Anda di halaman 1dari 128

"Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

KATA PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang Maha mengetahui yang ghaib dan
yang nyata. Sesungguhnya Dialah yang menguasai sekelian makhluk-Nya daripada golongan
jin, malaikat dan manusia serta lain-lain lagi, dan Dia jugalah yang berkuasa ke atas sekalian
mereka itu. Dialah yang mengatur dan mentakbir alam ini dan Dialah yang Maha Penentu
atas sekelian makhluk-Nya.
Selawat dan salam ke atas jungjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, ahli-
ahli bait serta para sahabat baginda serta pengikut sahabat dan ulama-ulama yang
menegakkan agama Allah SWT serta yang berhubung dengan mereka itu sehingga kepada
Nabi Muhammad SAW. Amma Ba'du.
Sihir dan kerasukan jin merupakan kenyataan yang terjadi di tengah masyarakat. Namun
yang menjadi masalah adalah tindakkan pengubatan yang sering dilakukan oleh sebahagian
besar masyarakat ketika menghadapi hal ini, sehingga tidak kurang yang kemudian pergi ke
dukun-dukun yang dianggap memiliki kekuasaan tertentu untuk diminta megubatinya,
padahal hampir semua dukun tersebut tidak terlepas dari melakukan kemusyrikan dalam
melakukan pengubatan. Sementara itu Islam melarang kita berubat dengan sesuatu yang
haram apalagi mengandungi kemusyrikan.
Sabda Nabi saw :
"Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan juga ubat(nys); dan telah menjadikan
ubat bagi tiap-tiap penyakit. Kerana itu, hendaklah kalian berubat tetapi janganlah berubat
dengan yang haram." ( H.S.R. Turmugzi )
Denaga rasa syukur yang tidak terhingga berkat hidayah dan taufik serta petunjuk-Nya, kami
telah membina lelaman ini dengan harapan agar umat Islam tidak terjerumus pada amalan
sihir atau menangkal dan mengubati sihir dengan cara yang tidak dibenarkan Syari'at Islam.
Semoga lelaman ini dapat membebaskan dan memahamkan masyarakat dari kemusyrikan
berkaitan dengan masalah ini dan bertambah keyakinan kita terhadap Allah dalam rangka
iman kepada yang ghaib.
Kelebihan dan kebesaran ayat-ayat suci Al-Quran dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW
yang terkandung di dalam lelaman ini tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan
dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita wajib mengutamakan kedua-duanya, Al-
Quran dan Sunnah, dalam amalan seharian kita.
Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat dan keperluan samada
duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan para alim-ulama untuk membaca
ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka. Ayat-ayat Al-Quran dan Doa Rasulullah
SAW ini dapat memberi perlindungan dan pengubatan dari gangguan jin, syaitan dan sihir.
Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dan Doa
Rasulullah SAW ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh ( menumpukan
sepenuh perhatian kepada Allah SWT ). Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan
dan keyakinan terhadap Allah SWT sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat.
Tidak syak lagi bahwa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimat-Nya mengandungi terlalu
banyak berkah dan manfaat. Bagi perawat pula, mulailah rawatan dengan niat hati ikhlas
kerana Allah SWT dengan penuh harapan mendapat bantuan dan pertolongan dari-Nya.
Kami memohon kepada Allah SWT, semoga lelaman ini bermanfaat bagi kami dan mereka
yang kebenaran. Allah SWT Maha berkuasa atas segalanya. Sesungguhnya Allah SWT Maha
Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa. Semoga Allah perkenan mengurniakan keikhlasan
dalam semua perkataan dan perbuatan kita, dalam semua gerak dan diam kita. Amin.
"Ya Allah, kepada-Mu lah kami memohon hidayah, taufik, pertolongan dan perlindungan. Ya
Allah, kami berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami
ketahui dan kami memohon keampunan dari apa yang tidak kami ketahui. Ya Allah!
Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para
malaikat yang hampir dengan-Mu juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat
Mengasihani. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada hamba-Mu dan Rasul-Mu,
Muhammad SAW, serta keluarga dan para sahabatnya."
Daripada Hamba yang lemah dan penuh kekurangan,
Yang Ikhlas,
Sidek Bin Abu Bakar

MENGENALI JIN - ( Alam Ghaibnya & Kerajaan Iblis )


Beriman Kepada Yang Ghaib

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya
merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi
setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa
ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu
ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-
Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-
ayat
Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa
banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin
misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga
roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat
mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.
Apakah itu Jin?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan
Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau
"yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang
umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-
makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup
bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud :
"Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular
dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."
Awal Penciptaan Jin

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang
lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya
) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal
) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api
yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).
Bagaimana Jin Dan Syaithan Hidup

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan
penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki
oleh jin, baik di daratan, lautan
mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa &
kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama
manusia. Diantara mereka, alhamdulillah,
ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi,
Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.
Tempat Tinggal Jin

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari
manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat
pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka
yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan:
"Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali
makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
"Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila
salah seorang kamu datang ke tandas
maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu
dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan
yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang." (HR. An-Nas'i)



MENGENALI JIN - ( Alam Ghaibnya & Kerajaan Iblis )


Kerajaan Iblis

Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan
pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :
Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang
yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun
kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan
permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa
musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat
tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara
satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak
kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.
Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah
pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya
menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah,
khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan
yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan
berurusan dengan pejabat besar mereka.
Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-
kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya
lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang
duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan
kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-
pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-
maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :


Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar /
Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-
anaknya.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang
mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-
urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-
A'war, Maswath dan Zalnabur."

JENIS-JENIS JIN - ( Kumpulan Jin )


Kumpulan-Kumpulan Jin

Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak
dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada
sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-
Kumpulan yang menunggu kubur
Kumpulan yang menunggu gua
Kumpulan yang menunggu mayat
Kumpulan yang menunggu air mata air
Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.
Pemimpin-Pemimpin Jin

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan,
Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar
yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith,
Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali,
Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI.
Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun
yang bergelar QUTBUL JALALAH.
Jenis-Jenis Jin

1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.
Anak-anak Iblis Yang Mempunyai Kerajaan Yang Besar

1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga,
keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak,
liwat, berjudi dan sebagainya.
4. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.




JENIS-JENIS JIN - ( Gelaran-Gelaran Jin )


Gelaran-Gelaran Jin Dalam Istilah Orang Melayu

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut
perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai
dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di
kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.
Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-
(a.) - Hantu Raya
(b.) - Hantu Toyol
(c.) - Hantu Pelesit
(d.) - Hantu Kubur
(e.) - Hantu Jerangkung
(f.) - Hantu Galah
(g.) - Hantu bungkus
(h.) - Hantu Bidai
(i.) - Harimau Jadian
(j.) - Hantu Pontianak
(k.) - Hantu Langsuir
(l.) - Hantu Air
(m.) - Hantu Pari
(n.) - Hantu Laut
(o.) - Jin Tanah
(p.) - Hantu Pochong
(q.) - Hantu Pari-Pari
(r.) - Jembalang Tanah
(s.) - Hantu Polong
(t.) - Harimau Penanggal
(u.) - Hantu Bukit
(v.) - Hantu Punjut
(w.) - Hantu Bawah Tangga
(x.) - Hantu Kum-Kum
(y.) - Hantu Mati Dibunuh
(z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
(zz) - Hantu Tengelong
Mukhannats Adalah Anak Jin Atau Syaithan

Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan
mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-
mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan
perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk
mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang
bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima
akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang
setimpal belaka.
9 Anak-Anak Syaithan Yang Lainnya.

1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.
2. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.
3. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.
4. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di
tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )
5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour
etc.
6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita.
Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas,
memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
8. WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

MENGENALI SIHIR - ( Pengertian )


Pengertian Sihir

Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini
sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia
melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat
yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang
misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah
sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang
menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.
Punca Wujud Ilmu Sihir

Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada
zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi
Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki
untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s.
Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana
keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang
mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir
kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu.
Bagaimana Ahli Sihir Mendekatkan Diri Kepada Jin

Untuk mendekatkan diri kepada Jin atau Syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-
Qur'an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada juga yang menulis
sebahagian ayat Al-Qur'an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan
darah haid. Ada pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah Al-Fatihah
secara songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam keadaan junub.
Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya
dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah
ditentukan oleh jin / syaitan. Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak
perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran.
Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya
kecuali dengan satu imbalan atau balasan. Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah
ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-
kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi
khadamnya. Sesungguhnya bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam
rangka maksiat kepada Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan kelihatan
kegelapan disebabkan oleh kekafirannya.
Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan
sesengsaraan jiwa. Dia tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas
setiap kali tidur di samping memikirkan syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan
isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.



MENGENALI SIHIR - ( Perjanjian )


Perjanjian Ahli Sihir Dengan Jin

Di bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang ahli sihir dengan
wakil syaitan" yang bernama Asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan
manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin.
Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia. Cop yang tertera di surat ini
bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop 'Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa. Ia
merupakan cop milik Jin jahat biasa.


Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara "Syaitan dengan O'Ryan
Greenfield" seorang ahli sihir dari barat. Sebenarnya surat itu ialah perjanjian otentik antara
seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian
diperkuat oleh cop 'Ifrit.


Cara-Cara Ahli Sihir Memanggil Jin

Cara Pertama : Thariqotul Iqsam
Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan.
Cara Kedua : Thariqatuz Zabhi
Penyembelihan Binatang.
Cara Ketiga : Thariqah Sufliyah
Melakukan Kenistaan.
Cara Keempat : Thariqatun Najasah
Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an dengan Najis.
Cara Kelima : Thariqatut Tankis
Menulis Ayat-Ayat Al Qur'an secara Songsang.
Cara Keenam : Thariqatun Tanjim
Menyembah Binatang.
Cara Ketujuh : Thariqatul Kaffi
Melihat melalui Tapak Tangan.
Cara Kelapan : Thariqatul Atsar
Menggunakan benda Bekas Pakai.

JENIS-JENIS SIHIR - ( Dalam Masyarakat Melayu )


Sihir Dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu
dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai
perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung
kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan
patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir
Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa
yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan
mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai
pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita
atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan
peranan yang paling besar.
Jenis-Jenis Sihir

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa
seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung
itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir
tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan
campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau
minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain
kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi
mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat
merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah
seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal
atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam
khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang

Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir
kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas
kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan
jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.



JENIS-JENIS SIHIR - ( Cara Mengatasinya )

Cara Mengatasi Gejala Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau
spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya.
Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk
mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas
bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid
bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an
yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-
ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat
dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci
bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga
ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada
surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T.
boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Saka ( Keturunan )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah
menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana
ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita
terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk
mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia
tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran
atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang
itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-
surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-
ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan
mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah......
Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia
dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu
akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya
jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah
mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....

GANGGUAN JIN
Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah
payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik
untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular,
singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang
mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat
hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.
Tanda-Tanda Pada Waktu Sedar Atau Jaga

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga,
hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup
mengubatinya.
Macam-Macam Gangguan Jin

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang
mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota
badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga
memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang
mengalami mimpi buruk.
Diantara Penyebab Gangguan jin :

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin
perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau
menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab
tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu
manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai
dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.



SEBAB & CARA JIN MASUK KE TUBUH MANUSIA


Sebab-Sebab Masuknya Jin ke dalam Tubuh Manusia

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa
nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala
manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian
banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.
Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia
disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia
sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau
membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada
yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak
patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang
keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin
tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang
diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu
bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada
semua makhluk manusia dan makhluk jin.
Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak
sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal
itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak.
Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa
izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi
tempat tinggal manusia.
Cara-Cara Masuknya Jin ke dalam Tubuh Manusia

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma,
kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk
jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah
menciptakan jin dari api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara
panas yang keluar dari api.
Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui
otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para
doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit
kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam
otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan
orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak
manusia.



PERLINDUNGAN


Perlindungan Terhadap Gangguan

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar.
Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka
syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang
ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada
Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan
menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu
seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan
wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan
perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu
matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata
ampuh bagi syaitan.

KESOMBONGAN IBLIS

Peperangan antara manusia dengan syaitan telah menjadi sejarah yang cukup lama, di mulai
sejak penolakan iblis terhadap perintah Allah untuk bersujud kepada Nabi Adam A.S. Allah
berfirman, ertinya : "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud ( kepada Adam ) diwaktu
Aku menyuruhmu?. Menjawab iblis : "Saya lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku
dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." ( Al-A'raf : 12 )
Iblis - semoga laknat Allah atasnya - sangat faham bahwa Allah adalah Rabb Yang Maha
Pencipta, Maha Pemilik, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Pengatur, tiada sesuatupun yang
terjadi kecuali atas izin dan ketetapanNya, akan tetapi dia tidak mentaati Allah.
Maka balasan yang adil atas keberanian iblis dalam menentang perintah Allah sebagaimana
disebutkan dalam firman Allah, ertinya : "Allah berfirman :Turunlah kamu dari Syurga itu;
kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah,
sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina."
( Al-A'raf : 13 )
Pengetahuan dan keyakinan iblis terhadap wujud dan sifat-sifat Allah tidaklah bermanfaat
dan juga siapa saja yang mengedepankan logika daripada perintah Allah sehingga ia bisa
dengan leluasa menerima atau menolaknya atau berhukum dengan perintah Allah tetapi
menolak keputusan Allah. Dalam hal ini maka ilmu dan kepercayaan tentang Allah tidaklah
bermanfaat. Jadi iblis dinyatakan kafir dengan disertai ilmu dan kepercayaan yang sangat
cukup.
Iblis telah terusir dari Syurga dan rahmat Allah sehingga berhak mendapatkan laknat dan
tergolong dari makhluk yang hina selama-lamanya. Tetapi memang dasar iblis keparat tidak
mahu melupakan Adam A.S. yang telah menjadi penyebab ia terusir dan terkutuk, sehingga ia
tidak mahu tinggal diam tanpa balas dendam dan dendamnya itu dilampiaskan sesuai dengan
tabiat jahatnya sebisa mungkin.
Allah berfirman, ertinya : "Iblis menjawab : Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka
dibangkitkan. Allah berfirman : Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.
Iblis menjawab : Kerana Engkau menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (
menghalang-halang ) mereka dari jalan Engkau yang lurus kemudian aku akan mendatangi
mereka dari muka dan dari belakan mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau
tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur ( taat )." ( Al-A'raf : 14-17 )
Keinginan iblis yang sangat kuat dan jahat untuk menyesatkan anak Adam menyingkap tabiat
jahat iblis. Dia adalah makhluk yang benar-benar jahat bukan sifat yang hanya bersifat
sementara, dia makhluk yang murni jahat, pembangkang, keparat dan terkutuk. Sehingga iblis
menjadi makhluk terlaknat dan terkutuk serta memiliki sifat sombong dan jahat dan Allah
memberikan kesempatan hidup yang sangat panjang. Terlaknat dan terkutuknya iblis di
keranakan maksiat dan sombong kepada Allah yang menjadikan ia makhluk terhina padahal
sebelumnya ia termasuk makhluk yang terhormat. Kerana penolakannya terhadap perintah
Allah untuk sujud kepada Nabi Adam A.S. mengakibatkan dia terusir dan terkutuk dari
rahmat Allah.



SUMPAH IBLIS UNTUK SELALU MENGGODA KETURUNAN ADAM

Kerana sebab itu iblis bersumpah dan berjanji untuk menyesatkan anak-anak Adam dari jalan
Allah yang lurus dan menutup rapat jalan bagi setiap orang yang ingis melintasinya. Dan
menutup rapat semua jalan menuju keimanan dan ketaatan yang bisa mendatangkan redha
Allah. Dan dia tidak akan berhenti menggoda setiap manusia dari seluruh penjuru untuk
menghalangi mereka dari keimanan dan ketaatan. Allah menjawab ikrar iblis dengan
firmanNya, ertinya : "Allah berfirman : Keluarlah kamu dari Syurga itu sebagai orang yang
terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa diantara mereka mengikuti kamu, benar-
benar Aku akan mengisi Neraka Jahanam dengan kamu semuanya." ( Al-A'raf : 18 )
Dalam hal ini Allah memberi kesempatan bagi iblis dan pengikutnya untuk menysatkan dan
Allah juga memberi kepada anak-anak Adam kesempatan memilih sebagai ujian dan cobaan
dan semua itu berdasarkan kehendak Allah, iblis dijadikan makhluk yang memiliki
keistimewaan tertentu.
Tetapi Allah tidak membiarkan kita bertempur tanpa petunjuk serta senjata untuk
melawan kejahatan iblis. Al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W. sangat cukup sebagai
petunjuk dan senjata untuk berlaga dalam pertempuran. Allahu a'lam bish-shawab. (
Maraji' terjemahan "Perendam Makar Setan", karangan Syeikh Jamal Ash-Shawali terbitan
Darul Haq, Ighatsatul lahfan, karya Ibnu Qayyim dan Tablis Iblis, karya Ibnul Jauzy )



KISAH SYAITAN BERTEMU RASULLULLAH SAW

1) Dari Abu Darda' ra, ia berkata : Rasullullah SAW berdiri melakukan solat kemudian kami
mendengarnya mengucapkan : "Aku berlindung kepada Allah darimu", kemudian bersabda :
"Aku laknati kamu dengan laknat Allah" seraya membuka tangannya tiga kali seolah-olah
memegang sesuatu. Ketika selesai solat, kami bertanya, wahai Rasulullah kami
mendengarmu mengucapkan sesuatu di dalam solat, kami belum pernah mendengarmu
mengucapkannya sebelumnya dan kami melihat kamu membuka tangan?. Nabi SAW
menjawab : "Sesungguhnya musuh Allah, iblis, datang membawa obor dari api untuk
diletakkan diwajahku, lalu aku mengucapkan "Aku berlindung dari Allah" tiga kali,
kemudian aku katakan "Aku melaknatimu dengan laknat Allah yang sempurna" tetapi tidak
mundur sampai tiga kali kemudian aku ingin mencuba menangkapnya. Demi Allah kalau
bukan kerana doa saudara kita Sulaiman nescaya dia sudah terikat dijadikan mainan oleh
anak-anak penduduk Madinah".
2) Dari Abu At Tayah, ia berkata : Aku berkata kepada Abdur Rahman bin Khanbasy At
Tamimi, ia seorang yang sudah tua : "Engkau pernah berjumpa Rasulullah SAW?." Ia
menjawab : "Ya. Aku bertanya : "Bagaimana beliau berbuat pada malam diserang oleh Jin
dan Syaitan?". Ia berkata : "Sesungguhnya syaitan mendatangi Rasulullah SAW malam itu
dari berbagai lembah dan lorong, diantara mereka adalah syaitan yang membawa obor api di
tangannya ingin membakar wajah Rasulullah SAW. Kemudian Jibril turun kepadanya seraya
berkata : "Wahai Muhammad, ucapkan". Nabi SAW bertanya : "Apa yang harus aku
ucapkan?" Jibril berkata : Ucapkanlah :


"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang Dia ciptakan,
dari kejahatan apa yang turun dari langit, dari kejahatan yang naik kepadanya, dari
kejahatan fitnah siang dan malam, dan dari setiap kejahatan yang datang di malam hari
kecuali yang datang dengan membawa kebaikan, wahai Yang Maha Rahman."
Ia berkata : kemudian padam api mereka dan Allah mengalah kan mereka.

PERALATAN TUKANG ATAU AHLI SIHIR


Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir

Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah
seperti brikut :-
1. Pemujaan Kubur
Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya
penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang
diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir.
Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.
Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang,
pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk
menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang
ingin menyesatkan mereka.
2. Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni
mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir
keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta
dibalut dengan kain kuning atau hitam.
Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan
jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris
tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu
mereka.
3. Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang
diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan
sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga
kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.
4. Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih
atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak
pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu
pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan
hendaklah di asap dengan kemenyan dan di baca mentera atau jampi tertentu.
Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan
alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning,
ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu
dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian
sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.
5. Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya
diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun
pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin
keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau
kampong mereka. Kemenyan dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh
Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat
untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan
di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga
kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan
bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula
seekor kambing atau kerbau.
6. Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya.
Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau
meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat
pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin.
Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.
Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di
nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala,
sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah
dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau
jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki
tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau
amaran kepada mereka.
Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama
Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian
hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan
oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang
yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara
Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan
mereka.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan
sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!..... subhanallah.

MENGUSIR JIN DI DALAM RUMAH

Bagaimana caranya untuk mengusir atau membunuh Jin yang jahat dan membangkang?
Orang yang berusaha mengusir atau membunuh jin, tidak boleh tidak, haruslah orang yang
betul-betul bertakwa kepada Allah, percaya akan pertolonganNya, selalu mematuhi
ketentuanNya, dan selalu dalam keadaan berwhudu'. Menyingkirkan segala macam gambar
atau patung dari tempat yang akan dijadikan tempat rawatan.
Sebab, gambar-gambar dan patung-patung itu memiliki daya tarik yang kuat bagi jin. Jika si
pesakit seorang wanita, maka hendaknya dia memintanya berwhudu', lalu berbaring dengan
kedua kakinya ditutupi selimut. Sebagai usaha berhati-hati, hendaknya diletakkan mushaf di
atas kepala si pesakit tepat di arah pandangan matanya, sehingga jin tidak keluar dari
tubuhnya lalu menghalang pandangan matanya.
Ada baiknya juga jika dletakkan mushaf di arah antara pusat dan auratnya. Selanjutnya
hendaklah meminta kepada salah seorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki
kirinya atau telapak kaki kanan dan kirinya jika diperkirakan jinnya lebih dari satu, atau
jinnya mengaku beragama Islam dan mengatakan bahawa dia adalah jin Sufi, yang
merupakan jenis jin sangat berbahaya. Kemungkinan besar, jin jenis ini adalah jin yang
sangat mudah menerima kebenaran Islam dan bersedia keluar dari tubuh si pesakit kerana
tunduk atas perintah Allah.
Untuk mengusir atau membunuh jin, anda boleh membaca Ayat-Ayat Ruqyah. Cara-
caranya boleh anda dapati di ruangan Proses Pengubatan. ( Cara pengubatan yang
lengkap dengan pagar diri dan peringatan )
Di tengah-tengah bacaan Ayat Ruqyah itu tadi, bolehlah anda memohonkan kutukan Allah
untuknya,
( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, "Aku
mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna," sebagaimana halnya, anda pun boleh
mendo'akan kehancurannya. )
atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu
berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi
petunjuk kepadanya.
Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja
membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama
I slam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan
kepadanya, "Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri." Kemudian ambillah minyak wangi dan
urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang
anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi
kezalimannya.
Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak
mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi
merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada
bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat
si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal
itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya
agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada
dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.
Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas,
lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu
minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si
pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu
minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram
dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang
terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.



SEBAHAGIAN TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH

1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.



CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )


Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah

Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara
yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah
sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.


"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman;
keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah,
keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah
bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah
mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
1. AL-Fatehah
2. Ayat Kursi
3. At-Takathur
4. Az-Zalzalah
5. Al-Ikhlas
6. Al-Falaq
7. An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di
larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat
ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan
semesta alam.
3.) Atau membacakan doa dan ayat ini ke dalam air.




Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak
ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang
Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua
nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari
golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari
kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri;
dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang
bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang
menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada
waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang
kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-
pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu.
Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada
Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari
kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari
kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang
derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari
syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi
(kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang
membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit
dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari.
Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-
bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat
derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para
malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan
bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang
mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah
sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan
segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di
atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para
tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan
bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada
golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan
sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.

KESESATAN DALAM RAWATAN / PERUBATAN

Kebanyakan kesesatan yang boleh membawa kepada syirik dan menyebabkan seseorang itu
menjadi kafir kebiasaannya berlaku dalam bidang perubatan yang dilakukan Tok Bomoh dan
seumpamanya. Kesesatan yang sering berlaku pada golongan ini, ialah melalui proses
mengubati pesakit atau dalam melakukan pekerjaan mereka, mereka mempunyai hubungan
dan meminta pertolongan dengan khadam-khadam yang terdiri samada daripada Jin Islam
alam rendah atau yang terdiri daripada Jin-Jin kafir. Mereka menjadi sesat melalui berbagai
cara antaranya :-
Melalui Jampi, Mentera dan Serapah.

Kebanyakan daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan jampi atau mentera yang
menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi membantu mereka memberi
rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi mereka. Biasanya jampi mentera itu
dimulai dengan bacaan Basmallah . Dan di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau
dengan menyebut Lailahailll Allah Muhammadar Rasulullah ". Tetapi di tengah-tengah jampi
mentera mereka terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta pertolongan mereka dalam
mengubati pesakit atau mendapatkan sesuatu. Contohnya seperti :-
Amalan Batin.
" Bismillahirrahmanirrahim." Kuliat kulit banyu, sufaat daging banyu, rai ro ra inson, rogo
iro rogo inson, aku bali gowo cohyo, cohyo maskinang kining, sang yang tunggang gerono
anci-ancik kendali puro, berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah
Muhammadurrasulullah.
Serapah lekat Tulang.
" Bismillahirrahmanirrahim." Hei ! kerancang tulang dalam buluh, melela makan buat daku,
kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang, kalau kau nak keluar, keluar tulang, kalau tidak
aku sumpah kata Allah berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.

Serapah menepung Tawar
" Bismillahirrahmanirrahim." Hai Jin Tanah Jembalang Bumi, Hai Jin Hitam serangkap rang
bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga,
tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku, dan jahat di atas mu, dengan
berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Mentera Menepung Tawar.
" Bismillahirrahmanirrahim." Hai ya sema yang semung, ya sema tiga terkendong, kembang
wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong batang wang batang terkendong, ribut salah
musim, kiong kemaling cendi seruka, dalam usul punya melepas, siapa yang melepas, dalam
asal punya melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa punya melepas,
sema putih punya melepas, siapa punya melepas, sema hitam punya melepas, Pelepas di
padang luas, melepas mak inang kurang sa empat puluh, pelepas kata dgn berkat Lailahaillah
Muhammadurrasulullah.
Kesesatan yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang menggunakan kaedah ini adalah
terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera yang digunakan itu mengandungi permintaan
pertolongan kepada kuasa khadam dampingannya di samping meminta pertolongan daripada
Allah, ini menunjukkan seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan dapat memberi
pertolongan kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan Khadam-khadam mereka. Perbuatan
tersebut dengan terang-terang telah melakukan perbuatan syirik kerana menyamatarafkan
Allah s.w.t dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan kepada mahkluk lain selain
daripada Allah.
Melalui Perbuatan / Kelakuan.

Kesesatan Tok Bomoh.
Kesesatan seseorang Tok Bomoh dan seumpamanya boleh berlaku pada perbuatan dan
kelakuan Tok Bomoh tersebut melalui penjelmaan Jin ke dalam tubuh badan mereka yang di
panggil " Tanasakhul Aruah " semasa mereka melakukan perubatan. " Menurun " yang
dilakukan untuk mengubati itu, adalah dengan bergantung kepada pertolongan dan kuasa Jin
bagi membantu merawat pesakit tersebut.
Bercakaplah Jin itu menggantikan Tok Bomoh atau Tok Pawang dengan mengkhabarkan
berita-berita atau masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit tersebut. Pada hakikatnya yang
sedang mengubati itu adalah Jin dan bukannya Tok Bomoh atau Tok Pawang tersebut, kerana
tiada nas dan dalil dalam Al-Quran, hadis, ijmak ulama ataupun qias dan lain-lain pendapat
yang muktabar yang boleh di pakai dalam Islam, yang menyatakan bahawa aruah Jin dan
wali-wali boleh menjelma dan masuk ke dalam diri seseorang serta memperkenalkan dirinya
dengan nama yang dijelmakan.
Demikian juga yang dilakukan oleh Mak Bidan ketika menyambut kelahiran bayi. Ada yang
tidak sedarkan diri ketika menyambut bayi, namun mereka dapat melaksanakan tugas tersebut
hingga selesai walaupun mereka tidak sedarkan diri. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang
memainkan peranannya ketika Mak Bidan tersebut tidak sedarkan diri.
Mak Andam juga memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana persandingan
ala Hindu dengan adat istiadat pelamin dan pengantinnya. Bermula dari berinai , masuk
pelamin sehinggalah selesai majlis persandingan tersebut di penuhi dengan suasana dan
perkara-perkara Khurafat yang berhubung rapat dengan majlis pemujaan Dewa Rama dan
Dewi Sita.
Sedangkan sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa upacara persandingan tidak pernah
ujud dalam tamadun Islam, tambahan lagi mempertontonkan aurat wanita di khayalak ramai
itu hukumnya haram dan persandingan pula bukanlah merupakan Sunnah Nabi s.a.w.



KESESATAN YANG DILAKUKAN PADA ORANG YANG BERUBAT

(i) Memuja Kubur-kubur yang di anggap Keramat.
Terdapat sesetengah daripada orang Melayu memuja kubur-kubur yang di anggap
keramat dalam usaha meminta pertolongan bagi mengubati penyakit yang di
alaminya. Sebenarnya kubur tersebut tidak dapat memberi apa-apa pertolongan dan
kesan kepada penyakit mereka. Perbuatan tersebut amat bertentangan dengan
ajaran Islam yang menyuruh umatnya meminta pertolongan hanya kepada Allah. Di
samping perbuatan mereka itu juga tidak ada bezanya dengan amalan orang-orang
Hindu dan Buddha.
Menziarahi kubur sebenarnya tidaklah salah atau menjadi satu kesalahan, bahkan
sunat bagi umat Islam menziarahi kubur kedua ibu bapa , sanak saudara, keluarga,
sahabat handai, tok-tok guru, alim ulama, para syuhadak dan orang-orang saleh,
tetapi mengadakan pemujaan atas kubur tersebut, dengan mengadakan sesuatu
upacara tertentu atau khusus di luar batasan syarak, itulah yang menjadi kesalahan
dan kadang-kala boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad dengan tidak
disedari. Waliyazubillahi min zalik.
Antara contoh perbuatan memuja kubur yang dianggap kubur Tok Keramat yang
berlaku dalam masyarakat kita ialah seperti memuja kubur Mak Bidan Tetek Lanjut
di Taiping, memuja kubur Tok Temong di Temong, Kati, Kuala Kangsar, Memuja
kubur-kubur di Pulau Besar, Melaka. Mak Bidan Tetek Lanjut yang di puja itu tidak
siapa pun yang mengetahui asal usul dan kesolehannya. Jadi mengunjungi
kuburnya dengan sesuatu tujuan, membayar nazar dan niat adalah merupakan
perbuatan bidaah dholalah yang haram semata-mata, kerana menganggapnya
keramat dengan membawa pisang, pulut kuning dan sebagainya dengan tujuan
untuk mendapat berkat dan sebagainya.
Manakala pemuja Kubur Tok Temong di Kati pula, pengunjung-pengunjung
mengunjunginya dengan tujuan untuk menunaikan hajat dengan membawa pulut
kuning, ancak, kemian, serta mengadakan tahlil di kubur tersebut bagi mendapatkan
sesuatu hajat. Ada juga pengunjungnya yang menyembelih ayam dan di niatkan
darah dan tulang ayam itu adalah untuk makanan Jin penunggu Tok Temong. Tidak
ketinggalan kubur tersebut juga di kunjungi oleh sesetengah guru-guru latihan
pertahanan diri dan pengikut mereka untuk mengambil berkat dan lain-lain yang
seumpamanya. Mengikut sejarah Tok Temong hanyalah merupakan pemerintah
asal kawasan tersebut sebelum kedatangan Sultan ke Kuala Kangsar sahaja.
Pemuja-pemuja kubur di Pulau Besar di Melaka pula menganggap kebanyakan
kubur-kubur di Pulau tersebut adalah kubur wali-wali Allah yang keramat.
Sebenarnya kubur-kubur di pulau tersebut banyak yang kosong tanpa penghuni.
Hanya orang yang tidak tahu menilai kebenaran sahaja yang mahu mengunjunginya.
Mereka di tipu oleh kumpulan-kumpulan Jin yang mendiami pulau tersebut dan
memberitahu mereka melalui mimpi supaya dibangunkan kubur-kubur untuk
pemujaan.
(ii) Pengeras / Upah.
Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan.
Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam
setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak
tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan
buah kelapa masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang
hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh
orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan
sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit
mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit. Terdapat juga Tok Bomoh yang
menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja.
Kesalahan dan kesesesatan yang berlaku dalam keadaan ini ialah apabila pesakit
tersebut percaya jika tidak menyediakan pengeras seperti yang di minta oleh Tok
Bomoh itu maka penyakitnya tidak akan sembuh atau sukar untuk disembuhkan
atau menganggap pengeras yang disediakan itulah yang menyebabkan penyakitnya
sembuh.
Sebenarnya mengambil upah berubat dan menjampi dengan ayat-ayat Al-Quran ,
Selawat-selawat Nabi dan susunan ayat-ayat yang baik adalah diharuskan oleh
syarak, berdasarkan suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqas.
(iii) Pemutus Ubat.
Pemutus ubat bermakna menamatkan rawatan dengan Tok Bomoh tersebut setelah
pesakit sembuh dari penyakit yang di alaminya. Kononnya kalau tidak " putus ubat "
penyakit itu akan kembali semula. Berbagai jenis dan syarat amalan pemutus ubat
diminta dan dikenakan oleh Tok Bomoh, antaranya seperti :-
Pesakit mesti menyembelih seekor ayam hitam, sepinggan pulut putih atau
kuning dan sebiji telur dadar yang diletakkan di atas pulut tersebut.
Melepaskan ayam hitam di tepi hutan dengan niat tertentu
Mandi di kolah masjid tertentu sebanyak 3 atau 7 kali
Membuat kenduri aruah dan di antara persiapannya ialah kemian yang di
bakar, pulut kuning dan lain-lain kuih muih dan sebagainya.
Apabila seseorang itu yakin dan mempercayai serta berittikad bahawa tok-tok
Bomoh atau doktor-doktor itulah yang menyembuhkan penyakit dengan ikhtiar dan
usaha mereka atau melalui ubat-ubatan dan jampi-jampian mereka yang memberi
bekas dalam menyembuhkan penyakit itu, ini bererti dia telah menyediakan dirinya
jatuh kedalam murtad, kerana ia telah berpegang teguh dengan keyakinan tersebut
sehingga menjadi satu ittikad bahawa sebab beradat yang Allah telah datangkan itu
memberi bekas dalam menghasiklan sesuatu.

MENGENALI BOMOH


Tanda-Tanda Tok Bomoh Menggunakan Khadam / Jin Dalam Perubatan

Kebanyakan daripada orang-orang Melayu sangat mempercayai Tok Bomoh sehingga
mereka tidak dapat membezakan di antara Tok Bomoh yang hak dan yang batil ( yang
menggunakan pertolongan Khadam dalam pengubatan mereka ). Keadaan ini berlaku kerana
mereka jahil tentang ajaran Islam yang sebenarnya, oleh itu mereka mudah di tipu oleh
lakunan yang dimainkan oleh Tok Bomoh palsu ini. Sebagai panduan diperturunkan serba
ringkas contoh-contoh Tok Bomoh yang menggunakan pertolongan khadam dalam
pengubatan mereka. Antara tanda-tanda tersebut dapat kita lihat melalui salah satu dari
perkara-perkara berikut, antaranya :-
A ) Cara berpakaian semasa mereka berjampi.
Biasanya semasa berjampi Tok Bomoh atau Tok Pawang yang bersahabat dengan khadam ini
memakai pakaian khas, antaranya seperti :-
Memakai baju dan seluar yang bewarna hitam dengan melilit kain hitam di kepala
atau memakai tengkolok bewarna hitam dan sebagainya.
Memakai jubah. Kadangkala bewarna putih dan kebiasaanya bewarna kuning,
kononnya dia dari keturunan raja. Terdapat juga yang memakai jubah hijau kononnya
beliau bersahabat dengan Jin Islam.
Terdapat juga yang berpakaian baju Melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau
berketayap.
Ada juga yang berambut panjang, yang kononnya beliau berketurunan dari Jawa,
Sumatera dan sebagainya.
B ) Mengubat Pesakit dengan Cara Menurun/Menyelap.
Sebelum menurun biasanya Tok Bomoh akan membaca beberapa serapah, jampi atau
mentera tertentu dan ada kalanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Terdapat juga yang
memegang keris dan mengasapkanya pada asap kemian. Dalam beberapa saat sahaja
masuklah Jin ke dalam tubuh Tok Bomoh tersebut. Ada yang mengeletar, ada yang
berguling-guling dan sebagainya, ketika di masuki oleh Jin khadam mereka itu.
Suara dan raut wajah mereka juga akan bertukar. Sesetengahnya kelihatan sangat tua dan
berkedut, manakala suara mereka juga terketar-ketar dan sangat perlahan dan adakalanya
susah untuk di fahami, ini kerana Jin sahabat mereka itu sudah tua. Matanya kadang-kala
pejam dan suka tunduk ke bawah. Suara juga sudah berubah dan mengikut jenis dan dari
tempat mana Jin itu berasal. Kalau Indonesia, ia akan bercakap bahasa Indonesia atau bahasa
Jawa, begitulah seterusnya. Biasanya ucapan Jin tersebut di mulai dengan katanya "
Assalamualaikum, apa hajat cucu ku datang ke mari / memanggil ku ? "
C) Tanpa Menurun / Menyelap.
Terdapat juga Tok Bomoh yang mempunyai khadam daripada gulungan Jin yang memanggil
Jin khadam mereka tanpa menurun. Cara rawatan tersebut dapat dilakukan dengan berbagai
cara antaranya :-
Dengan meletakkan air, limau dan sintuk atau barang-barang lain yang difikirkan
perlu di hadapannya.
Terdapat juga Tok Bomoh jenis ini yang menilik terlebih dahulu, seperti dengan
menggunakan limau dan menggolekkanya atau membelahnya kemudian dilepaskan
kedalam air dan melihat limau tersebut samada terbalik atau tertiarap. Mereka juga
kadangkala menggunakan mangkuk putih yang diisikan dengan air sambil menilik
dan membuat ramalan. Terdapat juga Tok Bomoh yang menggunakan jarum yang
diletakkan di atas air dan jarum tersebut akan berpusing dan sebagainya.
D) Membelah Batin.
Pertolongan daripada khadam juga digunakan oleh Tok Bomoh-Tok Bomoh yang dapat
membelah batin pesakitnya tanpa menggunakan sebarang alatan pembedahan seperti pisau
dan sebagainya. Walaupun kadang-kala Tok Bomoh jenis ini juga menggunakan pisau tetapi
tiada kesan luka yang dapat di lihat di badan pesakit. Pesakit akan merasai seolah-olah seperti
di bedah dan dapat merasai kesan darah dan sebagainya. Setelah selesai melakukan
pembedahan batin ini, Tok Bomoh tersebut biasanya akan menggunakan daun sireh atau
limau nipis untuk menyempurnakan pembedahan ghaibnya.
Sebenarnaya kita boleh menggunakan Khadam dalam melakukan pekerjaan kita dengan
syarat-syarat berikut, antaranya :-
1. Tidak terikat dengan mana-mana syarat daripada Khadam
2. Tidak menggunakan Tanasukh Aruah ( Menurun )
3. Kelakuan yang tidak menyalahi syarak ketika melakukan rawatan
4. Perawat telah mantap pegangan dan kefahaman Akidah, Akhlak dan Syariat.
Sebenarnya tidaklah salah jika kita ingin menjadi Tok Bomoh, tok dukun atau Mak Bidan,
malahan Islam juga menggalakkan umatnya menceburi Bidang tersebut, kerana Bidang
tersebut merupakan salah satu daripada Fardhu Kifayah tetapi biarlah cara dan amalan serta
kaedahnya itu merupakan sesuatu yang diharuskan oleh syarak dengan mengikuti contoh
yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, bukannya yang di terima melalui mimpi,
menggunakan pertolongan khadam yang terdiri daripada para Jin dan sebagainya.



CARA TOK BOMOH


Tok Bomoh Makan Upah

Terdapat sejenis Tok Bomoh lagi yang amat bahaya dalam masyarakat Melayu, yang
kerjanya hanyalah untuk menimbulkan kesusahan dan huru hara kepada orang lain. Tok
Bomoh jenis ini lebih di kenali sebagai Tok Bomoh yang makan upah. Tok Bomoh jenis ini
kebiasaannya mempunyai khadam daripada golongan Jin Islam yang fasik dan Jin Kafir serta
kuncu-kuncu mereka.
Mereka menggunakan perkhidmatan Jin-Jin tersebut untuk menganiayai manusia lain atas
sebab-sebab tertentu, antaranya seperti iri hati, hasad dengki atau cemburu atas kejayaan
orang lain samada dalam bidang perniagaan, pekerjaan, persekolahan atau marah kepada
orang atasan kerana tidak terpilih untuk kenaikan pangkat atau tidak memenangi tender dan
sebagainya. Terdapat juga mereka yang menggunakan Tok Bomoh jenis ini bagi membalas
dendam sebab sakit hati kerana di hina, di kutuk atau kerana senda gurau yang berlebihan.
Terdapat juga sesetengah orang yang menggunakan perkhidmatan Tok Bomoh ini semata-
mata kerana marah atau benci kepada orang lain di sebabkan kekayaan orang tersebut atau iri
hati melihat orang tersebut lebih berada daripadanya atau marah kerana kesombongan orang
lain terhadapnya dan lain-lain lagi.
Kebanyakan kes yang dijadikan alasan oleh sesetengah orang yang mendapatkan
perkhidmatan Tok Bomoh jenis ini kebiasaanya berhubung dengan masalah rumah tangga
contohnya seperti untuk menundukkan suami atau isteri yang terlalu garang, meruntuhkan
rumah tangga orang lain, supaya dirinya nampak cantik dan di sayangi oleh suami ( dalam
kes si suami yang berpoligami ), kerana pinangannya di tolak oleh pihak keluarga wanita atau
kekasihnya di rampas oleh lelaki lain dan sebagainya.

ZIKRUL MAUT ( INGAT AKAN MATI )

Mati adalah sesuatu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir setiap manusia. Setiap orang,
juga binatang takut mati, kecuali beberapa manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan
ini, yang ingin segera mati.Wajar sekali kalau manusia takut mati, sebab mati bererti berpisah
dengan segala yang ia miliki atau senangi, berpisah dengan segala yang disayangi atau
dicintai. Berpisah dengan anak dan isteri serta kekasih. Berpisah dengan bapa atau ibu,
berpisah dengan harta dan pangkat, berpisah dengan dunia dan segala isinya.
Semua orang takut mati, tetepi ada yang berlebihan sekali, ada pula yang takutnya itu sedikit
sahaja, bahkan ada yang tak takut sama sekali, malah berani dan ingin mati. Ketakutan
terhadap mati adalah kerana dua hal :-
Kerana kurang atau tidak adanya pengetahuan kita tentang mati, keadaan mati dan
keadaan selepas mati adalah gelap. Semua orang takut menempuh tempat yang gelap
dan tidak diketahui.
Kerana doa dan kesalahan yang sudah bertumpuk dan tidak bertaubat, sehingga
mendengar kata mati sudah terbayang azab dan seksa yang diperolehinya akibat dosa
dan kesalahan tadi.
Bagi orang cukup pengetahuan dan keyakinan terhadap hidup sesudah mati dan merasa
dirinya tak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka baginya tak ada ketakutan terhadap
mati malah ingin mati. Tetapi agama Islam melarang orang ingin cepat mati, agar dapat hidup
melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya. Dan kalau ingin hidup lama adalah dengan tujuan
agar dapat semakin banyak melakukan kebaikan bukan pula untuk dapat lebih banyak
menumpuk harta dan kekayaan atau keturunan.
Ada beberapa petunjuk Rasullullah s.a.w. untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini,
antara lain :-
1. Perintah memperbanyak mengingati mati :
"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya
segala macam kelazatan (kematian)." ( Riwayat At-Turmudzi )
2. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :
"Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa
dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )
3. Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :
"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )
4. Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :
"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta
yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-
orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan
membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )
Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :
1. Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan
lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah
dalam hadisnya yang bermaksud :
"Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang." (
Riwayat Abiddunya ).Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air
ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam
air, kemudian menghusap wajahnya dengan air itu dan berkata : "Ya Allah,
semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini." (
Riwayat Bukhari dan Muslim )
2. Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian.
Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.
3. Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :
"Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati." ( Riwayat Muslim )
4. Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan
demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :
"Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan
sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia
berada." ( Riwayat 'Ubadah bin Shamit )
5. Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri,
yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah
dalam Al-Qur'an yang bermaksud :
"Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka
terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." ( An-Nur: 24 )
6. Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti
oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib
dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa
yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi
lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang
duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu
ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat
pengawas yang selalu hadir." ( Qaf: 16-18 )
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran
dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah." ( Ar-
Ra'd: 11). (Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad)
Sebagaimana disebutkan di atas bahawa mati adalah satu kejadian yang paling berat, paling
menakutkan dan paling mengerikan. Satu kejadian yang pasti akan dihadapi dan dialami oleh
setiap manusia, atau kejadian yang tak dapat dihindari dengan cara bagaimanapun juga. Para
Nabi dan Rasul, jin dan malaikat sekalipun tidak dapat menghindari diri dari kematian ini.
Dalam Al-Qur'an Allah s.w.t. menjelaskan :
1. Kepastian tentang mati :
2. Kematian itu datang sesuai dengan ajal yang telah ditetapkan ke atas mereka
(manusia).
3. Kemana saja manusia pergi/berlari kematian tetap akan mengejarnya.
4. Kematian datang tanpa pilih umur, tanpa pilih waktu dan tempat.
5. Cara mati : Rasullullah s.a.w. bersabda :
Apabila telah tiba hukum Allah kepada seorang hamba untuk mati dan
dikuburkan pada suatu tanah, Allah mengadakan suatu keperluan baginya
untuk pergi ke tempat itu (sehingga mati dan dikuburkan pada tanah di situ)."
( Riwayat At-Turmudzi )



BERDIALOG DENGAN JIN


CONTOH PERTAMA

Percakapan antara Syeikh Wahid Abdul Salam dengan jin yang pernah masuk ke
dalam tubuh seseorang.
SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Syeikh Muhammad.
SYEIKH : Mengapa kamu masuk ke dalam tubuh perempuan ini?
JIN : Kerana dia memijakku di bilik mandi.
SYEIKH : Tinggalkanlah dia demi ketaatan mu kepada Allah.
JIN : Tidak, saya tidak mahu meninggalkannya.
SYEIKH : Jika kamu tidak mahu meninggalkannya, maka dengarkanlah, ( Lalu
Syeikh itu membacakan awal Surah As-Shaffat hingga jin itu merasa sakit serta
menangis dan berkata ) "Saya akan keluar dari tubuh wanita ini".
SYEIKH : Keluarlah kamu sekarang. Akan tetapi jin itu berbohong.
SYEIKH : Kalau kamu tidak juga mahu keluar, maka dengarkanlah! Lalu saya
membaca untuknya awal dari surah Al-Jin.
JIN : Baiklah aku akn keluar.
SYEIKH : Setelah mengucapkan Assalamu'alaikum, jin itupun keluar. Segala puji
untuk-Mu ya Allah.
CONTOH KEDUA

Seorang perempuan sakit pernah datang kepada Syeikh, lalu Syeikh membacakan
kepadanya Surah Al-Fatihah, tidak lama selepas itu, jin yang menganggunya itupun
datang.
SYEIKH : Siapakah namamu?
JIN : Namaku Muhammad.
SYEIKH : Saya adalah seorang Muslim.
JIN : Saya juga Muslim.
SYEIKH : Adakah jin yang lain yang bersama denganmu dalam tubuh perempuan
ini?
JIN : Bersama denganku ada jin yang beragama Nasrani namanya Subhi.
SYEIKH : Suruh dia datang, aku ingin berbicara dengannya. Kemudian jin itu
memanggilkan jin yang bernama Subhi.
SYEIKH : Siapakah Namamu?
JIN : Namaku Subhi
SYEIKH : Apakah kamu beragama Islam?
JIN : Tidak, saya adalah seorang Kristian.
SYEIKH : Berapa umurmu?
JIN : 18 Tahun
SYEIKH : Apakah kamu bekerja dengan tukang sihir?
JIN : Ya, saya bekerja dengan seorang perempuan tukang sihir dari daerah Dasuq.
SYEIKH : Lalu saya menawarkan kepadanya supaya dia masuk ke dalam agama
Islam, lalu dengan kerelaan hatinya dia mahu masuk Islam.
SYEIKH : Apakah kamu masuk ke dalam agama Islam ini betul-betul dari lubuk
hatimu ataukah hanya sekadar dengan lidahmu?
JIN : Dari lubuk hatiku. ( Sambil menangis ): Akan tetapi saya telah banyak
menyakiti orang.
SYEIKH : Mudah-mudahan Allah akan mengampunimu. Oleh kerana itu,
bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat.
JIN : Akan tetapi saya tidak pandai berwhuduk dan solat.
SYEIKH : Apakah kamu kenal dengan jin yang beragama Islam?
JIN : Saya tidak mengetahuinya kecuali yang saya tahu hanya jin yang beragama
Kristian dan gereja sahaja.
SYEIKH : Kamu boleh datang ke masjid tempat kami solat, kemudian kerjakanlah
solat bersama kami dan berkenalan dengan saudara-maramu dari jin Mukmin dan
belajarlah perkara agama daripadanya.
SYEIKH : Apakah kamu masih akan tetap bekerja dengan tukang sihir itu?
JIN : Tidak, kerana agama Islam melarang berbuat demikian
SYEIKH : Kemudian jin yang telah masuk Islam itupun berjanji kepada Allah dan
keluar dari tubuh perempuan itu. Semoga Allah akan menguatkan agama Islam yang
telah dipeluknya. Selepas itu jin yang bernama Muhammad datang dan aku
tanyakan kepadanya: Apakah kamu mendengar peritiwa yang baru saja terjadi?
JIN : Ya, saya mendengarkannya.
SYEIKH : Bagaimana perasaanmu?
JIN : Sangat senang, kerana dia telah masuk ke dalam agama Islam.
SYEIKH : Selepas itu jin bernama Muhammad tersebut berjanji kepada Allah dan tak
lama kemudian ia pun keluar dari tubuh perempuan itu. Semuanya ini hanyalah
kurnia dari Allah.
CONTOH KETIGA

Datang seorang perempuan kepada Syeikh dalam keadaan mengeluh kerana rasa
sakit di badannya. Setelah Syeikh memeriksanya ternyata dalam tubuh wanita
tersebut ada jin, lalu Syeikh membacakan ayat-ayat sebagaimana yang telah
dijelaskan terdahulu, maka datanglah jin yang bernama Zainab Abdul Maujud, maka
terjadilah percakapan antara Syeikh dengan jin itu :
SYEIKH : Apakah agamamu?
JIN : Islam.
SYEIKH : Apakah bacaan Al-Qur'an dapat berpengaruh terhadap jin yang beragama
Islam?
JIN : Ya.
SYEIKH : Surah-surah apakah yang dapat berpengaruh kepada jin?
JIN : Sebagaimana surah-surah yang kau perintahkan untuk membacanya, iaitu
surah Yasin, Ad-Dukan, As-Shaffat dan Al-Jin.
SYEIKH : Bagaimana dengan surah Al-Baqarah?
JIN : Juga sangat besar pengaruhnya, bahkan membakarnya.
SYEIKH : Apakah perempuan yang kamu masuki ini membaca ayat-ayat Al-Qur'an
tersebut?
JIN : Ya, setelah dia mengerjakan amalan-amalan tersebut saya pun menjadi lemah
hingga saya merasa kesakitan, dia juga membaca doa ketika makan, sehingga saya
tidak dapat makan bersamanya. Jika ia lupa membacanya pada waktu dia akan
makan, dia membaca: "Bismillahi awwalihi wa akhiri", lalu saya memuntahkannya
kembali apa yang telah saya makan.
SYEIKH : Apakah perbezaannya antara jin dan syaitan?
JIN : Syaitan juga adalah jin akan tetapi dia kafir dan membangkang. Selepas itu jin
itu berkata: Lepaskan aku!
SYEIKH : Dari manakah kamu akan keluar?
JIN : Dari mulut perempuan ini.
SYEIKH : Sambil mengucapkan "Assalamu'alaikum" jin itupun pergi. Semuanya ini
adalah kurnia dari Allah SWT.

MUQADDIMAH

Islam amat menitikberatkan soal-soal aqidah dan syariah. Segala amalam dan
kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran,
Hadiths, Ijmak dan Qias adalah ditolak.
Namun amalan khurafat ( superstitions ) yang diwarisi oleh nenek moyang kelihatan
masih terus juga bertapak di tengah masyarakat masa kini dan menjadi semacam
satu masalah yang menganggu kejernihan dan kestabilan Aqidah Islami.
Pembahasan mengenai khurafat adalah terlalu luas. Dengan itu di sini kami
tumpukan skop pembahasan kepada pengertian khurafat, bentuk-bentuk khurafat
yang masih dipraktikan masa kini, khususnya penggunaan tangkal, azimat & wafaq
dan bahaya amalan-amalan tersebut, khususnya masalah penggunaan khadam jin
dan masalah saka.
Diharapkan memalaui lelaman ini, dapat digerakkan usaha membenteras amalan-
amalan tersebut daripada terus menular agar masyarakat dapat diselamatkan
daripada terjebak dalam bahaya syirik. Firman Allah yang bermaksud :
"..... dan siapa yang ingkar ( akan syariat Islam ) sesudah dia beriman, maka
sesungguhnya gugurlah amalnya ( yang baik ) dan adalah dia pada hari akhirat
kelak dari orang-orang yang rugi." ( Al-Maidah :5 )
"..... dan sesiapa di antara kamu yang murtad ( berpaling tadah ) dari agamanya (
agama Islam ), lain dia mati sedang dia kafir, maka orang yang demikian, rosak
binasalah amal usahanya ( yang baik ) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli
neraka, mereka kekal di dalamnya ( selama-lamanya )" ( Al-Baqarah : 217 )
Maka itu, persoalan khurafat ini adalah satu perkara yang amat penting dan serius.
Kelihatannya ia perlu difahami dengan baik dan tepat, untuk membolehkan ia
ditangani secara bijaksana dan segera, agar ummah tidak perlu terus terperangkap
dalam bahaya yang dibawanya, samada yang membabitkan persoalan hidup
mereka di dunia ini, atau yang lebih utama lagi, yang membabitkan persoalan
kehidupan mereka di akhirat kelak.



DEFINASI KHURAFAT


Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan-
khurafatan.
Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition".
Dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau
cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal,
atau sesuatu yang dusta tetapi menarik.
Rujukan teknikal kepada istilah ini adalah tertumpu kepada pengertian berikut :-
1. Pegangan atau iktikad yang tidak bersandarkan kepada asas realiti dan
tidak juga bersandarkan asas agama, seumpama ungkapan atau perbuatan
atau juga bilangan tertentu yang disangkakan boleh mendatangkan
kebahagian ataupun kecelakaan.
2. Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak bersumber dari
ajaran agama, tetapi diyakini bahawa hal tersebut memiliki dasar dari agama.
3. Dongeng, kisah, legenda, cerita, asumi, kepercayaan atau keyakinan yang
tidak benar. Ia adalah iktikad yang batil, di mana lawannya ialah iktikad yang
benar ( al-haq ).
4. Setiap pengajaran yang jelas bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan
Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
5. Semua perkara yang dicipta oleh manusia melalui pemikiran karutnya tanpa
asas syariah atau akal sihat; kemudian diyakini pula sebagai boleh
mendatangkan manfaat ataupun menolak bala.
Berdasarkan pelbagai definasi teknikal yang tercatat di atas, ciri dan skop istilah
khurafat boleh disimpulkan sebagai merangkumi aspek-aspek berikut :-
1. Adanya unsur kepercayaan dan iktikad yang diyakini.
2. Ia secara jelasnya bukan datang daripada sumber ajaran agama Islam, serta
bertentangan pula dengan logik akal dan realiti, dan kerana itu ia merupakan
sesuatu yang batil yang langsung tidak mengandungi unsur kebenaran.
3. Ia diyakini sebagai boleh mendatangkan kebahagian/manfaat atau
kecelakaan/bala.



BERTAPAKNYA AMALAN KHURAFAT DI RANTAU INI

Lembaran sejarah telah memcatatkan bahawa manusia yang menghuni rantau ini
memulakan keagamaan mereka dengan menganut fahaman dinamisme-animisme.
DINAMISME
Fahaman dinamisme ialah suatu kepercayaan yang menyakini adanya tenaga
atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi pada tumbuh-tumbuhan, benda-benda,
haiwan ataupun manusia sendiri.
Ia berupa prestasi luar biasa yang dimiliki. Maka itu, lelaki yang sangat berani,
kayu yang paling kuat, pokok yang lebih banyak buahnya dipercayai mempunyai
kuasa yang lebih banyak daripada lainnya.
ANIMISME
Adapun fahaman animisme pula merupakan kepercayaan akan adanya jiwa dan
roh yang dapat mempengaruhi kehidupan alam manusia.
Biasanya animisme akan menimbulkan sesuatu praktis seperti pemujaan dan
perhambaan diri kepada sesuatu kuasa ghaib yang berperibadi, dengan
mengharapkan perlindungan atau pertolongan bagi mendapatkan sesuatu.
Pertolongan makhluk halus adalah sebenarnya daripada makhluk jin.
PENGARUH HINDUISME-BUDDHISME
Seterusnya rantau ini dipengaruhi ajaran Hinduisme-Buddhisme.
Hinduisme-Buddhisme itu sebenarnya sudah mempunyai unsur-unsurdinamisme-
animisme yang tersendiri dan keadaan ini menyebabkan dinamisme-animisme tidak
tergugat dan terus berkembang
KEDATANGAN ISLAM
Sekalipun agama Islam merupakan agama yang cukup ketat dan cukup tegas
unsur tauhidnya, namun cara dan pendekatan pendakwahan dalam proses
penyebarannya di rantau kita ini adalah berlansung dalam bentuk yang penuh
toleransi dengan sikap tidak mengubah, tetapi menyesuaikan :
Dari itu, upacara persembahan dan pemujaan yang diwarisi daripada fahaman
animisme dan Hindu-Buddha tidak terus dihapuskan tetapi diubahsuai. Maka adat-
adat persembahan dan jamuan kepada roh-roh diubah kepada kenduri tahlil yang
dimakan bersama. Adat membakar kemenyan dan bacaan mentera kepada roh-roh
selepas mati diubah kepada upacara tahlil dan doa dengan nada yang panjang dan
sedih.
Dengan pendekatan dakwah bergini ramai sekali golongan manusia memeluk
agama Islam tanpa perlu berlakunya pertumpahan darah.
Nanum amalan-amalan keIslaman menjadi bercampur-aduk dengan kepercayaan
amalan-amalan yang diwarisi dari nenek moyang kita.
Amalan menyeru, memohon dan memuja makhluk ghaib ( dinamisme-animisme )
masih dihayati dan dipraktik, sekalipun sudah memeluk Islam
Perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam
ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin.
Dalam kontex ini Allah berfirman yang bermaksud :
"Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang
daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan
kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan
golongan jin bertambah sombong dan jahat."( Al-Jin 72:6 )
Sekalipun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih, ini
dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah
akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin
yang kafir.
Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam
yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk
di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.



BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Khurafat muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk
berikut :
Perbuatan tertentu
Ungkapan tertentu
Cerita atau kisah tertentu
Bilangan tertentu
Konsep, prinsip atau mazhab tertentu
Pembahasan mengenai bentuk khurafat adalah terlalu luas. Dengan itu kami
tumpukan skop pembahasan pada penggunaan tangkal, azimat, wafaq, mentera-
mentera asing dan salah-guna ilmu kebatinan, terutama dalam seni
mempertahankan diri. Ini amatlah penting dibincangkan memandangkan amalan-
amalan tersebut masih berleluasa dikalangan umat Islam hari ini.
Azimat, Tangkal dan Wafaq

Azimat, merupakan sebarang benda-benda yang dipercayai dapat menahan
daripada ancaman atau dapat mencegah terjadinya musibah ke atas diri, keluarga
dan harta benda.
Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya
dari makhluk-makhluk ghaib.
Tangkal, merupakan salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang
tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu
atau untuk diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan maksud melindung dari
gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di penjuru
rumah.
Wafaq, adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah
atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa
yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.
PERSOALAN :
Adakah boleh menggunakan azimat yang dituliskan padanya ayat-ayat Al-Quran,
atau nama-nama Allah?
Walaupun pada ulama berbeza pendapat mengenai isu ini, namun dalil-dalil yang
melarang pemakaian semua bentuk azimat adalah :
1. Kerana umum hadis yang melarang azimat dan tidak disebutkan pula
pengecualiannya.
2. Kerana boleh menjurus kepada penghinaan Al-Quran, di mana kadangkala
pemakaiannya memasuki tempat-tempat bernajis ataupun sedang dalam
keadaan berjunub, haid dan lain-lain lagi.
3. Menganggap remeh ayat-ayat Al-Quran dan bertentangan dengan apa yang
dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk
dari kegelapan, bukan sebagai azimat.
MENTERA
Di antara perbuatan-perbuatan khurafat yang bertentangan dengan tauhid ialah
mengucapkan kata-kata mentera yang tidak diketahui maknanya. Namun diyakini
bahawa mentera itu berpengaruh menolak kejahatan atau boleh mendapatkan
pertolongan khadam jin ataupun malaikat.
Nama-nama dan kata-kata asing yang tidak pasti ertinya dikhuatiri mengandungi
nama-nama jin dan jika diulang-ulang, tentunya akan disambut seruan itu oleh jin-jin
tersebut.

PERHATIAN!!!

Assalamualaikum kehadapan para pengunjung Lelaman "Ruqyah - Rawatan Islam
Alternatif". Harap lihat gambar-gambar di bawah ini dengan teliti, sekiranya
terdapat di rumah anda serupa dengannya....... hendaklah anda sedar bahawa ini
termasuk benda-benda khurafat. Penggunaan azimat seperti ini adalah sesuatu
yang boleh membawa kepada syirik terhadap Allah.
Dari Uqbah Bin Amir : Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa menggantungkan
diri kepada tangkal, maka Allah tidak menyempurnakan ( imannya ) dan barangsiapa
yang menggantungkan diri kepada azimat, maka Allah tidak akan mempercayakan
kepadanya." ( Riwayat Ahmad )
Jika anda ada mempunyai gambar "Wafaq" harap dapat e-mail kepada kami
supaya kami dapat menonjolkan di dalam ruangan ini sebagai tanda berwaspada
kepada Masyarakat Islam Umumnya. Terimakaseh.



1 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ

Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain
dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar
kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin
& syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan
sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau
tembaga.





2 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ

Wafak-wafak seperti ini selalunya diletakkan dalam botol atau disalut dengan kain
dan digunakan sebagai tangkal. Ia diletakkan di penjuru-penjuru rumah atas dasar
kepercayaan ia dapat mencegah diri dari gangguan manusia dan juga gangguan jin
& syaitan. Adakala diletak di atas pintu-pintu rumah, kedai, klinik, dalam kereta dan
sebagainya. Wafaq-wafaq seperti ini selalunya ditulis atas kertas, kayu atau
tembaga.





3 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ

Huruf yang kelihatan macam kaligraphy ayat-ayat Al-Quran atau nama-nama Allah,
tetapi isinya ternyata bukan.





4 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ

Wafaq yang dinamakan tapak Rasulullah SAW yang digunakan sebagai pelindung.
Ramai yang menyimpannya di dalam kereta, atau dalam beg dan sebagainya.





5 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ

Mantera seperti Mentera Gajamada ini yang tidak difahami bahasanya, diulang-
ulang dengan harapan mendapat perlindungan kuasa ghaib. Ini jelas perkara yang
syirik kepada Allah SWT.




6 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ






7 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ






8 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ






9 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ






10 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ






11 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ






12 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ






13 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ






14 ) CONTOH-CONTOH WAFAQ










PENGERTIAN RUQYAH

Ruqyah secara biasa adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i ( Ruqyah
Syar'iyah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati
penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan
sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber
dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak
mengandungi unsur kesyirikan.



RUQYAH SECARA UMUM TERBAGI KEPADA DUA MACAM :

Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.
Kedua : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan
menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi
unsur-unsur kesyirikan.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan
tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik." ( HR. Muslim )



SYARAT RUQYAH SYAR'IYAH

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;
1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan
sifat-sifat-Nya.
2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah
SWT.




KETENTUAN MERUQYAH

Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut ;
1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang
segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai sarban, jubah
dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas
dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami
maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kburan,
di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
6. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian,
laknat dan lain-lainnya.



KEUTAMAAN AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali
Dia menurunkan juga ubat penawarnya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya
dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh
dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tidka ada yang mampu
menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang
paling tepatm efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal
mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan.
Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :
Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 )
"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi
rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )
Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan
dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit,
baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh
gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan
binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga
mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.



BEBRAPA ALASAN RUQYAH BERDASARKAN HADITHS-HADITHS YANG SAHIH

Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mau tidur dengan membaca surah
Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya,
kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR. Al-Bukhari )
Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian
Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau
bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada
saudaranya, maka lakukanlah." ( HR. Muslim )
Aisyah r.a. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta
ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR. Muslim )
Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai
Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril
( meruqyahnya ), "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini
hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika" ( "Dengan nam Allah aku meruqyahmu, dari
segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki,
semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") ( HR. Muslim )
Aisyah r.a. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa
sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah
penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada
kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit." (
HR. Muslim )
Uthman Bin Abil 'Ash r.a. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada
tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata,
"Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah; "Bismillahi" (
dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah; "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri
ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan
yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )

SIFAT-SIFAT SEORANG MU'ALIIJ ( PERAWAT )


SIFAT-SIFAT YANG HARUS ADA BAGI ORANG YANG AKAN
MELAKUKAN PENGUBATAN
1. Harus beraqidah dengan aqidah generasi Salaf yang soleh, iaitu yang benar, bersih
dan jernih.
2. Harus merealisasian tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam
perbuatan.
3. Harus berkeyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin
dan syaitan.
4. Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.
5. Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan ke dalam diri manusia.
6. Seorang Mu'aliij ( perawat ) sebaiknya orang yang sudah menikah.
7. Harus menjauhi hal-hal yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut
syaitan menyerang manusia.
8. Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan
Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.
9. Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir
adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang
terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai
macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta
sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari
rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika
mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik
kenderaan dan sebagainya.
10. Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.
Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah, maka akan semakin jauh dari
syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya. Ketahuilah, jika anda mampu
menghadapi ( mengendalikan ) diri anda, maka anda akan lebih mampu menghadapi
syaitan yang lainnya. Akan tetapi jika anda tidak mampu menghadapi ( mengedalikan )
diri anda dan syaitan anda maka anda tidak akan mampu menghadapi lainnya.
Firman Allah di dalam Al-Quran Surah An-Nahl dari ayat 99 hingga ayat 100.


Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang
beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. ( 99 )
Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia
peminpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada
Allah. ( 100 )



SENARAI BEBERAPA PERAWAT ( Singapura )

Di sini saya lampirkan senarai beberapa perawat untuk manfaat kita bersama. Anda perlu
buat temujanji dengan mereka untuk mendapatkan sesi rawatan.
Nota:Sebilangan perawat di bawah ini bekerja sepenuh masa, maka dari itu sesi rawatan
hanya mampu dijalankan pada waktu malam. ( melainkan pada hujung minggu atau mereka
yg bekerja syif )
No Nama
Nombor
Telefon
Pusat Rawatan
1 Prof. Dr. Ustaz Jumadi Mustar
012-701
7969
Darul 'Ilaaj
2 Ustaz Fitras Bakaram 9029 3458 -
3 Ustaz Sulong 9327 8174 Darul 'Ilaaj
4 Haji Kader 9026 6074 Darul 'Ilaaj
5 Imamuddin 8136 6302 At-Tibbun Nabawi
6 Cikgu Shahrin Bin Sahlan 9099 1672 Perawat Bebas
7 Mohd Yusoff Bin Kambali 9674 8021 Perawat Bebas
8 Mohamed Harifin Bin Musa 9855 9034 Perawat Bebas
Maklumat di sini telah disampaikan atas dasar ingin membantu
mereka yang memerlukan. Sebabnya kerana saya dapati bahawa
terlalu ramai orang dalam masyarakat kita yang memerlukan
bantuan dan khidmat seorang Doktor Syarie'. Maka dari itu,
maklumat ini diharap dapat membantu mereka yang memerlukan
bantuan rawatan alternatif sesuai dengan landasan Syariah
Islam.



TAHAP PERTAMA : Sebelum Terapi Ruqyah

1. Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar yang ada di dalam
rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.
2. Mengeluarkan serta membakar segala bentuk azimat yang ada pada orang yang
terkena kerasukan tersebut.
3. Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.
4. Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki
yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat.
5. Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta
keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain
Allah.
6. Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan
pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al
Qur'an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana Allah S.W.T. telah berfirman
:



Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-Ayat Suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan
(sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan
keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (QS. Al-Isra' 17 : 82 )
7. Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang
terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan
tersebut misalnya :
o Apakah engkau melihat beberapa ekor binatang dalam mimpi?
o Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat?
o Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?
o Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?
o Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat
yang sangat tinggi?
o Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?

Teruskanlah dengan pertanyaan tentang semua tanda-tanda pada waktu tidur dan pada
waktu sedar (jaga) sehingga kita yakin bahawa orang yang akan diubati itu memang
benar-benar kerasukan jin. Dari pertanyaan-pertanyaan yang diberikan kita dapat
mengira berapa jumlah jin yang menganggunya. Misalnya, setiap ia bermimpi ia
selalu melihat dua ekor ular, ini bererti ada dua jin yang mengganggunya.
Demikianlah jika jin yang ada di dalam tubuh seseorang itu tidak mahu berbicara.
Akan tetapi jika telah dijelaskan tentang dirinya dan berkata melalui lidah orang yang
kerasukan jin tersebut, maka tidak perlu lagi dilakukan pertanyaan-pertanyaan seperti
tersebut di atas, kerana perkaranya sudah jelas.
8. Sebelum melakukan pengubatan dianjurkan berwhuduk terlebih dahulu begitu juga
jika ada orang yang bersama dengan anda.
9. Jika yang akan diubati itu adalah seorang perempuan, janganlah anda memulai
pengubatannya sebelum orang yang akan diubati itu berpakaian menutup aurat.
10. Janganlah anda melakukan pengubatan terhadap seseorang perempuan jika tanpa
disertai oleh muhrimnya.
11. Janganlah anda memasukkan seorang perempuan (seperti ke dalam bilik) jika tanpa
disertai oleh muhrimnya.
12. Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk mengeluarkan jin dari
tubuh orang yang sedang diubati tersebut.

TAHAP KEDUA : Pengubatan ( Benteng Diri )


AYAT-AYAT PAGAR DIRI SEBELUM MEMULAKAN PENGUBATAN

Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah
S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-


Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ( 1 )


Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha
Tinggi.

AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan
di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha
Mengetahui. ( 2 )
AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua kejahatan
yang dicipta-Nya. ( 3 )



(1) Wirid di atas mengandungi erti bahwa setiap jiwa kita sebelum melakukan pekerjaan
harus menyerahkan diri kepada-Nya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan
seseorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat
menyesatkan jiwa seseorang dari mengingati Allah.
Nabi Muhammad SAW bersabda, "Setiap pekerjaan ( urusan ) yang mempunyai kebaikan (
penting ) yang tidak dimulai padanya dengan menyebut "Bismillahir rahmananir rahim",
maka pekerjaan ( urusan ) itu akan pincang ( terputus dari rahmat Allah SWT ).
(2) Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad SAW bersabda : "Hamba-hamba Allah yang
membaca doa ini pada waktu pagi dan petang tiga kali, tiada apa jua kesakitan akan
dialaminya."
(3) Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca doa
ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh atasnya."

MEMULAKAN PROSES RAWATAN RUQYAH

Letakkan tangan kanan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ayat-ayat Ruqyah
pada telinga pesakit.


Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari
bisikan syaitan tang terkutuk.



1.) Al-Fatehah ( Surah 1 : Ayat 1-7 )


(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

| 7
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang (1). Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam (2). Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (3). Yang menguasai
hari pembalasan (4). Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada
Engkaulah kami meminta pertolonganMu (5). Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu
jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan ( pula jalan
) mereka yang sesat (7).
Diriwayatkan oleh Abu Said ibn al-Mulla r.a.: Sukakah kamu jika aku ajarkan sebuah Surah yang
belum pernah diturun dahulunya, baik dalam Injil mahupun Zabur dan Taurat? Ia adalah Al-Fatihah.
Surah 15 Al-Hijr : Ayat 87: Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad)
tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan
faedahnya.



2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 1-5 )



| 1

| 2

|
3

| 4

| 5

|
6

Alif Lam Mim (1).
Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada
Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak)
bertakwa (2).
Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (
mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian
daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).
Dan orang beriman kepada Kitab "Al-Qur'an" yang diturunkan kepadamu (Wahai
Muhammad), dan kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu, serta mereka yakin akan
(adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah
orang-orang yang berjaya.
Janganlah kamu jadikan rumah kamu menjadi tempat-tempat yang kosong dari ibadat dan
zikir.Sesungguhnya syaitan melarikan diri dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah.(
Hadis riwayat Abi Ubaid )



3.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 102 )


| 102
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman
(dan mereka
mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak
mengerjakan sihir),
hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir
kepada manusia dan
apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedangkan
keduanya tidak mengerjakan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan :
"Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu),
sebab itu janganlah kamu kafir."
Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu mereka dapat
menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak
memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan
mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.
Demi sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarkannya (kitab
Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan
mereka menjual dirinya dengan sihir, lalu mereka mengetahui (102).



4.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 163-164 )


| 163

| 164
Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan yang berhak disembah
melainkan dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (163).
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera
yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan
dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan
Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan perkisaran angin dan awan yang
dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keEsaan dan
Kebesaran Allah) bagi kaum yang mahu berfikir (164).



5.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255 )


| 255
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, tidak ada tuhan
(Yang berhak disembah) melainkan Dia Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus
(makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di
bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-
apa yang dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa
dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar
(255).
Ayatul Kursi ini mengandungi khasiat yang besar. Terdapat 99 buah hadits yang menerangkan
fadhilahnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, melapangkan fikiran dan
menambahkan iman.
Ubay bin Kaab meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad S.A.W ditanya: Ayat apa yang paling agung di
dalam Kitabullah? Nabi menjawab: Allah dan Rasulnya Maha Tahu. Beliau mengulang-ulang perkataan
tersebut beberapa kali, kemudian Nabi berkata: Ayat Kursi. ( H.R Imam Ahmad )

RAWATAN PENYAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Pada suatu ketika pada zaman sahabat Nabi SAW, ada seorang pesakit yang telah
puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai para tukang ubat, termasuk para sahabat
Nabi SAW yang terkenal, tetapi tidak juga sembuh penyakitnya itu, hingga
menjadikannya bergitu putus asa. Pada suatu hari dia telah diziarahi oleh seorang
'alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Bila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi
itu berkata :
Di manakah kamu tentang syat-ayat Syifa' dalam Al Quran
Lalu diajarlah pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa' yang enam itu, yang akhirnya ia
sembuh apabila diubati dengan doa tadi. Bersempena dengan peristiwa tersebut
doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu bagi pesakit yang bergitu teruk
penyakitnya serta sukar pula untuk sembuh setelah menjalani berbagai-bagai jenis
rawatan, samada secara prubatan tradisional mahupun kedoktoran.
Untuk mengubatinya, perawat dengan penuh khusu' dan tawadhu' serta keyakinan
kehadhrat Allah SWT, ikutilah susunan doa yang diperlukan seperti berikut :



AYAT SYIFA' - At-Taubah ( surah 9 : ayat 14-15 )


| 14

| 15
[14] Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan
kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan
Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
[15] Dan dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan
Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakinya dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahuinya, lagi Maha Bijaksana.



AYAT SYIFA' - Yunus ( surah 10 : ayat 57 )


| 57
[57] Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi
nasihat dan pengajaran dari Tuhan kamu yang jadi penawar bagi penyakit-penyakit batin
yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat, petunjuk dan keselamatan, serta
membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.



AYAT SYIFA' - An Nahl ( surah 16 : ayat 67-69 )


| 67

| 68

| 69
[67] Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan
makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan
akalnya.
[68] Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di
gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan
oleh manusia.
[69] Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau
sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya
kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang
berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai
penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan
Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.



AYAT SYIFA' - Al Isra' ( surah 17 : ayat 82 )


| 82
[82] Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-Ayat Suci yang menjadi
ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-
Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua.



AYAT SYIFA' - Asy Syu'ra' ( surah 26 : ayat 80 )


| 75

| 76

| 77

| 78

| 79

| 80
[75] Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda
yang kamu sembah itu?
[76] (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
[77] (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku
tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam.
[78] Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin
dan memberi petunjuk kepadaku.
[79] Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum.
[80] Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.



AYAT SYIFA' - Al Fushilat ( surah 41 : ayat 44 )


| 44
[44] Dan kalaulah Al-Quran itu kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka
akan berkata : Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)?
Patutkah kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?
Katakanlah (wahai Muhammad) : Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar
bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran
itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia
juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang
menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak
ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat
mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).



AYAT-AYAT SYIFA' - FAEDAH & CARA-CARA MENGGUNAKANNYA

Rasullullah SAW pernah bersabda yang ertinya :
"Hendaklah kamu mendapatkan dua penawar yakni madu dan Al-Quran."
Dengan hadith itu, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa kedua-dua ini
merupakan penawar yang besar, tetapi masih ramai di kalangan kita yang masih
belum mengetahuinya.
Apa sahaja bentuk sakit, malahan sakit lahir dapat dirawat dengan madu, terutama
yang dibacakannya ayat-ayat Al-Quran dengan cara diminum atau disapu pada
tempat yang bermasalah.
Cara-Cara Menggunakan Ayatus Syifa'
Dibacakan pada air kemudian diminum dan dijirus pada pesakit
Dibacakan pada madu dengan dilekatkan mulut pada botol atau bekas, lalu
diminum beberapa kali sehari.
Ditulis dengan tinta suci dan bersih kemudian dilarutkan pada air kemudian
dijiruskan pada pesakit.

AYAT-AYAT AZAB

Ayat-ayat azab adalah merupakan sebagian dari ayat-ayat yang boleh digunakan untuk
meruqyah.Tetapi tidak mesti ayat-ayat azab. Sahabat pernah meruqyah kepala suku dengan
menggunakan surat al-Fatihah. Sementara surat al-Fatihah bukanlah surat yang berisi azab.
Malaikat Jibril sendiri meruqyah nabi dengan menggunakan surat muawwidzatain (al-Falaq
dan an-Nas). Dan kedua surat itu adalah surat perlindungan seperti namanya
(muawwidzatain) dan bukan merupakan ayat azab.
Terkadang jin kesakitan dengan dibacakan ayat-ayat umum seperti al-Fatihah, ayat Kursi,
tiga ayat terakhir surat al-Baqarah, muawwidzatain. Tetapi terkadang jin tidak bereaksi
walaupun ayat-ayat tersebut telah dibacakan. Ada beberapa kemungkinan mengapa jin
nampak tenang-tenang saja. Salah satu sebabnya adalah jin akan segera merasakan kekuatan
ayat-ayat Allah ketika dipilihkan ayat-ayat yang membahas tentang kesalahan utama jin.
Umpamanya, jin munafik akan sangat kesakitan jika dibacakan surat al-Munafiqun dan ayat-
ayat yang membongkar rahasia orang-orang munafik berikut azab yang akan menimpa
mereka. Jin beragama Kristien akan merasakan kesakitan yang sangat ketika dibacakan surat
al-Maidah: 72-76 yang menceritakan bahwa siapa saja yang menuhankan Isa adalah kafir.
Jika penyebabnya adalah kerana disihir,maka bacalah berulang-ulang ayat-ayat tentang sihir,
kisah nabi Musa dan tukang sihir Firaun.
Jadi selain menggunakan ayat azab, penggunaan ayat-ayat lainnya juga tergantung pada
keadaan. Selain ayat-ayat Al-Quran, masih ada juga doa-doa yang diajarkan Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam.
Bacaan ayat Al-Quran kalau dibaca dengan benar fungsinya bukan untuk menghadirkan
makhluk ghaib, melainkan untuk mengusirnya. Sebab bacaan yang benar dan dilakukan oleh
orang yang shalih akan dirasakan panas bagi membakar syaitan dan jin.
Bacaan ayat-ayat Azab berpengaruh pada jin sehingga akan mengusir dan menjauhkan jin
dari jasad pesakit sebelum dia berbicara sehingga Allah telah menghindarkan anda dari
kejahatannya atau menarik dan menghadirkan jin yang berada di dalam jasad dan
memaksanya untuk berbicara dengan anda.Tanda-tanda kehadiran jin ketika rawatan adalah
seperti berikut :
1. Memejamkan kedua mata atau mengerdip-ngerdipkan kedua mata dengan keras, atau
meletakkan kedua tangan diatas kedua mata.
2. Gementar dengan keras pada jasad atau gementar ringan pada hujung jemari.
3. Memberontak dengan keras.
4. Teriak dan menjerit.
5. Menyebutkan namanya

Setelah membaca bacaan ayatul Ruqyah tersebut di atas pada telinga pesakit dengan baik dan
benar ( tartil ) dan suara keras maka akan terjadi tiga kemungkinan: Pertama : Pesakit akan
kerasukan dan jin akan bercakap melalui lidah pesakit tadi. Dalam keadaan begini hadapilah
jin tersebut dengan cara berikut :
Mulailah berbicara dengan pertanyaan-pertanyaan berikut :
1. Siapa namamu? Apa agamamu?
2. Apa sebabnya kamu masuk ke jasad orang ini?
3. Apakah ada jin lain bersamamu di dalam jasad ini? Apakah kamu bekerja dengan
tukang sihir?
4. Dimana kamu tinggal di dalam jasad ini?
5. Perintahkan agar dia (jin) keluar dari jasad pesakit dan meninggalkan pesakit buat
selama-lamanya.
6. Jikalau jin berdegil berikan ancaman dengan ancaman membakarnya dengan bacaan
ayat-ayat Azab.



AYAT AZAB - Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 206 )


| 206
[206] Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah engkau kepada Allah", timbullah
kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia
(menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu)
adalah seburuk-buruk tempat tinggal.



AYAT AZAB - An-Nisa' ( surah 4 : ayat 166-169 )


(166)

(167)

(168)

| 169
[166] (Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah
kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran
yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya dan malaikat
juga turut menjadi saksi dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).
[167] Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan
Allah (agama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. [168]
Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak sekali-kali akan
mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka. [169] Selain dari
jalan Neraka Jahanam, yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya; dan balasan
yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.



AYAT AZAB - Al-Maidah ( surah 5 : ayat 33-37 )


(33)

(34)

(35)

(36)

| 37
[33]Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan
bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh
sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau
dipotong tangan dan kaki mereka berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang
negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum).Hukuman yang demikian itu
adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa
yang amat besar. [34] Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat
menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu).Maka ketahuilah, bahawasanya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [35] Wahai orang-orang yang
beriman!Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya
(dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan
Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. [36] Sesungguhnya orang-
orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka
bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka
dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka dan mereka
akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [37] Mereka sentiasa berharap hendak
keluar dari api Neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya
dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal.



AYAT AZAB - Al-Anfal ( surah 8 : ayat 9-14 )


(9)

(10)

(11)

(12)

(13)

| 14
[9] (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Dia perkenankan
permohonan kamu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan
seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. [10] Dan Allah tidak
menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu
tenang tenteram dengannya dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[11] (Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan
mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan
kamu) dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk
mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga
untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan
perjuangan). [12] (Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku
menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman.
Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah
leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka. [13] (Perintah) yang demikian
ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya dan sesiapa yang
menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya. [14]
Itulah (azab dunia) maka rasalah dia (hai orang-orang kafir). Sesungguhnya orang-orang yang
kafir disediakan baginya azab Neraka (di akhirat).



AYAT AZAB - Al-Hijr ( surah 15 : ayat 16-18 )


(16)

(17)

| 18
[16] Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: Bintang-bintang (yang
berbagai bentuk dan keadaan) serta Kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.
[17] Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena
rejam.[18] Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia
diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan.



AYAT AZAB - Al-Isra' ( surah 17 : ayat 110-111 )


(110)

| 111
[110] Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang
mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah
mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia dan janganlah engkau nyaringkan
bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah
sahaja satu cara yang sederhana antara itu. [111] Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi
Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan
tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau
membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!



AYAT AZAB - Al-Anbiya' ( surah 21 : ayat 70 )


| 70
[70] Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang
menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan
hinanya).



AYAT AZAB - As-Saffat ( surah 37 : ayat 1-10 )


(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

(9)

| 10
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1] Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret.[2] (Hamba-hambaKu)
yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya.[3] (Hamba-hambaKu) yang
membaca kandungan Kitab Suci.[4] (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu
hanyalah Satu.[5] Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala
yang ada di antara keduanya dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.[6]
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi)
dengan hiasan bintang-bintang.[7] Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi
kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka.[8] (Dengan itu) mereka tidak
dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit dan mereka pula
direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru.[9] Untuk mengusir mereka dan mereka
pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.[10] Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan
itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti
(dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.



AYAT AZAB - Ad-Dukhan ( surah 44 : ayat 43-50 )


(43)

(44)

(45)

(46)

(47)

(48)

(49)

| 50
[43] (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; [44] (Buahnya) menjadi makanan bagi orang
yang berdosa (dalam Neraka). [45] (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih
dalam perut;[46] Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.[47] (Lalu
diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan
seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. [48] Kemudian curahkanlah di atas kepalanya (azab
seksa) dari air panas yang menggelegak.[49] (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek):
Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam
kalangan masyarakatmu) [50] (Kemudian dikatakan kepada ahli Neraka umumnya):
Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!



AYAT AZAB - Al-Jathiya ( surah 45 : ayat 7-11 )


(7)

(8)


(9)

(10)

| 11
[7] Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; [8] Yang mendengar ayat-ayat
penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong
(enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia
dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. [9] Dan apabila sampai ke pengetahuannya
sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang
demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. [10] Di hadapan mereka (di akhirat
kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka
usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka
sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan
(kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. [11] Al-Quran ini ialah hidayat
petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan
Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



AYAT AZAB - Al-Ahqaf ( surah 46 : ayat 29-34 )


(29)

(30)

(31)

(32)

(33)

| 34
[29] Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang
kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri
bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat
ingatan untuk mendengarnya!Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada
kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. [30]
Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran)
yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab
Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang
lurus (agama Islam) [31] Wahai kaum kami!Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang
mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan
sebahagian dari dosa-dosa kamu dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. [32] Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah,
maka dia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja dia
melarikan diri) di bumi dan dia tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah sebagai
pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam
kesesatan yang nyata. [33] Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta
mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan
tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya berkuasa menghidupkan makhluk-
makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa!Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu. [34] Dan (ingatlah) hari orang-orang yang kafir didedahkan kepada Neraka, (lalu
dikatakan kepada mereka): Bukankah (azab) Neraka ini benar? Mereka menjawab: Ya, benar,
demi Tuhan kami! (Setelah itu) dikatakan lagi (kepada mereka): Maka sekarang rasalah azab
seksa dengan sebab kamu kufur ingkar di dunia dahulu.



AYAT AZAB - Ar-Rahman ( surah 55 : ayat 32-44 )


(32)

(33)

(34)

(35)

(36)

(37)

(38)

(39)

(40)

(41)

(42)

(43)

| 44
[32] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan? [33] Wahai sekalian jin dan manusia!Kalau kamu dapat menembus keluar dari
kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami),
maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan
satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! [34] Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [35] Kamu (wahai
golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang
menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu
tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). [36] Maka yang mana satu di
antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [37] Selain itu (sungguh
ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak.
[39] Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang
dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya). [40] Maka yang mana
satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [41] Orang-orang
yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya
(serta diseret ke Neraka). [42] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan? [43] (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahanam
yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya. [44] Mereka (terus diseksa)
berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak
panasnya!



AYAT AZAB - Al-Haqqah ( surah 69 : ayat 25-37 )


(25)

(26)

(27)

(28)

(29)

(30)

(31)

(32)

(33)

(34)

(35)

(36)

| 37
[25] Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia
akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku.
[26] Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku. [27] Alangkah baiknya kalau
kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku,
tidak dibangkitkan lagi).[28] Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun. [29]
Kuat kuasaku (dan hujah-hujahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku. [30]
(Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta
belenggulah dia. [31] Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim. [32] Selain dari itu,
masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta,
(dengan membelitkannya ke badannya)! [33] Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada
Allah Yang Maha Besar. [34] Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain)
memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin. [35] Maka pada hari ini, tidak
ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat
menolongnya). [36] Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur. [37] Yang
tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah.



AYAT AZAB - Al-Buruj ( surah 85 : ayat 1-22 )


(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

(9)

(10)

(11)

(12)

(13)

(14)

(15)

(16)

(17)

(18)

(19)

(20)

(21)

| 22
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; [2] Dan hari
(pembalasan) yang dijanjikan; [3] Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu,
serta segala keadaan yang disaksikan; [4] Celakalah kaum yang menggali parit, [5] (Parit) api
yang penuh dengan bahan bakaran, [6] (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
[7] Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. [8]
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana
orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! [9] Tuhan yang
menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap
sesuatu. [10] Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan
orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian
mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan
buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak
bertaubat). [11] Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan
beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah
kemenangan yang besar. [12] Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang
kufur ingkar) amatlah berat.[13]Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk)
pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati). [14] Dan Dialah
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih. [15] Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi
kemuliaannya, [16] Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya. [17] Sudahkah
sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum
yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)? [18] (Mereka itu ialah kaum)
Firaun dan Thamud (kaum Nabi Soleh). [19] (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja
menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan
mendustakan kebenaran; [20] Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka
(dengan kekuasaanNya)! [21] (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka
bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; [22] (Lagi
yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.



AYAT AZAB - Al-A'la ( surah 87 : ayat 1-19 )


(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

(8)

(9)

(10)

(11)

(12)

(13)

(14)

(15)


(16)

(17)

(18)

| 19
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat
kekurangan). [2] Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan
kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya.[3] Dan Yang telah
mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayat petunjuk (ke jalan
keselamatannya dan kesempurnaannya).[4]Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan
untuk binatang-binatang ternak. [5] Kemudian Dia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang
menghijau) itu kering (berubah warnanya) kehitam-hitaman.[6] Kami sentiasa menjadikan
engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu dengan
perantaraan Jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa. [7] Kecuali apa yang
dikehendaki Allah engkau lupakan.Sesungguhnya Dia mengetahui (segala keadaan yang
patut berlaku), yang nyata dan yang tersembunyi [8] Dan Kami tetap memberi kemudahan
kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang
sihat. [9] Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-
kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). [10] Kerana orang yang takut
(melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu. [11] Dan (sebaliknya) orang yang
sangat celaka akan menjauhinya. [12] Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka
yang amat besar (azab seksanya). [13] Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak
pula hidup senang. [14] Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan
itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). [15] Dan menyebut-
nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang
(dengan khusyuk). [16] (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan
kamu utamakan kehidupan dunia. [17] Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
[18] Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam
Kitab-kitab yang terdahulu. [19] Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.



AYAT AZAB - Az-Zalzalah ( surah 99 : ayat 1-8 )


(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

| 8
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, [2] Serta bumi itu
mengeluarkan segala isinya, [3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang
sudah terjadi kepada bumi? [4] Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: [5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). [6] Pada hari itu manusia akan
keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan)
amal-amal mereka. [7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan
dilihatnya (dalam surat amalnya)! [8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya
akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



AYAT AZAB - An-Nasr ( surah 110 : ayat 1-3 )


(1)

(2)

| 3
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad
berjaya menguasai negeri Mekah); [2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama
Allah beramai-ramai; [3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah
ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

TAHAP KETIGA : Setelah Rawatan Terapi Ruqyah

Ini merupakan tahap yang mustahak bagi pesakit kerana pesakit pada masa ini terdedah pada
kembalinya jin atau gangguan sihir padanya. Digalakkan pesakit agar mengamalkan beberapa
amalan berikut :
Mendirikan solat berjemaah.
Menghindari dari mendengar muzik dan lagu-lagu sehingga menghayalkan.
Mengambil wudhu' dan membaca Ayatul Kursi sebelum tidur.
Membaca Bismillah pada setiap melakukan pekerjaan.
Membaca Surah Al Baqarah pada setiap tiga hari.
Membaca Surah Al Mulk sebelum tidur, jika tidak mampu membaca, cukup dengan
mendengar bacaan ayat Surah tersebut.
Membaca Surah Yasin pada pagi hari atau mendengarnya.
Berteman dengan orang-orang yang dapat mendekatkan kita pada Allah dan menjauhi
orang-orang yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.
Diperintahkan agar wanita menutup aurat mengikut kewajipan kerana syaitan lebih
dekat kepada wanita yang membuka auratnya.
Mendengar atau membaca Al-Quran setiap hari.
Tidak tidur sendirian.
Amalkan wirid-wirid pelindung yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.



ZIKIR-ZIKIR DAN DOA DIBACA OLEH PESAKIT SETELAH TERAPI RUQYAH

1) Baca doa ini setiap selesai Solat Subuh dan Asar.
AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang
dicipta-Nya.

Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali,
tiada apa-apa malapetaka akan terjatuh ke atasnya."
2) Dan Baca doa ini.
AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK TIGA KALI

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit,
untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Dari Ibn Hibban; Rasulullah SAW bersabda : "Hamba-hamba Allah yang membaca membaca doa ini
pada waktu pagi dan petang tiga
kali, tiada apa jua kesakitan akan dialaminya."
3) Kemudian Baca doa ini.
AYAT DI BAWAH IN DIULANG BACAANNYA SEBANYAK 100 KALI

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala
kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan,
dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu.

Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Rasulullah SAW berkata, Sesiapa
membaca
ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan
dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan
syaitan sepanjang hari.



BERBAGAI ZIKIR DARI RASULULLAH SAW

(1) Zikir dikala menghadapi keadaan genting dan susah.

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar lagi Maha Penyabar. Tiada
Tuhan melainkan Allah yang memelihara ( mempunyai ) Arsy yang besar. Tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah yang memelihara segala langit dan bumi yang mempunyai Arsy
yang maha mulia.

Menurut riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW senantiasa membaca dzikir ini apabila beliau
menghadapi suatu kegentingan.
(2) Zikir dikala merasa takut atau terkejut.

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya dan
siksaan-Nya dan dari kejahatan hamba-hambaNya, dan dari gurisan syaithan dan dari
kehadiran mereka itu.

Menurut riwayat Abu Daud dan At Turmudzy, Nabi SAW mengajar sahabat-sahabatnya membaca
taawwudz ini dikala mereka terkejut atau merasa takut dari sesuatu.

Amalan harian
FADHILAT AL-FATEHAH

Rasullullah telah bersabda yang bermaksud :
"Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

| 6
1. Untuk Penawar Racun & Kala Jengking
Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah
surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang
disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi.
Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar
sehingga cepatsembuh kembali.
2. Untuk Menghilangkan Sifat Lupa
Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang
bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus.
Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini
akan berhasil dengan kesabaran.
3. Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali.
Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota
badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang
dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.
4. Untuk Penyembuhan Penyakit Mata
Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit
mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas
membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah
al Fatihah ini.



FADHILAT AYAT KURSI


| 255
1. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan
dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya
2. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat
al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh
3. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga,
juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan
terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat
angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan
sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak
berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama
Allah
4. Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk
dalam syurga
5. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah
utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan
mendoakan baginya
6. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis
kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari
7. Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia
adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid
8. Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan
menolongnya



FADHILAT AL-IKHLAS


(1)

(2)

(3)

| 4
Mulakan bacaan dengan ayat - "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.....
bismillahirrahmannirrahim".
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda
memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang
berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu
ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu
kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat
akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang
yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan
selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
Demikian diterangkan dalam ( Tadzikaratul Qurthuby ). Rasulullah SAW pernah
bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an
dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam
begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak
tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-
Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-
Quran.<BR
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah
SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh
antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu
terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka
berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan
kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul
Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

SELAWAT SYIFA'


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan
hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan
berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.
Selawat Syifa' di atas dapat menghilangkan lebam, bengkak, gigitan dan sebagainya. Caranya
ialah : ambil minyak urutan, lalu bacakan ayat Selawat Syifa' ini dan kemudian sapukan di
atas tempat yang sakit. Insya' Allah dengan izin Allah maka hilanglah sakit atau bekas itu.



BACAAN RUQYAH SYAR'IYAH DARI HADITHS NABI MUHAMMAD ( SAW )

Doa untuk orang sakit.
1) Dari Aisyah r.a., "Adalah Rasul SAW. Menangkal ahlinya ( keluarganya ). Beliau
menyapu badan ahlinya yang sakit dengan tangan kanannya seraya membaca :

"Ya Allah, Tuhan yang memelihara manusia, hilangkan kesusahan ini, sembuhkan dia.
Engkaulah yang Menyembuhkan, tidak ada suatu penyembuhan kecuali penyembuhan
Engkau, sembuh tidak diiringi sakit lagi." ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

2) Jibril datang kepada Nabi SAW. Pada suatu masa lalu bertanya kepada Nabi SAW : "Ya
Muhammad, adakah engkau merasa sakit? Menjawab Nabi : benar." Maka Jibril pun
mengucapkan doa ini terhadap Nabi. :

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku lindungkan engkau
dengan nama Allah yang Maha Esa, yang dituju oleh segala makhluk, yang tiada beranak
dan tiada diperanakkan dan tidak ada seorang yang sebanding dengan Dia - dari kejahatan
yang engkau derita ini." ( Riwayat Muslim dan lain-lain )

3) Apabila Rasulullah SAW sakit, beliau meletakkan tangannya di bahagian tubuhnya yang
terasa sakit, kemudian beliau membaca :

"Dengan menyebut nama Allah." (3x)
"Aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan penyakit yang
aku derita dan yang aku gelisahkan." (7x) ( Riwayat Ahmad )

4) Boleh juga anda membacakan Ayatul Ruqyah pada minyak biji hitam ( Habbatus Sauda' )
dan pesakit disuruh menyapukannya pada bahagian tubuh yang sakit setiap pagi dan petang.
Ini boleh dilakukan untuk semua sihir. Dalam Shahih Bukhari dijelaskan bahwa Rasulullah
SAW, bersabda :

Biji Hitam adalah ubat bagi setiap penyakit, kecuali mati. ( Riwayat Al-Bukhari )

5) Makan tujuh biji kurma kering sebelum sarapan pagi. Yang sebaiknya ada Kurma Madinah
Al-Munawwarah, kerana ini yang lebih baik. Tetapi bila tidak ada, kurma dari mana pun
boleh dimakan, sesuai dengan kemampuan untuk memperolehinya. Sabda Nabi SAW :

Barangsiapa sarapan/makan pagi dengan tujuh biji kurma kering, maka pada hari itu racun
dan sihir tidak akan membahayakannya. ( Riwayat Al-Bukhari )

AYAT WIRID MANGSA SIHIR



Yunus ( surah 10 : ayat 80-81 )


| 80

| 81



Al-A'raf ( surah 7 : ayat 117-121 )


|
117

| 118

| 119

| 120

| 121



Taha ( surah 20 : ayat 67-70 )


| 67

| 68

| 69

| 70



Al-Furqan ( surah 25 : ayat 32 )


| 32



Anbiya' ( surah 21 : ayat 70 )


| 70



An-Nur ( surah 24 : ayat 39 )


| 39



Al-Isra' ( surah 17 : ayat 81 )


| 81



Fussilat ( surah 41 : ayat 42 )


| 42



Fatir ( surah 35 : ayat 10 )


| 10



Anbiya' ( surah 21 : ayat 18 )


| 18



Al-A'raf ( surah 7 : ayat 18 )


| 18



Kahfi ( surah 40 : ayat 98 )


| 98



Taha ( surah 20 : ayat 69 )


| 69



Al-Falaq ( surah 113 : ayat 1-5 )


| 1

| 2

| 3

| 4

|
5

AYAT WIRID MANGSA HASAD



AL-Fatehah ( surah 1 : ayat 1-7 ) - Diulangi sebanyak 7 kali


(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

| 7



Kursi ( surah 2 : ayat 255 ) - Diulangi sebanyak 7 kali


| 255



Mulk ( surah 67 : ayat 1-30 ) - Dibaca sekali


| 1

| 2

| 3

| 4

| 5

| 6

| 7

| 8

| 9

| 10

| 11

| 12

| 13

| 14

| 15

| 16

| 17

| 18

| 19

| 20

| 21

| 22

| 23

| 24

| 25

| 26

| 27

| 28

| 29

| 30



Al-Qalam ( surah 68 : ayat 51 ) - Diulangi sebanyak 7 kali


| 51



Ayat Muawizzat ( surah 112, 113 & 114 : Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Nas ) Diulangi
sebanyak 7 kali


(1)

(2)

(3)

| 4

(1)

(2)

(3)

(4)

|
5

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

| 6

AYAT-AYAT MENGATASI GEJALA SIHIR

Sila rujuk pada Topik "JIN DAN ILMU SIHIR" di bahagian "Jenis-Jenis Sihir" untuk
memberitahu sedikit sebanyak cara menggunakan Ayat-Ayat Sihir di bawah ini.



1.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 1-6 )



| 1

| 2

|
3

| 4

| 5

|
6

Alif Lam Mim (1).
Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada
Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak)
bertakwa (2).
Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (
mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian
daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).
Dan orang beriman kepada Kitab "Al-Qur'an" yang diturunkan kepadamu (Wahai
Muhammad), dan kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu, serta mereka yakin akan
(adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4).
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah
orang yang berjaya (5).
Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka:
sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka
tidak akan beriman (6)



2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255-257 )


| 255

| 256

| 257
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang tetap hidup, yang kekal
selamanya mentadbirkan (sekalian makhluk). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang
memiliki segala yang ada di bumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di
sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan
apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada
(kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luaskan Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha
Tinggi, lagi Maha Besar (255).
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)
daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula
beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama)
yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Amat Mendengar, lagi amat
Mengetahui (256).
Allah Pelindung (Yang Mengawal dan Menolong) orang yang beriman. Ia mengeluarkan
mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong-
penolong mereka ialah tahgut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada
kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (257).



3.) Al-Baqarah ( Surah 4: Ayat 284-286 )


| 284

| 285

| 286
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu
melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah
akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi
sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-
undang peraturanNya). Dan (ingatlah) Allah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (284).
Rasulullah telah beriman kepada apa yang yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya
dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya,
kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata, "Kami tidak membezakan antara seorang
dengan yang lain daripada Rasul-rasulNya". Mereka berkata lagi, "Kami dengar dan kami
taat.(Kami pohonkan) keampunan wahai Tuhan kami! Dan kepadamu jualah tempat kembali"
(285).
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terjadi olehNya. Ia mendapat pahala
kebajikan yang diusahakan. Dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdo'a dan berkata), "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami
salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan
kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang
yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta
ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; Oleh itu,
tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir".(286)

AYAT-AYAT MENJAUHKAN DIRI DARI SAKA ( KETURUNAN )

Sila rujuk pada Topik "JIN DAN ILMU SIHIR" di bahagian "Jenis-Jenis Sihir" untuk
memberitahu sedikit sebanyak cara menggunakan Ayat-Ayat Saka di bawah ini.



1.) Al-Fatehah ( Surah 1 : Ayat 1-7 )


(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

| 7
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah Yang
Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah
kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolonganMu. Tunjukilah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada
mereka bukan ( pula jalan ) mereka yang sesat.



2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255 )


| 255
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah, tidak ada tuhan
(Yang berhak disembah) melainkan Dia Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus
(makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di
bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-
apa yang dihadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa
dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha
Besar.



3.) Al-Insyirah/Al-Sharh ( Surah 94 : Ayat 1-8 )


(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)

| 8
Tidakkah Kami(Allah) telah melapangkan dadamu (ya Muhammad). (Kini hilangkan
daripadamu kerisauan, sehingga kau tenang, rela karena yakin terhadap janji Allah dan
perotongan-Nya). Dan telah Kami ringankan daripadamu beban-beban yang berat. Yang
memberati tanggunganmu. (Yang berupa tugas menyampaikan risalah wahyu yang
diturunkan oleh Tuhanmu, meskipun kau mendapat tantangan dari kaummu). Dan Kami
naikkan (tinggikan) sebutan (nama) mu. (sehingga sebutan namamu selalu disebut di samping
nama Allah dalam dua kalimat syahada). Maka sesungguhnya disamping kesukaran adan
kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran adan kemudahan. Maka apabila engkau
telah selesai (daripada suatu amal soleh) maka ersusah payahlah (berusaha melakukan amal
soleh yang lain pula). Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

AYAT-AYAT HIFZU & PELINDUNG DARIPADA SIHIR JIN &
MANUSIA



Cara-Cara Menggunakannya

Ayat-Ayat Pelindung Daripada Sihir Jin & Manusia :
1.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )
2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )
3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )
Dibacakan pada mangsa sihir
Di tulis dengan dakwat bersih dan suci kemudian dilarutkan pada air dan di minum
Dibaca pada air yang bercampurkan dengan daun bidara lalu dibuat mandi
Dirakamkan ayat-ayat ini lalu didengarkan pagi dan petang hingga sembuh.
InsyaAllah.



1.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )


(117)

(118)

(119)

(120)

(121)

| 122
Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka secara tiba-tiba
tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (117). Kerana itu nyatalah yang benar
dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah
mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120).
Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam (121). Iaitu Tuhan Nabi Musa
dan Nabi Harun (122).



2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )


(81)

| 82
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan
menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus
berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan
mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa
tidak menyukainya (82).



3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )


| 69
Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak
akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69).






















Ayat-Ayat Hifzu ( Pelindung )

Ayat-Ayat Hifzu yang tercatit bi bawah ini, hendaklah dibaca pada air dengan Ayat-Ayat
Azab, Ayat-Ayat Doa dan Ayat-Ayat Sihir kemudian disiramkan / direnjis di semua sudut
rumah, kedai, pejabat atau mana-mana tempat yang dirasakan ada gangguan jin atau syaitan
dengan penuh harapan kepada Allah SWT. InsyaAllah berkesan.
1.) Al-An'am ( Surah 6 : Ayat 61 )
2.) Yusof ( Surah 12 : Ayat 64 )
3.) Ar Ra'd ( Surah 13 : Ayat 11 )
4.) Al-Hijr ( Surah 15 : Ayat 9 )
5.) As Shoffat ( Surah 37 : Ayat 17 )
6.) Al Infithar ( Surah 82 : Ayat 9-12 )
7.) Al Buruj ( Surah 85 : Ayat 17-22 )
8.) Al Tariq ( Surah 86 : Ayat 4 )


1.) Al-An'am ( Surah 6 : Ayat 61 )






2.) Yusof ( Surah 12 : Ayat 64 )






3.) Ar Ra'd ( Surah 13 : Ayat 11 )






4.) Al-Hijr ( Surah 15 : Ayat 9 )






5.) As Shoffat ( Surah 37 : Ayat 17 )






6.) Al Infithar ( Surah 82 : Ayat 9-12 )


(9)

(10)

(11)

| 12



7.) Al Buruj ( Surah 85 : Ayat 17-22 )


(17)

(18)

(19)

(20)

(21)

| 22



8.) Al Tariq ( Surah 86 : Ayat 4 )




AYAT-AYAT DOA DARIPADA GANGGUAN SIHIR JIN & MANUSIA



1.) Al Baqarah ( Surah 2 : Ayat 137 )






2.) Al Baqarah ( Surah 2 : Ayat 201 )






3.) Al Baqarah ( Surah 2 : Ayat 250 )






4.) Al Imran ( Surah 3 : Ayat 8 )






5.) Al Imran ( Surah 3 : Ayat 9 )






6.) Al Imran ( Surah 3 : Ayat 53 )






7.) Al Imran ( Surah 3 : Ayat 38 )






8.) Al Imran ( Surah 3 : Ayat 147 )






9.) Al Imran ( Surah 3 : Ayat 91 )






10.) Al Imran ( Surah 3 : Ayat 192 )






11.) Al Imran ( Surah 3 : Ayat 193 )






12.) Al Imran ( Surah 3 : Ayat 194 )






13.) Al A'raf ( Surah 7 : Ayat 23 )






14.) Al A'raf ( Surah 7 : Ayat 151 )






15.) Al A'raf ( Surah 7 : Ayat 193 )






16.) Al A'raf ( Surah 7 : Ayat 89 )






17.) Al Hud ( Surah 11 : Ayat 47 )






18.) Ibrahim ( Surah 14 : Ayat 26 )






19.) Al Israa' ( Surah 17 : Ayat 80 )






20.) Al Mukminun ( Surah 23 : Ayat 26 )






21.) Al Furqan ( Surah 25 : Ayat 65 )






22.) Al Furqan ( Surah 25 : Ayat 74 )




SOALAN & JAWAPAN 1 - ( Sebagai Contoh )


Soalan 1

Saya seorang pemuda 25 tahun baru setahun berumahtangga. Rumahtangga kami
aman dan bahagia. Tetapi dengan tiba-tiba isteri saya diganggu oleh penyakit aneh.
Akibatnya rumahtangga saya menjadi kocah-kacir dan huru-hara. Suasana dalam
rumah sudah tidak aman lagi. Setelah menanggung derita dan dukacita sekian lama,
keluarga saya menasihati saya supaya pergi berjumpa Bomoh. Di atas desakan
mereka saya pun pergilah membawa isteri saya berjumpa bomoh.
Bomoh itu memberitahu saya bahawa ada Jin yang sedang duduk di atas kepala
isteri saya. Lalu Bomoh itu menjampi isteri saya bagi menghalau Jin itu. Ini beralutan
selama 15 hari. Kemudian bomoh itu membuat azimat untuk dipakai ke tengkuk
isteri saya dan terus melakukan perbomohannya. Sungguhpun begitu, isteri saya
tidak juga sembuh, bahkan masih tetap seperti dahulu. Apakah pendapat tuan
terhadap masalah ini? Adakah cara tersebut dibolehkan dalam Islam? Adakah ini
hanya suatu helah semata-mata kerana hendak mencari rezeki?
Jawapan Bagi Soalan 1

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah s.a.w. yang melarang kaum
Muslimin daripada melakukan perkara-perkara seumpama itu dan menegah mereka
yang mengubati penyakit dengan menggunakan azimat dan juga tangkal yang diikat
pada tengkuk seseorang itu dengan tujuan untuk mengawal diri daripada jin ( hantu
). Sehubungan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda :-
"Sesungguhnya jampi mentera, tangkal, azimat dan ilmu guna-guna ( pengasih
) adalah syirik kepada Allah." ( Riwayat Ahmad Abu Dawud, Al-Bayhaqi dan Al-
Hakim )
Jampi mentera yang dimaksudkan di sini ialah jampi mentera yang tidak dapat
difahami maksudnya dan juga mengandungi unsur-unsur syirik. Adapun jampi
menurut sebagaimana yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. tidaklah dilarang,
seperti jampi berikut :-
"Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit; sembuhkankanlah kerana
Engkaulah yang menyembuhkannya, tidak sembuhan melainkan sembuhan
Engkau, sembuhan yang tidak
meninggalkan apa-apa sakit lagi." ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari )
Para Ulama' menyebutkan bahawa jampi itu diharuskan apabila ia mencukupi tiga
syarat, iaitu :-
1. Jampi itu hendaklah dengan menyebut nama Allah dan nama-namaNya dan
juga sifat-sifatNya yang lain.
2. Hendaklah dengan bahasa Arab atau dengan bahasa yang dapat difaham
maksudnya ( tiada di dalamnya unsur-unsur syirik ).
3. Hendaklah seseorang itu beri'tiqad bahawa jampi itu tidak boleh memberikan
apa-apa kesan kecuali dengan takdir ( atau izin ) Allah.
Tangkal azimat yang diikat oleh bomoh atau pesakit pada anggota tubuh telah
diberikan berbagai-bagai nama, seperti penghalang, pengawal, pendinding dan
sebagainya. Kesemuanya itu ditegah oleh Islam. Ada sekumpulan sahabat seramai
10 orang telah datang bertemu dengan Rasullullah s.a.w. untuk memberikan bay'ah
kepada Baginda. Maka Nabi telah berbay'ah dengan 9 orang daripada mereka.
Apabila ditanya kenapa Baginda tidak mahu menerima bay'ah dari seorang lagi,
Rasullullah s.a.w. menjawab :-"Kerana dilengannya ada azimat". Selepas lelaki
tersebut membuang azimatnya, barulah Baginda menerima bay'ahnya sambil
bersabda :-
"Sesiapa menggantungkan azimat ( dibadannya ) sesungguhnya dia telah
syirik."
( Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Abu Ya'la dengan sanad jayyid )
Maksud menggantungkan azimat di sini ialah mengikatnya pada anggota tubuh.
Sememtara hati pemakainya menaruh harapan dan percaya kepada azimat itu.
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad daripada 'Imran Ibn
Husayn, bahawa Raslulullah s.a.w. ternampak di lengan seorang lelaki gelang
kuning daripada tembaga. Nabi lalu bertanya : "Apakah ini?" Lelaki itu menjawab : "
Aku pakainya untuk mengawal diri daripada penyakit di bahuku." Nabi lalu
mengingatinya : "Sesungguhnya ia tidak dapat menambah sesuatu kepada engkau
kecuali sakit. Oleh itu buangkan ia daripada tubuh engkau. Sesungguhnya jika
engkau mati, sedangkan ia masih berada pada badan engkau, nescaya engkau
tidak akan selamat selama-lamanya."



SOALAN & JAWAPAN 2 - ( Sebagai Contoh )


Soalan 2

Di zaman moden ini pun ada juga orang yang mengatakan mengenai roh dan menyerunya.
Kemudian berdialog dengan roh tersebut mengenai perkara-perkara mengenai alam ghaib.
Ada juga bertanya bagaimana hendak mengubati penyakit aneh yang tidak dapat diubati oleh
doktor. Perkara bid'ah ini telah tersebar luas dikalangan Masyarakat Melayu. Akhirnya ia
menjadi pertanyaan kepada para Ulama' untuk mencari jawapan mengenai apa yang telah
mereka lihat atau mendengarnya.
Apakah disebalik kuasa ghaib yang tersembunyi itu sehingga boleh menggerakkan sesuatu
benda dengan sendirinya? Adakah ia roh orang mati atau roh Jin 'Ifrit atau ia sejenis sihir?
Adakah boleh seseorang itu menyeru dan menjemput roh-roh orang mati dari alam barzakh?
Adakah dibolehkan kita bertanya roh-roh mengenai perkara-perkara ghaib dan percaya
terhadap apa yang diterangkan roh-roh tersebut? Bolehkah kita meminta kepada roh supaya
menyembuhkan penyakit kita, iaitu penyakit ganjil atau misteri, yang tidak dapat diubati oleh
doktor?
Jawapan Bagi Soalan 2

Menyeru, memuja dan memanggil roh orang mati itu sebenarnya dusta belaka.
Benda-benda ghaib yang hadir atau dijemput hadir ( oleh orang yang memanggil roh
) itu bukanlah roh-roh orang yang mati sesungguhnya mereka telah berbohong.
Kekuatan tenaga ( atau benda ) yang tersembunyi itu adalah dari jenis Jin dan
Syaitan yang cuba mengelirukan manusia. Dalam 'aqidah Islamiah banyak
menyebutkan tentang mereka. Adanya jin dan syaitan satu hal yang tidak dapat
disangkal lagi.
Memanggil roh orang yang mati bertujuan untuk mengubati penyakit ganjil juga
dusta belaka. Roh-roh orang mati sebenarnya berada dalam kawalan Allah Taa'la.
Yang dipanggil itu sebenarnya ialah Jin atau syaitan. Jin dan syaitan juga adalah
makhluk Allah, mereka tidak mempunyai kekuasaan apa-apa pun. Padahal
merekalah penyebab penyakit aneh atau ganjil. Memasuki dan menduduki di dalam
tubuh kita sehingga terganggunya perjalanan darah di dalam tubuh kita.
Dalam hadith ini Nabi menyebut cara-cara mengubati penyakit sebagaimana yang
diketahui oleh orang ramai di zaman ini, iaitu cara yang biasa dilakukan oleh
mereka. Baginda sendiri berbekam dan menyuruh orang lain berbekam, juga
baginda menghantar tabib ( doktor ) bagi mengubati sahabatnya. Nabi melarang
menggangtung azimat dan lain-lainnya untuk mengubati penyakit. Baginda bersabda
:-
"Sesiapa menggantungkan azimat maka Allah tidak akan menyempurnakan
kesihatan baginya dengan aziamt ( itu ) dan sesiapa yang menggantungkan
wada'ah ( seperti menggantung kulit siput laut kepada anak-anaknya ) maka
Allah tidak memberi ketenangan ( dengan wada'ah itu )." ( Riwayat Ahmad dan
Al-Hakim )
Sabdanya Baginda lagi :-
"Sesiapa menggantungkan azimat maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan
Allah."
( Riwayat Ahmad dan Al-Hakim )
Maksud menggantungkan azimat di sini ialah mengikatnya pada anggota tubuh.
Sementara hati pemakainya menaruh harapan dan percaya kepada azimat itu.
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad daripada 'Imran Ibn
Husayn, bahawa Raslulullah s.a.w. ternampak di lengan seorang lelaki gelang
kuning daripada tembaga. Nabi lalu bertanya : "Apakah ini?" Lelaki itu menjawab : "
Aku pakainya untuk mengawal diri daripada penyakit di bahuku." Nabi lalu
mengingatinya : "Sesungguhnya ia tidak dapat menambah sesuatu kepada engkau
kecuali sakit. Oleh itu buangkan ia daripada tubuh engkau. Sesungguhnya jika
engkau mati, sedangkan ia masih berada pada badan engkau, nescaya engkau
tidak akan selamat selama-lamanya."
Kalau begitu, apakah tujuan di sebalik gejala memanggil roh? Tidak lain kecuali
hanya ingin mengganggu fikiran kita, menggongcangkan 'aqidah kita juga untuk
memalingkan kita dari bersungguh ( dalam sesuatu perkara ) kepada bermain-main
dan berhibur, sedangkan kehidupan yang ada di sebalik kita tidak ada bermain-main
atau berleka-leka.
Sesetengah pengkaji telah membuktikan bahawa di belakang kumpulan memanggil
roh ( dan bercakap dengannya ) itu ada tangan-tangan gerakan zionis Yahudi
antarabangsa yang menggunakan ( kumpulan itu untuk mencapai matlamat dan
tujuan jahat mereka).

SOALAN & JAWAPAN 3 - ( Sebagai Contoh )


Soalan 3

Adakah kita boleh datang berjumpa dan bertanya sesuatu perkara kepada tukang tilik atau
tukang tenung, kemudian kita percaya kepada apa yang diteranginya?
Jawapan Bagi Soalan 3

Banyak hadith Rasulullah s.a.w. menjelaskan haramnya perkara tersebut. Antaranya
Hadith yang diriwayatkan oleh Safiyyah binti Abu 'Ubayd, yang dipetik daripada
beberapa orang isteri Rasullullah s.a.w. Kata mereka, Baginda telah bersabda :-
"Sesiapa yang datang berjumpa tukang tilik atau tukang tenung kemudian
percaya kepada apa yang diterangkannya, tidak diterima solatnya selama 40
hari." ( Riwayat Muslim )
Daripada Ibn 'Abbas r.a. katanya, Rasullullah s.a.w. telah bersabda :-
"Sesiapa mengambil ilmu daripada bintang-bintang, dia telah mengambil
sebahagian daripada ilmu sihir. J ika banyak diambil, banyaklah ilmu sihirnya."
( Riwayat Abu Dawud dengan sanad sahih )
Daripada Mu'awiyah Ibn Al-Hakam r.a. katanya :-
"Aku memberitahu Rasullullah s.a.w. bahawa aku ini masih hampir dengan
jahiliah ( masih baru
memeluk Islam ), sesungguhnya Allah telah membawa Agama Islam dan ada di
antara kami orang yang pergi berjumpa dengan tukang tenung." Nabi
bersabda :-"J anganlah kamu datang kepada mereka."
Aku berkata lagi :-"Ada di antara kami orang yang menghalau burung ( supaya
terbang bagi mengetahui ke arah mana ia terbang untuk menentu sial
majalnya)." Baginda berkata :-"Itu adalah sesuatu perkara yang kamu dapati
berada dalam dada kamu ( perkara itu satu kepercayaan kamu ), maka jangan
kamu percaya kepada tukang tenung atau tukang tilik. ( Riwayat Muslim )
Daripada 'A'ishah r.a. katanya :-
"Ada orang bertanya Rasullullah s.a.w. mengenai tukang tenung . Baginda
menjawab :-"Mereka tiada
apa-apa." Sahabat bertanya :-"Wahai Rasullullah, mereka kadang-kadang
menerangkan sesuatu
perkara dan didapati apa yang diterangkan itu benar." Rasullullah s.a.w.
berkata :-"Perkara benar dan betul yang diterangkan itu adalah dipetik oleh J in
lalu disampaikannya ke telinga kawannya ( tukang-tukang tenumg ), kemudian
mereka mencampur-adukkan berita itu dengan seratus kali bohong."
( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Para Ulama' berpendapat haram bagi seseorang Muslim melakukan pekerjaan
sebagai tukang tenung atau tukang tilik. Demikian juga haram hukumnya pergi
bertanya kepada mereka sesuatu tentang perkara ghaib, bernujum, bertenung nasib
dan sebagainya. Begitu juga wang ringgit atau hasil pendapatan yang diperolehi
melalui cara tersebut. Bagi sesiapa yang telah terlibat dengan perkara ini, wajiblah
baginya bertaubat segera dan menjauhi diri daripada perbuatan yang keji ini.
Kesimpulannya, bahawa perbuatan bertenung, bertilik dan bernujum adalah dilarang
oleh Islam dan termasuk dalam perbuatan Syirik Akbar.



SOALAN & JAWAPAN 4 - ( Sebagai Contoh )


Soalan 4

Adakah menghadirkan atau menyeru roh-roh orang mati oleh Ahli Sihir ( Bomoh )
sebagaimana yang selalu didengar itu satu perkara yang betul dan benar?
Jawapan Bagi Soalan 4

Menghadirkan atau menyeru roh-roh orang mati adalah suatu perkara yang karut lagi dusta.
Amalan ini sengaja dilakukan oleh golongan-golongan yang dianggap sebagai dajjal ( jahat ).
Apabila roh seseorang yang mati itu bercerai dari badan ( jasadnya ), maka ia berada dalam
kawalan Allah Ta'ala. Dia berada di tempat yang dikhaskan untuknya samada mendapat
nikmat atau mendapat azab. Roh-roh tersebut tidak boleh keluar dari tempatnya bagi
menyahut panggilan Ahli Sihir.
Ayat Al-Qur'an ada menerangkan bahawa roh-roh orang mati berada dalam kawalan Allah,
tidak boleh ditinggal atau diserah kepada kemahuan golongan dajjal bagi menipu orang-
orang. Mereka mengguna cara ini untuk mendapatkan wang ringgit, bagi keperluan mereka.
Allah Berfirman :-
"Allah ( yang menguasai segala-galanya ). Ia mengambil dan memisahkan
satu-satu jiwa ( nyawanya ) dari badannya - jiwa orang yang sampai ajalnya
ketika matinya dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya, kemudian
Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa
yang lain ( ke badannya ) sehingga sampai ajalnya yang telah ditentukan......." (
Surah Al-Zumar 39:42 ).

NASIHAT ISLAMI

1. Jin yang masuk ke dalam tubuh manusia, merupakan jin yang bodoh atau
zalim kerana kemahuannya untuk tetap berada dalam tubuh manusia. Kalau
dia berdegil, maka bacakan kepadanya ayat-ayat yang telah dijelaskan
terdahulu, dengan pembacaan tersebut ia dapat melancarkan ancaman
terhadap syaitan atau jin. Lancarkan serangan terhadapnya dengan
membaca Ayat Kursi, Surah Yasin, Surah Ash-shaffat, Surah Ad-Dukhan,
Surah Al-Hasyr dan Surah Al-A'la.
2. Boleh dilakukan pukulan, khususnya pada bahu & belakang, tangan & kaki,
jari-jari tangan & kaki. Percayalah, bahawa jin itulah yang akan kesakitan dan
bukan orang yang kita pukul itu. Sertai pukulan-pukulan tersebut dengan
membaca ayat-ayat Al-Qur'an, sambil itu tetap memperhatikan jikalau jin yang
mengeram dalam tubuh orang itu lebih dari satu. Mereka bergerak-gerak
dalam gerakan tubuh si pesakit secara bergantian, agar dapat memperingan
pukulan terhadap diri mereka dan untuk menipu manusia. Malahan ada pula
Jin yang sudah berpengalaman dan berusaha untuk melarikan diri. Ketika
orang yang mengubati si pesakit itu pergi, dia kembali lagi masuk ke dalam
tubuh si pesakit.
3. Di antara jin, ada yang memperoleh kekuatan yang sangat besar untuk
bertahan dalam tubuh manusia, kerana adanya orang yang meminta bantuan
seorang penyihir atau tukang ramal. Dengan cara itu, si jin meminta sesajian
atau apa saja untuknya, lalu orang tersebut menuruti permintaannya.
Sesudah demikian, jin tersebut tidak akan mahu keluar dari tubuh si pesakit
kecuali dengan berulang kali mengajukan permintaannya. Kalau begitu, tolak
saja permintaannya. Ancam dan peringatkan dia dengan azab Allah dengan
membacakan ayat-ayat Al-Qur'an.
4. Jika anda melihat mata si pesakit menitikkan air mata, saat anda
membacakan ayat-ayat Al-Qur'an, lalu menangis tersedu-sedu tanpa sebab
yang jelas, maka hendaklah anda ketahui bahawa kondisi seperti itu adalah
kondisi penyurupan jin dalam tubuh manusia. Bentuknya kecil dan kuat, tetapi
sangat jahat dan degil.
5. Apabila jin tersebut berbicara melalui mulut si pesakit dan berperilaku buruk
terhadap anda, maka jangan balas dengan sikap yang sama. Tetapi
perlihatkan kepadanya akhlak seorang Muslim dengan kuat dan percaya diri.
Kalau dia tetap berlaku buruk, maka ambillah segelas air dan bacakan
padanya Surah Yasin, Surah Ash-Shaffat, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-jin
atau salah satu di antaranya. Minumkan air tersebut kepada si pesakit
dengan niat semoga Allah memberi petunjuk kepada jin tersebut, dan bukan
membunuhnya. Dia pasti akan menjadi lemah, Insya' Allah, tunduk kepada
anda, lalu meminta dikeluarkan. Kalau sudah begitu, mintalah dia berjanji
untuk tidak mengulangi kezalimannya. Bantulah dia keluar dari tubuh si
pesakit dari ibu jari kaki sebelah kiri, sementara anda membacakan azan di
telinga kanan si pesakit.
6. Apabila dengan anugerah Allah jin tersebut keluar dari tubuh si pesakit, maka
bersyukurlah kepadaNya kerana apa saja yang berbahaya atau bermanfaat
adalah dari Allah S.W.T., sedangkan kita hanyalah perantara dan sarana
semata.



HAKIKAT YANG SEBENARNYA

Sesungguhnya, manusialah yang menjerumuskan diri sendiri dalam bahaya.
Menyimpang dari petunjuk Allah, membawa akibat yang harus dibayar mahal dalam
kehidupannya di dunia, dan kerugiannya dari memperolehi redha Allah dan
nikmatNya di Akhirat.
Di antara bahaya yang akan menimpa diri manusia sendiri adalah ketika mumbuka
pintu yang akan menghubungkan dirinya dengan syaitan-syaitan dan jin-jin jahat,
dengan apa jua jalan yang sangat berbahaya, sehingga jin dan syaitan itu dapat
menguasai dirinya.
Jalan-jalan berbahaya tersebut dapat di kategorikan seperti berikut :-
1) Godaan (an-nazgh) ; 2) Bisikan Syaitan (al-hamaz) ;
3) Tiupan (an-nafkh) ; 4) Kehadiran Jin atau Syaitan (al-hudhur) ;
5) Sentuhan Syaitan (al-mass) ; 6) Kesenangan Jin atau Syaitan (al-istimta') ;
7) Was-was ( al-waswasah ) ; 8) Hasutan ( al-'uzz ) ;
9) Turunnya Syaitan ( at-tanazzul ) ;
10) Mengorbankan Nafsu Shawat ( al-istihwa' ) ; 11) Lupa ( ath-tha'if )



PENUTUP

1. Al-Quran adalah petunjuk dan penawar (ubat) bagi penyakit yang ada di
dalam hati.
2. Al-Quran disamping mendapat pahala kerana membacanya, juga merupakan
pelindung/pembenting diri dari gangguan/kejahatan syaithan dan sejenisnya.
3. Ruqyah Syar'iyah adalah solusi bagi umat Islam dalam membebaskan diri
dari gangguan/kejahatan syaithan, jin dan makhluk halus.
4. Hukum mendatangi dukun, bomoh, paranormal adalah haram.
5. Haram mempelajari ilmu sihir, mengamalkannya dan mengajarkannya.
6. Sihir mempunyai pengaruh di dalam diri manusia.
7. Setiap Muslim agar membentengi diri masing-masing dengan dzikir dan doa.
8. Syaithan tidak dapat mengganggu orang yang bertaqwa.
9. Hasad (dengki) adalah sifat buruk yang harus dijauhi oleh setiap Muslim.
10. Segala bantuan syaithan/jin yang diberikan kepada manusia itu harus dibayar
dengan upah berupa syarat-syarat yang sifatnya memurtadkan.
11. Hendaknya setiap ibu bapa mengajarkan tauhid (ajaran tentang keimanan
terhadap Allah SWT) kepada anak-anak.
12. Jin adalah pendusta
Wa'allahu A'lam</

Sampai di sini kami mengakhiri susunan lelaman ini. Semoga apa yang terkandung
di dalamnya adalah merupakan nikmat bagi mereka yang mengambil manfaat
darinya. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kita semua taufik untuk
memperolehi kebahagian dan keberhasilan di dunia dan di akhirat. Sekiranya ada
kesilapan di dalam penyampaian di dalam lelaman ini, harap dapatlah pembaca
memaafkan kami. Yang benar itu dari Allah dan silap itu dari kami sendiri.
"Ya Allah, bukakanlah bagi kami segala rahsia kalamMu agar kami dapat
mengambil manfaatnya. Limpahkanlah kurnia rahmatMu, wahai Pemberi
Rahmat. Ya Allah, masukkanlah kami di dalam golongan orang-orang yang
selalu mengingatiMu, selalu mensyukuri segala nikmat yang Engkau
limpahkan ke atas kami."