Anda di halaman 1dari 1

Ujian Lari Ulang Alik 10 Meter

Tujuan
Mengukur prestasi ketangkasan berlari dan menukar arah.
Peringkat umur Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah
menangah, maktab perguruan dan universiti.
Kesahan r = 0.96 ( Ahmad Hashim, 2003 )
Kebolehpercayaan r = 0.97 ( Ahmad Hashim, 2003 )
Objektiviti r = 0.99 ( Ahmad Hashim, 2003 )
Kawasan Ujian Gelanggang kongkrit yang mempunyai kawasan yang
mencukupi ( sekurang-kurangnya 1 meter panjang dan 10
meter lebar ).

Alatan

Jam randek, pita pengukur, Pita penanda, dan dua blok kayu
masing-masing berukuran 2 inci x 2 inci x 4 inci.


Prosedur

1. Dua blok kayu masing-masing berukuran 2 inci x 2 inci x 4
inci diletakkan secara bersebelahan di atas garisan penamat 10
meter dari garisan permulaan.

2. Responden berdiri dibelakang garisan permulaan di tengah-
tengah garisan permulaan.

3. Arahan sedia dan mula diberikan kepada subjek untuk
berlari ke hadapan bagi mendapatkan salah satu blok kayu dan
balik ke garisan permulaan dengan meletakkan blok kayu
tersebut dibelakang garisan permulaan.

4. Selepas meletakkan blok kayu yang pertama di belakan
garisan permulaan, subjek meneruskan larian untuk
mendapatkan blok kayu yang kedua dan balik ke garisan
permulaan dengan meletakkan blok tersebut di belakang
garisan permulaan.

5. Dua percubaan diberikan dengan diberi rehat antara
percubaan.


Kiraan Skor

1. Kiraan masa paling hampir dengan 0.1 saat

2. Satu percubaan yang terbaik dikira sebagai skor ujian.

Anda mungkin juga menyukai