Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENTOMEN

PERJUANGAN BELUM
SELESAI

BABAK 1

Tersebutlah kisah sebuah cerita.
Kisah nan pedih penuh sengsara.
Hidup derita tiada terhingga.
Negara dipuja tiada merdeka.

Kampung Tualang hening dan suram.
Bapak dan ibu hati tak tenteram..
Risau datangnya amarah dan kejam..
Dibunuh mati hidup berdendam..

Bapak :
Ton oh ton. Bawakan sedikit minuman
sejuk , minta di hidangkan ,
supaya anak Sulung kita pulang dari
berkebun ,boleh lah menghilangkan
sedikit rasa dahaga

Emak :
Baik abang..

(sambil membawa hidangan minuman
yang di minta oleh bapaknya ,
kemudian Si emak duduk si sebelah
bapaknya dan berborak-borak )

Bapak :
Terima Kasih Ye ton , (sambil minum
sedikit air yang di hidang)
Ton , ton , abang rasa macam tak
sedap hati lah hari ni.. rasa macam ada
sesuatu yang tak baik je belaku hari
nie.

Emak :
Apa abang merepek nie , abang nie
buat ton memikirkan tentang peristiwa
kat umah keluarga abah je , jangan lah
di pikirkan yang bukan-bukan abang .

Bapak :
Hurm yelah mungkin mainan
perasaan je rasanya.. mudah-
mudahan tiada apa-apa yang
belaku


Pulanglah anaknya dari kelana.
Dihening petang membawa berita..
Kejam memukul komunis durjana.
Habislah mati si anak muda..

Sulung :
Assalamualaikum. Oh
Assalamualaikum. Emak .
Bapak. Sulung sudah pulang nie.

( Sulung berjalan dari tengah-tengah
pentas dan bergerak menuju ke atas
pentas )

Bapak & Emak :
Waalaikumsalam..

( Sambil bapak & emak bangun
menyambut kepulangan anak sulung
bernama sulung naik ke tangga rumah
)

Sulung :
Bapak , mak tadi semasa pulang dari
tempat berkebun , sulung Nampak
sekumpulan komunis sedang memukul
anak muda yang berkumpul , mereka
takut anak-anak muda mewujudkan
kumpulan menentang Komunis pak ,

Bapak :
Nasib lah kamu tidak terlibat sama ,
hurm..(sambil mengeluh)

Emak :
Kenapa abang mengeluh nie , mesti
ada sesuatu yang di pikirkan di kepala .

Sulung :
Ha ah , pak kenapa mengeluh nie ,
kalau ada sesuatu nak di katakana
bagitau sahaja lah pak ,

Bapak :
(dengan nada emosi )
Bapak nie mengenangkan nasib
Negara kita nie , adakah Negara kita ini
akan mendapat kebebasan tanpa di
jajah oleh golongan penjajah nie . ya
Allah bantulah kami ya Allah ..
(mengeluh sambil mengenang nasib)


Emak :
Sulung kamu tak Nampak adik kamu ke
semasa pulang ke rumah tadi , dari
tengah hari tak Nampak Nampak .

Sulung :
Entah lah mak sulung tak perasan pula ,
mungkin masih ada di pondok bersama
rakan-rakan nya.

Detik bahgia tak kekal lama.
Terdengar pekikan antara manusia.
Gegak gempita jeritan si dara.
Darah menjadi taruhan si gila..

Orang Kampung :
Orang kampung lari lari lari.
komunis datang lari lari .

orang kampung lari dari arah kanan ke
kiri pentas , menandakan kekacauan
kerika kedatangan komunis ke
kawasan kampung tualang..

Emak :
Ya Allah , abang komunis dah sampai
kampung kita abang , apa nak buat nie
(dalam keadaan cemas)

Bapak :
Dah dah masuk dalam rumah kunci
semua pintu ton , sulung masuk cepat ..
masuk.

(dalam keadaan emosi , mengarahkan
ton dan sulung masuk ke dalam rumah,
tetapi sulung tertinggal barang di
halaman rumahnya )

Dalam keadaan haru biru orang
kampung berkeliaran lari , keluarga
Rahmat hanya mampu menyorokkan
diri di dalam rumah , hanya ALLAH yang
mengetahui betapa takutnya mereka
dengan kuasa komunis yang tidak
mengenal erti peri kemanusiaan
,komunis datang kerana mencari anak
muda lelaki untuk di pancung kerana
komunis menjangkakan anak muda
lelaki akan membuat pakatan untuk
menentang komunis ,
AKHIRNYA..komunis tiba di
kawasan rumah Keluarga Rahmat
dalam keadaan marah dan mencari-
cari

*komunis berkomunikasi dalam pelat
melayu cina.

Ketua Komunis :
Kamu periksa ini rumah , kalau ada
orang bawah itu semua orang keluar ,

setelah di periksa , rahmat dan zaiton
di bawa keluar , kecuali sulung kerana
menyorok tempat tersembunyi

Bapak :
Tolong tuan kami tak ada apa-apa
harta tuan , kami miskin tuan

Emak :
Ya Tuan kami miskin tuan .
Pembantu Ketua Komunis :
Kami datang mahu cari orang muda
lelaki ,

Emak & Bapak :
(saling berpandangan) kami tiada anak
tuan , kami hanya hidup berdua tuan
kami tiada anak tuan .

Pembantu Ketua Komunis :
Betul kamu tiada anak muda lelaki ?
kalau kamu bohong kamu akan di
pancung kepala kamu tau .

Bapak :
Betul tuan kami tiada anak .

Orang Bawahan Komunis :
(sambil mengambil sesuatu kepunyaan
sulung yang menandakan rahmat dan
zaiton menipu , sambil berbisik kepada
pembantu komunis)

Pembantu Ketua Komunis :
(Berbisik kepada ketua komunis ,
tentang pembohongan rahmat dan
zaiton berkenaan anak lelaki mereka
iaitu sulung)

Ketua Komunis :
Kamu sangat berani berbohong
dengan tentera komunis , kamu sendiri
tahu balasan pada mereka yang
berbohong dengan tentera komunis

ketua komunis mengarahkan orang
bawahan nya untuk memancung
kepala rahmat dan zaiton , ketika itu
juga sulung hanya memerhatikan
peristiwa itu di hadapan matanya
dibalik tempat persembunyiannya ,
dikala itu juga rahmat dan zaiton
diperlakukan seperti binatang di sepak
terajang tanpa belas kasihan , sulung
tidak dapat menahan lagi api
amarahnya dan sulung bertindak tanpa
pikir panjang

Sulung :
Woi.

(sulung ditangkap oleh orang bawahan
komunis)

Anjing komunis jangan kau fikir komunis
akan dapat menakluk Malaya ini
dengan senang , kami orang-orang
Melayu akan pertahankan Malaya ke
titisan darah yang terakhir sekali pun ..
pergi jahaman dengan kau komunis
lahanat , Allah Huakbar

Ketua Komunis :
Tangkap orang muda itu , ikat tangan
mereka bertiga pancung kepala
mereka
Pancung kepala mereka ha ha ha ha
ha.

diketika itu , rahmat zaiton dan sulung
telah di ikat dan akan dipancung

Bapak Zaiton :
Allah Huakbar , Allah Huakbar ,

Sulung :
(Sulung menjerit sekuat hati , melihat
mak dan bapaknya di pancung tentera
komunis)
Makkkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkk .
Perjuangan Belum Selesai.

selepas menjerit ayat perjuangan
belum selesai akhirnya sulung di
pancung kemudian orang-orang
komunis beredar meninggal kan
mayat-mayat rahmat zaiton dan
sulung..


CADANGAN BABAK

1. Istana Melaka Ade tarian, lepas tu,
Melaka diserang. Rakyat Mati, Raja Lari.
1511 Dijajah Portugis.

2. Persembahan Pentomen

3. Nyanyian lagu terima kasih Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai