Anda di halaman 1dari 8

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Pendidikan suatu usaha berterusan


Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta
penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga
mahir serta berakhlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara
berterusan sepanjang hayat.
Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan
asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di
sekolah rendah dan sekolah menengah diteruskan juga ke peringkat yang lebih
tinggi iaitu pada peringkat institusi pengajian tinggi dan seterusnya ke tempat
bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT,
secara maya dan melalui media massa.
Rasionalnya, pendidikan sepanjang hayat adalah membolehkan kita
menghadapi dan menangani pelbagai pendidikan dan pembangunan yang pesat,
khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK.
2. Memperkembang potensi individu
Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti
intelek, jasmani, rohani, dan emosi sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah
terpendam dalam kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembang dan
meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang.
Dalam FPK, unsur-unsur seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sangat
diberi perhatian. Pertama, dari segi intelek memberi tumpuan kepada ciri daya
berfikir. Hal ini contohnya menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis
dan mengira. Disamping itu, mengutamakan kemahiran untuk memperoleh,
meningkat dan menyebarkan ilmu. Selain itu, berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
serta memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain termasuk
kemajuan negara.
Unsur jasmani pula, menitik beratkan kesihatan tubuh diri dengan melakukan
riadah dengan sempurna, menggunakan bakat dan kemahiran teknikal atau
manipulatif dengan cekap serta memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan
untuk kepentingan masyarakat. Selain itu, meningkatkan daya pengeluaran, demi
memberi sumbangan kepada kemajuan negara.
Dari segi emosi pula, dasar FPK memberi tumpuan mengenai memperoleh
perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang,
memiliki semangat kekitaran, muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta
mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan kesenian.
Perkembangan unsur rohani pula memberi tumpuan dari segi perasaan
menyedari dan mengingati adanya Pencipta, mempunyai perasaan menghargai dan
mensyukuri pemberian Pencipta, mempunyai perasaan menyedar dan menginsafi
tanggungjawab yang dipikul dan akhir sekali dapat membentuk akhlak yang mulia.
3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara
berasingan. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga
mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi
penekanan, disamping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat
optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling
berkait di antara satu sama lain.
4. Insan yang seimbang dan harmonis
Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan,
bertenaga mahir, berakhlak, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai
jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas, serta
kematangan emosi dan sosial.
Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek,
jasmani, emosi, sosial dan rohani telah diperkembangkan secara menyeluruh,
bersepadu dan dalam tahap optimum.
Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki keinsafan
dan kesedaran terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan
sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi
dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna demi
kemajuan diri, keluarga bangsa dan negara.
Matlamatnya ialah bagi memupuk insan yang seimbang dan harmonis.
Segala ini boleh dicapai sekiranya potensi yang ada dalam diri dapat
diperkembangkan dengan meluas.
5. Unsur intelek
Memberi tumpuan kepada daya berfikir meliputi ciri-ciri:
- Mempunyai kemahiran 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.
- Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu.
- Berfikir secara kritis dan kreatif.
- Memanfaatkan ilmu untuk sendiri dan orang lain.
6. Unsur rohani
Unsur rohani berkaitan dengan kerohanian:
- Meyedari dan menginsafi adanya Pencipta.
- Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta.
- Meyedari dan menginsafi tanggungjawab.
- Memupuk dan membina disiplin kendiri.
- Membentuk akhlak mulia.


7. Unsur emosi
Perasaan jiwa yang kuat meliputi ciri-ciri:
- Perasaan tenang dan tingkah laku yang terkawal.
- Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.
- Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan.
- Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian.
8. Unsur jasmani
Tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat:
- Menjaga kesihatan badan.
- Melakukan riadah.
- Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif.
- Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari.
- Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat.
- Berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
9. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak
terjadi secara sendiri bahkan ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah
hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul
amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan
memakmurkan alamnya.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan adalah merujuk kepada:
- Mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh
Pencipta,
- Mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh
Pencipta
- Menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam
- Menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri
sendiri, melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan, mengikuti
dan Mengamalkan ajaran agama dan meningkatkan serta mengukhkan
kepercayaan beragama.
10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan
menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki
ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, gemar membaca, sentiasa berusaha
menambah ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan dan meyebarkan
ilmu pengetahuan, memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain, berfikiran
terbuka, luas dan mendalam.
11. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi
sumbangannya demi kemajuan negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan
tugas dalam jangka masa yang singkat tetapi juga dengan cekap dan sempurna.
Ciri-cirinya dalah seperti berikut berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang
sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan, mempunyai kemahiran yang
sesuai dalam pelaksanaan tugasnya, dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan
sempurna
12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu
dan mengamalkannya dalam kehidupan harian.
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri
seperti mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk, menyedari kesan
dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai
murni, dapat menghayati nilai kerohanian kemanusiaan kewarganegaraan,
mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatkan buruk.


13. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa
dan negara, dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri
seperti menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah kewajiban, menyedari
tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha
meningkatkan daya pengeluaran, sentiasa mematuhi peraturan dan undang-
undang, sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara
dan agama./
14. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat
memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara.
Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat
yang memiliki keupayaan seperti daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani
cabaran hidup dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan
tubuh badan yang sihat, memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan
baik.
15. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara
Melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan
inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memperoleh
keupayaan seperti memenuhi keharmonian keluarga, memupuk semangat
kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah, toleransi dan hormat, menguasai
kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara,
mengekalkan kestabilan negara, mematuhi, mengekal dan mempertahankan
Perlembagaan, menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara,
bersemangat patriotik dan cintakan negara.




















Elemen
Dalam
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Anda mungkin juga menyukai