Anda di halaman 1dari 4

ISL KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3038)

January 1,
2014


Soalan : Cari bidang tugas guru dan tanggungjawab guru untuk menjadi guru
yang berkesan.

Guru menurut Mok Soon Sang (2008:465) merupakan seorang ahli ikhtisas
dalam bidang perguruan yang menjalankan tugas mendidik di sekolah sebagai
pengajar, pembimbing, pemudahcara, inovator dan pengurus yang secara tidak
langsung mempunyai peranan dalam aspek ekonomi dan masyarakat. Sekolah pula
menurut T. Marimuthu (1990:83), merupakan sebuah institusi formal yang
diwujudkan oleh masyarakat yang bertujuan menyerapkan fungsi-fungsi sosialisasi
dan budaya yang merangkumi fungsi sebagai persediaan untuk pekerjaan,
perkhidmatan untuk ekonomi, agensi penapisan dan pemilihan, arah mobiliti sosial,
kawalan dan persetujuan sosial, sosialisasi politik, pendidikan untuk perubahan,
agen perubahan sosial, pengaliran pengetahuan dan kemahiran serta fungsi
mengawas untuk menukar atau membawa perubahan tingkah laku dalam kalangan
pelajar.

Bagaimana menjadi guru berkesan?

1. Kualiti Guru
Guru yang berkualiti boleh dimaksudkan sebagai guru yang mempunyai
aspek darjah kecemerlangan dan bermutu tinggi, iaitu guru yang tahu membuat
perancangan yang sistematik terutamanya awal beberapa minggu semasa sesi
persekolahan bermula agar memahami isi kandungan bahan yang diajar bagi
membolehkan pelajar mengikuti arahan guru dengan jelas dalam mencapai objektif
pembelajaran dan suasana pembelajaran yang sempurna dapat dihasilkan.
Disamping mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, iaitu pengetahuan Imperatis
(tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapai objektif atau sasaran) dan profesional
yang merangkumi aspek pembelajaran, kemahiran, minat, teknologi, pedagogi,
undang-undang atau polisi tertentu yang secara tidak langsung merangkumi
peranan dan tanggungjawab terhadap profesion keguruan.

2. Kemahiran Guru
Seseorang guru yang efektif semestinya mempunyai kemahiran yang
mendalam dalam bidang atau objek yang diajar terutamanya dalam aspek
menetapkan matlamat dan rancangan pengajaran, iaitu penetapan matlamat yang
tinggi dalam setiap sesi pengajaran dan mengatur rancangan untuk mencapai
ISL KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3038)
January 1,
2014


matlamat tersebut. Dalam pada itu, guru juga perlu ada kemahiran dalam
pengurusan bilik darjah, iaitu membentuk dan mengekalkan suasana kelas yang
sesuai untuk sesi pembelajaran berdasarkan penguasaan strategi untuk
membentuk peraturan dan arahan, mengetuai aktiviti kelas dan mengawal kelakuan
pelajar.

Disamping itu, pertuturan merupakan satu kemahiran komunikasi yang
penting bagi guru yang melibatkan perlakuan mendengar dan bercakap kerana guru
bukan hanya tertumpu sebagai tenaga pengajar dalam bidang akademik semata-
mata, sebaliknya guru turut berperanan sebagai pemberi dan penyampai maklumat
ilmu pengetahuan yang turut dpengaruhi oleh intonasi suara guru yang menarik
dalam menggunakan perkataan, frasa, dan ayat bagi menepati maksud pelajaran
yang hendak disampaikan.

Selain itu, guru juga harus memiliki kemahiran dalam memotivasikan pelajar
kerana memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian masing-
masing dalam mencapai objektif yang telah disasarkan berdasarkan pemahaman
terhadap perbezaan kognitif pelajar yang melibatkan fenomena mental dalaman dan
bukan sebagai perubahan tingkah laku luaran yang memerlukan rangsangan yang
kompleks akibat perbezaan pelajar dari segi kecerdasan atau kecerdikan yang akan
mempengaruhi tahap pembelajaran di sekolah, maka guru yang efektif harus
mengetahui bahawa pelajar hanya dapat memproses beberapa maklumat sahaja
dalam suatu masa tertentu dan lebih memberi fokus kepada perkara-perkara yang
mereka fikirkan penting. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru menekankan
pentingnya interaksi sosial pelajar dengan persekitaran fizikal untuk merangsang
pengembangan kognitif.

3. Personaliti Guru
Dalam pada itu, penampilan seseorang guru dapat mempengaruhi
keberkesanan dalam pengajaran dan penerimaan pelajar terhadap pelajaran yang
disampaikan kerana cara penampilan, gerak badan guru, dan sahsiah guru di dalam
bilik darjah dapat mencerminkan keyakinan dan kesungguhan seseorang guru yang
harus menjadi model atau contoh yang baik kepada pelajar. Hal ini kerana, kajian
menunjukkan bahawa seseorang pelajar adalah lebih cenderung dalam menjadikan
guru sebagai sasaran idola dalam persaingan mereka, maka tingkah laku guru
adalah penting dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan.
ISL KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3038)
January 1,
2014



Penampilan yang cuba diterangkan disini adalah berkaitan dengan cara guru
berpakaian yang disifatkan hendaklah kemas, ringkas dan tidak memakai perhiasan
yang keterlaluan serta sederhana dari segi fesyen dan warnannya juga tidak
terlampau terang dan berkilat-kilat agar tidak menggangu konsentrasi pelajar. Gerak
badan yang dilakukan oleh guru pula adalah bertujuan untuk menguatkan lagi
pemberian sebarang arahan kepada pelajar dan menggambarkan emosi guru yang
boleh disampaikan melalui kemahiran menggunakan gerak geri, misalnya melalui
penggunaan isyarat sebagai pengganti perkataan yang dituturkan sejajar dengan
pertuturan yang dilafazkannya dalam membantu kejayaan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Guru berkesan juga seharusnya bijak mengawal tingkah laku dan
mengekalkan tatatertib positif seorang guru disamping memiliki keyakinan diri yang
tinggi dan matlamat yang jelas agar dapat menguasai pelajaran dengan betul dalam
membentuk persekitaran yang selamat dan teratur kepada para pelajar. Selain itu,
guru perlu bijak dalam membentuk suasana komuniti di dalam bilik darjah dan juga
di sekolah, mampu menarik minat pelajar, memberikan pengajaran yang bermakna
berdasarkan tahap kemahiran pemikiran yang tinggi serta mengawasi tahap
kemajuan pelajar agar ia menghala kepada objektif yang telah ditetapkan.

4. Pelbagai Kemahiran Mengajar
Proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik
dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai keadah mengajar yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh setiap
murid. Para guru seharusnya menyedari akan kepentingan pemilihan kaedah
mengajar yang berkesan berdasarkan keadaan dan kemampuan pelajar itu sendiri
dan bukannya berdasarkan kemahuan sesoarang guru yang secara tidak langsung
menjadikan pengajaran dan pembelajaran memberikan daya tarikan baru yang
menarik perhatian pelajar.

Di samping itu, guru seharusnya perlu sentiasa mengubahsuai kaedah untuk
menghasilkan pengajaran yang efektif dan bersesuaian untuk sesuatu isi
pengajaran, topik atau kemahiran bagi menilai kelebihan dan kekurangan bagi
mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran disamping mencari kaedah-kaedah yang
baru yang berperanan sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid.
ISL KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3038)
January 1,
2014




Antara ciri-ciri guru berkesan adalah sebagaimana berikut:

Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa.
Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai
kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai
diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah
bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada PdP di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai