serta kebersihan individu akan meminimalkan virus yang
masuk melalui saluran pencernaan ini.
Jonas Salk (1950) berhasil menjadikan virus polia tidak aktif dari sel ginjal monyet
percubaan dalam larutan formalin. Berdasarkan percubaan Salk ini, perkembangan vaksin
polio yang diberikan secara oral menjadi lebih baik sampai sekarang. Vaksinasi polio sudah
menjadi program imunisasi nasional di Indonesia yang diberikan kepada kanak-kanak kecil
(J.B Suharjo B. Cahyon, 2010).

Amyotrophic Lateral Sclerosis (Lou Gehrigs Disease)
Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), adalah salah satu jenis penyakit yang tergolong
dalam penyakit saraf motor atau Motor Neuron Disease (MND). Penyakit ini juga dikenali
sebagai Penyakit Lou Gehrig, adalah sejenis penyakit kronik yang dicirikan dengan adanya
kelainan neurodegeneratif (kerosakan saraf) progresif yang mempengaruhi sel-sel saraf di
otak dan sumsum tulang belakang, penyakit ini melemahkan dan mematikan neuron motorik
(konponen sistem saraf yang menghubungkan otot dengan otot rangka) yang bererti otak
kehilangan kemampuan untuk mengendalikan pergerak otot. Orang yang menghidap penyakit
ini bisanya akan mengalami kelumpuhan (Dr. George Dewanto, Sp.S, Dr. Wita J. Suwono,
Sp.S, Dr. Budi Riyanto, Sp.S dan Dr. Yuda Turana, Sp.S, 2009).
Kemampuan manusia untuk bergerak disokong oleh sistem gerak, yang merupakan
hasil kerja sama yang serasi antara rangka (tulang), persendian dan otot. Fungsi rangka
(tulang) adalah sebagai alat gerak pasif yang hanya dapat bergerak apabila dibantu oleh otot.
Tulang antara satu sama lain, harus dihubungkan dengan fungsi persendian. Otot fungsinya
sebagai alat gerak yang aktif, yang dapat menggerakkan organ lain sehingga menghasilkan
suatu gerakan. Otot merupakan alat gerak yang paling penting kepada tubuh kerana apabila
manusia tidak mempunyai otot, maka kita tida dapat melakukan gerakan.
Penyakit ALS ini mempengaruhi neuron motorik. Otot yang dipengaruhi adalah otot-
otot yang boleh kita kendalikan, contohnya otot yang melekat pada rangka/tulang dan otot
pernafasan akan kehilangan kemampuan bergeraknya. Tetapi otot jantung dan organ-organ
pencernaan yang lain tidak terpengaruh. Sebahagian besar penyakit ini tidak mengganggu
fikiran, keperibadian, kecerdasan atau memori pesakit, malah tidak juga mempengaruhi
kemampuan untuk melihat, mendengar, bau, rasa, dan merasa sentuhan.
Penyakit ini terjadi akibat korteks serebral sebagai pusat dari neuron motorik
menyampaikan impuls (pesanan) dari sel saraf otak ke sumsum tulang belakang kemudian di
teruskan ke otot seluruh tubuh sehingga menghasilkan gerakan. Jika neuron motorik mati
atau berkurang kemampuannya maka neuron motorik tidak boleh lagi mengirimkan impuls
ke serat otot yang boleh menghasilkan gerakan. Keadaan ini akan menyababkan berlakunya
kelumpuhan. Ketika otot-otot tidak menerima impuls (pesanan) lagi dari neuron motorik yang
dibutuhkan untuk menghasilkan gerak, otot-otot mulai atrofi (menjadi lebih kecil). Bila
penyakit ini mempengaruhi otot dalam diafragma dan dinding dada, maka penderita akan
kehilangan kemampuan untuk bernafas. Kebanyakan penderita ALS akan meninggal karena
gagal pernapasan.
Gejala awal ALS biasanya kelemahan yang jelas atau atrofi otot. Gejala-gejala yang
lain muncul termasuk fasikulasi otot (berkedut), ketegangan atau kekakuan pada otot.
Kelemahan otot umumnya mempengaruhi lengan atau kaki, gejala lainnya seperti dengan
bercakap melalui hidung. Bahagian-bahagian tubuh yang dipengaruhi oleh simtom-simtom
awal ALS tergantung di mana neuromuskular dalam tubuh yang rosak pertama kali. Kira-kira
75% pada kebiasaannya adalah simtom awal penyakit ini ialah pesakit merasakan sakit di
lengan atau kaki. (Dr. George Dewanto, Sp.S, Dr. Wita J. Suwono, Sp.S, Dr. Budi Riyanto,
Sp.S dan Dr. Yuda Turana, Sp.S, 2009).
Penyakit ini biasanya sering menyerang orang yang berusia 40 hingga 60 tahun,
walau bagaimanapun orang yang lebih muda atau yang lebih tua juga boleh mengalaminya.
Golongan lelaki lebih banyak terkena penyakit ini berbanding dengan golongan wanita. Kira-
kira 90-95 kes, penyakit ini muncul secara kerap tanpa faktor risiko yang jelas dan sekitar 20
peratus kes biasanya berasal daripada kerosakan genetic spesifik yang menghasilkan mutasi
enzim yang dikenali sebagai Superoxide dismutase 1 (SOD 1) (Dr. George Dewanto, Sp.S,
Dr. Wita J. Suwono, Sp.S, Dr. Budi Riyanto, Sp.S dan Dr. Yuda Turana, Sp.S, 2009).
Penyebab yang sah berkenaan penyakit ALS sampai sekarang belum diketahui dengan
jelas lagi, namun beberapa kemungkinan yang diduga berperanan pada penyakit ALS antara
lain penuaan, virus, toksin, genetic, dan eksitotoksin.

Penyakit Parkinsons
Kebanyakan pengetahuan mengenai fungsi ganglion basal pada manusia berpunca
daripada pemerhatian pesakit-pesakit yang mengalami parkinsonisme. Penyakit ini adalah
suatu gangguan yang melibatkan kemerosotan neuron berpigmen di substantia nigra. Neuron-
neuron tersebut mengandungi dopamine dan berakhir di striatum. Gejala utama yang terdapat
pada gangguan ini, yang pertama kalinya dihuraikan oleh James Parkinson pada tahun 1817,
termasuk tremor rehat (beritma, dan melibatkan khususnya ibu jari dan telunjuk, seakan-akan
pesakit sedang menggentel pil), kekakuan (disebabkan oleh peningkatan tonus otot), dan
akinesia, atau gerakan berjeda. Pesakit yang mengalami gangguan ini bergerak sangat lambat;
secara am menunjukkan gerakan yang kurang tangkas dan gaya berjalan yang kekok. Walau
bagaimanapun, biasanya pesakit tidak menghidapi kehilangan kederiaan, dan pada amnya
daya pemikiran tidak terjejas(Paden Morat, Mohd. Hamim Rajikin, 1995).
Penyakit Parkinson adalah penyakit degeneratif sistem saraf, yang memberi kesan
kepada otak, dan juga struktur sistem saraf periferal (rujuk rajah 1). Ia adalah penyakit
neurodegeneratif yang kedua lazim selepas penyakit Alzheimer, yang boleh dialami oleh
semua orang tanpa mengira bangsa.
Walaupun penyakit Parkinson lebih lazim dihidapi di kalangan mereka yang lebih tua
(melibatkan 1% mereka yang berumur lebih 60 tahun), golongan muda juga boleh diserang
(di mana permulaannya boleh berlaku seawal umur remaja). Ia lebih lazim dihidapi oleh
kaum lelaki daripada wanita (Persatuan Parkinson Malaysia (MPDA), 2011).

(Dauer & Przedborski, Neuron 2003)
Rajah 1. Kemerosotan substantia nigra pada bahagian otak meyebabkan kekurangan
dopamine, yang mendasari simtom-simtom motor (khasnya bradykinesia dan
kekakuan) Penyakit Parkinson.
Masalah berkaitan pergerakan yang lazim bagi penyakit Parkinson ialah kegeletaran
(tremor) (walaupun ciri ini tidak dialami oleh semua pesakit), ketegangan otot, dan
kelembapan pergerakan atau pergerakan yang perlahan (bradykinesia). Diagnosis penyakit
Parkinson adalah berdasarkan kewujudan masalah-masalah pergerakan ini.
Ketidakseimbangan serta kekerapan jatuh berlaku pada peringkat akhir penyakit ini.
Sesetengah pesakit boleh mengalami simtom-simtom peringkat awal Parkinson pada sebelah
bahagian badan sahaja.
Laluan nigrostriatum merembaskan transmitter dopamine yang mungkin merencat
perangsangan sel-sel lain di striatum. Dengan menghapuskan pengaruh sel-sel tersebut suatu
ketakseimbangan berlaku di jaringan ganglion basal kerana neuron-neuron lain, yang
membebaskan asetilkolin (Ach), asid y-aminoabutirik (GABA), atau neurotransmitter lain
masih aktif. Keparahan gejala-gejala lain yang berlaku pada penyakit parkinsonisme secara
langsung mencerminkan darjah kekurangan sel yang mengandungi dopamine di substantia
nigra, dan kebanyakan gejala beransur-ansur pulih berikutan pemberian dadah yang
mengembalikan imbangan di antara bahan-bahan neurotransmitter melalui peningkatan
sintesis dan pembebasan dopamin, merencatkan pengambilan semula dopamine, atau dengan
merencatkan aktiviti laluan kolinergen (Paden Morat, Mohd. Hamim Rajikin, 1995).
Kekurangan sesuatu bahan kimia di dalam otak, dipanggil dopamine adalah punca
masalah motor (dan mungkin juga beberapa masalah bukan-motor) penyakit Parkinson.
Dopamine merupakan salah satu daripada beberapa bahan kimia (neurotransmitters) yang
digunakan oleh sel-sel otak untuk berhubung antara satu sama lain. Walau bagaimanapun,
punca penyakit Parkinson yang paling tepat masih tidak difahami sepenuhnya, maka
muncullah perkataan Penyakit Parkinson idiopatik (idiopatik bermaksud sebab tidak
diketahui). Kedua-dua faktor genetik dan persekitaran menyumbang kepada risiko untuk
mendapat penyakit Parkinson. Walau bagaimanapun, hanya 5-10% sahaja daripada pesakit
Parkinson yang mempunyai ahli-ahli keluarga lain yang juga diserang dengan penyakit ini,
dan inilah sebabnya mengapa penyakit Parkinson biasanya dianggap sebagai penyakit
sporadik (dan bukannya keturunan). Penyakit Parkinson bukannya akibat daripada sesuatu
yang anda telah lakukan (atau tidak lakukan) di masa silam. Ia bukan disebabkan kerana
membuat kerja berlebihan atau over-indulgence.
Buat masa kini, tiada ujian (semasa hidup) yang dapat mengenalpasti penyakit
Parkinson. Doktor akan memberikan diagnosis penyakit Parkinson berdasarkan sejarah
kesihatan pesakit dan pemeriksaan neurologik yang terperinci. Terdapat beberapa penyakit
lain yang boleh juga menyerupai penyakit Parkinson dan ujian-ujian seperti scan otak dan
darah atau ujian air kencing disarankan bagi sesetengah pesakit (contohnya, mereka yang
berumur bawah 50 tahun, dan menunjukkan tanda-tanda awal penyakit ini, atau kalau ciri-ciri
penyakit ini wujud) untuk mengenepikan beberapa keadaan ini.
Penyakit ini susah untuk disembuh (atau dicegah), dan lambat-laun, penyakit ini lebih
memudaratkan (melalui jangka masa bertahun-tahun). Walau bagaimanapun, simtom-simtom
motor boleh dikawal melalui rawatan, terutamanya pada peringkat awal serangan penyakit.
Buat masa kini, rawatan-rawatan ini kebanyakannya berlandaskan untuk memulihkan
kembali dopamine di dalam otak. Sebagai contoh, Terapi Penggantian Dopamin seperti
levodopa (ringkasnya L-dopa) adalah prekursor kepada dopamine (ianya bertukar menjadi
dopamine dalam badan). Terapi Agonis Dopamin juga adalah salah satu rawatan yang
digunakan dalam merawat penyakit ini. Agonis DA dapat digunakan untuk mengubat
penyakit Parkinson kerana walaupun, neuron-neuron yang melepaskan DA menghilang,
reseptor DA pascasinaps tetap ada dan berfungsi. Oleh kerana itu, pemberian agonis DA
untuk merangsang reseptor-reseptor ini akan memperbaiki keseimbangan inhibisi dan eksitasi
dalam ganglia basal (Persatuan Parkinson Malaysia (MPDA), 2011).
Penyakit Parkinson memberi kesan yang berbeza-beza bagi setiap orang dan rawatan
perlulah disesuaikan bagi setiap individu. Sesetengah daripada pilihan rawatan ini mungkin
rumit dan sebaik-baiknya seseorang itu haruslah berunding dan berurusan dengan seorang
pakar perubatan yang mempunyai minat istimewa dalam penyakit Parkinson. Seringkali,
kebaikan-kebaikan rawatan haruslah diseimbangkan dengan kemungkinan kesan-kesan
sampingan.
Melalui penyelidikan dan pembangunan, rawatan yang ada untuk penyakit Parkinson
terus berkembang. Sebagai contoh, setelah menjalani pembedahan rangsangan dalaman otak
atau deep brain stimulation (DBS) simtom-simtom penyakit. Parkinson dapat ditangani
dengan baik, di kalangan pesakit-pesakit yang terpilih untuk pembedahan tersebut.

Penyakit Huntington
Penyakit Huntington merupakan satu lagi keadaan kemerosotan yang melibatkan
ganglion basal. Penyakit Huntington merupakan penyakit yang kronik yang progresif.
Penyakit ini pertama kali dikenal pasti oleh Geoge Huntington, seorang doktor di Long
Island, pada tahun 1872. Penyakit ini ialah suatu gangguan keturunan yang bercorak dominan
autosomal dengan ketusukan yang lengkap. Dengan demikian, separuh daripada jumlah anak
daripada ibu atau bapanya yang menghidap penyakit ini mendapat korea tersebut. Gejala
biasanya bermula pada umur empat puluhan, iaitu selepas pesakit telah mengalami tempoh
melahirkan anak. Penolakan tentang penyakit berkenaan kerap berlaku, walaupun di antara
mereka yang berpelajaran tinggi yang sedar tentang peranan keturunan dan corak
penyampaianya dan resiko dalam menurunkan penyakit ini kepada anak-anak (Paden Morat,
Mohd. Hamim Rajikin, 1995).
Ganguan ini biasanya progresif dengan kadar yang cepat, dan pada peringkat-
peringkat akhir, dementia dan perubahan peribadi yang meluas sering berlaku beserta dengan
peristiwa-peristiwa kelakuan kurang siuman. Secara patologi, kemerosotan saraf kelihatan di
otak terutama sekali di korteks dan nukleus kaudat. (Paden Morat, Mohd. Hamim Rajikin,
1995).
Gerakan Khas yang biasanya dilihat terjadi pada pesakit penyakit Huntingtom ini
adalah seperti gerak menyentak tidak voluntary ynag ekstrem yang dikenali sebagai korea.
Gerakan abnormal ini boleh terjadi di seluruh tubuh dan menyebabkan keletihan fizikal.
Pesakit yang mengidap penyakit Huntington ini biasanya mengalami penurunan yang
progresif dalam fungsi mental.
Gejala awal penyakit ini hanya berlaku semasa pensakit telah dewasa. Keadaan ini
dicirikan, pada permulaannya, oleh pergerakan tidak voluntari yang mendadak dan tersentak-
sentak (koreiform, atau seakan-akan menari). Korea Huntington merupakan penyakit yang
pogresif, dan biasanya membawa maut dalam masa 15 tahun dari permulaan gejala. Pada
peringkat akhir gangguan ini, daya pemikiran lama-kelamaan semakin lemah. Gejala motor
yang terdapat pada penyakit Huntington secara ringkas, didapati berlawanan dengan gejala
parkinsonisme, dan dengan itu dadah yang merencatkan pengujaan di laluan dopamine
digunakan.
Pada masa ini, tidak ada rawatan yang berkesan untuk penyakit Huntington, pesakit
biasanya dirawat dengan memberikan ubat seperti chlorpromazine, haloperidol dan
sebagainya. Walaubagaimanapun ubat ini hanyalah sebagai agen neuroleptic (ubat
penenteram) yang hanya boleh membantu untuk mengawal gerakan yang tidak voluntary
sahaja.





RUJUKAN:
1. Persatuan Parkinson Malaysia (MPDA), 2011. Penyakit Parkinson: Maklumat untuk
pesakit Parkinson. Penerbit: Novartis Corporation (Malaysia) Sdn Bhd & Orient
Europharma (M) Sdn. Bhd.
2. George Dewanto, Sp.S, Wita J. Suwono, Sp.S, Budi Riyanto, Sp.S dan Yuda Turana,
Sp.S (2009). Panduan Praktis Diagnosis & Tata Laksana Penyakit Saraf. Jakarta:
Penerbit Buku Kedokteran EGC.
3. Thomas C. Timmreck, (2005). Epidemiologi: Suatu Pengantar. Jakarta: Penerbit Buku
Kedokteran EGC.
4. J.B Suharjo B. Cahyon, (2010). Vaksinasi, Cara Ampuh Cegah Penyakit Infeksi.
Yogyakarta: Penerbit Kenisius (Anggota IKAPI).
5. Elizabeth J. Corwin (2009). Buku Saku Patofisiologi, Ed. 3. Jakarta: Penerbit Buku
Kedokteran, EGC.
6. Paden Morat, Mohd. HamimRajikin, Noranita Mohd. Nordin, & Sharifah Azian Syed
Yasin, (1995). Robert L.Vick, Fisiologi Perubatan Semasa jilid 1. Selangor:
percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.