Anda di halaman 1dari 55

Pengetahuan

Asas dalam
Muzik
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Memperkenalkan asas-asas muzik kepada pelajar dan
membolehkanpelajar memahami prinsip-prinsip muzik;

2. Menjelaskan maksud muzik serta memahami matlamat
dan objektif muzik;

3. Menyatakan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang
perlu adapada setiap pelajar;

4. Menjelaskan faedah Seni dalam Pendidikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran;

5. Menjelaskan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti
muzikal yang perlu ada pada setiap pelajar seperti
nyanyian, pergerakan danpermainan alat;

6. Merancang aktiviti-aktiviti muzikal yang bersesuaian
mengikut tahap kemampuan pelajar.
PENGENALAN
MUZIK adalah:
sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak
boleh dipisahkan. Tanpa muzik, dunia bagi pelajar adalah
kosong.

juga merupakan satu budaya kepada masyarakat.

Pelajar sentiasa memberi respon kepada muzik dan akan
merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri
apabila mendengar muzik.

Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam
amalan pertuturan dan interaksi harian.
Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan
sifat-sifat yang merangkumi aspek emosi, kreativiti,
nilai estetika dan etika tertentu.

Penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik
akan dapat membina pertumbuhan dan
perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial
pelajar itu sendiri.

Pengalaman muzik yang menarik akan membantu
meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran
lain.

PENGENALAN ASAS MUZIK
Biasanya apabila disebut muzik, kita akan membayangkan
lagu-lagu nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar,
dram, piano dan sebagainya, atau mendengar lagu-lagu
dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain.

Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan
kehidupan kita. Oleh itu, pada hakikatnya tiada orang yang
sepatutnya berkata: Saya tidak suka muzik.

Melalui muzik, seseorang itu akan dapat melahirkan dan
menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan,
kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan,
kekuatan dan lain-lain fenomena kehidupan. Muzik boleh
menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu
menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah
laku.


Kegiatan muzik merupakan satu saluran
komunikasi yang sangat penting.

Fahaman dan penglibatan pelajar dalam
kegiatan muzik yang meluas dan sejagat
akan dapat membantu mengeratkan
perhubungan dan persefahaman
kemanusiaan.

Definisi Muzik
Muzik diakui sebagai satu cabang seni dan
juga sains yang menggabungkan bunyi-
bunyi vokal dan/atau instrumental,
termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari
persekitaran atau rekaan dengan satu cara
yang dianggap memuaskan mengikut
estetika, corak pemikiran dan

emosi manusia yang juga boleh
mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid,
bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang
didengar di persekitaran boleh didefinisikan sebagai
muzik juga.

Dalam bahasa Arab, pengertian muzik adalah sebagai
handasah alsawt yang bermaksud kejuruteraan bunyi
secara artistik

Sebenarnya, muzik ialah satu perkataan yang telah
diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman purba
Yunani.


Perkataan Yunani Muses bermaksud semua bentuk
seni halus termasuk muzik.

Tetapi pada hari ini, perkataan muzik ini digunakan
secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian.

Matlamat dan Objektif

(a) Matlamat
Pendidikan muzik adalah bertujuan :

untuk memperkembangkan potensi dan kualiti diri
individu dari segi nilai estetika muzik dan etika

melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah
meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks
budaya dan aspirasi negara


(b) Objektif
Dengan memahami muzik, pelajar akan dapat:

(i) menikmati pelbagai pengalaman muzik;

(ii) memperkembangkan nilai estetika, kreativiti dan
ekspresi diri;

(iii) merasai dan mengenal konsep muzik;

(iv) meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif;

(v) mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas;



(vi) memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan
nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat;

(vii) memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin
diri;

(viii) mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama;

(ix) mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air,
tradisional dan semasa yang sesuai;

(x) mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan

(xi) menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan
berdiskriminasi

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Principles of the Pestalozzian System of Music
mengenai prinsip pengajaran dan pembelajaran muzik
adalah seperti berikut:

(a) Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda
atau simbologi (kaedah hafalan sebelum catatan) dan
biarlah pelajar menyanyi dahulu sebelum mempelajari
notasi muzik.

(b) Mendidik pelajar dengan memberikan galakan
kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru,
serta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu dan
menentukan dengan pengalaman atau usaha mereka
sendiri sama ada bunyi-bunyi itu sama atau berlainan, dan
seronok untuk didengar atau tidak.


Perkara ini dilakukan dengan penerangan atau panduan
yang paling minimum daripada guru. Ini bererti
pembelajaran yang aktif dan bukan yang berbentuk pasif
(kaedah penemuan kendiri).

Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni,
irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu
ketika. Perkara ini harus dijalankan dengan teliti sebelum
melakukan aktiviti gabungan dengan unsur muzik yang
lain.

Setiap pelajar harus mahir dan cekap dengan setiap unsur
muzik tersebut melalui latihan yang mencukupi,
sistematik dan berperingkat sebelum beredar kepada aspek
yang berikut (pembelajaran mengikut urutan).


(d) Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya
selepas amalan praktik dijalankan. Dengan itu, pelajar
akan dapat mengaitkan amalan praktik dan teori
dengan usaha sendiri (pembelajaran heuristik).

(e) Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi
untuk mengkaji muzik dan membuat latihan-latihan
dengan elemen-elemen muzik melalui usaha sendiri
supaya dapat dipraktikkan dalam seni muzik (kaedah
pendekatan berkonsep).

(f ) Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik
instrumental harus diselaraskan. Nyanyian solfa tidak
digalakkan.



Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik

Rajah 5.1 di bawah menunjukkan kaedah-kaedah
pengajaran dan pembelajaran muzik serta
pengasasnya:
Kebanyakan pendekatan-pendekatan pengajaran dan
pembelajaran muzik telah diasaskan berdasarkan
kepada Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi
Suzuki, Zoltan Kodaly dan Edwin Gordon.

Di antara kelima-lima pendekatan itu, pendekatan
Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi
keutamaan kerana menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau
sequential.

Pendekatan Dalcroze, Orff, Kodaly dan Gordon lebih
memberikan penumpuan kepada pembelajaran untuk
pengajaran muzik di sekolah rendah.

Manakala Suzuki lebih menumpukan kepada
pembelajaran muzik instrumental dan berkait dengan
pembelajaran muzik untuk pelajar prasekolah.

Pergerakan secara berirama dan tarian dengan aktiviti
eurhythmic adalah merupakan pendekatan Dalcroze.
Dengan itu, gerakan, improvisasi dan nyanyian solfa
diberikan keutamaan dalam pendidikan muzik oleh
Dalcroze.

Pendekatan Emile Jacques Dalcroze
Bagi Dalcroze, perkembangan kebolehan muzik di
kalangan pelajar boleh berlaku dengan baik tanpa
tumpuan yang mengongkong dan formal kepada
aktiviti-aktiviti muzik pada peringkat awal pelajar.

Dalcroze telah banyak menggunakan gerak-geri tubuh
badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan
kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik
seperti irama, rangkai lagu, melodi dan bentuk atau
struktur muzik di kalangan pelajar.


Beliau berpendapat bahawa tubuh badan manusia
mempunyai hubungan yang rapat dengan otak melalui
satu sistem urat saraf atau otot-otot yang begitu
kompleks.

Kajian dan penyelidikan dalam bidang neurologi telah
banyak memberi bukti kepada pendapat Dalcroze
mengenai kaedah kinestetik yang dinamakan
eurhythmics.

Pendekatan Carl Orff

Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada
beraneka jenis pengalaman muzikal.

Satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff
adalah kegunaan peralatan muzik yang direka atau
dipilih khas untuk pendidikan muzik bagi pelajar.

Orff berpendapat bahawa irama bahasa/lagu dan
pergerakan secara spontan kesemuanya boleh banyak
membantu pelajar supaya mempelajari dan
memahami dengan lebih berkesan konsep-konsep
muzikal.

Pelajar yang mempelajari muzik melalui pendekatan
Orff diberi peluang yang mencukupi untuk
mempelajari muzik dan melakukan improvisasi
dengan muzik dengan cara penemuan sendiri.
Pendekatan Orff boleh dibahagikan kepada lima
komponen utama:

5 Komponen
Pendekatan
Orff

Literasi

Imitasi
(Mengajuk
Balik)


Mencipta

Eksplorasi
(Fasa Cari
Sendiri)


Improvisasi

(a) Imitasi (Mengajuk Balik)

Berkait dengan perkembangan kemahiran-kemahiran asas dengan
menggunakan pertuturan berirama dan juga irama badan.

Irama badan yang dimaksudkan adalah melalui aktiviti-aktiviti
bertepuk tangan, petik jari, menampar peha, hentak kaki dan
sebagainya.

Kesemua aktiviti ini boleh dilakukan bersama pembelajaran nyanyian
dan bermain alat muzik.

Alat-alat genderang yang tidak berpic dan yang berpic (glockenspiel,
xilofon, metalofon, simbal, dram, kerincing, loceng) banyak
digunakan. Manakala alat melodi yang utama ialah rekoder.

(b) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri)
Pelajar digalakkan supaya membuat eksperimen
dengan bunyi-bunyi muzikal dan membuat gerakan
dengan usaha sendiri.

(c) Improvisasi
Pelajar digalakkan supaya melakukan improvisasi
secara individu atau kumpulan dengan kesemua
peralatan Orff. Pada mulanya, hanya skel pentatonik
disyorkan .

Ia dilakukan dengan mengeluarkan not-not tertentu
pada peralatan genderang Orff yang berpic seperti
xilofon dan metalofon.
Cuma not tonik do dan not yang kelima soh
dimainkan; kesemua not-not lain ditanggalkan. Alat
xilofon yang lain pula hanya menggunakan skel
pentatonik iaitu mengeluarkan not ke tujuh ti dan
not keempat fah.

Skel pentatonik ialah skel yang mempunya
lima ton
(d) Mencipta
Pada tahap ini, pelajar akan melakukan penciptaan
dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa di
atas.

Di peringkat ini, cerita pelajar dan puisi digunakan
sebagai bahan muzikal untuk penciptaan muzik
dengan menggunakan pertuturan berirama, gerakan,
nyanyian dan permainan alat-alat muzik Orff.

(e) Literasi
Pada tahap ini, pelajar akan belajar menulis dan
membaca notasi muzik seperti sight singing, menulis
corak irama dan skor muzik.
Pendekatan Zoltan Kodaly
Kodaly telah mengasaskan satu pendekatan yang
begitu terkenal di seluruh dunia.

Beliau telah merancang satu kurikulum muzik untuk
kegunaan sekolah di mana pembelajaran muzik
diadakan sebanyak empat hingga enam kali seminggu
dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat
sekolah menengah.

Program muzik ini diaturkan secara berperingkat atau
sequential dalam beberapa aspek pembelajaran muzik
seperti nyanyian, latihan aural, notasi muzik dan
permainan alat muzik.
Kodaly telah memberi penekanan yang jelas kepada
aktiviti membaca dan menulis notasi muzik dari
peringkat awal lagi melalui aktiviti nyanyian semerta
dan menurunkan melodi dengan notasi.

Kaedah Kodaly banyak menggunakan isyarat tangan,
latihan solfa tangga nada pentatonik dan nyanyian
lagu rakyat secara a capella (nyanyian tanpa iringan
alat muzik).
Latihan Solfa Isyarat Tangan Curwen

Pendekatan Kodaly menekankan kepentingan belajar
menyanyi mengikut pic yang betul.

Pada kurun ke-18, John Spencer Curwen dari England
mencipta isyarat-isyarat tangan (Rajah 5.2) untuk
mengiringi suku kata solfa (do re mi).

Kodaly menyerapkan isyarat-isyarat tangan ini ke
dalam kaedah pengajarannya.


Isyarat-isyarat tangan merupakan cara mewakili pic
vokal menggunakan kedudukan fizikal. Do rendah
bermula pada paras tengah (midsection).

Setiap pic yang kemudiannya seharusnya di atas pic
yang sebelumnya. Maka, isyarat tangan akan sentiasa
menaik apabila pic menaik.

Do tinggi adalah pada paras mata.

Rajah 5.2: Isyarat tangan Curwen
Pendekatan Sinuchi Suzuki

Pendekatan Suzuki pernah digelar pendekatan bahasa
ibunda. Suzuki menamakan kaedahnya talent education
atau pendekatan bakat.

Seperti pendekatan Orff, pendekatan Suzuki juga
memerlukan alat-alat khas iaitu violin kecil.

Ciri-ciri yang istimewa dalam pendekatan Suzuki
termasuk penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran
dan pembelajaran muzik secara individu.


.
Suzuki juga berpendapat bahawa pendidikan
muzik harus bermula dari peringkat awal kanak-
kanak dan pengajaran muzik perlu dimulakan
dengan bermain secara menghafal rote playing
sebelum menerima pembelajaran notasi formal.

Mendengar muzik secara berulang kali atau berkali-
kali atau secara bertubi-tubi dianggap amat penting di
dalam pendekatan Suzuki.

Kebanyakan dari ciri-ciri asas dalam pendekatan
Suzuki masih dikekalkan sehingga kini dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran muzik.

Pendekatan Edwin Gordon

Pendekatan Edwin Gordon adalah berasaskan kepada hasil
penyelidikan jangka panjang mengenai kandungan muzik
dan turutan pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

Pendekatannya adalah bercorak formal berbanding
pendekatan Dalcroze, Orff, Suzuki atau Kodaly yang lebih
berdasarkan kepada falsafah masing-masing.

Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol di
mana keutamaan diberikan kepada pembelajaran
permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-
simbol muzik diperkenalkan.

Bagi Gordon, pembelajaran muzik boleh berlaku
dengan baik jika setiap pelajar dapat menguasai satu
kebolehan yang dipanggil audiation iaitu satu proses
mental yang membolehkan seorang manusia
mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa rujukan
mana-mana bunyi yang diakibatkan secara fizikal
(sound vibration).

Dengan itu, punca bunyi dalam audiation adalah dari
akal fikiran sendiri dan bukan dari persekitaran
fizikal. Bahan dan strategi dalam pendekatan Gordon
juga diatur secara berperingkat mengikut teori-teori
pembelajaran semasa.

Aspek-aspek kognitif juga diberi keutamaan yang
sama dengan aspek-aspek pembelajaran muzik yang
lain.

Dengan itu, pelajar boleh membezakan irama, meter
dan juga tonaliti selain dari menyanyi, bermain alat
muzik, membaca notasi atau menghayati muzik.


AKTIVITI 5.1

Berdasarkan pengetahuan anda, bincangkan
pendekatan Kodaly dalam pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah.
KONSEP MUZIK
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik
dan mempunyai kualiti tersendiri.

Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai
penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci.

Konsep muzik merangkumi irama, melodi, harmoni,
warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.
Unsur-unsur Muzik
(a) Melodi
Rajah 5.3 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam
melodi:
Melodi mengandungi pic rendah, sederhana dan tinggi,
contohnya lagu Rasa Sayang.

Pic adalah sesuatu bunyi yang tinggi atau rendah.

Jeda ialah jarak pic di antara dua not. Contoh jeda iaitu do
re mi (jeda ketiga).

Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada
dimainkan mengikut langkah tertentu, contohnya skel C
major.

Solfa ialah nyanyian pic menggunakan sebutan not-not.


(b) Harmoni

Rajah 5.4 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat
dalam harmoni:
Harmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang
dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini
akan membentukkan kod.
Kegunaan kod adalah untuk mengiringi melodi.
Tiga elemen dalam harmoni ialah:

(i)Triad:
Gabungan tiga not maka terjadilah kod.

Untuk membentuk triad, not yang digunakan
adalah not asas, not ketiga dan not kelima dari
satu skel.
(ii) Arpeggio:
Not-not dalam sesuatu kod boleh dimainkan secara satu
persatu, menaik atau menurun.

Susunan not secara ini dinamakan arpeggio atau kod
curai.

(iii) Pergerakan kod:
Apabila satu kod bergerak ke satu kod yang lain, ianya
disebut sebagai pergerakan kod.

Di antara pergerakan kod yang lazim digunakan adalah
pergerakan kod I, IV dan V.

Kod-kod ini dinamakan sebagai kod primer.

(c) Irama

Rajah 5.5 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam
irama:

Irama adalah gabungan pelbagai jenis nilai not muzik
yang berbeza yang menghasilkan irama yang berbeza.
Lima elemen dalam irama ialah:
(i) Detik:
Rentak yang konsisten, contohnya denyutan jantung.

(ii) Meter:
Masa bagi muzik dikawal oleh meter yang ditulis
seperti berikut:

2 3 4 2 6
4 4 4 2 8

Angka di atas menunjukkan bilangan detik dan angka
di bawah menentukan jenis detik.
iii) Corak Irama:
Gabungan nilai not yang berbeza akan menghasilkan
corak irama yang berbeza.

(iv) Rentak:
Corak irama tertentu yang digunakan untuk
mengiringi nyanyian atau permainan alat, contohnya
rentak masri.

(v) Tempo:
Kelajuan sesebuah lagu atau muzik, contohnya allegro
(cepat) dan moderato (sederhana).

(d) Ekspresi
Rajah 5.6 di bawah menunjukkan elemen-elemen yang
terdapat dalam ekspresi:

Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu
persembahan vokal atau instrumental.

Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat. Gabungan
aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan interpretasi tersendiri.
Tiga elemen ekspresi ialah:

(i) Dinamiks: Simbol-simbol yang berkaitan
dengan bunyi kuat atau lembut dalam muzik.

P (piano) - Lembut (soft)
F (forte) - Kuat (loud)

(ii) Istilah Dinamiks:
Tempo - berkaitan dengan kelajuan dalam muzik
Alla marcia - rentak march
Andante - sederhana cepat
Allegro - rancak dan cepat
Coda ( ) - bahagian tambahan dalam sesuatu ciptaan
Da capo (D.C) - dari permulaan
Dal/segno (D.S) - dari tanda segno
Fine - tamat
Moderato - sederhana
Segno - tanda

Anda mungkin juga menyukai