Anda di halaman 1dari 1

Penyalahgunaan dadah merupakan masalah yang sangat serius.

Ia kini dipandang serius


kerana dadah banyak melibatkan muda mudi
zaman sekarang. Masalah dadah merangkumi skop yang sangat meluas, sekali gus
memberikan masalah dan kesan kepada manusia dan juga kerajaan di seluruh dunia. Terdapat
bahaya yang amat mendalam wujud akibat penyalahgunaan dadah yang juga perlu diambilkira
secara serius.
Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan meningkatnya kadar jenayah dalam masyarakat.
Penyalahguna dadah secara majoritinya melibatkan diri dalam jenayah berat (serius). Mereke
ini terlalu terdesak untuk mendapatkan dadah, dan dikuasai dadah lalu sanggup melakukan apa
sahaja termasuk membunuh dan mencederakan orang lain.
Selain itu, ketagihan ke atas dadah boleh membawa kepada masalah mental, mengakibatkan
penagih hilang keseimbangan dan keupayaan untuk berfikir secara normal. Ini terbukti apabila
terdapat peningkatan pesakit-pesakit mental di hospital mahupun di jalanan akibat dadah.
Ia bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara. Malah masa depan sesebuah negara juga
terjejas apabila di kalangan muda mudi yang bakal meneraju sesebuah negara itu terlibat
dengan dadah. Gejala yang melibatkan dan menghasilkan wang yang banyak ini menarik minat
golongan muda zaman sekarang terjebak dalamaktiviti kurang sihat ini. Aktiviti penjualan kokain
dan heroin ini, dilihat sebagai sebab kenapa ramai golongan ini meringkup di dalam penjara
sama ada di dalam mahupun luar negara.
Selain itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kebanyakan penyalahguna dadah terdiri
daripada golongan muda, penyalahgunaan dadah juga dilihat mampu memusnahkan harapan
sesebuah negara untuk melihat negaranya dipimpin oleh golongan muda yang akan meningkat
dewasa suatu hari nanti. Ekonomi negara juga akan terjejas akibat penggunaan wang yang
banyak dalam usaha membanteras kegiatan dadah ini.
Kesimpulannya, Kerajaan,badan-badan keagamaan dan ibu bapa harus bangkit dan bertindak
dalam usaha menangani masalah yang kurang sihat ini.

Anda mungkin juga menyukai