Anda di halaman 1dari 28

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk
1. PENGHARGAAN
2. BIODATA
3. PENGENALAN
4. PROSES PEREKAAN RESEPI
5. PENGIRAAN KOS
6. KANDUNGAN NUTRIEN
7. CADANGAN MENGKOMERSILKAN HASIL MASAKAN
8. RUJUKAN
9. REFLEKSI






PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Tuhan mengizinkan saya
menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi matapelajaran RBT 3111
Pengurusan Makanan dan Teknologi ini dengan jayanya walaupun beberapa kali
berhadapan dengan sedikit masalah dalam tempoh menyiapkan ftugasan ini.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Pn
Zaiton tidak putus-putus berusaha mendidik dan membimbing saya supaya saya
memahami akan tugasan yang diberikan kepada saya dengan harapan saya dapat
menghasilkan tugasan yang terbaik. Beliau juga banyak memberi nasihat yang berguna
dan tunjuk ajar kepada saya dimana saya boleh menggunakannya pada masa akan
datang kelak.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkankan salam jutaan terima kasih
buat ibu dan bapa saya yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan dan kata-
kata perangsang yang membuatkan saya menjadi lebih tekun untuk berusaha dalam
menjayakan tugasan yang diberikan.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih buat kawan-kawan yang banyak
menghulurkan idea-idea yang munasabah dan bernas, malah telah membantu saya
membincangkan sub-sub topik yang tidak saya ketahui di dalam tugasan ini.








REKA CIPTA DAN INOVASI MASAKAN

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, reka cipta bermaksud
penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk
yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Ia
merangkumi 3 konsep iaitu minda, kemahiran, serta sikap atau nilai. Rekacipta juga
terhasil daripada idea tersendiri serta mempunyai nilai komersial.
Inovasi pula merupakan satu proses penambahbaikan nilai atau ringkasan
ciptaan asal ataupun gabungan beberapa idea baru terhadap produk serta idea yang
sedia ada. Inovasi dalam masakan diubah dari segi bentuk, warna, dan tekstur.














PROSES PEREKAAN RESEPI
1. MENGENALPASTI MASALAH
Berdasarkan soalan yang diberi, saya dikehendaki mereka cipta sejenis masakan dari
mana-mana setiap tajuk amali penyediaan masakan kursus Pengurusan Makanan dan
Teknologi berdasarkan lapan langkah proses atau prosedur mereka cipta resipi.
Saya telah memilih tajuk dessert bagi tugasan ini. Tugasan saya ialah saya
dikehendaki membuat inovasi terhadap resepi iaitu dessert yang telah saya pilih
berdasarkan lapan langkah proses atau prosedur mereka cipta resipi. Saya harus
mencari maklumat agar resepi yang saya hasilkan mengikut kehendak soalan. Saya,
mungkin juga akan menghadapi beberapa masalah.








JENIS MASAKAN

KRITERIA YANG DIWAJIBKAN

Sejenis dessert

1) Mereka cipta dessert berdasarkan lapan langkah
proses atau prosedur.
2) Dessert haruslah diinovasi dari yang sedia ada.
3) Dessert haruslah sesuai dengan tema yang
dipilih.


2. PENCETUSAN IDEA

Pencetusan idea merupakan proses kedua setelah masalah telah dikenalpasti.
Maklumat yang berkaitan di cari agar dapat membuat serta menghasilkan satu idea
yang dikehendaki soalan dan menarik.

Menyiasat
Membuat penyelidikan berkaitan tema-tema makanan resipi-resipi dessert.

Membaca
Membaca buku yang berkaitan resepi dan bahan-bahan yang boleh di
komersialkan dalam resepi.
Mencari maklumat-maklumat berkaitan resepi di dalam buku-buku.











DESERT
Desert atau pencuci mulut adalah makanan sampingan yang dihidang selepas makan
utama. Desert dibahagikan kepada tiga jenis iaitu (i) panas; (ii) sejuk; dan (iii) dingin
beku. Desert dihidangkan selepas makan tengah hari atau malam untuk melengkapkan
atau menyeimbangkan hidangan. Desert juga akan memberi pelbagai warna pada
hidangan dan menghilangkan rasa muak. Desert hendaklah seimbang ataupun lengkap
denga hidangan-hidangan lain. Sekiranya hidangan lain sudah berlemak, perlu
dipertimbangkan hidangan desert yang kurang berlemak.

Desert panas
Desert panas hendaklah segera dihidang sebaik sahaja deserat tersebut disediakan
supaya rasa dan rupanya tidak terjejas. Contoh desert panas yang akan terjejas apabila
dibiarkan terlalu lama di meja hidangan ialah souffle akan jatuh, pisang goreng akan
hilang kerangupannya dan pankek (crepe) akan menyerap sos.

Desert Sejuk
Desert sejuk terdiri dari kastard, jeli, puding, tat, kek dan mousse. Desert ini dihidang
dalam acuan kecil dan dihias dengan buah-buahan, coklat, kekacang, krim atau sos.

Desert Dingin Beku
Desert dingin beku sangat pupolar dan disukai ramai. Desert ini menambah variasi
kepada hidangan dan sangat sesuai dihidang pada cuaca panas teruama selepas
makan tengah hari. Aiskrim, sundae adalah sherbet contoh desert dingin beku.ontoh
resipi desert dingin beku.

Panduan menyediakan desert
1. Bahan yang digunakan untuk membuat desert merupakan bahan yang mudah
dicemari bakteria yang boleh menyebabkan keracunanan makanana terutama
sekali telur dan susu.
2. Desert panas perlu dihidang pada hari disediakan. Jangan disimpan lebih
daripada sehari
3. Desert sejuk boleh disimpan dalam peti sejuk dan ditutup dengan kertas logam
atau bekas yang bertutup supaya makanan tidak menjadi kering dan
mengelakkan dari jangkitan bau makanan lain.
4. Desert sejuk beku boleh disimpan dalam
5. Desert boleh dihias dengan cara tertentu seperti di dalam gelas sundae, piring
yang berukuran 6m di alas dengan kertas doili atau mangkuk bujur











3. PEREKAAN RESIPI

Sebelum menghasilkan desert, saya telah menetukan tema saya terlebih dahulu.
a. Tema Makanan dan Minuman
Saya telah memilih tema Jamuan Hi-Tea. Makanan yang saya pilih sediakan
adalah. Makanan yang telah saya sediakan bertepatan dengan tema Jamuan Hi-Tea
yang tidak memerlukan makanan yang terlalu berat. Oleh itu, bagi menghasilkan desert
yang telah ditetapkan saya telah memilih 3 jenis dessert untuk dipilih dan diinovasikan
yang sesuai.

a) PILIHAN DESSERT 1
PILIHAN MASAKAN: Puding Marble
KAEDAH MEMASAK: Merendidih
Bahan-bahan
2 bungkus serbuk agar-agar
1350ml air
450g gula pasir
130 mentega
8 biji telur
1 tin susu cair carnation
2 sudu makan tepung custard
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah dan hijau
Langkah-langkah Penyediaan
1. Masak agar-agar, air dan hingga mendidih dan ketepikan dahulu.
2. Campurkan telur, susu dan custard dan kacau hingga rata.
3. Satukan kedua-dua adunan dan kacau sehingga mendidih, kemudian
masukkan esen vanila dan mentega. Kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2 adunan. Masukkan pewarna hijau dan
merah dan kacau hingga rata.
5. Merengkan loyang dan masukkan adunan selang seli untu mendapatkan
bentuk marble.
6. Sejukkan didalam peti sejuk. Jika keras, sedia dimakan.

b) PILIHAN DESSERT 2
PILIHAN MASAKAN: Puding Kiwi Buah Naga
KAEDAH MEMASAK: Merendidih
Bahan-bahan
600ml air
200g buah kiwi-dikisar
10g serbuk agar2
80g gula pasir
Sedikit pewarna hijau
Bahan hiasan :
2 biji buah kiwi
1 biji buah naga

Langkah langkah Penyediaan
1. Masak semua bahan bersama sehingga mendidih
2. Tuangkan kedalam acuan dan hias dengan potongan buah kiwi dan buah naga.
Sejukkan.

c) PILIHAN DESSERT 3
PILIHAN MASAKAN: PUDING KOKTEL BERKUAH COKLAT
KAEDAH MEMASAK: Merendidih
Bahan-bahan
1) Untuk puding :
i. 1 cawan tepung jagung
ii. 2 camb (penuh) tepung kastard
iii. 2 camb gula pasir
2) Untuk kuah coklat :

i. 3 biji kuning telur
ii. 1 sk esen vanilla
iii. 1 camb (penuh) tepung kastard
iv. 15 gm serbuk koko
v. 120 gm gula pasir
vi. 1 tin susu cair
vii. 1 tin koktel buah-buahan

Langkah-langkah Penyediaan
1. Bancuh semua bahan untuk puding dengan 3 cawan air dan gaul sebati.
2. Kacau perlahan-lahan atas api sederhana hingga pekat dan likat.
3. Masukkan ke dalam bekas puding atau loyang, apabila sejuk, masukkan ke
dalam peti ais.
4. Untuk kuah coklat pula, tuang semua bahan ke dalam periuk bersama 1 cawan
air.
5. Kacau perlahan-lahan atas api sederhana, padamkan api sebaik sahaja
campuran mendidih.
6. Sejukkan dalam peti ais.
7. Untuk hidangkan, masukkan puding dan koktel buah-buahan ke dalam
mangkuk, kemudian curahkan kuah coklat ke atasnya.










4 PEMILIHAN RESIPI




Inovasi resepi bererti saya perlu membuat inovasi atau pengubahsuaian resepi
agar sesuai dengan soalan yang saya dapat dan keadaannya. Saya perlu mencari
maklumat yang berkaitan. Saya telah menganalisis beberapa resepi yang dipilih dan
dilakukan inovasi. Mengikut tema, dikehendaki menghasilkan makanan yang ringan.
Makanan yang perlu di inovasikan adalah dessert. Saya memilih puding marble. Saya
akan inovasikan resepi ini yang dikehendaki mengikut kehendak soalan.

Puding
Marble
Sweetie
Puding
Blackmore
1) Resepi asal tidak diubah cuma ditambah
dengan mentega untuk mendapatkan
tekstur yang lembut. Berdasarkan resipi
asal bentuk dan rasa diubahsuai.
2) Ia juga dimasukkan buah naga yang
dipotong dadu kedalamnya. Puding ini
juga dimasukkan koko untuk mendapatkan
rasa coklat dan manis pada puding yang
dibuat. Yang istimewanya, puding ini juga
dimakan dengan sos buah naga yang
direka khas oleh saya sendiri.
3) Inovasi dibuat dari segi rasa, rupa, dan
tekstur.



INOVASI RESEPI
5.0 PERANCANGAN
5.1 Resepi Asal dan Resepi Inovasi

RESEPI ASAL RESEPI INOVASI
PILIHAN MASAKAN: Puding Marble
KAEDAH MEMASAK: Merendidih

Bahan-bahan
2 bungkus serbuk agar-agar
1350ml air
450g gula pasir
8 biji telur
1 tin susu cair carnation
2 sudu makan tepung custard
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah dan hijau

Langkah-langkah Penyediaan
1. Masak agar-agar, air dan hingga
mendidih dan ketepikan dahulu.
2. Campurkan telur, susu dan custard
PILIHAN MASAKAN: Sweetie Puding
Blackmore
KAEDAH MEMASAK: Merendidih

Bahan-bahan
1 bungkus serbuk agar-agar
675ml air
225g gula pasir
65g mentega
4 biji telur
tin susu cair carnation
1 sudu makan tepung custard
sudu teh esen vanila
Sedikit serbuk koko
Pewarna merah dan hijau

Bahan-bahan Sos Naga
dan kacau hingga rata.
3. Satukan kedua-dua adunan dan
kacau sehingga mendidih, kemudian
masukkan esen vanila. Kacau hingga
rata.
4. Bahagikan adunan kepada 2
adunan. Masukkan pewarna hijau
dan merah dan kacau hingga rata.
5. Merengkan loyang dan masukkan
adunan selang seli untuk
mendapatkan bentuk marble.
6. Sejukkan didalam peti sejuk. Jika
keras, sedia dimakan.

Buah Naga sebiji
Gula
Limau nipis

Langkah-langkah Penyediaan
1. Masak agar-agar, air dan hingga mendidih
dan ketepikan dahulu.
2. Campurkan telur, susu dan custard dan
kacau hingga rata.
3. Satukan kedua-dua adunan dan kacau
sehingga mendidih, kemudian
masukkan esen vanila dan mentega. Kacau
hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada 3 adunan.
Masukkan pewarna hijau dan merah dan
kacau hingga rata.
5. Merengkan loyang dan masukkan adunan
selang seli untuk mendapatkan bentuk
marble.
6. Sejukkan didalam peti sejuk.
7. Buat sos buah naga- Mesin buah naga
dan didihkan dengan gula, air dan perahan
limau.

6 PEMBINAAN


Bil.

Pilihan Masakan

Ramuan Utama

Kaedah


2







Sweetie Puding
Blackmore



Bahan-bahan
1 bungkus serbuk agar-agar
675ml air
225g gula pasir
65g mentega
4 biji telur
tin susu cair carnation
1 sudu makan tepung custard
sudu teh esen vanila
Sedikit serbuk koko
Pewarna merah dan hijau

Bahan-bahan Sos Naga
Buah Naga sebiji
Gula
Limau nipis

Merendidih


7 PENGUJIAN

SUSUNAN KERJA

Masa Susunan Kerja Catatan
9.00 pagi-9.10 pagi
(10 minit)
Mise En Place

Menyediakan
barang kering dan
barang basah.
9.10 pagi-9.50pagi
(20 minit)
Menyediakan
Sweetie Puding
Blackmore
Disejukkan di
dalam peti sejuk
setelah
disediakan.
9.50 pagi 10.10 pagi
(20 minit)
Buat hiasan pada
hidangan

10.10 pagi-10.20
(10 minit)
Kemas meja kerja
10.20 11.00 pagi

Sediakan meja
hidangan









8. PENGUBAHSUAIAN/PENAMBAHBAIKAN

Setelah mencuba resepi yang telah di inovasikan terdapat beberapa kelemahan
dalam masakan yang dibuat. Sedikit perubahan perlu dilakukan agar masakan lebih
sedap dan sesuai dengan selera ramai. Berikut merupakan perubahan serta
penambahbaikan terhadap resipi yang telah saya buat.
MENU

PILIHAN MASAKAN: Sweetie Puding Blackmore
KAEDAH MEMASAK: Merendidih

Bahan-bahan
1 bungkus serbuk agar-agar
675ml air
225g gula pasir
65g mentega
4 biji telur
tin susu cair carnation
1 sudu makan tepung custard
sudu teh esen vanila
Sedikit serbuk koko
Pewarna merah dan hijau
Penambahbaikan

Mentega
dikurangkan kepada
50g kerana terlalu
berlemak.
9. PEMILIHAN RESIPI
PILIHAN MASAKAN: Sweetie Puding Blackmore
KAEDAH MEMASAK: Merendidih

Bahan-bahan
1 bungkus serbuk agar-agar
675ml air
225g gula pasir
50g mentega
4 biji telur
tin susu cair carnation
1 sudu makan tepung custard
sudu teh esen vanila
Sedikit serbuk koko
Pewarna merah dan hijau

Bahan-bahan Sos Naga
Buah Naga sebiji
Gula
Limau nipis

Langkah-langkah Penyediaan

1. Masak agar-agar, air dan hingga mendidih dan ketepikan dahulu.
2. Campurkan telur, susu dan custard dan kacau hingga rata.
3. Satukan kedua-dua adunan dan kacau sehingga mendidih, kemudian
masukkan esen vanila dan mentega. Kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada 3 adunan. Masukkan pewarna hijau dan merah
dan kacau hingga rata.













10. PENGIRAAN KOS
Pengiraan Kos

i. Kos Bahan Mentah


Bil

Bahan Basah


Kuantiti

Kos seunit ( RM )

Kos ( RM )

1

Buah Naga

2 biji

10.00/kg

5.00

2

Daun Pandan

2 helai

1.00/seikat

0.3

3

Limau Kasturi

1 biji

1.00/2 biji

0.5

Jumlah

Rm 5.80






ii. Kos Bahan Kering

Bil

Bahan Kering


Kuantiti

Kos seunit ( RM )

Kos ( RM )
1 Serbuk agar-agar 1 bungkus 2.00 2.00
2 Mentega 335g 5.00 1.00
3 Telur 4 biji 0.20 1.00
4 Susu cair carnarion 1 tin 2.00 2.00
5 Tepung custard 1 sudu 4.00 0.20
6 Serbuk koko 1 sudu 5.00 0.50
7 Esen vanilla 2 ct 2.00 0.50
8 Pewarna kuning 1 ct 1.50 0.20
9 Gula halus 130g 2.50 1.00
10 Tepung Gandum 125g 2.00 0.40
11 Pewarna merah 1 ct 1.50 0.20
Jumlah Kos Bahan RM 9.00





iii. Kos Upah




Kos Projek = Kos Bahan Mentah +Kos Bahan Kering+ Kos Upah
= RM 5.80 +RM 9.00 + RM 10.00

= RM24.80








Jumlah pekerja


Masa

Kos sejam ( RM )

Kos ( RM )

Seorang

2 jam

5.00

10.00
11. Kandungan Nutrien

10.1 Kandungan Nutrien
Bahan Nutrien Utama Nutrien Sampingan
Tepung Kastard Karbohidrat Protein
Serbuk koko Karbohidrat Protein
Gula Pasir Karbohidrat Mineral
Susu Cair Mineral Vitamin
Buah Naga Tin Karbohidrat Protein














12. CADANGAN MENGKOMERSILKAN HASIL MASAKAN
Hasil masakan saya dapat dikomesialkan dengan mudah kerana ia mampu
menarik minat pelanggan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa dan berkhasiat.
Pertama sekali saya dapat mengkomesialkan hasil masakan saya dengan bantuan
media massa. Contohnya, saya daya mengiklankan dessert saya dalam lawan web
facebook, twitter dan pelbagai lagi. Dengan ini, saya dapat menarik ramai pelanggan
dengan mempromosikan dessert saya. Selain itu, saya juga boleh menggunakan e-
dagang untuk mengkomersialkan hasil masakan saya. Contohnya, membuka blog bagi
dessert ini dan menyediakan ruangan pelanggan memberi maklum balas dan ruangan
untuk menempah dessert ini.

Selain itu, saya juga boleh menggunakan cara tradisional iaitu
mengkomersialkan dalam surat khabar atau majalah. Dengan cara ini, saya dapat
menarik pelanggan yang kurang berkemahiran dalam terknologi. Dengan ini saya dapat
mencari pelanggan dari semua peringkat umur. Di samping itu, saya juga boleh menjual
atau mengkomersialkan hasil masakan saya di sekolah-sekolah. Hal ini tentu dapat
menarik minat murid-murid.









13. REFLEKSI
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih
yang tidak terhingga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas segala pertolongan
dari segi materialistik dan sokongan moral yang diberikan. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbingan atas segala tunjuk ajar
yang diberi. Tidak dilupakan juga kepada semua yang telah membantu secara langsung
atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.
Masalah
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya mengalami masalah kekangan masa
menyiapkan tugasan memandangkan tugasan diberi semasa praktikum dijalankan.
Saya terpaksa membahagikan masa di antara menyiapkan tugasan dan juga membuat
persediaan penilaian pensyarah dalam tempoh praktikum. Di samping itu, saya
mengalami masalah mencari maklumat yang dikehendaki oleh pensyarah. Bagi
menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah mencari maklumat dari pelbagai
sumber seperti buku rujukan di perpustakaan. Malah bagi mendapatkan maklumat yang
bersifat fakta, saya perlu sentiasa membuat rujukan di buku dan juga di internet bagi
memilih isi yang terbaik dan bersesuaian untuk disampaikan kepada pensyarah
pembimbing. Selain itu, rakan-rakan juga tidak lokek untuk berkongsi sebarang
maklumat tambahan yang diperolehi dan memberi cadangan yang munasabah kepada
saya membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih mudah.
Cadangan Memperbaiki Diri Sendiri
Saya mencadangkan agar diri saya lebih bersikap proaktif dengan bergerak pantas.
Saya juga perlu cepat melaporkan kepada pensyarah penyelia apabila terdapat
kekeliruan dalam tugasan agar dapat penerangan lebih jelas. Masa yang diberi perlulah
saya guna dengan sebaiknya dan tidak melambat-lambatkan.
Selain itu, saya perlu meningkatkan lagi komunikasi saya dengan
pasangan kumpulan masakan dan antara rakan-rakan yang lain. Hasil komunikasi ini
dapat membantu saya menjimatkan masa dan juga tenaga serta dapat berkongsi idea.
Benarlah kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan
dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat mencapai
standart yang diinginkan oleh pensyarah. Sekian, terima kasih.



















BIBLIOGRAFI
Buku
Fuziah ishak.Resepi 2013.(2013).Batu Pahat: IPTHO
Susan Manikam.Resepi Khusus KBSM (2002).Selangor:Oxford Fajar Sdn Bhd Bureau
of circulations
Tiada nama pengarang.Rasa.(2012).Kuala Lumpur: Audit
Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Aini Salim ( 2009), Biskut dan Kek Singapura. Kuala Lumpur : Utusan Publication and
Distributors Sdn. Bhd.
Noraini Sidek (2005) . Roti, Kek dan Pastri. Kuala Lumpur : Utusan Publication and
Distributors Sdn. Bhd.


Internet
1) http://www.myfitnesspal.com
2) http://nutritiondata.self.com/facts
3) http://www.myresipi.com/top/detail/6075













LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai

  • Pen Gen Alan
    Pen Gen Alan
    Dokumen8 halaman
    Pen Gen Alan
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • KANTIN
    KANTIN
    Dokumen1 halaman
    KANTIN
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Tokoh Nilam
    Tokoh Nilam
    Dokumen12 halaman
    Tokoh Nilam
    Eswary Rajagopal
    100% (1)
  • Bangau Oh Bangau
    Bangau Oh Bangau
    Dokumen1 halaman
    Bangau Oh Bangau
    Ali Hanifiah
    Belum ada peringkat
  • Cadangan Kajian Seterusnya
    Cadangan Kajian Seterusnya
    Dokumen2 halaman
    Cadangan Kajian Seterusnya
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Punggus Lengkap
    Punggus Lengkap
    Dokumen34 halaman
    Punggus Lengkap
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Bil Item
    Bil Item
    Dokumen2 halaman
    Bil Item
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Cadangan Kajian Seterusnya
    Cadangan Kajian Seterusnya
    Dokumen2 halaman
    Cadangan Kajian Seterusnya
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Visi Misi Ict
    Visi Misi Ict
    Dokumen3 halaman
    Visi Misi Ict
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Simpulan Bahasa
    Simpulan Bahasa
    Dokumen8 halaman
    Simpulan Bahasa
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Kantin
    Kantin
    Dokumen1 halaman
    Kantin
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Pelan Kebakaran Sekolah
    Pelan Kebakaran Sekolah
    Dokumen8 halaman
    Pelan Kebakaran Sekolah
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Bangau Oh Bangau
    Bangau Oh Bangau
    Dokumen1 halaman
    Bangau Oh Bangau
    Ali Hanifiah
    Belum ada peringkat
  • Cadangan Kajian Seterusnya
    Cadangan Kajian Seterusnya
    Dokumen2 halaman
    Cadangan Kajian Seterusnya
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Jurnal
    Jurnal
    Dokumen4 halaman
    Jurnal
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Refleksi TMK
    Refleksi TMK
    Dokumen2 halaman
    Refleksi TMK
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Laporan LDP
    Laporan LDP
    Dokumen5 halaman
    Laporan LDP
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Tugasan 2
    Tugasan 2
    Dokumen6 halaman
    Tugasan 2
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Langkah 1
    Langkah 1
    Dokumen5 halaman
    Langkah 1
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Catatan Refleksi M4
    Catatan Refleksi M4
    Dokumen1 halaman
    Catatan Refleksi M4
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Catatan Refleksi M4
    Catatan Refleksi M4
    Dokumen1 halaman
    Catatan Refleksi M4
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Terapi
    Terapi
    Dokumen4 halaman
    Terapi
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Soalan A (2 Jadual)
    Soalan A (2 Jadual)
    Dokumen1 halaman
    Soalan A (2 Jadual)
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Jurnal
    Jurnal
    Dokumen4 halaman
    Jurnal
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Catatan Refleksi M1
    Catatan Refleksi M1
    Dokumen1 halaman
    Catatan Refleksi M1
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Laporan Kursus Dan Peperiksaan KOM 2014
    Laporan Kursus Dan Peperiksaan KOM 2014
    Dokumen1 halaman
    Laporan Kursus Dan Peperiksaan KOM 2014
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Jurnal Minggu 4
    Jurnal Minggu 4
    Dokumen2 halaman
    Jurnal Minggu 4
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Kertas Projek Praktikum PJ
    Kertas Projek Praktikum PJ
    Dokumen4 halaman
    Kertas Projek Praktikum PJ
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat
  • Isi Kandungan
    Isi Kandungan
    Dokumen9 halaman
    Isi Kandungan
    Eswary Rajagopal
    Belum ada peringkat