Anda di halaman 1dari 5

SISTEM OTOT

Sistem otot adalah sistem tubuh yang memiliki fungsi seperti untuk alat gerak,
menyimpan glikogen dan menentukan postur tubuh. Terdiri atas otot polos, otot jantung dan otot
rangka. Otot merupakan alat gerak aktif yang mampu menggerakkan tulang, kulit dan rambut
setelah mendapat rangsangan. Otot memiliki tiga kemampuan khusus antaranya kontraktibilitas
iaitu kemampuan untuk berkontraksi / memendek, Ekstensibilitas adalah kemampuan untuk
melakukan gerakan mengembalikan dari gerakan yang ditimbulkan saat kontraksi manakala
Elastisitas ialah kemampuan otot untuk kembali pada ukuran semula setelah berkontraksi. Saat
kembali pada ukuran semula otot disebut dalam keadaan relaksasi.


JENIS OTOT DAN KEDUDUKANNYA DALAM BADAN

JENIS-JENIS OTOT
OTOT RANGKA (CARDIAC MUSCLE)


Otot rangka merupakan sejenis otot berstria yang menghubungkan antara satu tulang ke
tulang lain. Sistem rangka memberi bentuk kepada tubuh badan manusia. Rangka yang kuat
dapat berfungsi sebagai penyokong dan pelindung kepada organ-organ lain pada tubuh manusia.
Sistem rangka juga menyebabkan manusia boleh melakukan pergerakan, ini kerana kebanyakan
otot yang bertindak pada tulang akan menghasilkan pergerakan pada anggota badan.Dalam tubuh
manusia, terdapat sebanyak 206 ketul tulang yang berlainan bentuk dan saiz. Tulang-tulang
tersebut boleh dikategorikan mengikut kumpulan bagi membentuk rangka tubuh manusia (By
Phillip E.Pack, Ph.D., and Steven, 2011).

KLAFISIKASI TULANG
Tulang-tulang yang membentuk rangka terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Tulang ini
boleh diklafisikasikan berdasarkan bentuknya iaitu,Tulang panjang, Tulang leper, Tulang tak
sama bentuk dan Tulang pendek. Tulang panjang ialah tulang-tulang yang ukurannya panjangnya
lebih berbanding ukuran lebarnya. Tulang ini merupakan tuas yang berkesan dalam memudahkan
pergerakan. Kebanyakan tulang panjang adalah tulang mampat seperti humerus, radius, ulna,
femur, tibia, fibula dan falanks. Tulang Pendek pula lazimnya berbentuk kiub yang ukuran
panjang dan ukuran lebarnya tidak begitu banyak perubahan seperti tulang tarsal dan karpal.
Seterusnya tulang leper ialah tulang yang berbentuk pipih dan melengkung. Kebanyakan tulang-
tulang ini berfungsi melindungi organ-organ yang lembut seperti ruduk sternum, ileum, scapula
dan cranium. Manakala tulang Tak sama Bentuk Tulang diklafisikasikan kerana tulang-tulang
yang tidak boleh dijeniskan dalam tulang panjang atau tulang pendek seperti vertebra dan
sphenoid.
OTOT LICIN


Otot licin ialah otot tidak berjalur yang terdiri daripada helaian gentian halus dan menirus.
Otot ini tersusun secara padat yang selari antara satu sama lain dalam satu berkas tisu
penghubung. Setiap gentian otot merupkan sel tunggal yang mengandungi satu nukleus dan
banyak fibril halus yang boleh mengecut. Otot licin dikawal oleh bahagian sistem saraf luar
kawal dan proses pengecutan dan pengenduran berlaku dengan perlahan. Otot licin juga bersifat
tak voluntari. Otot licin terdapat pada dinding salur pencernaan, pundi kencing,, salur-salur
darah, iris mata dan kelenjar dermis bawah kulit serta organ-organ dalaman lain (Amar
Chatterjee, Rita Chatterjee , 2007).




FUNGSI OTOT LICIN
Fungsi otot ini ialah mengerakkan cecair atau bahan di dalam saluran saluran yang terdapat
di dalam badan. Otot licin tidak berjalur dan dikawal oleh sistem saraf,hormon dan bahan kimia
serta regangan. Halaju penguncupan fiber otot licin adalah sangat perlahan dan kekal.Keadaan
ini disebabkan oleh fiber fiber otot licin di dalam tisu otot viseral terikat kuat dan membentuk
satu jaringan yang berterusan.Apabila satu fiber otot licin dirangsang, impuls akan terus bergerak
ke fiber lain dan kontraksi berlaku dalam bentuk gelombang ke fiber fiber yang berdekatan.

OTOT JANTUNG
Otot jantung merupakan otot yang mempunyai keistemawaan iaitu bentuknya lurik tetapi
bekerja seperti otot rangka iaitu di luar kesadaran atau di luar perintah otak. Kerja otot ini
dipengaruhi oleh saraf autonom. Otot jantung membentuk dinding jantung sehingga jantung
bekerja seumur hidup manusia. Kerja otot jantung tidak dipenaruhi kehendak kita.
Selain itu, otot jantung tersusun dari sel-sel otot yang mirip dengan otot lurik namun otot
jantung mempunyai percabangan. Sel-sel otot jantung mempunyai banyak inti dan terletak di
tengah serabut. Otot jantung bekerja secara teratur, tidak cepat dan tidak mengikuti kehendak
kita ( Jamilah Jamaludin, 1997).
Seterusnya, Otot jantung mempunyai ciri rupa yang hampir serupa dengan otot rangka.
Tetapi terdapat dua perbezaan yang ketara ialah dari segi bentuk selnya dan kedudukan nukleus.
Sel-sel otot jantung mempunyai cabang dan bercantum dengan sel-sel lain. Nukleus otot jantung
terletak dibahagian tengah sarkolemma. Otot jantung memang kaya dengan organel jenis
mitokondrion dan glikogen. Otot jantung hanya didapati pada jantung sahaja. Dari segi struktur
ianya mempunya ciri otot rangka dan otot licin. Ia mempunyai jalur, tapi nucleus terletak
ditengah-tengah. Sel-sel otot jantung mempunyai banyak mitokondria bagi membolehkan
pergerakan yang berterusan.
.









1. Jamilah Jamaludin (1997). Jantung: Antara Hidup Dan Mati, Perpustakaan Negara Malaysia.
2. By Phillip E.Pack, Ph.D., and Steven (2011). Bassett.CliffsNotes Anatomy and Physiology
Quick Review. 2
nd
Edition.
3. Amar Chatterjee, Rita Chatterjee (2007), Essential HUMAN PHYSIOLOGY, 2
nd
Edition.