Anda di halaman 1dari 4

Ringkasan Eksekutif

Nama: Norsuhani Binti Shahrudin


Major: Bahasa Melayu
Tajuk Kajian: Teknik GKK Meningkatkan Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dalam
Membantu Murid Mebina Ayat Penyata.
ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan amalan pembelajaran dan pengajaran guru dalam
membantu murid membina ayat penyata dengan menggunakan teknik GKK. Teknik GKK ini
merupakan singkatan kepada teknik gedung kosa kata iaitu murid menggunakan permainan bahasa
bijak kata dan peta kata semasa membina ayat penyata. Teknik ini digunakan semasa aktiviti menulis.
Kajian ini menjawab bagaimana amalan pengajaran guru bahasa Melayu dalam membantu murid
membina ayat dapat ditingkatkan. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 32 orang murid tahun 5
Adelia yang mempunyai tahap pencapaian sederhana. Data dikumpul melalui pemerhatian semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, temu bual bersama empat orang responden serta
menganalisis dokumen murid. Hasil kajian ini mendapati bahawa teknik GKK telah membantu murid
membina ayat dengan baik setelah melalui dua kitaran.

Kata kunci: Teknik GKK, kosa kata, bijak kata, peta kata, ayat penyata

1.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Kajian tindakan menggunakan Teknik Gudang Kosa Kata ini merupakan satu kajian yang
membawa kebaikan kepada murid dan guru dalam kemahiran menulis.
1.1 Objektif kajian
1. Meningkatkan amalan pengajaran guru dalam membantu murid membina ayat
dengan menggunakan teknik GKK.
1.2 Soalan kajian
Kajian tindakan ini dijalankan untuk menjawab soalan berikut:
1. Bagaimanakah amalan pengajaran guru bahasa Melayu dalam membantu
murid membina ayat dapat ditingkatkan?
2.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk menjalankan kajian ini adalah murid tahun 5 Adelia kerana
pemerhatian dapat dijalankan setiap hari memandangkan bahasa melayu adalah subjek teras
yang telah diperuntukkan satu jam setiap hari dalam jadual belajar murid. Murid-murid kelas
ini berjumlah 32 orang iaitu 12 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Seterusnya,
murid kelas ini terdiri daripada tahap pencapaian kognitif yang sederhana.



Ringkasan Eksekutif

3.0 TINDAKAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan menggunakan model Stephen Kemmis (1988). Model Stephen Kemmis
mempunyai dua lingkaran dan setiap satunya mengandungi empat fasa seperti dalam rajah 1 di
bawah.
Kitaran 1































Perancangan
Analisis RPH.
Menyediakan lembaran kerja
dan borang pemerhatian.
Memilih kaedah permainan
bahasa (bijak kata)

Tindakan
Melaksanakan teknik GKK dalam
langkah 3 PdP.
Teknik GKK dilaksanakan semasa
murid menjalankan aktiviti membina
ayat.
Melaksanakan permainan bijak
kata.

Pemerhatian
Pemerhatian berstruktur dijalankan
pada hari ke-14 dalam waktu PdP.

Refleksi dilakukan selepas
pemerhatian dijalankan.
Mengesan kekurangan teknik
GKK.


Ringkasan Eksekutif


Kitaran 2


















4.0 CARA PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
Saya menggunakan tiga cara pengumpulan data iaitu:
i. Pemerhatian yang dijalankan secara berstruktur. Dua borang pemerhatiaan disediakan
iatu borang pemerhatian guru dan borang pemerhatian murid.
ii. Temu bual berkomlompok dilaksanakan dengan empat orang murid 5 Adelia. Soalan-
soalan temu bual telah disediakan.
iii. Analisis dokumen ialah hasil kerja murid iaitu dalam lembaran-lembaran kerja yang
dikumpul daripada awal kajian.
Hasil analisis daripada tiga data yang dikumpul:
i. Borang pemerhatian: Hasil daripada ulasan dalam borang pemerhatian, murid dapat
membina ayat menggunakan bijak kata dan peta kata yang digunakan dalam teknik
GKK.murid membina ayat dengan mudah dan sistematik.
ii. Temu bual: Murid menyatakan teknik GKK yang digunakan mudah untuk diaplikasi
semasa membina ayat. Teknik ini juga seronok dan menarik.
Perancangan
Analisis RPH.
Menyediakan lembaran kerja
dan borang pemerhatian.
Memilih kaedah permainan
bahasa peta kata.

Pemerhatian
Pemerhatian berstruktur dijalankan
pada minggu ke 3 dalam waktu
PdP.

Refleksi dilakukan selepas
pemerhatian dijalankan.
Mengesan kekuatan teknik
GKK.


Tindakan
Melaksanakan teknik GKK dalam
langkah 3 PdP.
Teknik GKK dilaksanakan semasa
murid menjalankan aktiviti membina
ayat.
Melaksanakan permainan peta kata.

Ringkasan Eksekutif

iii. Analisis dokumen: Hasil daripada analisis dokumen murid menunjukkan peningkatan
yang baik. Ayat-ayat yang dibina semakin tersusun dan murid berjaya menggunakan
pelbagai kosa kata untuk membina ayat.

5.0 DAPATAN KAJIAN
i. Bagaimanakah amalan pengajaran guru bahasa Melayu dalam membantu murid
membina ayat dapat ditingkatkan?
- Amalan pengajaran dapat ditingkatkan melalui teknik GKK yang cikgu laksanakan
untu memmbantu murid membina ayat. Semasa cikgu laksanakan cikgu memberi
arahan yang jelas, mencipta kaedah permainan bahasa agar dapat meningkatkan
kemahiran membina ayat dalam kalangan murid. Seterusnya, melalui peta kata yang
digunakan dalam teknik GKK untuk membina ayat.

6.0 RUMUSAN
Kajian tindakan ini adalah satu kajian untuk meningkatkan amalan pengajaran guru dalam
membantu murid membina ayat menggunakan teknik GKK. Melalui kajian yang dijalankan
dalam tempoh 5 minggu ini, murid dapat menmbina ayat dengan menggunakan pelbagai kosa
kata menggunakan teknik GKK yang diajar oleh guru. Hal ini, dapat dibuktikan melalui hasil
analisis temu bual, borang pemerhatian dan analisis dokumen murid. Natijahnya, teknik GKK
adalah satu teknik yang boleh diamalkan guru untuk membantu murid membina ayat agar
kemahiran menulis murid dapat dipertingkatkan.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Bagi kajian seterusnya, guru bahasa Melayu tahun 6 boleh menggunakan teknik ini bagi
membantu murid menjawab soalan karangan bahagian B. Guru boleh mengubah atau
membuat penambah baikan peta kata yang digunakan mengikut kesesuaian. Selain itu, petaa
kata yang digunakan dalam teknik ini juga boleh diaplikasi dalam kemahiran bahasa yang lain
dan diserap dalam mata pelajaran bahasa dan pendidkan Islam.

Anda mungkin juga menyukai