Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 5

Mata Pelajaran : Matematik


Tahun : 5 Efektif
Bilangan Murid : /34 orang
Masa : 12.30 tengah hari 1.30 petang
Hari : Khamis
Tarikh : 10 Julai 2014
Topik : Masa
Bidang pembelajaran : Operasi asas melibatkan masa dan waktu
Objektif Pembelajaran : Membahagi masa dalam jam, minit dan saat.

Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:
1. Membahagi unit masa melibatkan penukaran unit dengan
memberikan jawapan dalam unit jam, minit dan saat.
2. Menjawab sekurang-kurangnya 5 daripada 6 soalan dengan
betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah tahu:
1. Menukar jam kepada minit dan minit kepada jam.
2. Menukar minit kepada saat dan saat kepada minit.

Bahan bantu belajar : Gambar Upin dan Ipin, gambar pemandangan Cameron Highlands,
model Garis Masa, blue tac, speaker, laptop, koleksi lagu, koleksi
soalan, lembaran Test Your Brain, balang beracun dan lembaran kerja.

Penerapan nilai : Mendengar arahan guru, yakin diri, berani, bekerjasama,
mematuhi arahan, mendengar pandangan rakan, mendengar
penerangan guru dan memberi perhatian.

KBKK : Membuat jangkaan, memberi pendapat, mentafsir maklumat,
menganalisis, menyelesaikan masalah, mengaplikasikan
pengetahuan, berfikir secara rasional, dan membuat rumusan.

Kecerdasan pelbagai : Linguistik, visual, audio, logikal-matematik, interpersonal dan
intrapersonal
Strategi : Berpusatkan murid dan berpusatkan bahan.







PERINGKAT KANDUNGAN LANGKAH/ AKTIVITI NOTA/ CATATAN

Set induksi
(5 minit)

Penceritaan
Lawatan ke
Genting
Highlands
1) Guru menceritakan kepada murid
kisah Upin dan Ipin yang
mengadakan lawatan ke Cameron
Highlands.




















2) Guru mencungkil pemikiran murid
dengan bertanyakan:
Bagaimanakah untuk
menyelesaikan masalah Upin
dan Ipin?
Apakah operasi yang terlibat?
3) Guru mengaitkan jawapan yang
diberikan oleh murid dengan topik
yang akan dipelajari pada hari ini.

Sumber:
Gambar Upin dan Ipin
Gambar pemandangan
Cameron Highlands

KBKK :
Membuat jangkaan
Memberi pendapat
Mentafsir maklumat

Kecerdasan Pelbagai :
Linguistik
Visual
Audio

Nilai :
Mendengar arahan guru

Langkah 1
(20 minit)

Pengajaran
menggunakan
Garis Masa











1) Murid diminta berikan pendapat
tentang mengapa adanya
pembahagian masa.
2) Setelah murid memberikan
pendapat, guru menunjukkan
mengapa perlunya membahagi
dalam masa.
3) Guru mencungkil pemikiran murid
dengan bertanya kaedah apa yang
boleh dilakukan untuk membahagi
masa yang banyak dengan kadar
yang cepat.
4) Murid didedahkan dengan
penggunaan garis masa bagi
membahagi masa tanpa perlu
mengira di atas kertas.
5) Minta seorang murid untuk

Sumber :
Model garis masa
Blue tac

KBKK :
Menganalisis
Memberi pendapat

Kecerdasan Pelbagai :
Linguistik
Visual
Logikal-matematik.

Nilai :
Pada cuti musim panas yang
lepas, Upin dan Ipin melawat ke
tempat-tempat menarik sekitar
Cameron Highlands. Salah satu
tempat yang dilawati ialah
lading strawberi.
Mereka mempunyai masa
selama 4 jam sebelum mereka
bertolak pulang ke hotel.
Jika mereka ada 4 jam dan 3
tempat untuk disinggah,
berapakah masa yang diambil
untuk melawat satu tempat jika
masa untuk setiap tempat
adalah sama?








Gunakan
algoritma untuk
mencari jawapan
menunjukkan cara membahagikan
4 jam kepada 3.
6) Minta kelas menyebut masa yang
diperoleh oleh kawan
menggunakan garis masa.


1. Seorang murid diminta untuk
menulis penukaran unit jam
kepada minit dan minit kepada saat
di papan putih.
1 jam = 60 minit
1 minit = 60 saat
2. Soalan akan ditulis di papan putih
dan seorang murid diminta untuk
tampil di hadapan dan memberikan
jawapan.
4 jam 3 =









5 jam 20 min 4 =_______












Mendengar arahan guru
Yakin diri
Berani

1 jam 25 min
4
4 +60 min
1 100 min
- 8
20
-20
0
1 jam 20 min
3
3 +60 min
1 60
-6
0
0

3. Guru bertanya:
-Betul tak jawapan kawan kamu ni?
Jika salah, minta seorang murid
kesan kesalahan kawannya.

4. Guru bertanya:
-Bagaimana jika pembahagian
masa melibatkan saat?

15 jam 41 min 25 s 5 = _________













5. Guru memberikan satu lagi soalan
dan minta seorang murid untuk
selesaikannya.

20 jam 42 min 24 s 8
=_________











3 jam 25 min 15
5
-15 jam 40 min +60 s
1 min 85 s
- 6
25
- 25
0


3 jam 25 min 15
8
-16 jam +240 min +120 s
4 jam 282 min 144 s
- 24 - 8
42 64
- 40 -64
2 0
Langkah 2
(15 minit)

Balang Beracun












1) Guru mengedarkan sebuah balang
beracun kepada murid-murid
sambil memainkan muzik.
2) Murid-murid akan bergilir-gilir
memegang kotak misteri mengikut
urutan.
3) Setiap murid akan memegang
kotak misteri tersebut.
4) Apabila muzik dihentikan, murid
yang memegang kotak misteri
dikehendaki mencabut satu bola
yang terdapat di dalam balang
beracun tersebut.
5) Murid dikehendaki menjawab
soalan yang terdapat di kertas
yang terdapat pada bola tersebut.
6) Murid menulis di papan putih.
7) Jika murid tidak dapat menjawab
soalan yang diberikan, rakan-rakan
lain boleh membantu murid
tersebut.
8) Guru menyemak jawapan murid
bersama murid-murid yang lain.
9) Aktiviti diteruskan sehingga semua
soalan berjaya diselesaikan.

Sumber :
Balang beracun
Speaker
Koleksi soalan
Koleksi lagu
Laptop

KBKK :
Mengaplikasikan
pengetahuan
Menyelesaikan masalah
Berfikir secara rasional
Kecerdasan Pelbagai :
Interpersonal
Audio
Logikal-Matematik
Nilai :
Bekerjasama
Mematuhi arahan

Langkah 3
(15 minit)

Aktiviti Test Your
Brain
1) Guru memberikan lembaran Test
Your Brain kepada setiap murid.
2) Murid perlu menyelesaikan soalan
yang diberi.
3) Murid yang lemah diberi bimbingan
oleh guru.
4) Guru menyemak jawapan
bersama-sama murid.
Sumber:
Lembaran Test Your
Brain

KBKK:
Mengaplikasikan
pengetahuan

Kecerdasan Pelbagai :
Visual
Intrapersonal
Logikal-matematik.

Nilai:
Yakin diri


Penutup
(5 minit)


Membuat
kesimpulan
1. Guru membimbing murid untuk
membuat rumusan topik yang
telah dipelajari pada hari ini.
2. Guru memberikan lembaran kerja
kepada murid-murid sebagai
tugasan di rumah.

KBKK:
Membuat rumusan

Nilai murni:
Mendengar penerangan
guru
Memberi perhatian