Anda di halaman 1dari 3

Contoh penulisan kertas 3

Tema 8 : Tamadun Islam dan Perkembangannya


Tajuk 8.2 : Kerajaan Islam Madinah
Contoh soalan :Huraikan bagaimanakah proses pembentukan Negara Madinah oleh Nabi Muhammad
SAW menjadi contoh kepada proses pembentukan Negara bangsa Malaysia yang merdeka?
1.0Pengenalan
Jelaskan latar belakang pembentukan Piagam Madinah (5 markah)
Piagam Madinah atau Sahifah Madinah merupakan sebuah bertulis yang berpandukan wahyu Allah
S.W.T. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum. Piagam ini mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua Negara
dan rakyatnya, serta dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dengan orang
bukan Islam (Yahudi dan Suku Arab Lain). Kandungan piagam ini lengkap, menyeluruh dan mengambil
kira kepentingan semua pihak.
2.0Kandungan Piagam Madinah
Huraikan isi kandungan Piagam Madinah (30 markah)
Pembentukan Piagam Madinah telah dipersetujui oleh orang Islam dan orang bukan Islam. Piagam
Madinah mengandungi 47 fasal, iaitu 23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan orang Islam
dan tanggungjawab mereka. Manakala 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam
termasuk orang Yahudi terhadap Negara Madinah. Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan
bertulis yang pertama di dunia dan menjadi asas kepada sebuah Negara yang berdaulat. Kandungan
piagam ini boleh dirumuskan kepada tujuh aspek penting iaitu politik, social, agama, perundangan,
ekonomi, pertahanan dan kedudukan Yahudi.
a. Politik
Dari aspek politik, NabI Muhammad s.a.w berperanan pemimpin kerajaan Madinah yang mempunyai
penduduk berbilang kaum, agama dan budaya. Baginda juga adalah sebagai ketua hakim dan bertindak
menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam berasaskan semangat
musyawarah dan keadilan


b. Agama
Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing. Setiap individu mestilah menghormati
agama yang dianuti oleh individu yang lain. Sikap buruk sangka dari segi agama seperti diamalkan
sebelumnya dilarang sama sekali. Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah memaksa mereka yang bukan
Islam supaya memeluk Islam , contohnya, orang Yahudi bebas mengamalkan ajaran agama mereka.
c. Sosial
Dari segi social, masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu, tolong
menolong dan bekerjasama tanpa mengira bangsa. Perasaan benci membenci dan mementingkan diri
sendiri dielakkan bagi menjaga keharmonian Negara
d. Perundangan
Undang-undang Islam telah diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan yang
bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan. Undang-undang ini menjadikan peraturan dan amalan hidup
lebih tersusun dan diterima ramai. Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah bukan bertujuan
menzalimi tetapi untuk menginsafkan pesalah dan orang lain. Islam telah menetapkan syarat bahawa
perlu ada saksi yang dapat mengesahkan jenayah berlaku. Sesuatu hukuman yang dikenakan terhadap
mereka yang bersalah dapat dilakukan dengan adil dan diterima dengan senang hati.
e. Ekonomi
Piagam Madinah menetapkan bahawa tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi. Islam
juga melarang riba dan penindasan.

f. Pertahanan
Nabi Muhammad s.a.w mewajibkan kesemua masyarakat Madinah mempertahankan Madinah daripada
ancaman musuh luar. Sikap bertanggungjawab menjaga Negara amat penting demi kesejahteraan
rakyat.
g. Kedudukan Yahudi
Perlembagaan Madinah mengakui kedudukan Yahudi sebagai rakyat Madinah. Mereka mempunyai hak
yang sama dengan masyarakat yang lain untuk menikmati keselamatan dan kebebasan. Mereka
dibenarkan tinggal di Madinah. Kedudukan mereka terjamin dan selamat selagi mereka mematuhi
Piagam Madinah. .Mereka juga tidak dibenarkan bertindak sewenang-wenangnya untuk menimbulkan
huru-hara. Piagam Madinah yang digubal mengambil kira kepentingan pelbagai bangsa dan penganut
pelbagai agama dalam sebuah Negara. Dengan itu perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan.


3.0Kepentingan Piagam Madinah
Jelaskan kepentingan Piagam Madinah kepada perkembangan tamadun Islam(15 markah)
Kerajaan Islam Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang boleh dijadikan panduan
bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam. Kerajaan ini dilengkapi perlembagaan yang
dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat. Unsur-unsur Islam boleh dipraktikkan dalam
sesebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama. Nabi Muhammad s.a.w
Berjaya mengatur sebuah pemerintahan lengkap iaitu merangkumi peraturan yang berkaitan dunia dan
akhirat.
Berasaskan Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w Berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan
ummah, iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu dan aman. Nilai hidup yang ditanam adalah
berasaskan semangat ukhuwah Islamiah. Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama, dengan itu konsep
keadilan telah dipraktikkan di Madinah. Islam telah menekankan persamaan hak dan persaudaraan
Islam. Tiada lagi perbezaan taraf dalam kalangan masyarakat. Amalan dan sifat positif yang dipraktikkan
oleh Negara Madinah oleh kepimpinan

Anda mungkin juga menyukai