Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI
KECEMERLANGAN
UPSR
2014
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK
JOHOR BAHRU
JABATAN LAUT MALAYSIA, WILAYAH SELATAN,
NUSAJAYA, JOHOR.
19 21 JUN 2014





UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK
JOHOR BAHRU, JOHOR


KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2014
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MOLEK

PENDAHULUAN

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur
kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa
Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan
dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka Unit Bimbingan Dan Kaunseling ingin mengadakan Program Motivasi
Kecemerlangan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki
peperiksaan UPSR. Oleh itu, aktiviti ini amat penting untuk sahsiah dan peribadi murid yang mulia bagi memenuhi
prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan bahawa potensi individu perlu dikembangkan secara
menyeluruh merangkumi perkembangan jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial. Bagi merealisasikan aspirasi
tersebut, satu Program Motivasi Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Ayer Molek akan diadakan untuk memberi
ruang dan peluang kepada murid-murid Tahun 6 agar dapat meningkatkan potensi mereka.


MATLAMAT
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua peserta dengan kegiatan berbentuk fizikal dan mental
untuk memupuk semangat kerja berpasukan, kepimpinan, daya saing, kreativiti dan kebolehan mengurus diri serta
meningkatkan tahap disiplin diri dan kumpulan.


OBJEKTIF
Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki UPSR
Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadamik
mahupun sosial.
Meningkatkan keupayaan mengurus diri dan kumpulan dengan kebolehan memimpin.
Memberi peluang kepada murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan dalam gerak kerja berpasukan.
Meningkatkan disiplin diri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

TEMA
MENGGAPAI BINTANG


ANJURAN
Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Sekolah Kebangsaan Ayer Molek.


AKTIVITI
Program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2014
Aktiviti Pelayaran.
Water Confident.
Paintball
Program Motivasi
Qiamullai.


TARIKH
19 21 JUN 2014
Khamis Sabtu


TEMPAT
Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Selatan, Nusajaya, Johor.


SASARAN
Murid-murid Tahun 6 seramai 15 orang.


SUMBER
1. Kewangan : i) Peruntukan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
ii) Sumbangan PIBG
2. Tenaga : i) Guru-guru Sekolah Kebangsaan Ayer Molek
ii) Penceramah Jemputan


SENARAI AHLI JAWATAN KUASA

Pengerusi : Pn. Rafiah Binti Abdullah
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Tn. Syed Mustaffa Bin Syed Mohamed
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hjh. Alice Binti Abdul Ghani
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2 : En. Zainal Abidin Bin Johari
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Penyelaras : Pn. Surita Binti Mamat
Guru Kelas Tahun 6
Setiausaha : Pn. Isyanti Binti Mohamad Taufik
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Ahli Jawatan Kuasa :
En. Ahmad Hambali Bin Khalid (Guru Matematik)
Pn. Shanmugapriya A/P Balakrishnan (Guru Bahasa Inggeris)
Cik Safiah Binti Saidon (Guru Bahasa Melayu)
Pn. Rokiah Binti Dali (Guru Pendidikan Islam)

Pendaftaran
Pn. Mallarvilli
Pn. Aisha Afida

Penginapan
Pn. Surita
Pn. Nurul Emma

Aktiviti Fizikal
En. Ahmad Hambali
En. Mohd Fahmi
Cik Safiah

Aktiviti Kerohanian
En. Abd. Rahman
Pn. Rokiah

Hadiah / Sijil
Pn. Shanmugapriya
Pn. Aisha Afida

Jurugambar
Pn. Isyanti

Makanan
Pn. Sharifah Azizah
Pn. Mallarvilli

Keselamatan Dan Kebersihan
En. Ahmad Hambali
En. Mohd Fahmi
En. Abd. Rahman

Juruacara
Pn. Surita

Pemantau makanan
Semua guru yang terlibat berdasarkan jadual tugasan




PERINCIAN TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1. Pendaftaran
Mengedar dan merekodkan surat edaran dan borang penyertaan peserta.
Mengumpul dan merekodkan borang dan yuran penyertaan peserta.
Membahagikan murid kepada kumpulan-kumpulan kecil.

2. Penginapan
Membahagikan kawasan penginapan kepada peserta.
Menentukan penempatan peserta.
Menyelia peserta-peserta di tempat penginapan.

3. Aktiviti Fizikal
Mengendalikan program senaman pagi.
Memantau kegiatan aktivit fizikal peserta.

4. Aktiviti Kerohanian
Menjalankan aktiviti yang berunsur keagamaan.
Bacaan doa / solat / bacaan Yassin dan aktiviti yang berkaitan.

5. Keselamatan dan Kebersihan
Menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan dan peserta perkhemahan.
Sentiasa mengawasi kebersihan kawasan perkhemahan.

6. Hadiah / Sijil
Mengelolakan pembelian dan pembungkusan hadiah dapatkan maklumat hadiah yang diperlukan
dari penyelaras unit beruniform.
Menyusun menyediakan segala persiapan untuk meja hadiah di Majlis Penutup Perkhemahan Dan
Program Motivasi.
Menyediakan sijil peserta perkhemahan dan motivasi.

7. Jurugambar
Merakam dan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang perkhemahan.

8. Pemantau Makanan dan Minuman
Menyediakan menu yang bersesuian sepanjang perkhemahan.
Mengatur peserta perkhemahan untuk mengambil makanan dan minuman.
Membuat jadual bertugas yang bersesuaian.
Memastikan makanan dan minuman yang disediakan menepati menu yang telah ditetapkan.
Memastikan kebersihan kawasan tempat makan

9. Juruacara
Mengendalikan Majlis Penutupan Perkhemahan.






JADUAL PROGRAM MOTIVASI
MASA
KHAMIS
(19 Jun 2014)
TINDAKAN
0730 0800
WAKTU PERSEKOLAHAN

0800 0830

0830 1000

1000 1030

1030 1130

1130 1230

12.30 1330
Pendaftaran Dan Pembahagian Kumpulan /
Solat Zuhur
PN. MALLARVILLI
PN. AISHA AFIDA

1330 1430 Perjalanan

PN. SURITA
PN. ISYANTI
CIK SAFIAH
EN. AHMAD HAMBALI
EN. ZAINAL ABIDIN
1430 1500 Taklimat Program
1500 1700
Berlayar / Minum Petang / Solat Asar
1700 1830
1830 1900
MAKAN MALAM / BERSIHKAN DIRI /
REHAT / SOLAT
1900 2000
2000 2100
Ice-Breaking / Kumpulan

CIK SAFIAH
EN. AHMAD HAMBALI

2100 2200
2200
Solat / Minum Malam / Refleksi Kendiri
SELAMAT MALAM

MASA

JUMAAT
(20 Jun 2014)

0300 0630
BANGUN PAGI / QIAMULAIL / MANDI /
SOLAT SUBUH
CIK SAFIAH
EN. AHMAD HAMBALI

0630 0730 SENAMAN PAGI
0730 0800 SARAPAN

PN. ROKIAH
PN. NURUL EMMA
PN. AISHA AFIDA

0800 0830
SLOT 1
0830 1000
1000 1030 MINUM PAGI
1030 1130
SLOT 2


1130 1230
12.30 1330
MAKAN TENGAH HARI / SOLAT JUMAAT
/ REHAT

1330 1430


EN. MOHD FAHMI
EN. ABD. RAHMAN
PN. SHARIFAH AZIZAH
PN. MALARVILLI
1430 1500
1500 1700
SLOT 3

1700 1830 Minum Petang / Solat Asar / Paintball
1830 1900
MAKAN MALAM / BERSIHKAN DIRI /
REHAT / SOLAT

EN. ZAINAL ABIDIN
PN. HJH. ALICE
1900 2000
2000 2100
SLOT 4
2100 2200
2200
Solat / Minum Malam / Refleksi Kendiri
SELAMAT MALAM
MASA
SABTU
(21 JUN 2014)


0530 0630 BANGUN PAGI / MANDI / DAN SOLAT
SUBUH
CIK SAFIAH
EN. AHMAD HAMBALI

0630 0730 SENAMAN PAGI
0730 0800 SARAPAN
PN. SURITA
PN. ISYANTI
CIK SAFIAH
EN. AHMAD HAMBALI
PN. SHANMUGAPRIYA
0800 0830 WATER CONFIDENT
0830 1000
1000 1030 MINUM PAGI
1030 1130 Mengemas Diri / Rumusan / Majlis Penutup
1130 1230
12.30 1400 MAKAN TENGAH HARI / BERSURAI

TUGASAN GURU BERTUGAS
Mengagihkan penginapan murid.
Mengawal dan memastikan setiap murid berada di surau untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
Guru-guru bertugas juga diharap dapat berjemaah bersama murid.
Membantu pengagihan makanan dan kawalan semasa makan.
Memastikan murid masuk tidur mengikut masa yang ditetapkan.
Mengawal dan memastikan semua murid mengikuti aktiviti yang telah dirancang dan berada di
dalam kawasan sekolah sepanjang masa.








ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Makan RM 48 x 30 = RM 1,440.00
2. Penceramah = RM 500.00 ( Motivasi )
3. Cenderamata JLM RM50 x 10 = RM 500.00 ( Krew Kapal )
4. Penginapan RM 200 x 2 = RM 400.00
5. Sijil = RM 30.00 (Motivasi )

JUMLAH RM 2,870.00



KEPERLUAN PERKHEMAHAN PESERTA

1. Baju T Unit Uniform masing-masing.
2. Baju T Sukan.
3. 4 helai T-Shirt dan seluar yang bersesuaian dengan aktiviti.
4. Pakaian sembahyang (termasuk sejadah dan songkok bagi peserta lelaki).
5. Pakaian tidur.
6. Kelengkapan membersihkan diri (sabun mandi, berus gigi, syampu, bedak, sikat dan lain-lain).
7. Tuala.
8. Selipar.
9. Kasut sukan.
10. Sarung kaki dan pakaian dalam yang secukupnya.
11. Topi.
12. Alat tulis (termasuk gam, gunting, warna, kertas warna)
13. Beg plastik kosong.
14. Pakaian Mandi




Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.
(PN. SURITA BT MAMAT) (PN. RAFIAH BT ABDULLAH)
PENYELARAS PROGRAM GURU BESAR SK. AYER MOLEK