Anda di halaman 1dari 4

1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUNUT SUSU


17020 PASIR MAS
KELANTAN




KLINIK BOLA TAMPAR
2014




TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR SKBS
TARIKH : 03 SEPTEMBER 2014

ANJURAN :
KELAB BOLA TAMPAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BUNUT SUSU
2

1. PENGENALAN
Sukan bola tampar adalah satu sukan yang dipertandingkan diperingkat MSSD, MSSK
dan juga diperingkat antarabangsa. Pendedahan awal dan latihan yang konsisten
penting bagi menstabilkan momentum atlet dan mengelakkan mereka menjadi tidak aktif.
Kecergasan dan kemahiran murid juga tidak dapat dibentuk dalam waktu yang singkat
tetapi memerlukan masa dan usaha yang lama. Tambahan pula, kebanyakan atlet yang
dipilih terdiri daripada murid tahap 2 iaitu darjah 4,5 dan 6 . Oleh itu, Kelab Bola Tampar
ingin menggabungkan tenaga atlet murid tahap 2 untuk membimbing atlet baru dalam
proses membentuk atlet baru bagi pasukan bola tampar sekolah.

2. RASIONAL

Setiap murid mempunyai bakat dan kemahiran yang tersembunyi. Kemahiran ini jika
dibiarkan akan tenggelam dan menyepi. Setiap murid perlu diberi peluang untuk
menonjolkan dan menggilap bakat yang ada. Hal ini turut membantu perkembangan diri
murid tersebut. Mereka mempunyai bakat tetapi masih mentah dan tidak berpengalaman
serta kurang pengetahuan tentang sukan bola tampar. Oleh itu, mereka harus dilatih dan
dibimbing tentang peraturan dan kemahiran mengenai bola tampar.

3. MATLAMAT

Program ini dapat membentuk murid menjadi lebih yakin dan mengenali tahap kebolehan
mereka bermain bola tampar. Murid juga dapat membina disiplin dan menjadi seorang
pemimpin yang berketrampilan,berwibawa dan berkesan. Mereka juga diharap dapat
menjadi pelapis yang akan mengharumkan nama sekolah.

4. OBJEKTIF

Pada akhir program para peserta dapat :
I. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan bola tampar.
II. Memberikan pendedahan kepada murid tentang permainan bola tampar.
III. Mencari bakat baru sukan bola tampar untuk mewakili sekolah ke peringkat MSSD
Pasir Mas,Kelantan
IV. Mengeratkan ikatan silaturahim di antara semua murid yang terlibat.
V. Membina sahsiah diri pelajar melalui sukan bola tampar


5. KUMPULAN SASAR

- 160 orang pelajar SKBS tahap 2 ( Darjah 4 dan 5)

3

6. TENAGA PENGAJAR

- Guru Penasihat Kelab Bola Tampar
- Jurulatih luar ()

7. TARIKH / TEMPAT/ JANGKA MASA PELAKSANAAN

- 3 September 2014 ( Hari Rabu )
- Gelanggang Bola Tampar SKBS
-

8. KEWANGAN
8.1 Anggaran Perbelanjaan

Minuman (RM 2.00 x 160 orang RM 320.00
JUMLAH RM 320


8.2 Sumber Kewangan SKBS

Wang PCG Kokurikulum RM 60.00

JUMLAH RM 60.00


Jadual / Atur Cara Kursus

Tarikh : 03 September 2014

08.00 : Teori jenis-jenis hantaran dalam bola jaring
- Hantaran Aras Dada
- Hantaran Aras Bahu
- Hantaran Lantun dan Hantaran Atas Kepala
: Teori Peraturan-peraturan dan undang-undang bola jaring
10.00 : Praktikal Strategi Permainan
- Strategi serang hendap
- Merentas halangan organisasi
12.45 : Bersurai



4

9. Jawatankuasa

JAWATANKUASA
Penasihat : Pn Hajah Salma binti Mahmad (Guru Besar)
Pengerusi 1 : En Nasir bin Mat Nor (Penolong Kanan Kokurikulum)
Pengerusi 2 : Pn Hajah Nur Zuraini binti Muhammad ( Penolong Kanan I )
Naib Pengerusi 2 : En.Mohd Shah b. Kassim ( Penolong Kanan HEM)
Setiausaha : Cik Nurul Naim Bt Mat Kandar (Guru Penasihat Kelab Bola Tampar)
Bendahari : Pn Siti Aishah Bt Omar Othman (Guru Penasihat Kelab Bola Tampar)
Dokumentasi : Pn Nur Safinas Bt Abd Latif
Jurulatih : En Situ B Hitam
Pembantu Jurulatih : 1- Khairul Hisyam B Ujang (5B)
2- Mohammad Amirul B Ismail (5B)
3- Muhamad Ameir Fadzillah B Ariffin Sabri (5C)
4- Muhammad Azamuddin B Rezari (5C)
5- Nur Amira Balqis Bt M. Salleh ( 4D)
PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini akan mencapai objektif seperti yang telah direncanakan
dan mendatangkan faedah kepada semua murid. Sehubungan dengan itu, kemahiran murid
dapat digilap dan membentuk sahsiah diri murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


.. .
(MOHD HASNAN BIN AB HAMID) (EN NASIR BIN MAT NOR)
Penyelaras Program PK KOKURIKULUM
SK BUNUT SUSU


Disahkan Oleh :


.................................................
(PN)
GURU BESAR
SK BUNUT SUSU PASIR MAS

Anda mungkin juga menyukai