Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Perkataan ekologi menurut Dewan Bahasa dan


Pustaka ialah ilmu tentang makhluk hidup
dengan sekitarnya.

Perkataan Ekologi dicipta oleh seorang pakar
biologi dari German bernama Ernst Haeckel
pada tahun 1866.

Ekologi berasal daripada perkataan Greek
oikos bererti rumah atau tempat tinggal dan
logos bererti sains.
Menurut Ernst Haeckel (1866), ekologi adalah
ilmu komprehensif yang mempelajari hubungan
antara organisme dan lingkungannya.
Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji
habitat dan interaksi di antara benda hidup
dengan alam sekitar.
Istilah ekologi ini telah digunakan secara
meluas dan merujuk kepada kajian saling
hubungan antara organisma dengan
persekitaran dan juga saling hubungan dalam
kalangan organisma itu sendiri.
Kebanyakan penyelidikan ekologi
menumpukan kepada taburan dan jumlah
organisma dan bagaimana ini mempengaruhi
ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma
terhadap alam sekitar dan pengaruh alam
sekitar terhadap organisma tersebut.
Selain definisi umum di atas, terdapat juga
pengertian ekologi yang dikemukan oleh
beberapa ahli, beberapa diantaranya sebagai
berikut:

Odum (1971): Ekologi adalah kajian terstruktur
dan fungsi alam, tentang struktur dan interaksi
antara sesama organisme dengan
lingkungannya.
Miller (1975): Ekologi adalah ilmu tentang
hubungan timbal balik antara organisme dan
sesamanya serta dengan lingkungan tempat
tinggalnya.
Otto Soemarwoto: Ekologi adalah ilmu tentang
hubungan timbal balik antara makhluk hidup
dengan lingkungannya.


Teori ekologi telah dikembangkan oleh Urie
Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan
ekologikal adalah menekankan pengaruh
persekitaran ke atas perkembangan individu.

Teori ekologi Bronfenbrenner (1979,1989)
menjelaskan bahawa perkembangan kanak-
kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam
persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.

Interaksi antara kanak-kanak dengan
persekitaran itu, dipercayai boleh mempengaruhi
proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak.
Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem
yang mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak. iaitumikrosistem, mesosistem,
eksosistem, makrosistem dan kronosistem.

Kelima-lima sistem persekitaran tersebut
memberikan implikasi kepada guru dalam
menyediakan diri dengan selengkapnya semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas
KONSEP ASAS EKOLOGIKAL
Menurut Mohamad Shuhny (2008), Teori
Ekologi Manusia menggunapakai konsep-
konsep asas daripada tiga komponen besar
dalam teori Sistem Umum, Ekologi Manusia dan
Ekologi Keluarga.

Anda mungkin juga menyukai