Anda di halaman 1dari 22

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 1 : Mengisi

Borang Permohonan)
Jumaat, Mei 31, 2013 Hal Guru 97 comments
Saya kongsikan 11 tips panduan memohon Guru Cemerlang dengan rakan-rakan guru.
Saya namakan ini sebagai Fasa 1 iaitu Fasa Semasa Mengisi Borang Permohonan Guru
Cemerlang. Jom kita tengok apa perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan
sebelum anda memohon Guru Cemerlang.


1. Fahami jawatan Guru Cemerlang
Dalam kebanyakan kes, ramai rakan guru yang tersalah anggap mengenai jawatan Guru
Cemerlang. Ramai yang menganggap Guru Cemerlang adalah guru yang SANGAT
CEMERLANG; hebat akademik, hebat kokurikulum, pegang jawatan penting dalam
HEM, dan serba serbi HEBAT!.

Sebenarnya, jawatan Guru Cemerlang adalah merujuk kepada guru-guru
yang cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun
di dalam bidang pengkhususandengan tujuan untuk dijadikan role model, sumber
inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi
tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing.

Jadi, jika anda seorang guru yang memang CEMERLANG dalam subjek kepakaran anda,
silalah mohon walaupun anda kurang sumbangan dalam bidang HEM dan Kokurikulum.
Kerana yang akan diberi lebih penilaian adalah sumbangan anda pada subjek kepakaran
anda!

p/s: Teringat dengan kata-kata seorang penceramah Nazir, "Jika anda ahli sukan wakil
Malaysia sekalipun, penilaian utama hanya akan dinilai pada sumbangan anda
dalam bidang subjek yang dipohon!"


2. Pilih Subjek Kepakaran dengan tepat
Pemilihan subjek kepakaran juga merupakan sesuatu yang penting semasa membuat
permohonan Guru Cemerlang. Ini kerana faktor seperti jumlah waktu mengajar dan
juga tahun pengalaman mengajar subjek kepakaran memberikan markah yang berbeza-
beza kepada guru yang memohon semasa penilaian. Rakan guru boleh rujuk jadual di
bawah bagi pemilihan subjek kepakaran yang lebih tepat dan sesuai untuk anda.



Jika rakan guru masih ragu-ragu dan tidak pasti subjek mana yang menjadi pilihan,
semaklah semula senarai tugas anda pada tahun-tahun lepas. Pilih subjek yang mana
anda lebih banyak sumbangan/tugas/peranan.

Pastikan juga subjek yang dipilih itu merupakan subjek yang telah anda ajar sekurang-
kurangnya 3 tahun berturut-turut, terutamanya jika anda berpindah-pindah sekolah.
Tidak menjadi masalah juga jika anda memilih subjek bukan major anda, selagi subjek
yang dipohon telah diajar sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas.

Kesilapan memilih subjek kepakaran, kadang-kadang mampu memberikan keputusan
yang mengecewakan.


3. Isi Borang Permohonan dengan betul dan
lengkap
Seterusnya, isilah borang permohonan anda dengan teliti, lengkap dan tepat. Kesilapan
dan sikap ambil mudah semasa mengisi borang permohonan akan menyebabkan
permohonan anda ditolak/kurang menyerlah.

Pastikan juga perkara-perkara yang dikehendaki berada dalam keadaan yang
sedia dikemaskini. Sebagai contohnya:
a) Maklumat diri dan perkhidmatan (Tarikh lantik, sah dll)
b) Kenyataan Perkhidmatan (boleh rujuk dengan kerani sekolah)
c) Perisytiharan Harta (sahlaku dalam 5 tahun tanpa sebarang perubahan harta)
d) LNPT (3 tahun berturut-turut)
e) esei (cuba buat sendiri dan nyatakan hasrat anda dari hati dan naluri anda)
f) Senarai Tugas (senaraikan SEMUA bidang tugas/peranan/sumbangan anda dalam
Akademik, HEM dan Kokurikulum dengan lengkap)

Jika tidak pasti, bidang tugas tersebut perlu dimasukkan atau tidak dalam borang
permohonan,masukkan saja kesemuanya. Penilai akan menilai borang anda dan
memilih perkara yang akan diberi markah.. Tak salah mencuba..


4. Fokus kepada subjek yang dipohon
Perhatian dan tumpuan utama haruslah diberi kepada subjek kepakaran yang
dipohon. Nyatakan dengan selengkapnya tugas/peranan/sumbangan yang pernah anda
buat untuk subjek atau pun bidang kepakaran anda itu.

Jika pernah anda adakan kelas tambahan / ceramah di luar sekolah, nyatakan dalam
borang dan jugalampirkan bukti (dokumentasi/sijil/gambar) bagi mengukuhkan
permohonan anda. Antara contoh bidang tugas/ sumbangan yang boleh anda masukkan:
a) Ketua Panitia
b) guru kelas tambahan
c) guru kelab / persatuan (subjek/bidang kepakaran)
d) penceramah
e) pemeriksa kertas soalan
f) penyelaras kem (subjek/bidang kepakaran)




Apa-apa yang dinyatakan perlulah lebih fokus kepada subjek kepakaran anda. Tak guna
jika anda nyatakan berjela-jela bidang tugas anda di sekolah, namun jika diteliti sangat
sedikit sahaja sumbangan dalam subjek kepakaran! Sekali lagi saya ingatkan,
penekanan haruslah diberikan kepada sumbangan anda dalam subjek kepakaran, bukan
lah bidang lain!


5. Bahagikan tugas mengikut bidang
Bagi memudahkan urusan anda untuk menguruskan data dan bahan yang bertimbun-
timbun untuk 3+1 tahun, maka lebih baik jika anda bahagikan tugas tersebut kepada
bidang masing-masing. Bahagikan tugas mengikut bidang Akademik, HEM dan
Kokurikulum.

Sebagai contoh:
2010 - Akademik - Penyelaras Kem Sains PMR
2010 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 3
2010 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 1
2010 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2011 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2011 - Akademik - Penceramah Bengkel Sains
2011 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 1
2011 - KoK - Jurulatih Sofbol Daerah Sibu
2012 - Akademik - Ketua Panitia Sains
2012 - Akademik - Penyelaras Sains Tingkatan 1
2012 - HEM - Penyelaras Disiplin Tingkatan 1
2012 - KoK - Jurulatih Sofbol Negeri Sarawak

Penilaian pada tapisan pertama akan dibuat dengan menilai Borang Permohonan anda.
Jika anda memudahkan para penilai untuk menilai borang anda, tak mustahil peluang
untuk anda melalui tapisan kedua adalah lebih cerah!


6. Kumpulkan bahan
Semasa mengisi Borang Permohonan, sebaiknya anda mulakan dengan mengumpul
semua bahan-bahan anda terlebih dahulu. Kumpulkan semua senarai tugas anda,
inovasi, ABM, kajian tindakan, penulisan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan agar
memudahkan anda untuk menyiapkan borang permohonan dengan lengkap.


Jika anda tak ingat senarai tugas bagi 3 tahun kebelakang, boleh lah rujuk semula
dengan Ketua Jabatan anda agar meminjam semula Borang LNPT yang diisi pada setiap
tahun. Ada baiknya, jika anda sendiri yang menyimpan segala maklumat tersebut dalam
bentuk softcopy sebagai rujukan di masa depan.

Juga dapatkan semula Buku Rekod Mengajar anda pada tahun-tahun sebelumnya bagi
mendapatkan semua Jadual Waktu.

Selain daripada memudahkan anda untuk mengisi Borang permohonan, sekurang-
kurangnya anda kini sudah melakukan sedikit persiapan awal dalam mengumpulkan
bahan untuk dikemaskini dan bersedia untuk dicerap oleh Nazir.


7. Fokus kepada Kajian Tindakan dan Inovasi
Dua perkara yang perlu diberi perhatian pada era sekarang jika anda memohon Guru
Cemerlang adalah Kajian Tindakan dan juga Inovasi.

Seperti cakap seorang rakan saya, jika pada masa sekarang anda tidak mempunyai
sebarang Kajian Tindakan dan Inovasi, bermakna anda adalah guru yang tidak
mengikuti perkembangan semasa tentang apa yang berlaku dalam pendidikan di
Malaysia!

Kajian Tindakan adalah satu kajian mengenai sesuatu permasalahan p&p yang
dijalankan oleh seseorang guru dengan tujuan mengenalpasti kaedah atau teknik yang
sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, dalam pengajaran kita
dengan menggunakan kaedah A, pelajar tidak memahami apa yang kita ajar. Lantas kita
mencuba Kaedah B dan C, dan melihat hasilnya. Hasil dapatan kita dikongsi dengan
rakan-rakan guru yang lain.

Tengok satu contoh mudah Kajian Tindakan di sini

Inovasi pula merupakan perkara baru yang kita hasilkan yang akan memudahkan
pengajaran dan pengurusan kita. Penghasilan boleh datang dalam bentuk alat bantu
mengajar, teknik atau kaedahmengajar dan borang pengurusan. Contoh lain inovasi
yang dapat dilakukan adalah blog, video, dan animasi.




8. Tonjolkan kelebihan diri
Semasa mengisi Borang Permohonan juga, pastikan anda menyatakan kesemua bidang
tugas dan sumbangan anda dalam semua perkara, terutamanya subjek kepakaran anda.
Seperti yang saya katakan di atas, jika anda tidak pasti, masukkan saja kesemua
sumbangan anda mengikut bidang masing-masing. Penilai akan memilih yang terbaik
daripada anda.

Jika anda melakukan sumbangan luar seperti bergiat aktif dengan aktiviti sukarela
dengan pihak JPAM, anda juga boleh masukkan dalam borang permohonan anda pada
bahagian yang betul.

Menonjolkan kelebihan yang ada pada diri bukanlah bererti kita meninggikan diri,
sebaliknya memastikan bakat dan kelebihan kita itu disedari supaya dapat digunakan
lagi dengan cara yang lebih baik dan bermanfaat.


9. Tanya guru yang berpengalaman
Jangan lupa juga untuk bertanya dengan guru-guru berpengalaman yang telah
memohon Guru Cemerlang pada tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mereka berjaya
atau pun tidak dalam permohonan mereka, saya pasti akan ada sedikit tips dan nasihat
yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran.

Nasihat dan juga tips daripada mereka mungkin boleh membantu anda untuk mengisi
borang permohonan dengan lebih baik. Saya juga yakin mereka tidak akan lokek untuk
berkongsi rahsia kejayaan mereka dengan anda!


10. Sedia untuk berdepan dengan haters
Yang ini tak dapat nak di ketepikan daripada masuk dalam panduan dan tips saya nih.
Ini kerana sebaik mana kita pun, pasti akan ada orang sekeliling yang kurang senang
dengan setiap perbuatan kita. Tambah lagi kalau jahat kan?.. He3.. Jadi, sentiasa lah
bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan dijalankan oleh para haters. Ianya
boleh datang dalam bentuk fitnah, cakap-cakap di belakang, perli memerli, bergurau
terlebih sudah, dan segala bentuk kejahatan lagi lah.

Pasti akan terganggu kan? Rasa kurang motivasi?

Nasihat saya, TAK PAYAH PEDULIKAN MEREKA! Hu3.. Anggap lah mereka sebagai
nyamuk yang datang terbang kat tepi telinga. Dah habis berbunyi, pergilah dia. Yang
penting kita sabar, tekun dan istiqamah dengan apa yang kita buat. Hanya kita dan
Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati dan yang kita niatkan. Selagi niat kita baik,
inshaAllah, akan sentiasa ada pertolongan dari Yang Maha Kuasa.

Masa yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyiapkan lebih
banyak tugasan dan cabaran yang menanti kita. Bukan untuk melayan kerenah para
haters!

Ader ku kesah? ;)


11. Motivasi Diri Yang Betul
Harus diingat, sentiasa tanamkan dalam diri semasa memohon jawatan Guru
Cemerlang ini bukan lah kerana niat untuk meninggi diri dan mengejar duit dan
pangkat. Sebaliknya tanamkan diri kita dengan motivasi untuk memperbaiki diri agar
menjadi pendidik yang lebih berjaya, menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan
pengalaman, serta niat mendapatkan lebih banyak peluang bagi mencurahkan lebih
banyak ilmu dengan orang ramai.

InshaAllah dengan niat dan iltizam yang betul, semoga kita beroleh kejayaan! Sekurang-
kurangnya tidak lah kita kecewa menonggeng sangat kalau-kalau permohonan kita tidak
berjaya nanti..



Akhir kalam daripada saya, berusahalah yang sebaik mungkin. InshaAllah dengan
kesungguhan, semua orang pasti beroleh kejayaan. Saya yakin ramai lagi guru-guru
HEBAT di luar sana. Cubalah peluang ini bagi membuka peluang lebih besar kepada
kita untuk mencurahkan ilmu, inshaAllah! Semoga berjaya!!


p/s: Saya akan teruskan entri saya nanti dengan Panduan Memohon Guru Cemerlang
(Fasa 2 : Membuat Pendokumentasian / Filing).. Tunggu yer.. ;)

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 2 :
Dokumentasi / Filing)
Ahad, Jun 30, 2013 Cikgu Hailmi, Hal Guru 37 comments
Alhamdulillah, atas sambutan yang menggalakkan daripada entri saya yang sebelum ini
mengenaiPanduan Memohon Guru Cemerlang, maka saya teruskan dengan
menyediakan sedikit tips Fasa 2 iaitu Membuat Pendokumetasian atau pun juga lebih
dikenali sebagai Filing. Saya rasa bahagian ini lah yang paling 'menyeksakan' guru-
guru apabila membuat permohonan Guru Cemerlang, termasuk lah saya sendiri.
Banyak sangat benda berterabur kan?. Hu3.. Jom kita tengok beberapa tips yang boleh
dikongsikan dengan rakan guru sekalian.




1. Kumpul dan susun
Adalah lebih baik jika kita kumpulkan terlebih dahulu semua surat dan kertas lantikan
yang berkaitan bagi memudahkan urusan kita. Kemudian, baru lah mulakan proses
susunan denganmembahagikan nya mengikut tahun. Tak perlu terlebih rajin.. Hanya
fokuskan kepada dokumen untuk 3 tahun lepas dan juga pada tahun semasa.

Selepas dibahagikan mengikut tahun, bahagikan pula mengikut bidang; iaitu Akademik,
HEM, dan Ko-Kurikulum. Bagi kategori yang anda tidak pasti, pilih lah bidang
berkaitan yang paling hampir. Selepas itu, susun pula mengikut tarikh.

Jika mahu memudahkan lagi urusan penyusunan dan penyimpanan dokumen, anda
bolehmenggunakan warna yang berbeza bagi setiap label; sebagai contohnya label
warna HIJAU untuk fail akademik, label warna OREN untuk fail HEM, dan label
warna KUNING untuk fail yang berkaitan dengan ko-kurikulum.

sistem warna dan bidang

Timbul pula persoalan, AJK / bidang tugas yang manakah yang perlu diwujudkan Fail?..
Jawapan saya, pilih lah jawatan atau pun bidang tugas yang boleh memberi kelebihan
kepada anda dari segi pemarkahan semasa dicerap oleh Nazir nanti..

2. Fail atau Jilid?
Ini juga satu persoalan yang berlegar dalam minda saya masa hendak memohon dulu,
sama ada mahu menggunakan sistem fail atau pun jilidkan terus semua dokumen.
Selepas mendapat pendapat daripada rakan guru yang lain, akhirnya saya putuskan
untuk menggunakan Fail Ring bagi memfailkan dokumen pada tahun semasa,
dan menjilidkan terus dokumen pada tahun-tahun lepas.

contoh bidang tugas yang dah dijilidkan

Sebelum dibukukan / dijilidkan tuh, baiklah jika dibuat cover depan yang
menarik lengkap dengan tajuk, tahun, perkara dan nama anda sendiri bagi melindungi
hakcipta terpelihara. Jika jilidkan, pastikan anda letakkan sekali dengan plastik sebagai
cover paling hadapan untuk simpanan jangka masa panjang.


3. Sediakan Fail Meja
Fail Meja juga merupakan perkara penting yang perlu ada untuk setiap guru. Jika di cari
di internet, kebanyakan format Fail Meja yang dijumpai adalah terlalu kompleks dan
banyak dokumen yang perlu disediakan. Ini kerana Fail Meja merujuk kepada
kandungan fail yang mempunyai semua maklumat dan bidang tugas bagi sesuatu
jawatan.

Bagi guru pula, tak perlulah nak disediakan dengan sekompleks itu. Jika anda rajin,
boleh dapatkan semua maklumat yang diperlukan. Bagi yang malas, lebih kurang
macam saya nih.. ;) anda bolehsekadar letakkan semua surat lantikan bagi tugas anda
untuk sepanjang tahun.

Mana-mana majlis yang melibatkan anda, ada nama anda, masukkan sahaja dalam Fail
Meja tersebut. Bahagikan juga kepada bidang tugas dalam Akademik, HEM dan Ko-
kurikulum. Juga jangan lupa susun mengikut tarikh bagi memudahkan urusan
pencarian nanti bila ditanya Nazir.

Bagi memudahkan juga urusan Nazir mencari maklumat dan bidang tugas
anda, sediakan senarai semak pada muka surat pertama bagi setiap kategori, lengkap
dengan tarikh. Anda pun mudah nak susun dan cari, Nazir pun mudah nak semak dan
cari.. ;)

Bagi surat lantikan dan bidang tugas pada tahun-tahun terdahulu, boleh masukkan
sahaja dalam fail Arkib Fail Meja untuk simpanan sebagai rujukan. Jika tiada surat
lantikan, sebarang bukti yang boleh mengukuhkan penyertaan dan penglibatan anda
juga memadai. Sebagai contohnya, gambar, sijil, keratan akhbar dan lain-lain.


4. Sediakan fail khas
Jika ada beberapa perkara yang anda ingin highlightkan kepada Nazir nanti, lebih baik
jika andasediakan fail khas yang tersendiri bagi memudahkan Nazir mengesan perkara
tersebut. Sebagai contohnya, sediakan fail khas untuk Markah dan Penilaian yang
mengandungi semua maklumat mengenai markah peperiksaan, seperti TOV ETR, Item
Analisis, Markah Pelajar, Keputusan Pelajar selepas Peperiksaan Awam dan lain yang
berkaitan.

Jika anda selalu memberi ceramah akademik, anda boleh juga adakan satu fail khas
yang mengandungi maklumat dan sedikit dokumentasi ringkas semua program yang
anda pernah hadiri, lengkap dengan gambar atau surat sebagai bukti.

koleksi modul saya yang tak seberapa

Untuk modul yang anda sediakan pula, boleh juga anda jilidkan lengkap dengan cover
depan yang menarik. Print muka depan pada kertas bercorak supaya modul anda
nampak lebih hebat dan lain daripada yang lain. Sekurang-kurang nya dapat
juga menarik perhatian Nazir yang datang nanti.

5. Rancangan Mengajar Tahunan
Pastikan juga anda mencari semula Rancangan Mengajar Tahunan bagi 3 tahun ke
belakang dan untuk tahun terkini. Semua bahan perlu dikemaskini dan disemak
semula adakah benar-benar lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian Pendidikan
Malaysia. Jika masih belum lengkap (sepatutnya sudah dilengkapkan sebelum dihantar
kepada pihak sekolah pada hujung tahun) boleh lah ambil masa untuk lengkapkan nya
sebelum Nazir datang.


Saya tak pasti pula mengenai guru yang berpindah ke sekolah lain, bagaimana
menguruskan Rancangan Mengajar Tahunan bagi tahun yang terdahulu. Tetapi saya
rasa mungkin boleh hubungi semula sekolah lama bagi mendapatkan bantuan daripada
sekolah lama untuk mengepos kan kepada anda semula.

Di sini juga saya sertakan sedikit contoh mengenai kandungan maklumat yang perlu ada
dalam pendokumentasian bagi beberapa perkara. Rakan guru boleh buat
pengubahsuaian bagi disesuaikan dengan kehendak dan keperluan fail anda.

BIDANG AKADEMIK
1. Fail Panitia Sains
> Carta Organisasi
> Biodata Guru
> Jadual Waktu Guru
> Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas (Makmal)
> Rancangan Tahunan Panitia
> Program Khas Panitia
> Takwim Panitia
> Pelan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi
> Minit Mesyuarat
> Lain-lain Perkara

2. Fail Pentaksir Sains
> Buku Panduan Pentaksiran PEKA
>Surat Pekeliling PEKA
> Jawatankuasa PEKA Sekolah
> Minit Mesyuarat PEKA
> Rangka Jadual Kerja Pentaksiran
> Instrumen Pemantauan PEKA oleh Pengetua / PK1 / KB
> Borang Laporan Prestasi Calon


3. Fail Markah dan Penilaian
> Markah Peperiksaan
> Markah Ujian Bulanan
> TOV dan ETR
> Analisis Item
> Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah
> Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Sekolah > Analisis Keputusan Peperiksaan Awam
> Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Awam

BIDANG HEM
1. Fail AJK Fotografi Sekolah
> Senarai Ahli Jawatankuasa
> Rancangan Aktiviti Sepanjang Tahun
> Minit Mesyuarat
> Surat menyurat
> Jadual Bertugas (jika berkaitan)
> Lampiran

2. Fail Pengurus Kelas
> Senarai Pelajar
> Carta Organisasi
> Jadual Waktu Guru
> Jadual Waktu Kelas
> Rancangan Tahunan Kelas
> Aktiviti (dokumentasi, gambar)
> Yuran
> Lampiran


BIDANG KO-KURIKULUM
1. Fail Kelab Sofbol
> Senarai Ahli
> Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab
> Rancangan Aktiviti
> Senarai Pemain
> Rekod Pencapaian
> Surat Menyurat
> Lampiran (Gambar dan lain-lain)

Sekali lagi diingatkan kepada semua rakan guru, bahawa sebenarnya anda bebas
membuat pendokumentasian mengikut keselesaan dan keperluan anda. Lain orang, lain
citarasanya. Yang penting, perkara wajib yang perlu ada dalam dokumentasi kita
tersebut mestilah ada. Selamat Membuat Kerja-kerja Pendokumentasian yer..
Nantikan Panduan Memohon Guru Cemerlang : Fasa 3 (Menyediakan Rancangan
Mengajar)

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 3 :
Rancangan Mengajar Terbaik)
Sabtu, Ogos 17, 2013 Hal Guru 7 comments
Alhamdulillah sebab masih ada kekuatan dan kerajinan untuk berkongsi lagi tips
seterusnya berkaitan dengan panduan memohon guru cemerlang. Kali ini saya nak
kongsikan tips mengenai menyediakan rancangan mengajar yang terbaik. Artikel
perkongsian ini boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan sebab mungkin lain orang
lain caranya. Ada kebebasan untuk memilih atau pun tak nak gunakan tips yang berikan
ini. Sebaiknya, rujuk dulu SKPM atau pun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia,
terutamanya Standard 4 yang khusus mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan.
Saya sediakan tips ini juga dengan merujuk kepada Standard tersebut serta
ditambahkan sedikit dengan pengalaman.



1) Format Rancangan Mengajar Yang Lengkap
Bagi menyediakan rancangan mengajar, perlu siapkan dengan format yang lengkap.
Senang cerita selengkap dan sehebat masa praktikum. Kebanyakkan guru yang dah
mengajar dan masuk ke sekolah, makin lama akan semakin ringkas rancangan
mengajar. Nak makin senang dan makin cepat. Tapi bagi pemantauan Nazir untuk guru
cemerlang, sebaiknya anda sediakan rancangan mengajar yang selengkap mungkin.
Tidak ada persoalan yang boleh ditimbulkan oleh nazir ketika datang memantau kelak.
Sekurang-kurangnya, ini juga membantu anda untuk siap sedia merancang dengan
segala keperluan yang diperlukan sebelum dan semasa pdp berlangsung.


2) Sediakan Lebih Daripada Satu
Bagi melakukan persediaan yang rapi, maka rakan guru perlu menyediakan rancangan
mengajar lebih daripada satu. Kenapa? Ini kerana kita tidak ada kuasa untuk memilih
kelas mana yang akan dipantau oleh nazir kelak. Maka lebih baik siapkan lebih daripada
satu rancangan mengajar dengan berbeza aras untuk kelas pertama dan kelas ke
belakang sket. Kemudian sediakan juga dengan tempoh masa yang berbeza, dengan
menggunakan 1 waktu atau 2 waktu, sebab tentu pengisian nya dah tak sama kan.


3) Rancangan Mengajar Yang Kreatif dan Menarik
Ini adalah unsur penting yang perlu ada dalam rancangan mengajar anda. Rancangan
mengajar yang disediakan haruslah menarik dan kreatif. Mulakan rancangan mengajar
dengan sesi set induksi yang menarik. Gunakan juga bahan bantu mengajar yang terkini
dan boleh menarik perhatian pelajar. Kalau pelajar pun dah tak tertarik dengan set
induksi yang kita sediakan, cuba bayangkan bagaimana pula perasaan Nazir yang
memantau kita. Kemudian kembangkan set induksi tadi kepada perkembangan
pengajaran dan pembelajaran kita yang lebih tersusun. Tak perlu masukkan terlalu
banyak hasil pembelajaran, tapi yang penting kita pastikan semua hasil pembelajaran
yang ditulis dalam rancangan mengajar akan tercapai pada akhir pdp. Semua ini
disudahi dengan penutupan yang bagus.



4) Wajib Ada Aktiviti / Hands On
Bagi menghasilkan rancangan mengajar yang menarik, WAJIB untuk kita masukkan
aktiviti hands on dalam pdp kita. Saya katakan wajib kerana sudah pasti pada zaman
sekarang ini, perkembangan semua aspek pembelajaran pelajar perlu dititikberatkan.
Pelajar perlukan sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka untuk mempelajari
sesuatu. Justeru itu, guru perlu adakan aktiviti bagi membantu pelajar untuk menarik
minat dan memberi kefahaman kepada pelajar. Aktiviti boleh diadakan secara individu
atau pun berkumpulan. Tetapi pastikan juga masa diatur dengan betul dengan
mengambilkira faktor pergerakan pelajar dalam kelas. Ada cabaran, tetapi jika diatur
dan dirancang dengan betul, inshaAllah tidak menjadi masalah yang besar.


5) Rancang Masa Dengan Betul
Masa perlu dirancang dengan betul bagi mengelakkan pdp tidak mencapai objektif.
Banyak perkara yang perlu diambilkira semasa merancang masa untuk rancangan
mengajar. Sebagai contohnya, masa penjelasan konsep untuk pelajar aras rendah sudah
tentu mengambil masa yang lebih panjang berbanding pelajar aras tinggi. Selain itu,
aktiviti berkumpulan juga memerlukan masa tambahan untuk pelajar bergerak dan
membentuk kumpulan. Masa untuk sesi soal jawab juga perlu diambil perhatian.
Perancangan masa yang betul boleh membantu kita untuk menjalankan pdp dengan
lebih berfokus, tepat dan berkesan. Saya sendiri, menulis masa yang diperlukan pada
setiap langkah pengajaran bagi membantu rancangan mengajar adalah mengikut seperti
yang dirancangkan.


6) Penggunaan ICT Sangat Membantu
Tak dapat nak dikatakan tidak kepada penggunaan ICT boleh membantu kita untuk
menyampaikan pdp dengan lebih berkesan. Tetapi, pada zaman di mana pelajar lebih
menguasai ICT berbanding guru-guru ini, maka kita pun kena jauh lebih kreatif dalam
bab menggunakan ICT nih! Guru-guru boleh gunakan persembahan powerpoint, tetapi
tak perlu digunakan sepanjang pdp. Mungkin mencukupi dengan hanya 5-10 slaid yang
menarik dan berwarna warni. Sediakan juga video yang lengkap dengan bunyi untuk
menarik perhatian pelajar. Kepelbagaian penggunaan media ini sudah tentu boleh
menarik perhatian pelajar. Secara peribadi saya merasakan, penggunaan powerpoint
sahaja sudah agak tidak relevan dengan keperluan pelajar sekarang. Jadi guru haruslah
menjadi kreatif dan inovatif.



7) Bahan Bantu Mengajar Terkini dan Berinovasi
Keperluan kepada bahan bantu mengajar memanglah sangat diakui. Jadi jangan lupa
gunakan bahan bantu mengajar yang boleh membantu anda untuk merangsang kepada
minat pelajar untuk belajar. Jangan bataskan penggunaan kapur tulis putih sahaja
semasa mengajar. Kapur berwarna warni juga boleh menjadi bahan bantu mengajar
yang menarik jika pandai digunakan dengan betul. Sekiranya bahan bantu mengajar
adalah bahan yang sama seperti digunakan pada sebelum-sebelum ini, cubalah kreatif
dengan melakukan inovasi kecil pada bahan tersebut, supaya ada lah juga sedikit
kelainannya. Banyak yang boleh anda tengok daripada internet untuk rujukan.


8) Selitkan Inovasi Anda
Jika dapat dan sesuai dengan tajuk pembelajaran, maka masukkan lah
juga inovasi anda dalam rancangan mengajar anda. Sekurang-kurangnya Nazir boleh
juga melihat penggunaan inovasi anda secara langsung dalam pengajaran dan
pembelajaran. Di situ juga inovasi anda boleh diukur tahap keberkesanannya dan
kesesuaiannya.


9) Cuba Pada Kelas Sebenar
Saya sangat menggalakkan sekiranya rancangan mengajar yang anda sediakan supaya
diuji terlebih dahulu pada pelajar bagi mendapatkan situasi sebenar semasa pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Dalam kebanyakan kes, situasi yang dirancang adalah
langsung tak sama dengan situasi sebenar. Maka sekurang-kurangnya,
penambahbaikan dapat dilakukan sebelum tibanya hari yang dinantikan, terutamanya
dari segi peruntukan masa. Tambahkan lebih banyak aktiviti jika kita selesai mengajar
lebih awal. Namun jika masa yang diperuntukkan tidak mencukupi, maka perubahan
boleh dibuat pada jumlah hasil pembelajaran atau kecilkan sedikit tempoh soal jawab.



10) Minta Pendapat Rakan-rakan
Jika anda ada keyakinan yang lebih, tanya-tanya lah jugak pendapat daripada rakan-
rakan baik anda. Diingatkan, rakan-rakan baik saja yer! Mintak lah diorang beri
pendapat mengenai rancangan mengajar yang anda sediakan. Mana lah tahu, idea
diorang mungkin boleh membantu anda untuk menghasilkan rancangan mengajar yang
lebih baik. Jika malu sangat untuk menjemput diorang masuk ke kelas, cuba lah rakam
buat video. Kemudian tonton semula bagi memperbaiki kelemahan yang anda sendiri
rasakan pada sesi pdp anda. InshaAllah dengan demikian, anda boleh menghasilkan
rancangan mengajar yang terbaik!

Panduan Memohon Guru Cemerlang (Fasa 4 : Persediaan
Menghadapi Nazir)
Sabtu, September 07, 2013 Hal Guru 9 comments
Dah tentu dalam banyak-banyak persediaan dalam memohon jawatan Guru Cemerlang, hari ini adalah hari yang
paling penuh dengan tekanan, debaran dan kejutan. Hari apabila Nazir datang untuk memantau dan membuat
penilaian sama ada seseorang guru layak atau tidak untuk diberikan gelaran Guru Cemerlang. Walaubagaimanapun,
sekiranya kita telah melakukan persiapan rapi bagi berhadapan dengan sebarang kemungkinan semasa proses
penilaian, inshaAllah saya yakin tidak akan menjadi satu masalah besar kepada rakan guru yang memohon Guru
Cemerlang. Di sini saya berikan beberapa tips dan panduan untuk menghadapi Nazir pada hari penilaian!




1) Cakna dengan tarikh pemantauan
Untuk beberapa tempoh selepas anda memohon, sila lah cakna (alert) dengan berita-berita pemantauan Guru
Cemerlang daripada sekolah lain atau yang berdekatan. Bermakna giliran anda pula lah selepas ini. Jadi,
berhubunglah dengan rakan-rakan sekolah lain bertanya khabar. Ini kerana ada Nazir yang datang secara spontan
dan terus memantau guru, dengan alasan Guru Cemerlang bersedia pada setiap masa. Namun ada juga yang akan
memberitahu minggu untuk pemantauan. Jadi anda perlu bersedia dan jaga-jaga sepanjang seminggu tersebut. Yang
paling best, bila Nazir bagitahu hari dia nak datang. So persediaan super rapi dapat dijalankan pada hari tersebut
sahaja.


2) Kenali Nazir yang datang memantau
Bagi memudahkan urusan anda dengan Nazir tersebut, cuba dapatkan maklumat mengenai Nazir yang akan datang
untuk memantau anda. Dapatkan sedikit biodata diri dan juga maklumat perkhidmatan Nazir tersebut. Ini akan
memudahkan anda ketika berurusan dengan Nazir tersebut. Mungkin ada dalam kalangan Nazir yang mempunyai
gelaran nama yang tertentu (seperti Dr, YM dan lain-lain), jadi lebih manis jika anda memulakan perbualan dengan
gelaran tersebut. Sekurang-kurangnya itu boleh menjadi modal anda untuk memulakan komunikasi yang baik
dengan Nazir tersebut.


3) Datang ke sekolah lebih awal
Sebagai persiapan awal anda, sebolehnya datang lebih awal daripada biasa ke sekolah pada hari pemantauan. Ini bagi
membolehkan anda untuk berasa lebih selesa dan tidak tergesa-gesa membuat persiapan akhir. Kemaskan juga
tempat duduk anda. Manalah tahu Nazir berminat untuk menjenguk tempat duduk anda. Bilik atau kelas yang
digunakan untuk mengajar juga dikemaskan. Jika ada papan kenyataan, sila kemaskini dengan maklumat terkini.
Sekiranya anda juga merupakan penyelaras kepada bilik khas yang tertentu, pastikan kebersihan dan kekemasan bilik
tersebut terjaga.




4) Sediakan relief class / sit in
Bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari dipantau oleh Nazir, lebih baik jika anda memohon jasa baik
rakan anda untuk relief class atau pun sit-in (di Sarawak) bagi kelas anda sepanjang hari tersebut. Manalah tahu jika
Nazir mengambil masa anda sepanjang hari untuk sesi pemantauan di kelas atau semasa temuduga atau semasa
memeriksa dokumen anda. Persiapan sebegini membolehkan anda rasa lebih yakin dan fokus dengan keperluan
Nazir.



5) Kumpulkan semua dokumen
Dokumen dan semua bahan yang anda telah sediakan, perlu diletakkan di tempat atau bilik yang boleh diakses oleh
anda. Bahan-bahan seperti alat bantu mengajar, fail, folio, dokumentasi dan peralatan yang digunakan untuk
pengajaran anda mestilah sudah diletakkan bersama-sama dan tunggu untuk diangkut ke bilik yang menjadi bilik sesi
anda dan Nazir. Sekurang-kurangnya, anda juga sudah sedia maklum di mana letaknya bahan-bahan anda ketika
mahu mempersembahkan kepada Nazir untuk dinilai.


6) Isu terkini pendidikan
Untuk sesi temuduga dengan Nazir, persiapkan diri anda dengan isu-isu terkini dalam pendidikan, serta yang
berkenaan dengan bidang tugas anda. Sebagai contoh, mungkin pada masa sekarang, isu seperti Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) dan isu Melindungi Masa Instruktional (MMI) perlu diberi perhatian. Selain daripada
itu, dasar-dasar terkini kerajaan dalam pendidikan seperti Dasar 1 Murid 1 Sukan, Pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+),Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), dan lain-lain yang difikirkan berkaitan perlu juga
dititikberatkan. Sekurang-kurangnya, nampaklah juga bahawa anda seorang guru yang seiring dengan arus semasa.


7) Baca Semula Teori Pendidikan
Satu lagi persiapan yang perlu dilakukan bagi menghadapi sesi temuduga Nazir adalah teori-teori pengajaran dan
pendidikan. Buka lah semula buku-buku pendidikan anda bagi mengingati semula sekurang-kurangnya nama teori
dan juga konsep masing-masing. Antara yang dapat saya sebutkan di sini, Teori Belajar Humanistik, Teori
Behaviorisme, Teori Pembelajaran Sosial, Teori Perilaku Bandura, dan Teori Belajar Kognitif (Ausubel : Teori Belajar
Bermakna). Selain daripada itu, tambahkan lagi ilmu pendidikan di dada dengan strategi dan kaedah pendekatan
pengajaran dan pembelajaran (Sains) seperti Pendekatan Inkuiri, Konstruktivisme, pendekatan Sains, Teknologi dan
Masyarakat, pembelajaran Kontekstual dan pembelajaran Masteri.


8) Tatacara Berpakaian
Selain itu, jagalah penampilan anda pada hari tersebut. Tampil dengan gaya yang hebat dan penuh dengan
profesionalisma sebagai seorang guru. Gunakan juga tanda nama rasmi bagi pegawai kerajaan, iaitu tanda nama
hitam dengan tulisan putih. Bagi guru lelaki, disarankan menggunakan baju kemeja berlengan panjang; dengan
bahagian tangan dibutangkan sepenuhnya, serta lengkap bertali leher. Manakala bagi guru perempuan pula,
dicadangkan supaya menggunakan baju kurung atau baju kebangsaan semasa hari penilaian. Namun, pada akhirnya,
anda jugalah yang menjadi penentu kepada cara pakaian anda pada hari tersebut.



9) Semasa Sesi PdP
Diingatkan juga, semasa sesi penilaian Nazir dalam kelas, buat yang terbaik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
anda. Gunakan suara yang jelas dan kuat. Kelas mestilah dikawal dengan baik. Pengajaran mestilah mengikut seperti
yang dirancangkan dalam rancangan mengajar. Suasana dalam kelas pula tidak bosan dan penuh dengan aktiviti
hands-on. Pengajaran perlulah menarik dan kreatif. Pastikan buku pelajar disemak dengan lengkap. Guru harus
menunjukkan keprihatinan terhadap pelajar. Sebut nama pelajar bagi menunjukkan hubungan yang lebih akrab
antara guru dan pelajar, serta jangan lupa menegur pelajar secara berhemah sekiranya mereka membuat kesilapan
semasa sesi pdp. Pada akhir pembelajaran, jangan lupa juga untuk memberikan kerja rumah sebagai latihan
pengkayaan kepada pelajar.


10) Doa dan Tawakal
Akhir kata, setelah usaha yang bersungguh-sungguh anda lakukan, serta diiringi dengan doa, maka usaha terakhir
yang boleh kita lakukan adalah dengan berTawakal dan berserah segalanya kepada Yang Maha Esa. Sekiranya anda
berada pada jalan yang betul, inshaAllah segalanya akan dipermudahkan. Nazir tidak akan memaklumkan sebarang
perkara kepada anda; sama ada anda layak atau tidak untuk dilantik sebagai Guru Cemerlang atau pun di mana
kelebihan atau kelemahan yang boleh anda baiki. Jadi jangan memaksa Nazir untuk perkara tersebut. Markah
penilaian akan dihantar kepada pihak berkaitan dan seterusnya kesemua markah guru-guru yang dinilai seluruh
Malaysia akan disusun. Bagi yang melepasi markah tertentu (berdasarkan kuota subjek dan gred, bukan negeri),
tahniah diucapkan. Bagi yang kurang berjaya, cuba lagi pada masa akan datang.