Anda di halaman 1dari 2

Etika Di Terumbu Karang

Jika anda berenang, snorkel, skuba, atau selam bebas, terumbu karang adalah koloni
haiwan kecil yang mengambil masa beratus tahun untuk membentuk struktur-struktur
yang dapat dilihat pada hari ini
Jangan berdiri di atas Terumbu Karang
Melabuhkan sauh adalah dilarang
Tidak dibenarkan menyentuh hidupan karang
Elakkan dari mengganggu hidupan karang
Elakkan dari membuang sampah
Jika anda berenang, snorkel, skuba, atau selam bebas

Terumbu karang adalah koloni haiwan kecil yang mengambil masa beratus tahun untuk
membentuk struktur-struktur yang dapat dilihat pada hari ini.

Menyentuh Batu karang untuk melihat rupabentuknya boleh menyebabkan kematian koloni
secara menyeluruh. Minyak daripada kulit anda boleh mengganggu membran halus yang
berlendir yang melindungi binatang ini daripada penyakit.


Jangan berdiri di atas Terumbu Karang

Jangan berjalan atau berdiri di atas terumbu karang, kerana ini boleh membunuh polip
karang yang hidup. Polip merupakan pembina struktur terumbu karang. Pertimbangkan
penggunaan alat pengapungan (yang diletakkan di bawah dada) jika anda bukan perenang
yang baik dan jangan berdiri di atas terumbu karang untuk membetulkan kedudukan topeng.
Berenang dengan baik dan cuba untuk mengelak kemungkinan menendang terumbu karang,
mencari satu kawasan berpasir atau tempat cetek yang bebas dari karang untuk berdiri.
Jangan menyentuh, mengutip atau memegang hidupan terumbu karang.



Melabuhkan sauh adalah dilarang

Jika boya penambat tidak didapati, gunakan sauh pasir untuk berlabuh yang diletakkan jauh
daripada pembentukan terumbu karang dan dari tempat anda mahu menyelam, kemudiannya
membenarkan bot untuk hanyut ke kawasan berhampiran terumbu karang. Sentiasa pastikan
sauh selamat di atas pasir sebelum menyelam di terumbu karang.

Malah penyelam berpengalaman kadangkala dengan tidak sengaja melanggar atau memecah
karang, jadi mereka yang kurang berpengalaman seharusnya lebih berhati-hati

Tidak dibenarkan menyentuh hidupan karang

Satu kecuaian boleh memusnahkan keseluruhan komuniti.Terumbu karang adalah nadi utama
untuk kehidupan laut yang luas dan yang masih tidak dikenali. Zoothanthellae yang tinggal
dalam karang menghasilkan oksigen yang diperlukan untuk karang hidup dan berkembang.
Tanpa alga, terumbu karang tidak membesar dan organisma marin tidak akan wujud. Apabila
terumbu karang dimusnahkan dengan penggunaan peluntur klorin atau bahan kimia
berbahaya yang lain untuk amalan memancing, ia akan membunuh alga dan terumbu karang.
Apabila anda memusnahkan karang, kelangsungan kehidupan marin terjejas dan kekayaan
hasil kehidupan marin untuk generasi akan datang pudar.


Elakkan dari mengganggu hidupan karang

Haiwan karang adalah dengan mudah tertekan dan mengganggu mereka boleh mengganggu
pemakanan dan pengawanan mereka.


Elakkan dari membuang sampah

Membuang sampah membahayakan hidupan laut dan merosakkan keindahan semulajadi batu
karang. Membuang sampah ke dalam tong sampah atau mengambil ia kembali dengan anda.