Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
namun penggunaan yang begitu canggih ini tanpa sempadan telah juga memberikan impak yang negatif
kepada masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Para remaja kini terlalu mengikut
pengaruh dunia barat yang dianggap " up to date" dan berasa malu sekiranya tidak mengikutinya.
Mudah terpengaruh dengan persekitaran sekeliling yang dianggap baru dan sentiasa yang
ingin mencuba. Hal ini berlaku apabila mereka mudah menerima ajakan rakan untuk melakukan
perbuatan negatif. Hal ini disebabkan mereka masih tidak pandai membezakan perkara baik dan
buruk.bagi mereka hanya keseronakan yang mereka fikirkan tanpa memikirkan impak yang bakal
meraka hadapi pada masa akan datang. Ada juga sesegelintir mereka sudah hilang jati diri sebenar
hanya semata-mata terlalu taksud dengan pengaruh budaya kuning.
Selain itu, hal ini turut berlaku disebabkan oleh keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang
melanda ke atas diri seseorang remaja. Individu ini berasa tertekan dengan persekitaran keluarga yang
kucar-kacir dan tidak terurus. oleh itu,mereka menikmati keseronakkan diluar untuk melepaskan stres
yang dihadapi. Namun begitu, keseronakkan yang mereka nikmati hanyalah sementara kerana
kesoronokan yang pilih adalah jalan yang salah dan terpesong. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti yang tidak sihat iaitu terlibat dalam aktiviti penagihan dadah dan minuman alkohol serta terlibat
di dalam aktiviti jenayah. Mereka tidak beresa gentar kerana ibu bapa mereka tidak mempedulikan
perihal mereka dalam aktiviti seharian. Mereka bebas untuk melakukan apa-apa sahaja untuk
memuaska hati mereka tanpa ada sesiapapun yang menghalang mereka.
Tambahan pula, didikan agama dan nilai-nilai murni tidak terapkan dalam diri kalangan remaja
pada masa kini. Hal ini disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi dan kedudukan
sehinggakan mereka alpa terhadap perihal anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak
mendapatkan didikan agama yang secukup oleh ibu bapa mereka. Hal ini menyebabkan mereka tidak
dapat membezakan perkara baik dan buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan .Oleh itu, mereka
melakukan sesuatu perkara yang negatif itu tanpa berfikir panjang.
Faktor media massa juga telah merosakkan akidah para remaja pada masa kini semakin berlarutan.
Media massa telah menyebabkan para remaja mudah terdedah dengan pengaruh budaya kuning
termasuklah mengenakan pakaian yang tidak sewajarnya, personaliti yang lebih kepada kebaratan dan
lebih mengagun-agungan dunia barat. Hal ini menyebabkan para remaja pada hari ini semakin lupa akan
jati diri mereka yang penuh dengan sifat sopan santun dan tatatertib.Hal ini contohnya mereka semakin
tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Perkara yang lebih memalukan apabila
mereka tidak berasa segan dan silu untulk melakukan adegan yang memalukan di khalayak ramai tanpa
ada sedikit pun rasa malu kepada umum.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak ,mudah
terjebak di dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. selain itu, pelbagai pihak juga perlu berganding
bahu untuk memikirkan penyelesaian masalah yang dihadapi untuk menggelakkan perkara ini daripada
terterusan. Sesunggunya, anak-anak merupakan aset yang bernilai kepada negara dan bangsa .mereka
inilah yang kan memimpin negara pada suatu hari nanti kelak.
Remaja merupakan pemangkin kemajuan sesebuah negara. Masa depan sesebuah negara itu
berada di tangan mereka. Merekalah yang akan menggantikan generasi terdahulu untuk menerajui dan
membangunkan negara. Bak kata pepatah, di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika elok
remaja, maka eloklah masa depan sesebuah negara itu, tetapi jika rosak remaja, maka rosaklah masa
depan sesebuah negara itu. Oleh itu, golongan remaja yang cemerlang sangat diperlukan untuk
membentuk sesebuah negara yang berjaya. Malangnya, keruntuhan akhlak dan moral remaja semakin
menjadi-jadi marcapada ini. Antara sedar dan tidak, gejala semakin kritikal dari hari ke hari. Tend-
trend songsang yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan menandakan gejala ini semakin teruk.
Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada runtuhnya akhlak remaja. Antaranya ialah pengaruh
rakan sebaya. Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu lebih rapat dengan rakan sebaya
berbanding keluarga. Oleh itu., rakan sebaya sangat mudah mempegaruhi seseorang remaja itu
samaada ke jalan yang benar atau ke jalan yang songsang. Para remaja ini akan saling cabar-mencabar
dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu, walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh kerana
darah muda remaja yang pantang dicabar akan melakukan perkara itu untuk membuktikan kehebatan
mereka, walaupun mereka tahu perkara itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah, manang jadi
arang, kalah jadi abu.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga turut menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Lumrah ibu bapa
ialah mendidik dan mengasuh anak-anak supaya menjadi orang yang berguna, tetapi, kesibukan mereka
menghalang mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-
anak akan terumbang ambing dalam dunia mereka dan seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang
songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak dan
seterusnya membiarkan anak-anak bebas melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan termasuklah
melakukan aktiviti yang salah. Ibu bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka sudah teruk. Bak
kata pepetah, sudah terhantuk, baru tergadah.
Antara punca lain ialah pengaruh media massa. Pada zaman yang serba moden ini, media massa
merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Media massa ini banyak memberikan kebaikan,
tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya golongan remaja ke arah negatif secara diam.
Bak kata pepatah, seperti api dalam sekam. Cerita-cerita yang berunsurkan keganasan malah seks
banyak ditayangkan oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat mempengaruhi dan merangsang
remaja untuk meniru aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi-jadi.
Di samping itu, sifat semulajadi remaja juga senantiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Walaupun
pada awalnya niat mereka hanyalah untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka akan ketagih dan
terus terjebak ke dalam aktiviti haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan apa sahaja termasuk
melakukan jenayah untuk melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya menyebabkan akhlak mereka
bertambah rosak.
Frasa rumah sememangnya lazim dalam usaha membentuk jati diri dan integriti sesuatu bangsa yang
khususnya terdiri daripada anak-anak yang juga merupakan belia negara yang bakal menggerakkan nadi
pentadbiran negara suatu masa kelak.Masing-masing antara kita sudah terdedah dengan senario ini dan
saya pasti ramai antara kita yang acapkali mendengar bahawa ibu bapa merupakan faktor dominan
dalam pembentukan keperibadian anak-anak.
Pertama,ibu bapa yang juga bertindak sebagai katalis yang terpenting perlulah menunjukkan teladan
yang baik dan mulia kepada anak-anak mereka,itulah,saya menyeru penerimaan anda semua akan kata-
kata seorang pujangga kita pada marcapada ini 'anak yang baik lahirnya daripada baka yang berkualiti'.
Jika ibu bapa itu sendiri berani menerapkan budaya-budaya kamil terhadap anak-anak,mungkin
sekaligus mendorong jauh pelajar tersebut daripada menghampiri gejala yang melibatkan penerapan
budaya kuning dan cara hidup yang terlalu bebas atau secara hedonisme tanpa mengira baik buruknya
yang akhirnya dapat meruntuhkan dan mencacatkan disiplin pelajar tersebut.Tamsilnya, sekarang ini
masalah melepak dalam kalangan remaja kian meniti dari bibir ke bibir setiap masyarakat di negara
kita,maka apabila ibu bapa langsung tidak mengekang anak mereka daripada menghampiri gejala sakit
tersebut, maka tidak menjadi sebarang masalah untuk turut serta menjerumuskan diri mereka ke dalam
lembah kerugian sekaligus sedikit demi sedikit menghakis disiplin pelajar tersebut.
Perspektif saya yang kedua pula,dalam usaha menongkah era pascamerdeka dan modenisasi serta abad
liberalisasi kita yang terlampau sekarang ini, keteguhan iman seseorang pelajar tersebut itu mampu
goyah dan tercabar, maka apbila kekangan ini disangkut pautkan dengan peranan mendalam oleh ibu
bapa dan akibat tusukan kuat daripadan masalah ini, ibu bapa perlu memperkasakan lagi nilai keimanan
dalam diri anak-anak dengan cara menghantar anak-anak ke kelas agama atau kelas bertunjangkan
penerapan akhlak islamiah yang holistik. Sememangnya,apabila kita terjah dari satu sudut, peranan
mendalam ibu bapa sudah memadai untuk mengiring pelajar tersebut bagi meningkatkan disiplin dalam
diri mereka, tetapi jika diperhatikan daripada perspektif yang lain,penerapan daripada pengaruh lain
juga amat diperlukan dan dimestikan bagi mencapai keteguhan iman dalam diri yang sememangnya
mantap. Analoginya iaitu satu peristiwa hitam yang sudah sebati dalam diri masyarakat dan mengaburi
mata banyak pihak serta sedikit sebanyak menghakis ketamadunan melayu, tidak lain tidak bukan kes
pembuangan bayi yang semakin popular dan kian menular dalam diri pelajar yang bergelar belia
sekarang ini. Bedasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan baru-baru ini, kes salah laku ini banyak
datangnya daripada kurangnya keimanan dan kurang penerapan aspek agama bagi mengenal dosa
pahala melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga melahirkan kain-kain putih yang bersih yang tidak
berdosa.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Ibu bapa hendaklah menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-
sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak
elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki
sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka. Setelah remaja,
ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara
terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan
dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan
dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan
ajaran-ajaran yang menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
Natijahnya, setelah diteliti hingga ke akar umbi, dapat saya simpulkan peranan orang rumah tersebut
ditambah dengan prakarsa yang lain mampu untuk menjana dan membentuk anak-anak yang berdisiplin
diibaratkan anak sebagai sebatang pohon yang utuh menggenggam tanah dirimbuni dedaunan hijau dan
diwarnai buah lebat, tatkala dibaling batu maka dibalas dengan buah, sekian terima kasih.
Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu
diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anakyang menjadi harapan ibu bapa, kita
harus sedar bahawa segala perbuatan positif dannegatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil,
kita dibesarkan bagai menatangminyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang
yang diberikankepada kita penuh dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar
jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengancabaran. Saya
berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalampembentukan disiplin anak-anak.
Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zamanglobalisasi ini, kita dapat
mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa
mula menjauhkan diri mereka dengan rotan.Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan
hukuman yang diterima dapatmemberi tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan
kesalahan. Namun,saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anak-anak sejak
kecilkerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh danketegasan
yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukankesalahan.
Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibubapa demi
mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal danperasaan ingin
memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikiankerana anak-anak dikawal ketat dari
segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolahyang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya
anak-anak tidak akan mempunyaimasa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan
undang-undang.Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang pendirian teguh anak-
anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang mencontengarang di muka ibu
bapa.
Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalammemperkukuh keimanan diri
anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang inginmelanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu
bapa bagai enau di dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan
dan kedudukandalam masyarakat. Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas,
yaknimendidik anak-anak dengan ajaran agama dan moral. Sebagai contoh, ibu bapaharuslah
menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni demimengukuhkan sahsiah diri.
Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan
yang berketerampilan danberkewibawaan.
Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anakakan menjadi
berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuatkesalahan. Hal ini demikian
kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebihberkesan daripada jeritan marah yang membuang
masa dan tenaga. Anak-anak perluditerangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada
perbuatanketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapatdibentuk
untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatandiri kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amatpenting agar anak-anak dapat dimatangkan
dari segi psikologi sekali gus pencorakandisiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.
Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.
Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperananpenting mempamerkan disiplin
yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapaharuslah membuang sampah di tong sampah dan
menjaga kelakuan diri di khalayakramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang
mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh
hal yangdemikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalanbetul tetapi
diri sendiri berjalan senget.
Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu bapa
amat berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masadepan anak-anak juga ditentukan oleh
ajaran dan teguran membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa
dengan kejayaan akademik dan kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang. Olehhal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka
dalampembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal selepas anak-anak terjerumus dalam kancah
kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekangdaripada menjadi duri dalam daging
masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukantenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan
2020