Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN

Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah penting kerana ianya merupakanasas
untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi.Pembelajaran
matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung danbermakna dalam suasana
menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untukmempelajari matematik.Konsep
Pranombor, Nombor Awal, Operasi Nombor, Pengukuran, Masa danRuang perlulah diajar
bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid danmerupakan komponen penting dalam
pengajaran Matematik Awal di peringkatprasekolah.Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan
pendapat dalam pengajaran danpembelajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah. Asas
perkembangan matematikbermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau
objek yangmengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum
peringkatbergambar (pictorial ) dan simbolik




PENGENALAN
Pendidikan prasekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai persediaan melangkah
ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah. Pendidikan prasekolah merupakan
pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada seorang kanak-kanak.
Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan
dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai
persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.
Pendidikan prasekolah di Malaysia adalah bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh
kepada pelajar sebelum memasuki peringkat pendidikan formal. Pendidikan prasekolah juga
bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke
sekolah rendah. Kurikulum Kebangsaan Prasekolah akan membolehkan kanak-kanak yang
berumur 5 tahu ke atas memperoleh asas yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi, sosial
dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Program ini juga
merupakan asas kepada pembangunan dan perkembangan domain kognitif, afektif dan
psikomotor selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur,
perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
Menurut Noraini binti Tahir dalam bukunya, Pembelajaran Kognitif dan Pembelajaran
Kanak-kanak, matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran.Berdasarkan NAEYC pula, matematik bermula dengan penerokaan bahan seperti
membuat binaan blok-blok, pasir dan air. Pembelajaran matematik disepadukan dengan sains,
sains sosial, kesihatan dan bidang-bidang lain. Selain itu, program matematik seharusnya
membolehkan kanak-kanak menggunakan matematik sebagai alat untuk meneroka, mencari
penemuan baru (Discovery) dan menyelesaikan masalah. Kebolehan matematik adalah asas
kemahiran yang diperlukan bagi menjalanikehidupan seharian (Nor Azlan, 1987). Asas
perkembangan matematik kanak-kanakbermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan
benda-benda konkrit atau objekyang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna,
saiz dan bentuk yangberbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling
mereka.Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya memahamimatematik
dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik perhatianmereka. Matematik
adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang
memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dankefahaman berkenaan pemikiran
kanak-kanak.




Awal Matematik peringkat prasekolah membekalkan pengalaman awal matematik kepada
kanak-kanak. Pengalaman ini termasuklah konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang
mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada
masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema
menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-
kanak berfikir secara konkrit. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk mengalami
perhubungan matematik melalui manipulasi objektif konkrit. Kanak-kanak juga mesti
bermain dengan benda yang mereka boleh mengira dan menyusun.
Menurut Ahmad Ismail (2009), penguasaan konsep matematik tidak datang daripada buku
kerja atau tugasan atas kertas dan pen. Kanak-kanak membina pengetahuan matematik dan
mengembangkan kemahiran matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-
life. Kanak-kanak perlu dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam
menyelesaikan masalah harian yang konkrit bagi membantu membina keyakinan pelajar
dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka apabila dewasa kelak. 4
Bagi menerangkan proses pembelajaran dalam pendidikan awal matematik di peringkat
prasekolah, pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli psikologi sejak zaman Socrates dan
Plato lagi. Perkembangan teori kognitif kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai paras
pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pelbagai pengetahuan tersebut untuk
memahami dunia sekitar mereka. Perkembangan kognitif menekan proses pembentukan
konsep, penaakulan dan penyelesaian masalah ketika menimba ilmu dengan menggunakan
pelbagai rangsangan dan media. Perkembangan kognitif merangkumi proses pengelasan,
konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak
menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar menggunakan pelbagai bahan yang
mudah didapati di sekeliling mereka













PRANOMBOR
Kemahiran pranombor merupakan kemahiran yang paling awal yang perlu
diperkenalkan kepada kanak- kanak sebelum memperkenalkan murid dengan konsep
nombor. Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-kanak adalah
penting bagi membina sikap positif terhadap Matematik. Pendekatan yang dirancang rapi
sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi. Kanak- kanak
memerlukan banyak pengalaman hands-on dan menyebut sebelum kemahiran
menulis nombor. Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak telah mula mengajuk patah-patah
kata yang didengar di sekelilingnya. Contohnya satu, dua, tiga dan seterusnya.
Konsep pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian
iaitu :-
1. Pengelasan
2. Perbandingan
3. Seriasi
4. Padanan satu dengan satu
5. Pola Pengelasan
PENGELASAN
Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan
ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan
mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek tersebut boleh
dilakukan berdasarkan kepada :-
a. Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk)
b. Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz )
c. Tiga ciri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz )
d. Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu )
Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting bagi membentuk konsep nombor. Oleh
itu, prses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :-
a. Memilih dan membanding
b. Mengumpul
c. Memilih semula
d. Mengasingkan kumpulan


PERBANDINGAN
Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas
perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita
membandingkan ciri- ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk
memastikan murid- murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan
seperti banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan digunakan ialah :-
Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi : Rendah , Tebal : Nipis )
Saiz ( Besar : Kecil )
Berat ( Berat : Ringan )
Bilangan ( Banyak : Sedikit )

SERIASI
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan
berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid mencari
pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang
lain. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan
pengelasan. Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna.
Contoh seriasi yang biasa dilakukan adalah seperti berikut:
i) Menyusun mengikut pola urutan
Kecil dan Besar , Nipis danTebal , Rendah dan Tinggi , Pendek dan Panjang
ii) Menyusun objek mengikut cirri bentuk, saiz, warna dan sebagainya.









PADANAN SATU DENGAN SATU
Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara
objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada :
i) konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan
dan sebagainya konsep objek dengan nombor.
iii) konsep nombor dengan nombor.
Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti berikut:
a. Memadan benda yang berpasangan yang sama (kasut)
b. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama (sudu dan garpu)
c. Memadan bilangan yang sama
d. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor
POLA
Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam
kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara
bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid, iaitu
a) Meniru pola
b) Menyambung pola
c) Melengkapkan pola
d) Membina pola sendiri











PENYELESAIAN MASALAH
Definisi penyelesaian masalah pula ialah merupakan proses yang digunakan untuk
menentukan jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi
tertentu secara terancang.Penyelesaian masalah mempunyai peranan penting di dalam bilik
darjah. Ia boleh membantu pelajar mengembangkan kefahaman konsep matematik dan
membolehkan pelajar untuk mengalami proses pengetahuan matematik yang telah dibina
sebelum ini.
Definisi masalah merupakan satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang
memerlukan penyelesaian. Perkataan "masalah" mempunyai makna tertentu dalam
matematik. Masalah merujuk kepada kenyataan atau situasi kehidupan seharian yang
memerlukan penyelesaian yang mana jalan penyelesaiannya tidak nyata atau tidak ketara.
Anda mungkin perlu menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan jawapan.
Dengan kata lain, penyelesaian masalah adalah (a) mencari penyelesaian masalah yang tiada
penyelesaian semerta , atau (b) mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan atau
(c) mengatasi halangan dalam menyelesaikan masalah, atau (d ) mencapai matlamat yang
diinginkan dengan menggunakan kaedah yang sesuai . Di sini, penyelesaian masalah merujuk
kepada proses penyelesaian masalah
Adalah penting untuk membezakan antara mengajar penyelesaian masalah dengan
menggunakan penyelesaian masalah sebagai strategi pengajaran. Pengajaran penyelesaian
masalah mengajar pelajar bagaimana menyelesaikan masalah. Ini adalah sesuatu yang sering
dilakukan guru matematik dan sains. Sebaliknya, penyelesaian masalah sebagai strategi
pengajaran adalah teknik pengajaran yang mana masalah digunakan sebagai cara untuk
membantu pelajar memahami atau memperoleh kecelikan dalam meneroka matematik













PENAAKULAN
Definisi Penaakulan Proses menggunakan fakta, pengetahuan dan strategi penyelesaian
masalah untuk menghasilkan kesimpulan bagi menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan.
Penaakulan juga merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih berkesan
dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna. Malahan, Perkembangan
penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.
Penaakulan matematik ditekankan kepada murid supaya mereka dapat mengembangkan
bukan sahaja kapasiti pemikiran logical malah turut meningkatkan daya pemikiran kritis yang
merupakan asa kepada pemahaman





















KOMUNIKASI
Komunikasi merupakan salah satu perkara penting di dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Ini kerana, dalam matematik, penggunaan simbol dan perkataan ini akan
membawa maksud kepada apa yang akan disampaikan. Proses komunikasi membantu
membina idea-idea matematik dan seterusnya dikongsi bersama oleh ahli komuniti yang turut
serta dalam proses tersebut . Pelajar akan menyatakan hasil dapatan mereka setelah
menyelesaikan sebarang permasalahan matematik secara lisan atau bertulis. Inilah yang
dikatakan matematik sebagai satu komunikasi. Kemudian, apabila orang lain mendengar
penerangan rakan mereka mengenai penjelasan yang diberikan, maka orang-orangtersebut
akan membuat penilaian secara kritikal mengenai idea tersebut.
Dalam membincangkan mengenai idea dan konsep matematik ini, interaksi antara semua
orang, sama ada guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar akan meningkatkan
pemahaman mereka. Semasa mereka diminta untuk berfikir memberikan respon, berbincang,
memberi penjelasan, menulis, membaca dan bertanyakan persoalan mengenai matematik,
mereka akan memperolehi dua kelebihan tersirat iaitu mereka berkomunikasi untuk belajar
matematik serta mereka belajar berkomunikasi secara matematik
Guru perlulah mengajar murid bagaimana hendak berkomunikasi keranan ini adalah menjadi
keperluan untuk pelajar-pelajar supaya konsep komunikasi ini dapat mereka gunakan dalam
matematik. Jadi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi ini sememangnya merupakan
bahagian yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pelajar boleh
menyampaikan idea mereka, mengembangkan pemikiran serta memahami konsep danidea
matematik. Kaedah penulisan juga boleh digunakan bagi memberi penjelasan,sebab dan
menganalisis suatu permasalahan matematik









SOALAN
B












Tajuk : Mari Menyusun
Peringkat : Pra sekolah
Objektif : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyusun objek
Secara kecil ke besar, pendek ke panjang, rendah ke tinggi dan nipis ke
tebal
Bahan-bahan : penyedut minuman, gambar pokok
Prosedur :
1. Meminta pelajar duduk di tempat masing-masing. Dan guru menunjukkan gambar 3
batang pokok kepada murid-murid
2. Guru bersoaljawab mengenai saiz ketinggian pokok tersenut
a. Guru meminta murid membuat perbandingan saiz ketinggian 3 batang pokok
b. Guru meminta murid menunjukkan pokok yang paling kecil, sederhana dan besar.
c. Guru meminta murid menyusun gambar pokok mengikut urutan darikecil ke
besar
3. Aktiviti 1-5 diulang dengan menggunakan objek dan bahan yang berlainan sehingga
murud-murid boleh membuat perbandingan.
4. Guru bertanya :
a. Pokok yang mana paling tinggi ?
b. Tunjukkan penyedut minuman mana yang paling pendek ?
5. Guru membuat ulangkaji bersama murid-murid mengenai apakah yang mereka belajar
pada hari itu.




Tajuk : Memadankan Objek
Peringkat : Pra sekolah
Objektif : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat membuat
perbadingan dua kumpulan objek dengan menyatakan sama banyak, lebih
atau kurang
Bahan-bahan : pensel , pengasah pensel
Prosedur :
1. Meminta pelajar duduk di tempat masing-masing. Guru memberikan setiap murid
beberapa batang pensel dan pengasah pensel
2. Murid mengira dan memberitahu bilangan pensel dan pengasah pensel masing-
masing yang mereka dapat.
3. Guru meminta murid membandingkan pensel dan pengasah pensel siapakah yang
paling banyak dan sedikit
4. Guru bertanya :
Pensel dan pengasah pensel siapa lebih banyak ?
Pensel dan pengasah pensel siapa yang kurang ?
5. Aktiviti 1-5 diulang dengan menggunakan objek dan bahan yang berlainan sehingga
murud-murid boleh membuat perbandingan.
6. Guru membuat ulangkaji bersama murid-murid mengenai apakah yang mereka
belajar pada hari itu.














Tajuk : Menyatakan waktu
Peringkat : Pra sekolah
Objektif : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat mengenali
megenai tentang waktu dan dapat menjalankan sesuatu aktiviti
Bahan-bahan : gambar waktu malam, petang dan pagi
Prosedur :
1. Meminta pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Guru menunjukkan beberapa kad gambar situasi waktu malam , pagi dan petang.
3. Guru bersoaljawab dengan murid tentang kad gambar tersebut dan kaitan dengan
waktu situasi tersebut berlaku.
4. Guru meminta murid membandingkan kad imbasan bergambar yang mereka lihat
tersebut
5. Guru bertanya :
a. Gambar yang manakah menunjukkan waktu malam?
b. Apakah yang dilakukan pada waktu pagi?
c. Apakah tanda yang menunjukkan ianya telah masuk waktu pagi?
6. Guru membuat ulangkaji bersama murid-murid mengenai apakah yang mereka
belajar pada hari itu.