Anda di halaman 1dari 4

HALANGAN DALAM KAUNSELING

Halangan yang paling besar semasa menjalankan proses kaunseling ialah komunikasi yang
tidak berkesan antara klien dan kaunselor. Halangan dalam kaunseling boleh
menyebabkan sesuatu sesi kaunseling tidak dapat berjalan dengan lancar. Di samping
permasalahan dasar terdapat juga permasalahan psikologi yang menjadi halangan dalam
kaunseling. Menurut Ibrahim (2002), halangan yang besar sekali dalam kaunseling adalah
komunikasi yang tidak efektif antara klien dan kaunselor.
Halangan-halangan komunikasi yang wujud boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri kaunselor
seperti bersifat memerintah atau mengarah. Kaunselor yang memerintah menunjukkan
ciri-ciri paksaan terhadap klien untuk menjalankan sesi kaunseling. Pada masa ini, kaunselor
tidak menunjukkan ciri-ciri professional yang mana kaunselor perlu sabar dan mendengar
cerita klien dengan teliti. Apabila kaunselor menunjukkan reaksi memerintah, klien akan
berasa takut, malah klien akan mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan sesi tanpa
memulakannya sekalipun.

Halangan dalam kaunseling juga adalah apabila kaunselor mendengar secara
memilih. Kaunselor hanya berminat pada cerita-cerita klien yang agak menarik sebaliknya
apabila tiba cerita tentang diri klien, kaunselor mula menunjukkan kebosanan. Hal ini akan
menyebabkan klien berasa bahawa kaunselor tidak menumpukan tumpuan kepada
penceritaannya. Klien juga beranggapan bahawa kaunselor tidak berminat untuk
membantunya sebaliknya hanya berminat untuk mendengar cerita yang menarik sahaja.Maka,
kaunselor tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar permasalahan klien.
Seterusnya ialah kaunselor kerap mencelah atau menyampuk. Hal ini akan menyebabkan
penceritaan klien menjadi tersekat dan terganggu. Klien tidak mendapat kepuasan untuk
bercerita dan sesi tidak dapat berjalan dengan lancar. Klien juga akan berasa bosan dan
marah kerana kaunselor tidak menghormatinya dan bertindak terburu-buru. Klien juga tidak
dapat bercerita dengan lancar dan terasa tidak selesa untuk menyambung penceritaan.
Di samping itu, halangan dalam proses kaunseling berlaku apabila kaunselor kerap
memberi arahan dan mengkritik. Sikap ini menunjukkan bahawa kaunselor memilih
dalam menjalankan sesi kaunseling. Apabila kaunselor memberi arahan, klien akan berasa
seolah-olah dia disuruh untuk bercerita walaupun dalam keadaan yang tidak sedia. Apabila
klien mula bercerita, kaunselor dengan mudahnya mengkritik klien. Hal ini akan
menyebabkan klien berasa bersalah dan dia akan merasakan bahawa segala masalah yang
berlaku adalah disebabkannya.
Masalah dalam proses kaunseling juga adalah apabila semasa sesi kaunseling
dijalankan,fikiran kaunselor menerawang dan tidak fokus. Kaunselor hilang tumpuan
mendengar dengan teliti masalah klien dan mengenalpasti masalah klien. Kaunselor seakan-
akan malas dan tidak suka untuk menjalankan sesi. Manakala, klien akan berasakan bahawa
kaunselor tidak mahu mendengar masalahnya dan kaunselor seperti tidak menyenangi
kehadirannya. Selain itu, kaunselor gemar menyindir atau memuji klien secara
berlebihan. Hal ini akan menyebabkan klien berasa tidak selesa dan terasa hati.
Masalah seterusnya ialah kaunselor gemar menyiasat dan membuat penghakiman
awalyang mana kaunselor akan menyalahkan klien sekiranya dia melakukan kesalahan. Pada
masa ini, klien akan berasa dirinya dipersalahkan dan mendapat kritikan dan kutukan
daripada kaunselor. Proses kaunseling akan tergantung kerana klien akan bertindak untuk
berdiam diri dan tidak meneruskan penceritaan. Klien juga terganggu apabila kaunselor
gemar dan kerap memberi nasihat. Kaunselor hanya tahu memberi nasihat, menyuruh dan
melarang klien melakukan sesuatu. Klien akan berasa terikat dan tidak dapat menyelesaikan
masalahnya.
Masalah seterusnya yang melibatkan halangan dalam sesi kaunseling adalah masalah klien
resisten atau klien menentang. Klien resisten bermaksud klien yang tidak mahu menerima
perubahan. Menurut Sapora (2002), kaunselor boleh melihat keengganan klien menetapkan
matlamat melalui perkara-perkara seperti klien bersikap acuh tidak acuh dan sambil lewa
dalam melakukan kaunseling tersebut. Selain itu, klien tidak percaya bahawa matlamat sangat
penting dalam kaunseling yang mana klien tidak ada harapan atau fictional fundalism dalam
hidupnya. Klien enggan juga melibatkan apabila klien memerlukan masa untuk berfikir
dalam kaunseling dan klien tidak faham tujuan matlamat. Klien sengaja mengambil masa
yang panjang dan melengahkan masa untuk menjalankan sesi kaunseling.
Brammaer (1999), ciri-ciri klien resisten ialah klien mengkritik kaunselor atau proses
kaunseling. Dia sengaja menduga kemahiran kaunselor dan memandang negatif aktiviti
kaunseling. Selain itu, klien sengaja datang lambat ataupun gagal menghadiri sesi kaunseling.
Malah, klien berdiam diri dan berfalsafah serta ingin menunjuk pandai dalam sesi kaunseling
juga merupakan ciri-ciri klien resisten. Klien sengaja tidak mahu bersuara dan sukar untuk
bercerita kerana dia tidak begitu mempercayai kaunselor. Klien juga memiliki ego yang
sangat tinggi dan sukar dirobohkan.
Bagi ahli teori behaviorisme, resisten merujuk kepada tingkahlaku yang tidak memberi
perhatian. Terapi behaviorisme menganggap resisten pada klien berpunca daripada perasaan
takut sekiranya dia cuba mengubah tingkah lakunya.
Lima jenis resisten dalam behaviorisme ialah :
1. klien tidak faham apa yang hendak dilakukannya
2. klien faham apa yang hendak dilakukan tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana kurang
mahir.
3. klien tidak rela, tidak bermotivasi hendak menyelesaikannya.
4. klien tidak berupaya melakukan sesuatu kerana berasa takut atau bersalah
5. klien mendapat pengukuhan apabila bertingkahlaku yang menimbulkan masalah.
Antara contoh tingkah laku resisten yang biasa dihadapi oleh kaunselor adalah seperti klien
enggan bercakap, klien tidak memberi kerjasama, klien tidak menepati janji, klien terlalu
kerap menggunakan helah bela diri, klien memanipulasi kaunselor, klien mengubah atau
tidak menepati matlamat awal dan klien lambat datang ke sesi kaunseling.




Halangan dalam Proses Kaunseling
Disebabkan Kaunselor
Tidak emosi
Terlalu yakin
Gangguan luar
Terlalu simpati
Kurang tumpuan
Kurang berminat
Perubahan emosi
Tidak cukup tidur
Persepsi terhadap klien
Kurang mahir / persediaan
Mimik muka / nada suara yang kurang menyakinkan
Soalan Mengapa, Kanapa yang selalu ditanya oleh klien

Nota Tambahan Dari Pn. Zaidah (pensyarah IP Gaya KK)
Harapan-harapan yang tidak realistik
Perkara yang diceritakan oleh klien menyebabakan kaunselor teringat peristiwa lepas
(Countertransference, Unfinished business)
Masalah-masalah peribadi
Prosedur kaunselor sendiri
Kaunselor yg gagal mendengar
Kaunselor yg gagal mewujudkan dan mengumpulkan maklumat
Kaunselor gagal @ salah memberi maklumat
Kaunselor menyoal soalan yang salah
Kaunselor yang berlagak terlalu bijak, yakin dan mudah pd klien.
Kaunselor gagal memahami

Disebabkan Klien
Keegoan Klien
Masalah kesihatan
Perasaan rendah hati
Masalah komunikasi
Malu mengeluarkan isi hati
Tidak percaya pada kaunselor
Rasa terancam dan tidak selamat dan takut
Klien mesra tidak selesa dengan suasana bilik
Tidak bersedia untuk sesi dari segi komitmen, masa
Tidak dapat menterjemahkan perancangan secara lisan
Nota Tambahan Dari Pn. Zaidah (pensyarah IP Gaya KK)
Klien boleh menyumbang kepada perang struktur
Melihat kaunselor dengan pandangan tranference
Klien yang buat penentangan
Klien yang suka berbahas / berhujah
Klien yang bercakap
Cth: Ini tidak berkesan, Dia patutnya......, Sepatutnya.......