Anda di halaman 1dari 1

Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini tidak

bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar. Sebaliknya, ini
bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar supaya pelajar
dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu membina
kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya.

Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar:
Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang, dengan
kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup
dengan berkesan.
Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan.
Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan tekanan,
dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya.
Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang baik.
Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk
meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya dalam
hidaup, dan
Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya

Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar
haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut:
Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara
sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada pelajar bermasalah sahaja.
Fokus utamanya ialah pencegahan iaitu, untuk mencegah masalah yang serius dalam
kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah
sementara masalah itu masih boleh dikawal;
Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti guru
besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan masyarakat;
Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta
membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya iaitu, faham bahawa ia
bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam
hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar;

Anda mungkin juga menyukai