Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN PENDIDIKAN

KEMAHIRAN HIDUP

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

DISAMPAIKAN OLEH
MASRIYAH BT MISNI
STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

OBJEKTIF :

1. Memahami makna pendekatan, strategi,


kaedah dan teknik dalam P&P.
2. Mengenal pasti klasifikasi strategi P&P.
3. Membanding beza ciri-ciri bagi setiap
klasifikasi strategi P&P.
4. Mengklasifikasikan kaedah dan teknik
mengikut strategi yang betul.
5. Gambaran keseluruhan topik
OBJEKTIF 1 :
Memahami makna pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik dalam pengajaran dan pembelajaran

 Pendekatan – cara sesuatu pelajaran disampaikan


melalui proses P&P untuk mencapai hasil pembelajaran
dalam jangka masa panjang menggunakan prinsip,
teori pembelajaran.

Strategi – perancangan tindakan yang menjurus


kepada pencapaian objektif yang ditetapkan
melibatkan unsur guru, pelajar dan bahan P&P. cth:
berpusatkan guru, pelajar dan bahan P&P.
Sambungan..
 Kaedah – penyusunan langkah untuk mengajar
secara sistematik serta berurutan
berlandaskan prinsip dan teori yang bertujuan
mencapai objektif yang spesifik.

 Teknik – aktiviti-aktiviti yang diatur dalam


kaedah dan dan strategi P&P (teknik/
kemahiran yang perlu dipelajari oleh pelajar.)
Pendekatan :

• Dikaitkan dengan cara bagaimana sesuatu pelajaran


disampaikan melalui proses P&P untuk mencapai hasil
pembelajrannya dalam jangka masa panjang.

• Menggunakan model, teori, prinsip, dan teori pembelajaran


supaya pembelajaran berlansung dan memberi laluan
kepada kefahaman, penghayatan dan perubahan tingkah
laku

• Untuk mencapai hasil pembelajaran jagka panjang, pelbagai


strategi yang mengandungi kaedah, teknik dan aktiviti akan
digunakan.

• Contoh: deduktif (umum kpd spesifik), induktif (spesifik kpd


umum), kesepaduan
OBJEKTIF 2:
Mengenal pasti klasifikasi strategi P&P.

1.Berpusatkan guru
2. Berpusatkan pelajar
3. Berpusatkan bahan

1. Berpusatkan Guru
• Guru menyampaikan maklumat, menguasai dan
mengawal pelajar.
• Pelajar tidak terlibat/ pasif/ hanya mendengar
• Cth: syarahan, kuliah
Sambungan..
2. Berpusatkan Pelajar
 Guru sebagai fasilitor, bimbing pelajar.
 Masa lebih kepada aktiviti pelajar/ pelajar
aktif
 Cth: amali, ujikaji, projek

3. Berpusatkan Bahan
 Penggunaan BBM : slaid, carta, modul, video
 Pelajar aktif.
Objektif 2
Mengenal pasti klasifikasi strategi pembelajaran
Bestari.

1. Direktif
2. Koperatif
3. Pemerhatian
4. Metakognitif
5. Generatif
6. Mediatif
7. Konteks luar
8. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan
Objektif 2
Pembelajaran Bestari

• Diaplikasi dalam pedagogi Bestari


• Menggabungkan pelbagai strategi pembelajaran
• Membantu pelajar mencapai tahap kompetensi
mastery dan perkembangan diri menyeluruh.
• Mengambil kira perbezaan individu, gaya
pembelajaran, minat dan kebolehan pelajar
• Aktiviti menggalakkan kreativiti dan keseronokan
belajar.
• Membantu pelajar belajar tanpa kawalan dan
pembelajaran seumur hidup.
Objektif 2
Strategi pembelajaran Bestari

1. Strategi Direktif –
• Membantu pelajar mendapat maklumat, pengetahuan dan
kemahiran.
• Pelajar diarahkan mematuhi langkah-langkah sesuatu
kemahiran/ pengetahuan yang disampaikan guru.
• Pelajar menerima maklumat/ pengetahuan melalui
penerangan terhadap sesuatu kemahiran/ konsep daripada
guru melalui tunjuk cara, bimbingan dan latihan dikuti
dengan ujian menilai kefahaman. Cth: demonstrasi, kuliah,
latih tubi.
• Prinsip – Penstrukturan maklumat
- Penentuan matlamat dan kaedah yang dipakai
- Penyediaan rancangan
- Penyemakan pengetahuan dan ingatan
- Membuat peneguhan
Objektif 2
Pembelajaran Bestari

2. Strategi koperatif
• Pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi menyelesaikan
masalah, memberi respon, berkomunikasi, interaksi antara
satu sama lain secara berstruktur.
3. Strategi pemerhatian
• Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang
lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran.
4. Strategi metakognitif
• Pelajar berfikir semasa proses pembelajaran, rancangan
pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.
Objektif 2
Pembelajaran Bestari

5. Strategi generatif
• Pelajar menjana ide secara kritis dan kreatif.
• Pelajar berfikir menggunakan metafora dan analogi.
6. Strategi mediatif
• Pelajar mampu menggunakan pengetahuan sedia ada untuk
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal
pasti andaian, membuat inferens dan hipotesis yang
akhirnya dapat membina idea baru dan konsep.
7. Strategi konteks luar
• Aktiviti pelajar adalah fokus dan intensif cth seminar,
bengkel, projek, amali.
8. Pengajaran berasaskan KMD
• Secara saintifik tentang masa depan.
OBJEKTIF 3:
Membanding beza ciri-ciri bagi setiap klasifikasi strategi P&P
(pemusatan guru dan pemusatan pelajar).

Ciri-ciri strategi Ciri-ciri strategi


pemusatan guru pemusatan pelajar
1. Guru peranan utama Guru dan pelajar bersama-sama
2. Komunikasi sehala oleh guru Komunikasi 2 hala
3. Guru mengarah dan mengawal Pembelajaran kendiri,
pengarahan kendiri, kaedah
dapatan dan inkuiri penemuan
4. Utamakan pencapaian objektif Utamakan pencapaian objektif
pengajaran guru pembelajaran pelajar
5. Perkembangan intelek Perkembangan JERI
6. Tekankan ujian sumatif Tekankan ujian formatif dan
hasil ujian digunakan untuk
mengbaiki kelemahan murid
7. Pelajar mudah bosan Pelajar berminat dengan aktiviti
Sambungan..

Ciri-ciri strategi Ciri-ciri strategi


pemusatan guru pemusatan pelajar
8. Pelajar kurang berupaya Pelajar berupaya menggunakan
membuat generalisasi kerana segala yang dipelajari serta
menekankan ingatan dan mmemindahkan kepada situasi-
hafalan . situasi yang baru.
9. Pelajar mudah puas hati Naluri ingin tahun pelajar dapat
dengan fakta yang diberikan dikembangkan lagi.
guru.
10. Kurang sifat sosial pelajar Sifat sosial pelajar yang positif
dapat dikembangkan cth:
bekerjasama, bertimbang rasa,
tolong menolong , toleransi.
11. Pelajar kurang kreatif dan Pelajar lebih kreatif dan
tidak imaginatif. inovatif.
OBJEKTIF 4:

Mengklasifikasikan kaedah dan teknik


mengikut strategi yang betul.
(Rujuk nota topik strategi)
OBJEKTIF 5:
Gambaran keseluruhan topik

Pendekatan

Strategi

Kaedah

Teknik

16
TAMAT

17
Latihan :

1. Strategi manakah yang menepati hasrat FPK?


2. Terangkan maksud strategi, kaedah, teknik.
3. Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan semasa
memilih sesuatu strategi P&P?
4. Berikan 4 perbezaan ciri strategi berpusatkan guru dan
strategi berpusatkan pelajar.
5. Berikan strategi-strategi di dalam pembelajaran bestari.
6. Senaraikan kaedah dan teknik dalam strategi berpusatkan
guru.
7. Senaraikan kaedah dan teknik yang digunakan dalam
strategi berpusatkan murid.
8. Apakah kelebihan demonstrasi dalam m/pelajaran KH?
9. Berikan 2 topik yang sesuai menggunakan kaedah lawatan.

Anda mungkin juga menyukai