Anda di halaman 1dari 66

Latarbelakang

penduduk dan
Geografi Asia
Tenggara
Kuliah 2
GEOGRAFI
Huraian berhubung dengan etnik Asia
Tenggara berkaitrapat dengan:

ciri-ciri topografi,
banjaran gunung,
sistem sungai,
kawasan tanah pamah dan pinggir pantai
kepulauan
Kedudukan Geografi ini mempengaruhi
pembentukan sifat kehidupan, politik dan
budaya penduduknya.

Kemajuan sesebuah masyarakat sehingga
mampu mengawal alam semulajadi
mempengaruhi perkembangan peradaban
masyarakat itu.

Intensif ke atas tanah pamah yang luas di sesuatu
kawasan seperti delta Sungai Merah
membolehkan masyarakat di kawasan itu
bertanam padi.

Eksploitasi ke atas alam semulajadi merangsang
manusia berusaha mengawal alam dengan
mekanisme fizikal seperti pembinaan saliran atau
empangan atau membentuk sistem politik,
ekonomi dan sosial yang sesuai dengan idea dan
keperluan sesuatu masyarakat itu.
Dari pembentukan mekanisme ini maka
berlakulah perubahan seperti perubahan
sempadan politik dari sebuah komuniti
kepada sebuah negara atau kepada
sebuah empayar.

Perubahan ekonomi berlaku dari keadaan sara
diri kepada pertukaran barangan kepada
perdagangan antarabangsa.

Perubahan sosial misalnya dari masyarakat
homogeneous kepada masyarakat
heterogeneous atau kosmopolitan.

Sistem kepercayaan berubah dari animisme
kepada sistem kepercayaan yang dianuti oleh
sesuatu tradisi besar seperti agama Hindu-
Buddha, Islam atau falsafah Kon-fu-tze, Taoism
dan sebagainya.
Keadaan Geografi
Asia Tenggara adalah merujuk kepada kawasan
yang terletak di tenggara benua Asia.

terbahagi kepada dua kawasan utama,
Dataran yang menjadi sebahagian dari benua Asia
{Burma, Thailand, Semenanjung Malaysia dan Indochina)
dan

kepulauan (Indonesia, Filipina, Brunei dan Malaysia
Timur).
Di sebelah barat Asia Tenggara terletak
Dataran India dan Lautan Hindi,

Di sebelah timur terdapat dataran China,
Laut China Selatan dan Lautan Pasifik .

Arah utara terletak dataran China dan

Arah selatan terdapat Australia dan New
Zealand.
Umumnya kawasan Asia Tenggara jika
dilihat sebagai satu unit, adalah kawasan
yang terpisah oleh banjaran, sungai besar,
teluk, selat dan laut.
Banjaran-banjaran dan sungai-sungai
besar yang menganjur dari utara ke selatan
menjadi pemisah kawasan di dataran Asia
Tenggara.

Banjaran utama bagi Tanah Besar Asia
Tenggara ialah dataran besar Den Lao
(central massif) yang terbahagi kepada tiga
rangkaian banjaran gunung yang
menganjur selari dari utara ke selatan.
Rangkaian Annam (rata-ratanya setinggi
3,000 kaki) menjadi pemisah antara
kawasan pantai dengan kawasan
pendalaman Vietnam,

Rangkaian Arakan yang memisahkan
Burma, Thailand dan Laos.

Rangkaian Chin-Naga yang memisahkan
Burma dengan India.
Genting Aranya dan sungai Prachin
menghubungkan kawasan Tonle Sap to Lembah
Menam.

Tanah Tinggi Annam yang menganjur daripada
arah Utara ke Selatan Indochina menghalang
perhubungan perdagangan dan penghijrahan
penduduk.

Kawasan ini pada zaman Awal sejarah didiami
oleh orang-orang Cham yang juga dari bangsa
Malayo Polynesia. Orang-orang Vietnam telah
menakluk kawasan ini.
Tiga kesimpulan dibuat mengenai kawasan
atau struktur topografi Asia Tenggara iaitu:

Pertanian adalah asas kehidupan masyarakat.
Delta Mekong, Delta Irrawady, Sittang, Menam,
Delta Merah dan Lembah Sungai Brantas dan
Sala.
Perdagangan laut merupakan suatu kegiatan
yang penting sama dengan pertanian.
Pengaruh alam sekitar dan kesan kepada
pertanian dan perdagangan.
Sejarah petempatan penduduk secara
tetap di Asia Tenggara bermula di kawasan
tanah pamah.

Ini kerana kawasan ini merupakan
kawasan yang subur sesuai untuk
pertanian terutama padi sawah.
Usaha-usaha menanam bahan makanan
iaitu menjalankan aktiviti pertanian,
perternakan dan kebolehan mencipta
pekakas di Asia Tenggara merupakan ciri-
ciri kejayaan masyarakat dan ekonomi
mereka sejak zaman Neolitik lagi, tetapi
lebih terserlah mulai zaman Megalithic.

Penyesuaian ekologi telah menyebabkan
berlakunya penempatan secara tetap dan
berkelompok.
Kawasan yang subur menjadi tumpuan
masyarakat awal di seluruh Asia Tenggara.

Contohnya orang Pyu dan orang Burma
mendiami kawasan lurah tengah sungai Irrawadi
pada awal abad Masihi,

orang Shan dan orang Thai mendiami kawasan
hilir dataran sungai Mekong dan sungai Merah.
Delta-delta yang subur seperti Delta Menam,
kawasan Tebing sungai Merah dan lain-lain.
Ini menyebabkan berlakunya perkembangan
kemasyarakatan dan seterusnya mewujudkan
beberapa kerajaan.

Mereka berjaya mencipta teknologi pertanian,
memperkembangkan adat-istiadat mereka dan
juga berjaya mencipta alat-alat senjata.

Kemajuan ini adalah disebabkan oleh
perkongsian teknologi atau peningkatan
pengetahuan puak-puak yang tinggal di kawasan
ini.

Ketika zaman pra-sejarah berlaku proses
intergrasi kaum terutama dari Tanah Besar
China.

Kesannya muncul beberapa suku kaum
mengikut tempat, seperti:
orang-orang Cham di Champa,
Mon di Burma,
Khemer di selatan Vietnam dan lain-lain lagi.
Proses intergrasi sosial atau social order ini
telah mewujudkan konflik di antara satu
kumpulan dengan kumpulan yang lain.

Contohnya kedatangan orang-orang Mon
ke lembah-lembah sungai di Burma
mencetuskan persaingan dengan
penduduk yang sudah ada di kawasan
tersebut.
Kedatangan orang Thai ke Lembah Menam
telah menyebabkan orang Shan beredar
berselerakan di timur dan barat Sungai
Menam.

Orang Khmer yang dulunya tinggal di
bahagian tengah Thailand berundur
bersatu dengan puak Khmer utama di
daerah Tonle Sap.
Bentuk mukabumi juga mempengaruhi segi
perhubungan antara kawasan atau aktiviti
tertentu.

Pantai timur Semenanjung Indochina
merupakan kawasan yang tidak sesuai
untuk pelabuhan yang baik keranan ianya
dipengaruhi oleh tiupan angin monsun.
Kawasan pantai timur, pantai barat
Indochina yang terletak di Teluk Siam
merupakan kawasan pelabuhan yang baik.

Pelabuhan utama di kawasan ini pada
zaman lalu, iaitu Oc-eo, menjalin hubungan
perdagangan dengan Semenanjung Tanah
Melayu, Jawa, Borneo, Sumatra, India,
Parsi, Mesir dan Arab.
Perhubungan daratan antara kawasan
timur dan barat di Tanah Besar Asia
Tenggara adalah sukar kerana adanya
sempadan semulajadi seperti banjaran
gunung dan sungai.

Di sebelah timur terdapat banjaran yang
dipanggil tanah tinggi Annam

Di bahagian barat terdapat satu siri gunung
gunung yang membentuk negara Shan
dengan keluasannya lebih kurang sama
saiz Semenanjung Malaysia.

Keadaan ini menyukarkan perhubungan
antara kawasan lembah Sungai Menam
dengan Pantai Teluk Benggala.
Perhubungan arah utara selatan tidak
begitu sukar.

Tanah Tinggi Tian-ninh di Vietnam boleh
dihubungi melalui genting Cua Rao dan
dataran Nghe-an di kawasan Mekong.

Dataran Cham-non pula boleh dihubungi
melalui dataran Ha-Trai dan genting Kao-
nua di paras ketinggian 2,164 kaki.
Manakala laluan Ai Lo menjadi jalan masuk
ke Laos pada aras ketinggian 1,344 kaki
bagi mereka yang datang dari bahagian
Quang-tri dan bahagian utara Sungai
Mekong.

Kesemua laluan ini memainkan peranan
penting dalam sejarah perhubungan antara
Vietnam dengan Khmer, China dan Laos.

Kepulauan Asia Tenggara
Sungai dan banjaran, teluk, selat dan laut
menjadi pemisah antara kawasan.

Pembahagian kawasan ini telah
menyumbang kepada kebangkitan pelbagai
pola etnik, kerajaan, aktiviti ekonomi dan
sifat-sifat budaya yang tersendiri.
Faktor-faktor lain yang memainkan peranan
menentukan penempatan penduduk ialah
iklim, hasil bumi (galian) dan "flora- fauna"

Hampir keseluruhan kawasan Asia
Tenggara kaya dengan tumbuhan dan
haiwan serta galian.

Potensi ekonomi ini menentukan
kepadatan dan corak kehidupan manusia di
sesuatu tempat.
PENDUDUK
Menurut teori migrasi penduduk kepulauan Asia
Tenggara sekitar 2500 SM datang dari wilayah
China.

Manusia yang dikelaskan sebagai Melayu-Proto
mendiami Semenanjung Malaysia.

Kehadiran mereka menyebabkan orang-orang
Negrito beredar ke kawasan hutan dan bukit.
Orang Melayu-Proto adalah pelayar dan petani
yang juga pandai mengubah-cipta barangan dan
membuat alat perhiasan. Tahap teknologi dan
kemahiran serta bentuk kehidupan mereka yang
suka berpindah-randah menempatkan mereka
kepada peradaban Zaman Neolitik atau Zaman
Batu Baru.

Seribu tahun selepas kedatangan orang Melayu-
Proto (Melayu lama) Melayu-Deutro (Melayu
baru) datang dari daerah Yunan ke rantau ini.

Mereka ini dianggap sebagai nenek moyang
kepada orang Melayu sekarang.
Sekitar 10,000 SM
wujud penempatan awal di pinggir pantai
dalam kumpulan kecil yang selalu bergerak
kerana kehidupan mereka sebagai
pemburu dan pengutip hasil tumbuhan.
Sekitar 5000-1500 SM
Penempatan di pinggi pantai dan adanya
usaha bercucuk tanam di samping kerja
memburu dan mengutip hasil hutan
Sekitar 3000 SM
Wujud kehidupan berkampung secara
kecil-kecilan dengan aktiviti bercucuk
tanam yang merupakan tempoh kritikal
bermulanya pertanian.
Sekitar 2000-500 SM
Kehidupan berkampung semakin melebar
dan masing-masing berautonomi dengan
persekitaran yang berbeza ragam.
Kemahiran mencipta semakin tinggi
dengan kebolehan menggunakan logam
(gangsa) dan melaksanakan pengeluaran
pelbagai makanan.
Sekitar 500 SM
Wujud penempatan yang berpusat dan
komplek dengan pimpinan ketua-ketua
kawasan masing-masing. Kemahiran
mengguna logam, besi dan gangsa
semakin tinggi.
Sekitar 200-1500 Masehi
Kebangkitan kerajaan-kerajaan awal dan
kehidupan bermasyarakat yang komplek
serta mempunyai hubungan dan menerima
pengaruh dari China dan India.
Masyarakat Asia Tenggara umumnya
dapat dibahagikan kepada 3 kelompok
menurut perbezaan geographikal iaitu:

Masyarakat Tanah Pamah,

Masyarakat Tanah Tinggi; dan

Masyarakat Pinggi/Kepulauan.
Ia terbahagi kepada dua iaitu:

Masyarakat Dominan, dan

Masyarakat Minoriti ("Outsiders" yang biasanya
tinggi di bukit-bukit atau gunung-gunung.
Masyarakat Minoriti Di Tanah
Besar Asia Tenggara
Masyarakat Minoriti secara relatifnya
mempunyai budaya yang kekal adalah
penduduk luar (outsiders) kepada kerajaan-
kerajaan yang dibangunkan oleh penduduk
tanah pamah.
Organisasi orang bukit adalah simple iaitu:

tidak ada organisasi politik
agama bersifat halehwal individu/famili dengan
komuniti tidak mempunyai peranan.
terdapat dua kategori orang bukit jika dihuraikan
melalui bahasa dan corak hubungan darah (Mon-
Khmer dan bukan Mon-Khmer). Contoh
kumpulan Mon-Khmer ialah Banhar, Sedang,
Mnong. Lainnya Koho, Chau Sre, Chau Ma dll.

Ciri-ciri masyarakat minoriti ini ialah:
merupakan penduduk yang tinggal di kawasan
tanah tinggi dan tidak tertakluk kepada jentera
pentadbiran kerajaan-kerajaan yang wujud di
kawasan tanah pamah.

sumber hamba abdi kepada penduduk tanah pamah,
berfungsi sebagai pencari bahan-hasil hutan; dan
menawarkan kemahiran khusus seperti
melatih/menjinakkan gajah dll.
menjalankan kegiatan ekonomi:
Petani pindah randah.
mengamalkan teknik tebas dan bakar untuk bertani.

Sebahagian kecil pula merupakan ahli kepada
masyarakat:

hidup tetap,
bertani dengan teknik-teknik penanaman padi sawah di
kawasan-kawasan lembah dataran tinggi,
tetapi menentang atau enggan perbauran ke dalam
kehidupan tanah pamah.
Hubungan-hubungan dari aspek etnik dan
bahasa antara penduduk bukit dan
masyarakat tanah pamah (dominan)
selalunya rapat.

Misalnya orang Tai bukit dengan orang Tai
tanah pamah, masing-masing sedar
tentang persamaan asal mereka.
Perbezaan yang sangat jelas antara etnik-etnik
bukit dengan masyarakat tanah pamah.

Di Burma tidak wujud perpaduan masyarakat
(berpunca dari terlalu banyak persaingan pelbagai
etnik).

Orang-orang bukit Burma (seperti Shans,
Kachins, Karens dan Chins, dll.) menerima
pemerintahan kerajaan Burma yang cuba
dikenakan ke atas mereka.
Kelompok-
kelompok Orang
Bukit
Thailand
Orang bukit yang utama ialah orang Meo
(Miau/Mong) yang bererti kucing atau tunas padi.

Etnik ini terdapat juga dikawasan-kawasan di
selatan China, utara Vietnam dan di Laos. Etnik
Meo mempunyai pertalian dengan etnik Yao yang
antaranya menggunakan bahasa Mon-Khmer
lama, atau Tai atau Sinitic atau Tibeto-Burman.

Etnik Meo biasanya berpindah setiap 10 hingga
20 tahun sekali.
Etnik lain di Thailand ialah Yao (kimmien) yang
bererti (dalam bahasa China) "anjing liar".

Etnik ini banyak terdapat di bahagian selatan
China dan berdekatan sempadan Burma, Laos
dan juga tersebar di Vietnam.

Etnik Yao terbahagi juga kepada beberapa
kumpulan dialek (yang juga dikenali melalui
perbezaan warna pakaian kegemaran setiap
kumpulan).
Indochina
Di Laos Etnik-etnik rumpun Mon-Khmer yang
terdapat di Laos ialah etnik Kha Khmu dan Kha
Lamet.

Kha bererti hamba, dan khmu bererti orang. Di
dalam bahasa Lao, dua kumpulan ini masing-
masing dikenali sebagai Phou Lao dan Laotian
Tai. Etnik Khmu dan Lamet mempunyai hubungan
yang rapat. Keduanya berkait dengan orang
Lawa/Lawas di Thailand dan Palalung-wa di
Burma (atau Senoi di Malaysia).
Mereka mengamalkan kesukuan (jurai
bapa) dan berkelompok hidup ke jurai bapa
(patrilocal).

Etnik-etnik lain di Laos ialah etnik Meo dan
Yao yang sama dengan etnik Meo dan Yao
di Thailand dan juga etnik Tai (Tai Hitam,
Tai Putih dan Tai Merah) yang hidup
bertani di kawasan bukit.
Di Kambuja
orang bukitnya (phnong) ialah Jarai, Steing/Budip,
Pear, Chong, Saoch dan Samre, juga Kui (Soal
dan Sui).

Orang Jarai berbahasa Malayo-Polynesian yang
ada persamaan dengan bahasa orang Cham.

Orang Stieng/Budip berbahasa Mon-Khmer lama.
Manakala di Vietnam etniknya terdiri dari puak-
puak Muong, Mon-Khmer dan Malayo-Polynesian.
Burma
Orang Shan yang dikenali juga dengan nama-
nama seperti Tai Yai, Tai Tau, Ngio dan Sam
adalah penduduk kawasan tanah tinggi yang
mengerjakan pertanian padi sawah. Mereka juga
berdagang barangan seperti tembikar, kertas,
"lacquerware", barang perak (perhiasan) dan kain
kapas.

Di sebelah barat laut negeri Shan terdapat
penduduk minoriti etnik Palaung dan Wa yang
berasal dari rumpun Mon-Khmer.
Di negeri Kachin terdapat etnik Jinghpaw,
Atsi, Lashi dan Maru. Komuniti mereka ini
tersusun dalam satu atau dua bentuk, iaitu
bentuk

Gumlao (egalitarian) iaitu menurut struktur sosial
orang-orang Kachin; dan

Gumsa (stratified) menurut struktur sosial orang
Shans.
Di wilayah Chin wujud pula etnik Chin,
Naga dan Garo. Pusat utama kehidupan
etnik Chin ialah negeri Manipur di Assam
dan di sini mereka lebih dikenali sebagai
etnik Meithei yang mengamalkan agama
Kepulauan Asia
Tenggara
Sebelum kedatangan pengaruh asing ke
Kepulauan Asia Tenggara, masyarakat
awal yang mendiami kawasan ini sudah
memiliki kebudayaan dan tamadunnya
tersendiri.

Masyarakat ini memiliki cara hidup
tersusun yang wujud di dalamnya
organisasi sosial, sistem kekerabatan dan
masyarakat, ekonomi, cosmogony,
teknologi dan kepercayaan dan amalan.
Akibat daripada perkembangan kebudayaan
selepas kemasukan pengaruh asing, maka
kebudayaan masyarakat Kepulauan Asia
Tenggara telah dibahagikan kepada tiga iaitu Pra-
Hindu-Budha, Era Hindu-Budha dan akhir sekali
ialah Era Islam yang merupakan era yang paling
berpengaruh di Nusantara hingga ke hari ini.

Prof. Dr. Koentjaraningrat mengklasifikasikan
manusia Indonesia kepada sekurang-kurangnya
enam jenis berdasarkan sosial-budaya mereka.


Tanaman padi tidak dikerjakan. Kawasan
kediaman mereka adalah terpencil tanpa
stratifikasi demografi yang jelas.

Manusia jenis kedua yang terdapat di Indonesia
ialah orang-orang yang menjalankan kegiatan
berladang atau bersawah. Kehidupan
bermasyarakat mereka adalah sebagai petani
yang berstratifikasi simple yang tidak mengaalami
pengaruh Hindu-Buddha atau Islam.
Pengaruh gereja Barat dan Indonesia
moden tidak mendalam dan baru sampai.
Contoh manusia ialah etnik Batak,
Penduduk Kalimantan Tengah, Minahasa,
Flores dan Ambon.

Mereka agak maju dari segi aktiviti
ekonomi dan telah menerima pengaruh
Hindu-Buddha atau Islam ataupun Barat.
Manusia yang mepunyai greater spiritual power
daripada yang lain, akan dianggap berstatus
tinggi dan sebagai berkuasa untuk mediate antara
kuasa alam dan dunia ke atas manusia lain.

Sebelum kemasukan pengaruh asing, masyarakat
Kepulauan Asia Tenggara telah mempunyai
sistem politiknya yang tersendiri dan gelaran-
gelaran tertentu untuk pemerintahnya seperti
ratu dan raka adalah gelaran pemenintah di
Jawa dan datu, penghulu dan demang di
Sumatera.
Dari segi ekonomi masyarakat Kepulauan Asia
Tenggara, masyarakat ini bergantung kepada
amalan pertanian, perikanan dan perternakan.

Pertanian yang paling utama ialah penanaman
padi, seterusnya diikuti oleh ubi keledek, cassava,
pisang, tebu dan sagu.

Kegiatan pertanian lebih dominan dan meluas di
kawasan pendalaman. Penanaman padi sebagai
sumber makanan yang utama bagi masyarakat
Kepulauan Asia Tenggara ini di mana bukti
terawal penanaman padi ini adalah dari Sulawesi.
Bagi mereka yang menetap di persisiran pantai,
menangkap ikan adalah aktiviti utama, dan
perternakan seperti babi dan anjing juga
dijalankan secara meluas kerana ia merupakan
suniber protein bagi masyarakat Kepulauan Asia
Tenggara.

Masyarakat Kepulauan Asia Tenggara
mempunyai kemahiran dalam bidang pelayaran di
mana mereka mahir dalam membina perahu
berserta layarnya. Perahu-perahu ini digunakan
untuk berdagang dengan perairan selatan India.
Kepercayaan mereka juga dikaitkan
dengan animisme, dualisme kosmologi
diantara laut dan gunung dan kepencayaan
numerologi yang dikaitkan dengan magis.

Elemen-elemen kepercayaan ini masih
diamalkan di kalangan masyarakat Melayu
Kepulauan Asia Tenggara, namun ia
bergantung kepada variasi dan modifikasi
yang berlaku akibat penganuh agama
Hindu, Budha, Kristian dan Islam.
Kesimpulan
Corak fizikal kawasan Asia Tenggara yang
terdiri dari delta, lembangan sungai,
banjaran, tanah tinggi, pinggir pantai,
pulau, tasik, hutan, paya, dan sebagainya
dengan tahap kesesuaian ekologi yang
berbeza menyebabkan wujudnya
kepelbagaian ras dan budaya dengan
pencapaian yang berbeza-berbeza.
Sekian
Arus asas perjalanan sejarah dari zaman
pra-sejarah hingga kini telah menentukan
arah pemikiran, semangat, ideologi dan
aktiviti penduduk rantau ini.

Kesemua ini membantu memberi identiti
tersendiri bagi kehidupan penduduk
kawasan yang kini dikenali sebagai Asia
Tenggara.

Anda mungkin juga menyukai