Anda di halaman 1dari 18

1

1.0) Pengenalan Seni dalam pendidikan (SDP)


Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat
menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi
cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat.
Seni dalam Pendidikan meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual yang menggantikan
nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam
hubungan seni visual di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak
atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan
seni mempertahankan diri. Manakala, Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang
kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan
kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran
lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi
visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian
dan mengenali cita rasanya sendiri.
Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga memasukkan Muzik sebagai unsur atau elemen
penting yang perlu digarap bersama dalam menzahirkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menggembirakan. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan
pelajar yang sukar untuk dipisahkan. Tanpa Muzik bererti dunia pelajar adalah kosong. Selain
itu, Muzik juga merupakan budaya masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada
Muzik dan berasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik.
Asas muzik iaitu irama dan ton juga menjadi amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat
cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam
proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya. Peranan guru ialah ke arah
memperkembangkan sifat sifat yang merangkumi aspek aspek emosi kreativiti, nilai estetik
dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat
membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial pelajar itu sendiri.
2

Selain itu, pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran lain.
Pendidikan dalam apa jua bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang
bermakna. Pendidikan juga haruslah memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan yang
semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh
dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui
pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Pendidikan pergerakan adalah sesuatu kaedah
pengajaran yang ketara uniknya kerana pelajar sedang belajar untuk bergerak dan mereka juga
akan belajar sambil atau semasa bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir,
dan merasai sesuatu secara langsung. Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu
kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan
dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat
pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan adalah untuk menyediakan pengalaman
pengalaman berkaitan bagi membantu pelajar dalam mencapai keupayaan sebagai warga yang
bertanggungjawab dan penyumbang aktif dalam masyarakat.
Pendidikan pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah
perkembangan keseluruhan pelajar dalam bentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang keperluan
keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar berdasarkan kepada holistik perkembangan kanak
kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanannya dengan
menjadikannya sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan penerokaan,
kreativiti, proses proses berfikir dan penyelesaian masalah serta pengukuhan imej kendiri
yang utuh. Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri
kanak - kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul
antara satu sama lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan
persekitarannya turut berkembang melalui pergerakan itu.




3

1.2) Pengaplikasian elemen muzik, seni dan pergerakan dalam pengajaran dalam
pembelajaran
Muzik merupakan satu elemen yang boleh diserapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui penyerapan elemen muzik, proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih menyeronokkan. Penggunaan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
boleh digunapakai untuk pelbagai subjek. Contohnya subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains,
Pendidikan Islam, dan sebagainya. Setiap unsur muzik yang diserapkan perlu mempunyai
hubungkait dengan subjek yang diajar.
Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang memberi
kesan yang positif. Melalui kaedah penerapan unsur muzik, murid akan lebih terdorong untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan muzik yang bersesuaian dengan
suasana dan mood kelas amat penting bagi menghilangkan kebosanan dalam kalangan murid.
Muzik terdiri dari susunan irama dan melodi yang boleh mendamaikan jiwa dan sesetengah
muzik mampu menaikkan semangat pendengar. Muzik instrumental iaitu susunan melodi tanpa
vokal yang lebih bersifat sentimental mampu untuk memberikan ketenangan kepada murid dan
sesuai digunakan ketika sesi membaca.
Selain itu, terdapat juga sesetengah lagu yang mempunyai unsur-unsur pendidikan
seperti lagu Anak Ayam dan Sepuluh Budak Hitam yang berunsurkan Matematik dan lagu
Bangau Oh Bangau yang mengandungi unsur-unsur Sains. Selain itu, guru juga boleh
menggubah lirik yang berunsurkan subjek yang diajar dan dipadankan dengan melodi yang
sesuai untuk proses pengajaran dan pmbelajaran. Hal ini akan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran itu lebih menarik.
Penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
langkah yang baik dan wajar dilakukan oleh guru untuk mewujudkan satu kaedah mendidik
yang lebih menyeronokkan. Langkah ini dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik
Di samping itu, warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa
wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid dapat
mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Dalam pendidikan seni, irama
digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang
4

mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran
dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda
kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik
yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa
cepat bosan.
Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik
minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat.
Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut
irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan
menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang
mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau
dengan kata lain jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang
melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah
perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga
pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung
membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya
mencapai matlamat pnp tersebut.
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam
pengajaran sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling
mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti
pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid
untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan
lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif.
Mereka membina pengetahuan secara aktif. Meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih
kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau
irama yang mereka dengar. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial
amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen
dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut
5

akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk
menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea
atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.
1.3) Kepentingan Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan
1.3.1) Bidang Seni Visual
Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai
kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang
tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat
binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran
kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan,
koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah rendah,
murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.
Bidang Seni Visual akan memberikan implikasi atau kesan yang positif dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui organisasi pendidikan Seni Visual yang disusun rapi
melalui aspek yang dipentingkan. Antara implikasi atau kesan yang diperolehi melalui bidang
seni ini, ialah menajamkan perkembangan emosi dan imaginasi. Melalui aspek pemerhatian
secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci
dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga
melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu
perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian
terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai
secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
pemikiran abstrak.
Selain itu, melalui seni juga berlaku pembelajaran secara tidak langsung. Bidang
Seni Visual menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan
kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan
aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan
6

bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat
interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses
pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak
langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam
penghasilan seni pada masa akan datang.
Seterusnya, melalui seni juga murid-murid dapat mengaplikasi pengetetahuan yang
dipelajari dalam kehidupan harian sebenar. Bidang Seni Visual memberi pengalaman
kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai
kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Melalui seni visual ini juga akan
menjadikan murid boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang dipelajari dalam kehidupan
harian yang sebenar. Contohnya, cara memberus warna boleh diaplikasikan dalam kerja kerja
mengecat peralatan kecil di rumah dan sebagainya.

1.3.2) Bidang Seni Muzik
Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan
pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon
secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Bidang ini melihat perkembangan diri murid
dari sudut penghayatan estetik dalam seni muzik dan bidang ini digubal untuk membimbing
murid ke arah menghayati dan menikmati muzik secara intelektual. Antara kesan positif yang
diperolehi murid melalui bidang seni muzik ini, ialah menggalakkan perkembangan kognitif,
afektif dan psikomotor. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai
sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik
yang asas. Bagi murid sekolah rendah khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja
membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka
memahami konsep muzik yang abstrak.
Selain itu, melalui elemen muzik juga dapat melatih kemahiran komunikasi dan
interaksi sosial. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik
secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kalangan mereka dengan baik.

7


1.3.3) Bidang Seni Pergerakan
Seni Pergerakan adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini
dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.
Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat bidang seni pergerakan. Murid diorientasikan
dengan ilmu dan amalan teori dan praktikal pergerakan bagi membentuk sahsiah dan sikap
untuk menghadapi cabaran hidup. Aktiviti Seni pergerakan yang terancang dan persekitaran
yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi
murid ke tahap optimum. Seni pergerakan juga bertujuan membantu murid menjadi cergas
melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Bidang seni pergerakan ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan
keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran
melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid akan
diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk
perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan
selamat.









8


2.0 Kepentingan Integrasi Seni Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan
kanak-kanak melalui peningkatan daya persekitaran, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya
ialah untuk Melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi serta minat yang tinggi
terhadap mata pelajaran sejarah. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai
3 R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf R adalah satu kata yang sesuai
digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu,
sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama, seni perlu dijadikan R
keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam
Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Terdapat 3 bidang utama dalam matapelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni
Pergerakan. Integrasi seni dalam pendidikan (merujuk kepada seni visual, muzik dan
pergerakan) membawa banyak faedah kepada murid dan juga guru.
Integrasi Seni dalam mata pelajaran sejarah akan membuatkan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin
pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan
kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid
berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk
memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat
membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Ini dapat digambarkan melalui
kaedah sosiodrama dalam memberikan peranan murid sebagai watak-watak pembesar Melaka.
Secara tidak langsung, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat
bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam
penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses
pembelajaran.
Integrasi seni seperti seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni
9

muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin
Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri.
Contohnya penggunaan muzik yang bertajuk Keluarga Bahagia dalam tajuk Mari Belajar
Sejarah akan membuatkan setiap daripada mereka banyak memberi penghayatan terhadap
bahan bahan mengajar yang ditunjukkan. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan
bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara
berperingkat atau sequential.
Pengintegrasian juga memenuhi keperluan sosial yang asas. Ini dapat diperlihatkan
apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan
dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan
kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-
kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka
mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid
dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru
dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan
murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan
setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang
berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat
lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika
kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan
berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.
Murid juga berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat
ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum
diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini
memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Contohnya penerokaan melalui unit 5 dalam sejarah
tahun 4 iaitu Kenali Zaman Air Batu. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi
pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta
10

menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat
dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan.
Seni dalam pengajaran dan mata pelajaran Sejarah juga berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
adalah bertepatan melalui inisiatif kerajaan memperkenalkan mata pelajaran sejarah melalui
unit 1 iaitu Sejarah dan Kita dalam tajuk Warisan Kita adalah salah satu penerapan elemen
yang terkandung dalam FPK.
Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih
mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.
Integrasi seni dalam pendidikan juga membentuk luahan perasaan dan aras keyakinan
yang tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada
ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid
melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan
boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan
dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang
tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain
terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat
menjamin keberkesanannya.
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang
tajuk-tajuk yang diajar. Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok
dan senang difahami, guru hendaklah menggunakan cara pengintegrasian seni dalam
pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk
matapelajaran yang diajar. Guru boleh mengintegrasikan tajuk derngan seni visual dengan
melakukan aktiviti melukis dan mewarna. Pengintegrasian pengajaran dan pembelajaran juga
dapat mempertingkatkan daya kreativiti pelajar. Melalui aktiviti mewarna, pelajar dapat
11

mengekspresi perasaan seperti marah,gembira, sedih dan sebagainya melalui warna yang
digunakan. Dari aktiviti ini, pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan. Guru juga boleh
menguntegrasikan seni muzik dalam tajuk yang hendak diajar. Bunyi-bunyian dapat
memberikan gambaran kepada pelajar tentang apa yang mereka pelajari. Dengan aktiviti ini,
secara tidak langsung pelajar dapat menggunakan pengalaman sedia ada mendengar bunyi-
bunyi dan meniru bunyi-bunyi tersebut.

3.0 Rumusan
Guru mata pelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran- kemahiran yang
diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan
menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru
menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan
murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam
Pengajaran iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan
semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan
berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk
menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang
sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda murid-murid sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam
pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif.
Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih
berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata pelajaran
tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Secara umumnya, aplikasi seni dalam
pengajaran merupakan suatu kaedah yang seharusnya dikuasai oleh semua guru untuk
memberikan pemahaman yang berkesan kepada murid-muridnya. Degan kaedah yang
dilaksanakan dalam mata pelajaran murid-murid yang memperolehi ilmu baru akan merasa
seronok dan tidak bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui
bunyi-bunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi pelajaran
yang diajar oleh guru. Walaubagaimanapun guru seharusnya mengetahui peranannya sendiri,
guru bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada murid-muridnya malah guru seharusnya
12

meningkatkan motivasi pelajar melalui kekreatifan yang sedia ada untuk menarik minat murid-
muridnya terhadap subjek yang diajar. Kekreatifan seseorang guru tersebut dalam menurun
ilmu pengetahuannya kepada murud-muridnya perlu diambil kira untuk menjamin masa depan
masyarakat dan Negara.
Melaui pengaplikasian seni dalam pendidikan, menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin
pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan
kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat murid berasa lebih
seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu
tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan
perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat
bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan.
Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi
untuk mengikuti proses pembelajaran.
Selain itu, melalui seni dalam pendidikan dapat menmupuk kerjasama dalam kalangan
murid. Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat
mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti
berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk
mencapai kejayaan bersama . Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan
merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial
yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh
menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.
Bukan itu sahaja, murid juga berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996),
penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu
yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun
begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga
merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi
kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi
kandungan. Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik
dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan
13

yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman
pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.


4.0 Refleksi

NAMA : MOHAMAD KHAIRUL AMIR BIN ZAINUDIN NO.
KP : 920414-03-5919
NO. MATRIK : 125134

Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada saya untuk
menjayakan tugasan projek WAJ 3073 iaitu Seni Dalam Pendidikan ini. Setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Puan Marini Bt. Mohamed
Salihin. Ini disebabkan saya amat mengaguminya kerana dari awal lagi beliau membuat
perancangan yang teliti bagi untuk menyediakan tugasan projek ini kepada kami. Antara aspek-
aspek dalam refleksi yang ingin saya persembahkan ialah SWOT iaitu strength (kekuatan),
weakness (kelemahan), opportunity (peluang) dan threat (halangan).
Dari segi kekuatan yang saya perolehi ialah saya dapat mengenalpasti, mengkaji serta
mengelaskan perincian tugasan Seni Dalam Pendidikan. Tugasan merangka Bahan Bantu
Mengajar sejarah serta perinciannya merupakan suatu perkara baru bagi saya sebagai seorang
guru pelatih dan wajib dilalui oleh semua guru untuk meningkatkan kemahiran sebagai seorang
guru yang sejati. Syukur kepada Allah, saya dapat merangka satu set bahan bantu mengajar
dalam mata pelajara sejarah bersama kawan-kawan yang terdiri daripada seni pergerakan, psv
dan juga seni muzik yang menarik bahkan mendapat reaksi yang positif daripada pensyarah
pembimbing saya. Saya dan rakan dalam satu kumpulan memilih tajuk berkenaan dengan
Zaman Air Batu ini kerana untuk meningkatkan kesedaran murid tentang betapa pentingnya
untuk mengetahui asal usul perkembangan ketamadunan manusia. Selain itu, ia juga dapat
meningkatkan kemahiran saya untuk menggunakan ketiga-tiga seni tersebut dalam pengajaran
sejarah pada satu hari nanti. Skop tugasan ini melibatkan satu kumpulan dalam merancang
14

rancangan pengajaran harian beserta tiga elemen SDP. Disebabkan saya sedikit berkebolehan
dalam mencari melodi atau muzik instrumental, saya memilih untuk mereka lirik muzik serta
melodinya supaya dapat menarik murid untuk mempelajari sejarah. Disamping itu, kaedah
amali dan teori yang diterapkan semasa kuliah pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Marini
digunakan oleh saya supaya penghasilan penulisan ilmiah dapat ditulis mengikut rubrik yang
ditetapkan.
Selain itu, terdapat beberapa kelemahan yang patut saya atasi sepanjang tugasan
projek ini. Kelemahan paling banyak yang saya dapat kesan ialah pembahagian masa untuk
melakukan tugasan secara yang tidak teratur. Ini akan menyebabkan saya mengalami sedikit
masalah di akhir persiapan untuk menyiapkan tugasan ini. Disebabkan saya tidak mencatat
semasa pembahagian tugasan, ini sedikit sebanyak membantutkan kelancaran saya dalam
melakukan tugasan. Saya terlupa siapakah ahli kumpulan yang bersama-sama dengan saya
sehinggalah saya sendiri dimaklumkan oleh penyelaras kursus ini. Kelemahan yang seterusnya
ialah saya tidak memahami secara mendalam konsep yang berkaitan dengan seni pergerakan.
Pemikiran saya hanya terbatas semasa kuliah pensyarah semata-mata sehinggalah saya
merasa seni pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran terhad kepada pergerakan
berulang sahaja, tetapi seni pergerakan adalah bebas bergantung atas kreativiti dan perasaan
individu.
Banyak input atau peluang yang saya perolehi sepanjang tugasan projek ini. Paling
utama ialah dapat berkolaborasi secara ilmiah dengan pensyarah pembimbing kursus Seni
Dalam Pendidikan, iaitu Puan Marini binti Mohamed Salihin. Beliau telah menetapkan beberapa
kreatiria dan garis panduan yang berguna untuk kami melakukan penulisan ilmiah dalam
tugasan projek seterusnya tidak terpesong daripada tajuk tugasan yang diberikan. Pihak
pengurusan perpustakaan Ibnu Sina IPG KDRI juga banyak memberi sumbangan dan
kolaborasi yang mantap kepada saya untuk melakukan kajian semasa tugasan projek. Melalui
pembinaan dan penghasilan produk bahan bantu mengajar yang terdiri daripada tiga elemen
yang utama iaitu seni pergerakan, seni psv serta seni muzik ini, saya dapat menerokai pelbagai
cabang dalam membuat dan menghasilkan bahan bantu mengajar yang berkualiti. Disebabkan
saya berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang menyunting video dan lagu, saya
menggunakan kemahiran tersebut untuk mencari muzik instrumental atau minus one serta
menyuntingnya mengikut lirik lagu yang dicipta supaya ia dapat meningkatkan motivasi
instrinsik dalam diri murid tersebut. Seni dalam pendidikan juga banyak membuka minda dan
fikiran saya supaya tidak meletakkan langkah dalam menghasilkan bahan bantu mengajar tidak
15

berdasarkan bahan maujud, bahan bercetak atau bahan elektronik semata-mata bahkan
kemahiran dalam tiga elemen seni pergerakan, psv dan muzik ini juga salah satu faktor penting
dalam pengajaran disebabkan kecenderungan murid yang belajar sambal bermain atau secara
hands on.

Halangan sepanjang tugasan projek ini tidak dapat dielakkan. Halangan yang paling
utama ialah kos dalam menghasilkan bahan bantu mengajar itu sendiri. Ramai daripada ahli
kuliah saya membelanjakan lebih daripada 70 ringgit untuk bahan bantu mengajar tersebut.
Namun syukur kepada Allah kerana saya hanya membelanjakan 10 ringgit untuk kedua-dua
bahan bantu mengajar dan saya bersama-sama ahli kumpulan saling bekerjasama dalam
menyumbang kewangan untuk tugasan projek ini. Selain itu, perkara yang menjadi penghalang
kepada saya ialah pengangkutan. Saya terpaksa kerap kali meminjam motorsikal daripada
rakan sekuliah atau berkongsi kenderaan jika mereka mahu keluar untuk membeli bahan untuk
menghasilkan bahan bantu mengajar. Saya akan berusaha kerap kali mohon kepada ibu bapa
saya untuk membeli kenderaan tersebut kepada saya untuk memudahkan segala urusan
tugasan kerja. Selain itu, masalah sambungan internet di IPG juga semakin teruk. Ini
disebabkan modem hotspot di IPG rosak dan tiada pembaikian dibuat disebabkan tiada
peruntukan daripada IPGM untuk menaik taraf kemudahan internet di IPG.
Dari segi penambahbaikan tetap wujud apabila saya masih tidak berpuas hati dengan kualiti
penghasilan produk bahan bantu mengajar serta RPH yang dihasilkan walaupun dari kaca mata
rakan satu kumpulan saya mengatakan ia sudah sempurna. Namun, sifat semula jadi inilah
yang selalu timbul dalam diri saya. Oleh sebab itu, kolaborasi sesama ahli kumpulan adalah
salah satu inisiatif penting untuk saya meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan bahan
tugasan projek yang berkualiti. Selain itu, setiap semester saya perlu menyimpan sedikit
peruntukan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar supaya duit yang diperuntukkan
mencukupi dengan apa yang dirancangkan. Skop tugasan sejarah kali ini fokus kepada tugasan
individu dan kumpulan. Oleh itu, setiap orang memegang amanah dan tanggungjawab masing-
masing untuk menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Nilai yang perlu diterapkan disini
ialah sikap tolong menolong antara satu sama lain supaya dapat menghasilkan projek yang
berkualiti.

16






5.0 Bibliografi
Asmat Fikri. (2012). Galak pelajar hayati seni, budaya: Rais. Kuala Lumpur: Berita Harian
Online.
Berita Harian Online - Asmat Fikri. (2012, Januari 28). Galak pelajar hayati seni, budaya: Rais.
Didapatkan dari bharian.com.my dari pautan:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Galakpelajarhayatiseni_budaya_Rais/Articl
e
Berita Harian Online. (2010, Oktober 26). Kerajaan digesa rangka kaedah pengajaran,
pembelajaran berkesan babit subjek Sejarah. Didapatkan dari bharian.com.my dari
pautan:
http://www2.bharian.com.my/articles/Kerajaandigesarangkakaedahpengajaran_pembelaj
aranberkesanbabitsubjekSejarah/Article/
Chua Yan Piaw, Sharifah Md. Nor, Naim Mohd & Wan Zah Wan Ali. (2003). Kreativiti Guru
Pendidikan Seni. Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 11(1), 11-17.
Fatimah Mohamad & Ros Maria Chin. (2014). Kunci Emas KSSR Sejarah 4. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.
Gomezio. (2011, April 12). Integrasi, Penerapan, Penyerapan dan Aplikasinya. Didapatkan dari
pijawa.blogspot.com dari pautan: http://pijawa.blogspot.com/2011/04/integrasi-
penerapan-penyerapan-dan.html
Ismail Saiman et al. (2014). Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.
Bhd.
17

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran -
Pendidikan Jasmani Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran -
Pendidikan Seni Visual Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. (2007). Peranan Guru Dalam Memupuk
Kreativiti Pelajar. Jurnal Pengajian Umum Bil.9, 57-70.
Nurul Aida Jailani. (2010, Oktober 27). Tugasan Individu- Aplikasi Seni Dalam Pengajaran.
Didapatkan dari nurulaida.blogspot.com dari pautan:
http://wwwnurulaida.blogspot.com/2010/10/tugasan-individu-aplikasi-seni-dalam.html













18















6.0 Lampiran