Anda di halaman 1dari 3

Burn Out

(Moderator)
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi kepada semua penonton yang hadir dan para
panel jemputan. Bertemu semula kita pada forum kali ini yang bertajuk Burn Out..Sebelum
kita membincangkan hal ini dengan lebih lanjut. Terlebih dahulu, saya ingin
memperkenalkan anda dengan tiga panel jemputan kita pada hari ini. Baiklah, di sebelah kiri
saya, Encik________ yang merupakan seorang guru. Di sebelah kanan saya pula,
Cik______selaku pegawai jabatan, dan akhir sekali, dihujung sana iaitu Encik______ yang
merupakan wakil ibubapa.
Hadirin dan hadirat,
Istilah burnout pertama kali di utarakan dan diperkenalkan Oleh Herbert Freuden
berger pada tahun 1973. Freuden berger adalah seorang ahli psikologi klinis pada lembaga
pelayanan di New York yang menangani remaja bermasalah. Ia mengamati perubahan
perilaku sukarelawan setelah bertahun-tahun bekerja. Hasil pengamatannya dilaporkan dalam
bentuk jurnal psikologi profesional pada tahun 1973 yang disebut sebagai sindrom burnout.
Untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih mendalam tentang apakah yang dimaksudkan
dengan burn out. Tanpa melengahkan masa, mari kita dengarkan pendapat yang akan
dikemukakan oleh panel kita yang pertama tentang maksud burn out. Silakan.
(Panel 1)
Di sini terdapat beberapa maksud burn out menurut beberapa tokoh. Pertama, menurut
Pines & Aronson, 1988, burn out adalah satu keadaan di mana berlakunya kemerosotan daya
fizikal, emosi dan mental disebabkan oleh penglibatan jangka panjang dalam tekanan emosi.
Greenberg dan Baron (1997) pula menyatakan burn out adalah ketandusan daya emosi,
ketandusan daya fizikal, penurunan sikap dan perasaan kurang pencapaian dalam kerjaya.
Selain itu, definisi lain bagi burn out adalah satu keadaan yang disebabkan oleh
dipersonalisasi, keletihan dan suatu perasaan pencapaian yang semakin menurun. Dalam
kalanagan guru, burn out adalah perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim
yang dialami oleh seseorang guru akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga,
kekuatan atau kecekalannya.
(Moderator)
Sungguh mendalam maksud yg telah dikemukan tadi, apa kata kita dengarkan pula
ulasan__________(panel 2) bagaimanakah seseorang yang dikatakan dalam keadaan burn out
?
(Panel 2)
*____________
Terima kasih diucapkan kepada panel kedua.
Baiklah, untuk melanjutkan sesi forum ini, marilah kita mendengar pula punca-punca burn
out berlaku .Silakan..
(Panel 3)
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan burnout berlaku. Antaranya ialah ;
Gaya hidup seseorang individu tersebut seperti bekerja terlalu kuat tanpa rehat,
kurang bersosial dan selalu bersendirian. Disamping itu, diberi terlalu banyak
tanggungjawab tanpa bantuan yang mencukupi daripada orang lain. Sebagai contoh,
seseorang guru yang ditugaskan sebagai Ketua Panitia yang mana panitia tersebut ingin
menganjurkan sesuatu program. Namun begitu , hanya ketua panitia sahaja yang melakukan
semua tugas dan tidak mendapat bantuan daripada guru2 lain, maka boleh menyebabkan
burnout. Punca lain seperti tidak cukup tidur dan kurangnya sokongan dari segi perhubungan
sama ada pihak pentadbir, rakan sejawatan atau keluarga. Bebanan tugas guru yang semakin
bertambah menyebabkan ramai guru yang mengalami burnout. Sebagai contoh, guru terpaksa
berjaga malam untuk mengisi data PBS ke dalam sistem SPPBS akibat daripada kelemahan
sistem tersebut. Ia hampir sama juga dengan situasi jika orang lain tidak memahami dengan
tugas atau kerjaya kita yang menyebabkan salah faham berlaku.

Personaliti. Terdapat segelintir guru yang mementingkan kesempurnaan dalam semua
tugas yang diberikan. Disamping itu, kesemua tugas yang dijalankan oleh guru tersebut
jarang dianggap sebagai sempurna dan sentiasa tidak berpuas hati dengan sesuatu tugas yang
dilaksanakan. Ada juga guru yang berpandangan pesimistik (iaitu mudah berputus asa dan
mudah kecewa) terhadap diri sendiri dan dunia luarnya. Mereka yang berpandangan sebegini
akan terbeban dengan ciri personaliti sedemikian dan seterusnya akan mengakibatkan
burnout.
Tekanan kerja yang melampau. Tekanan kerja yang banyak menyebabkan guru
mengalami tekanan dan juga gangguan emosi . Melaksanakan kerja yang bukan dalam bidang
kepakaran seseorang individu juga akan menyumbangkan kepada burnout dimana sebagai
contoh, guru berasa terpaksa untuk melakukan tugas yang kurang dikuasai serta khuatir jika
hasil atau produk yang dihasilkan tidak mencapai tahap yang ditetapkan
Hadirin dan hadirat,
Begitulah perbincangan mengenai Burn Out. Nampaknya, kita mempunyai soalan dari
salah seorang penonton di laman sesawang Facebook. Izinkan saya membaca soalan yang
telah dikemukakan,
Burnout boleh menyebabkan seseorang guru cepat berputus asa, hilang semangat serta
menyebabkan emosi juga terganggu. Hal ini semestinya turut memberikan kesan atau impak
negatif terhadap guru itu sendiri. Produktiviti di tempat kerja juga berkurang. Justeru, pada
pandangan ahli panel, apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah burnout ini?
(moderator boleh pilih ahli panel yg mana nak jwb soalan ni)
Jawapan :
Pada pendapat saya, cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah bermula dari
dalam diri seseorang individu itu sendiri. Seseorang guru yang berjaya, yang terbaik perlu
optimis, yakin dan percayakan diri sendiri terlebih dahulu. Beliau juga perlu bijak dalam
mengawal emosi dan tekanan serta melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan
aktiviti fizikal lain yang menyeronokkan supaya tidak hanya memikirkan hal kerja sahaja.
Cari masa untuk diri sendiri dan sesekali tidak salah untuk kita menghargai diri seperti
berbelanja untuk sesuatu yang berharga sebagai ganjaran atas segalan tugas yang telah
dilaksanakan dengan baik.
Jawapan yg sangat jelas dan memuaskan. Terima kasih panel jemputan kerana sudi
menyuarakan pendapat anda pada forum kali ini.
Para penonton,
kesimpulan