Anda di halaman 1dari 19

PENYEDIAAN RANCANGAN

PENGAJARAN PEMULIHAN
KEMAHIRAN LISAN,MEMBACA
DAN MENULIS
OLEH
LIANA ANAK MERIKAN
PEREIRA SABIN
SUB TOPIK
MENGENAL PASTI MASALAH
OBJEKTIF DAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
MENENTUKAN STRATEGI DAN AKTIVITI
Mengenal pasti murid pemulihan
murid-murid yang
mengalami kesulitan
dalam pembelajaran
kemahiran asas
membaca, menulis dan
mengira.
Pencapaian
pembelajaran murid
berada dalam tahap
pencapaian murid
biasa.
memperlihatkan ciri-ciri
seperti kurang yakin
diri, rendah konsep diri,
pasif terhadap kegiatan
pembelajaran dan
mudah putus asa.
Menghadapi masalah
apabila membuat kerja
sekolah dan biasanya
memperoleh keputusan
peperiksaan yang
kurang memuaskan.
Simptom-simptom kelemahan dan kesulitan murid
pemulihan mengikut kemahiran:


Kemahiran Lisan
Kosa kata terhad
Menggunakan
dialek pertuturan
Menggunakan bahasa
pasar dalam lisan
Tidak dapat mengeluar
pendapat dengan
lancar
Sukar menerima dan
memahami arahan
secara lisan dan tidak
dapat bertindak balas
Sukar bertutur dan
menyebut perkataan
Lemah dalam memberi
maklumat secara lisan
daripada bahan yang
ditunjukkan
Kemahiran
membaca
Mengeja sebelum
membaca menyebabkan
bacaan terhenti-henti.
Membaca secara
berlagu dan intonasi
membosankan.
Tidak dapat membatang
perkataan lebih dari dua
suka kata.
Meninggalkan
suku kata dalam
perkataan.
Kemahiran menulis
Menulis secara terbalik
bermula dari kanan ke kiri.
Contoh: s ditulis
Masalah menggunakan huruf
besar dan kecil di tempat yang
tidak sesuai.
Tidak dapat membina ayat
mudah
Lemah dalam penyampaian
idea
PERANCANGAN
OBJEKTIF DAN
LANGKAH-
LANGKAH
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
PEMULIHAN
PERANCANGAN OBJEKTIF
Dibuat secara lebih khusus
Realistik dan sejajar dengan
kebolehan dan minat murid.
Meningkatkan keyakinan
murid yang mengikuti
pemulihan
Prinsip-prinsip membuat objektif
i) Daripada yang telah diketahui
kepada yang belum diketahui.

ii) Daripada yang mudah kepada
yang kompleks.

iii) Daripada konkrit kepada
abstrak

iv) Daripada yang dekat kepada
jauh.

v) Daripada yang di dalam
pengalaman kepada yang di luar
pengalaman.
Kriteria-kriteria
objektif yang
baik
Menggunakan bahasa yang
menghuraikan tingkah laku
yang boleh dilihat dan
dinilai.
KENAL PASTI
MASALAH
ANALISIS MASALAH
MEMBUAT
PERANCANGAN
MELAKSANAKAN
PENGAJARAN
MEMBUAT
PENILAIAN
TINDAKAN
SUSULAN
Langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran pemulihan
STRATEGI
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
PEMULIHAN
BERKUMPULAN
INDIVIDU
INDIVIDU
Digunakan apabila sekumpulan kecil murid menghadapi
masalah pembelajaran berlainan.

Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid
secara individu, manakala murid lain menjalankan aktiviti
pengukuhan.
Contoh : Membuat latihan bertulis, guru boleh
menggalakkan murid-murid yang berkebolehan memberi
tunjuk ajar kepada murid-murid yang mempunyai masalah
secara individu.
Berkumpulan
Digunakan apabila sekumpulan kecil murid menghadapi
masalah pembelajaran yang sama.

Guru merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan
untuk mereka yang mengalami masalah dan pengayaan
bagi mereka yang cerdas.
Contohnya: Dalam latihan membaca, murid yang
bermasalah membatangkan suku kata diberi tunjuk ajar,
manakala yang pandai guru menberi tugasan
penggayaan dengan mengenalkan suku kata baru.
Aktiviti-aktiviti pemulihan
i. Latih tubi pasangan minimal:
Murid didapati tidak dapat menyebut atau membaca perkataan
dengan betul. Murid tidak dapat membezakan bunyi yang paling
minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna
perkataan itu tersasar jauh. Contoh perkataan : dari lari; ladang
lalang; lada lala; dada lada


ii. Latih tubi pemintal lidah:
Murid didapati tidak boleh menyebut bunyi yang menggunakan
huruf p dengan betul. Contoh : Murid menyebut pemintal lidah
seperti: pandang pandan tepi pagar depan padang. Contoh : Murid
bermasalah menyebut /ny/. Murid menyebut pemintal lidah seperti :
nyonya nyanyuk nyanyi nyamuk.

iii. Latih tubi gantian:
Murid tidak dapat menulis ayat dengan lengkap dan betul.
Sebagai contoh: Pokok itu tinggi.
Murid menulis dengan menggantikan perkataan tinggi dengan
perkataan lain berdasarkan gambar dan perkataan yang
ditunjukkan oleh guru seperti gambar dan perkataan: rendah;
subur; renek. Murid perlu menghasilkan ayat seperti : Pokok itu
rendah.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai