Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPAI

26700 MUADZAM SHAH, PAHANG


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE -1 TAHUN 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPAI

PENDAHULUAN

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan
sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Simpai
bagi Tahun 2014 Kejohanan pada tahun ini adalah julung yang pertama kalinya diadakan.

MATLAMAT
. Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat
pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui penglibatan pelajar dalam
aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat sekolah dan melalui pertandingan-pertandingan
yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan
rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF :
Adalah diharapkan program ini akan dapat :
2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang
lebih optimum.
2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang
diceburi.
2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.
2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya dengan
lebih cemerlang.
2.5 Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah ke kejohanan
olahraga peringkat daerah.
PELAKSANAAN :
Kejohanan kali ini akan dilaksanakan bagi mempertandingkan kategori antara rumah-
rumah sukan. Sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 1 Tahun 2014
pada tarikh, masa dan lokasi seperti di bawah ;
Tarikh :
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SK Simpai

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :
1. Kategori rumah sukan yang dipertandingkan :

Kejohanan Sukan Tahunan ini disertai oleh 3 pasukan yang terdiri daripada semua murid-
murid SK Simpai
Rumah Kuning
Rumah Merah
Rumah Biru
2. Acara sukan
Bil Acara Kategori
1 Lari 75m (Individu) L Tahun 1
2 Lari 75m (Individu) P Tahun 1
3 Lari 75m (Individu) L Tahun 2
4 Lari 75m (Individu) P Tahun 2
5 Lari 75m (Individu) L Tahun 3
6 Lari 75m (Individu) P Tahun 3
7 Lari 100m (Individu) L Tahun 4
8 Lari 100m (Individu) P Tahun 4
9 Lari 100m (Individu) L Tahun 5
10 Lari 100m (Individu) P Tahun 5
11 Lari 100m (Individu) L Tahun 6
12 Lari 100m (Individu) P Tahun 6
13 4 x 50m (L/Pasukan) K-1
14 4 x 50m (P/Pasukan) K-1
15 4 x 100m (L/Pasukan) K-3
16 4 x 100m (P/Pasukan) K-3
17 Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu (L+P/Pasukan) Tahap 1
18 Isi Air Dalam Botol (Guna Tangan) Tahap 1
19 Lari Bawa Bola Berpasangan Tahap 1
20 Bawa Gelung Getah Guna Straw (L+P/Pasukan) Tahap 2
21 Tarik Upih (P/Pasukan) Tahap 2
22 Lari Ikat Kaki (L/Pasukan) Tahap 2
23 Lari Undur Belakang Terbuka Belia
24 Cari Gula-Gula Dalam Tepung Terbuka Beliawanis
25 Kumpul Gelung Getah Guna Straw Terbuka Bapa
26 Cari Pasangan (Ibu-Anak) Terbuka Ibu
27 Pongkang Tin Pegawai Sukan- L
28 Bowling Padang Pegawai Sukan- P

ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH(RM)
1. Kanopi 3 RM 30 x 3 = RM90 90.00
2. Hadiah / Medal
Medal : RM252.00 (Rujuk Lampiran)
Hadiah : RM 720.00 (Rujuk Lampiran)
972.00
3. Buku Program 120 RM 0.20 x 120 = RM24 24.00
4. Minuman Pegawai 20 RM 3 x 20 = RM60 60.00
5. Cenderamata Pasukan 3 RM 50 x 3 = RM150 150.00
6. Cenderamata VIP 1 RM 50 x 1 = RM50 50.00
7. Pertandingan Futsal 2 (Hamper) RM100 x 2 = RM200 200.00
8. Cabutan Bertuah
10
(Hamper)
RM20 x 10 = RM200 200.00
Jumlah Keseluruhan


1846.00
SUMBER KEWANGAN
BIL. PERKARA
PERBELANJAAN
(RM)
SUMBER KEWANGAN
(RM)
1. Kanopi 90.00 PIBG
2. Hadiah / Medal 972.00
Wang SUWA (RM732.00)
PIBG (RM240)
3. Buku Program 24.00 Wang SUWA
4. Minuman Pegawai 150.00 PIBG
5. Cenderamata Pasukan 150.00 Wang SUWA
6. Cenderamata VIP 50.00 PIBG
7. Pertandingan Futsal 200.00 PIBG / Wakil Penaja
8. Cabutan Bertuah 200.00 Wakil Penaja
Jumlah Keseluruhan 1846.00 1846.00

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dianjurkan berdasarkan Undang-undang K.O.A.M dan Peraturan Am
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak. Walau bagaimanapun Jawatankuasa penganjur
telah menyesuaikannya mengikut keadaan, suasana dan persekitaran sekolah.
Setiap pelajar hanya dibenarkan menyertai maksimum 3 ( tiga ) acara iaitu 2 ( dua ) acara
individu dan 1 ( satu ) acara berkumpulan.
Semua peserta mestilah cukup sihat. Jawatankuasa Penganjur tidak akan
bertanggungjawab atas kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh kesihatan
yang kurang baik.
Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan,
kecederaan atau kehilangan harta benda semasa pertandingan dijalankan.
Pembatalan :
Pelajar yang melanggar peraturan penyertaan akan dibatalkan.
Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang penyertaan di dalam
acara-acara yang dipertandingkan.
Peserta yang didapati mengganggu atau memintas dengan maksud melengahkan
kederasan lawan, akan dibatalkan haknya dari pertandingan ini, walaupun ia mendapat
tempat kedudukan.
Hadiah-hadiah :
Peserta yang mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga akan
mendapat hadiah yang berbentuk medal di dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Peserta yang menyertai acara sukaneka dan mendapat kedudukan Johan, Naib Johan
dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah di dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Olahragawan dan Olahragawati akan dipilih berdasarkan pencapaian keseluruhan individu
dan berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati akan menerima hadiah berbentuk cup
dan hadiah iringan.
Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah berbentuk piala
pusingan.
Bantahan :
Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan secara bertulis
dan hendaklah disertakan selepas 15 minit keputusan diumumkan.
Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad.

JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran di sebelah



MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA



Disediakan Olah, Disahkan Oleh,




(Mohamad Aizuddin B. Junaidi) (En Abdul Malik B. Sulaiman)
S/U Koko SK Simpai Guru Besar SK Simpai