Anda di halaman 1dari 4

NOVEL 8: KRITIKAN SOSIAL / KEPINCANGAN

SOSIAL (MASYARAKAT)


(i) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari ,
jelaskan dua kritikan sosial yang cuba diketengahkan oleh
pengarang dalam novel tersebut.

Novel yang saya pelajari ialah novel Konserto Terakhir
karya Abdullah Hussain. Terdapat beberapa kritikan sosial yang
cuba diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut.

Antara kritikan sosial termasuklah sikap masyarakat
yang memandang rendah atas keupayaan orang lain atas
sebab-sebab tertentu. Sikap ini dapat ditunjukkan melalui
watak Datuk Johari. Contohnya, Datuk Johari tidak mahu
menghargai kebolehan Hilmi yang sudah berjaya menjadi
seniman agung. Walaupun dia diberikan tiket untuk menonton
Pertunjukan Orkes Perdana tetapi dia memulangkan tiket itu
kepada orang yang memberinya kerana dia menganggap
kebolehan dan bakat Hilmi tidak ke mana-mana. Hal ini
disebabkan Hilmi hanya lulus setakat darjah empat sekolah
Melayu. Bukan itu sahaja, dia tidak mahu menyebut nama Hilmi
apabila Datin Salmah mengajaknya untuk menonton
pertunjukan itu.

Kritikan sosial yang seterusnya yang ingin diterangkan
oleh Abdullah Hussain ialah sikap masyarakat yang
mementingkan status dan kedudukan sosial. Sikap ini telah
jelas dipaparkan oleh watak Datin Salmah. Datin Salmah yang
dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga kaya berasa amat
bangga, sombong, dan mementingkan kedudukan. Misalnya,
Datin Salmah mahu orang menghormatinya, malah dia suka
orang menyebutnya Datin ketika menyapa dan berbual
dengannya. Oleh itu, apabila Hilmi memanggilnya dengan
panggilan Mak Cik Salmah, dia rasa tersinggung. Di samping
itu, apabila Mak Cik Minah melayani Hilmi dengan baik dan
menyapanya dengan menggunakan perkataan Encik, Datin
Salmah memarahi Mak Minah sehingga Mak Minah melongo
apabila mendengar kata-kata Datin Salmah. Oleh itu, didapati
Datin Salmah bukan sahaja tidak mahu melayani Hilmi dengan
baik, malah juga melarang pembantu rumahnya memberi
layanan yang baik dan berencik-encik kepada Hilmi.


KRITIKAN SOSIAL NOVEL PAPA

1. Mengingkari perintah Tuhan dan melakukan dosa Encik
Muaz al-Khalibi telah menodai pengemas biliknya sehingga
mengandung, namun enggan bertanggungjawab. Sebagai
akibatnya, pengemas rumah warga Indonesia itu meninggalkan
Rasylan yang baru dilahirkan di tepi sebuah longkang besar.
2. Iri hati dan mempengaruhi orang untuk membenci seseorang
Murni menghasut rakan sekelas yang lain agar memusuhi
Intan Julia.
3. Dendam yang berpanjangan - Datuk Mustakim melanggar
ibu bapa Jeffri ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya
meninggal dunia manakala ibunya lumpuh. Jeffri berasa marah
kerana Datuk Mustakim tidak berhenti selepas kemalangan itu
walaupun dia menanggung kos rawatan ibunya hinggalah
ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan agar papa
Julia, Jeffri bertemu dengan Datuk Mustakim tetapi papa Julia
enggan.

Oleh: Kimberly Ling (5W WMSKL)

-----------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------

(ii) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelakari,
bincangkan tiga kritikan penulis terhadap kepincangan yang
berlaku dalam masyarakat.

Novel yang teleh saya kaji ialah Konserto Terakhir karya
Abdullah Hussain. Pengarang telah mengkritik beberapa
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat yang terdapat
dalam novel tersebut.

Antara kritikan penulis ialah penulis mengkritik
masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Datuk
Johari telah meninggalkan kampungnya bersama surat
perceraian untuk isterinya pada malam pengantin dan terus
berhijrah ke Kuala Lumpur. Kesan kepada peristiwa ini ialah
bapa Datuk Johari telah bergaduh besar dengan bapa bekas isteri
yang ditinggalkan oleh Datuk Johari. Hubungan antara dua
keluarga tersebut hampir pincang. Peristiwa ini selesai apabila
sepupu Datuk Johari, Karim menawarkan diri untuk
mengahwini bekas isteri Datuk Johari. Peristiwa ini
menunjukkan sikap segelintir masyarakat yang tidak
bertanggungjawab yang boleh membawa menjejaskan hubungan
kekeluargaan.

Selain itu, penulis mengkritik masyarakat yang
mementingkan status diri. Tamsilnya, Datin Salmah sering
mengejek Hilmi kerana dia hanya mempunyai pendidikan
setakat darjah empat sekolah Melayu. Dia tidak menyenangi
kehadiran Hilmi yang datang dari kampung di rumahnya
walaupun Hilmi merupakan anak saudara suaminya. Datin
Salmah tergamam apabila Hilmi tidak membahasakan dirinya
sebagai datin sebaliknya memanggilnya mak cik. Datin
Salmah juga sentiasa mencari peluang untuk mengusir Hilmi
dari rumahnya selepas termakan dengan hasutan kakaknya,
Datin Laila demi menjaga maruahnya. Hal ini menunjukkan
sikap sesetengah masyarakat yang lebih mementingkan status
daripada hubungan persaudaraan.

Di samping itu, penulis juga mengkritik masyarakat
yang menghasut. Misalnya, apabila Mohsin yang sedang
mengisi minyak motokar ternampak Hilmi yang sedang bekerja
di stesen minyak, dia memberitahu tauke stesen minyak itu
bahawa Hilmi pernah menjadi tukang kebun di rumah Datuk
Johari, tetapi lari dari situ. Dia meminta tauke stesen minyak itu
supaya memecat Hilmi dan jika tidak, dia tidak akan pergi
mengisi minyak di situ lagi. Peristiwa ini memaparkan bahawa
masih terdapat lagi sikap masyarakat yang suka menghasut dan
menabur fitnah kepada orang lain demi kepentingan diri yang
akan menjejaskan kehidupan orang lain.

Rangka Novel Papa

1. Masyarakat yang percaya akan perkara yang karut
- Mak Cik Noraini kurang senang dengan tindakan papa
menyediakan kelengkapan kelahiran bayi lebih awal, iaitu ketika
kandungan mama baru berusia lima bulan kerana menurut kata
orang tua-tua, perkara itu tidak baik.
2. Masyarakat yang bersikap cemburu
- Rasylan berasa cemburu apabila melihat Julia ditegur oleh
pelajar yang lebih senior
3. Masyarakat yang mudah memandang serong terhadap
seseorang
- Papa tidak suka Julia berkawan rapat dengan Rasylan setelah
mendapat tahu latar belakang ibu bapa Rasylan yang tidak
diketahui asal usulnya.

Anda mungkin juga menyukai