Itulah kali pertama aku (penulis) pergi ke kampung. Sebelum ini,aku tidak pernah kenal keadaan kampung. Setiap hari,Pak Cik Kinto iaitu bapa saudaraku membawa aku ke bukit bukit di belakang rumah pusaka untuk menembak burung burung.Setiap pertanyaanku selalu dijawab Pak Cik Kinto. Pada suatu petang,aku merayau rayau seorang diri mengelilingi kampung.Tiba tiba seorang budak perempuan berambut ketak ketak bernama Su memanggil untuk bermain bersama mereka di tepi paya itu. Tiba tiba Su berenang masuk paya dan menaiki batang cenderai tumbang yang menganjur ke pulau kecil di tengah paya itu lalu mendapatkan aku bunga capa rengat.Tidak lama kemudian,seorang budak lelaki datang dan memanggil Su ke rumah . Selepas aku pulang ke rumah,ibu memberitahu kami akan berangkat pulang ke bandar.Aku berasa berat hati untuk meninggalkan kampung tersebut dan juga kawanku Su. Peta pemikiran : Peta alir Sumber : ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS