Anda di halaman 1dari 12

1

Isi Kandungan



Isi Kandungan .1
Lampiran Akhbar.2-3
Pengenalan4
Punca Gejala Dadah..5
Implikasi 6
Langkah-Langkah Menangani.10
Kesimpulan.. 11
Rujukan













2





Lampiran Akhbar

3







4


Pengenalan
Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana
penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar ,
tidak dapat diketahui. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam
fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut
penderitaan dan sumber keseronokan.
Angelina Sinyang (2005) menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah di
Malaysia dikesan mula berlaku pada abad ke-19 iaitu semasa penjajah Inggeris
membawa masuk buruh asing dari India dan China secara beramai-ramai untuk
bekerja di kawasan lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh asing itu yang
telah mengenali dadah dari negara asal, membawa tabiat buruk menyalahgunakan
dadah ke negara ini bertujuan mendapatkan keseronokan pada masa lapang. 2
Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan
berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan
Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910. Serentak itu,
kedai-kedai menjual candu dan rumah menghisap candu yang dikenali sebagai Opium
Dens telah dilesen dan didaftarkan. Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris
terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu kerana ia mula
menjadi masalah serius di kalangan penduduk Tanah Melayu. Akibatnya, mulalah
berlaku aktiviti penyeludupan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya
diwujudkan pada tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap
candu adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa
menjatuhkan hukuman.
Kerajaan akhirnya menubuhkan Pusat Biro Narkotik pada tahun 1972 di bawah
Kementerian Kehakiman bagi menangani masalah tersebut. Pertengahan tahun 1975,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Cawangan D8, Jabatan Siasatan Jenayah
bagi membantu Biro Narkotik menangani masalah dadah. Penggabungan baru itu
bagaimanapun belum mampu mengatasi masalah penyalahgunaan dadah menyebabkan
5

kerajaan mengambil keputusan membubarkan Pusat Biro Narkotik pada 30 Julai 1979.
Pada 1 Jun 1980. Akhirnya pada 2 Januari 1996, Jabatan Narkotik PDRM ditubuhkan
menggantikan Cawangan Anti Dadah. Sejak itu sehingga ke hari ini, pelbagai usaha dan
tindakan tegas telah diambil kerajaan untuk menangani masalah penagihan dadah tetapi
hasilnya masih menghampakan. Setiap hari jumlah penagih baru bertambah.
Sehingga hari ini, dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara.
Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari demi hari yang melibatkan
pelbagai lapis masyarakat. Menurut Ibrahim ( 1997 ) penagihan dadah bukan saja
golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih
mewah dan merentasi umur dan jantina. Ini menunjukkan bahawa, setiap individu
berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur atau 3
jantina. Mengikut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNDCP) menyenaraikan Malaysia terletak ditempat kelima dirantau Asia Tenggara
mempunyai bilangan penagih dadah paling ramai.
Mengikut laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan Anti
Dadah (1985), perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah
diketahui bermula di awal tahun 1970an. Ekoran itu, pelbagai langkah pencegahan telah
diambil oleh pihak kerajaan melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui
tindakan disiplin di sekolah-sekolah. Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih
yang pertama kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18 tahun.
Senario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan
pelajar bukan perkara yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini.Bagi menjamin
kesejahteraan negara pada masa hadapan, adalah penting untuk melahirkan pelajar yang
bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.






6

Punca Punca Gejala Dadah
1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari
ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan
keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya
diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati
kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-
kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka.
Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja.
Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak
langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana
hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada
setiap masa.
3. Tekanan / Depressi
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata.
harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran
telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka
terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri
dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang
tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan
mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka
berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka
dalam sekelip mata sahaja.
4. Kurang Pendidikan Agama
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh
kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak
mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial
yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja
sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah
penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.
5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah
kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi
disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga
memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta
akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau
salah.
7


Implikasi Dadah Kepada Sistem Pendidikan
Isu dadah yang membabitkan golongan remaja semakin meningkat dan membimbankan. Hal
ini perlu diambil serius oleh pihak yang berwajib kerana ia mendatangkan banyak kesan
negatif kepada Negara. Antara kesan negatif dadah kepada sistem pendidikan ialah Negara
akan kehilangan modal insan yang berkualiti. Hal ini kerana golongan remaja ini akan bakal
menjadi pemimpin Negara pada masa akan datang. Jika golongan ini terlibat dengan dadah
maka mereka akan terdedah kepada kerosakkan akhlak dan seterusnya membawa kepada
kehancuran diri sendiri dan Negara. Sebagai contohnya remaja yang terlibat dengan gejala
dadah, akhlak mereka akan rosak dan mereka tidak dapat menjadi modal insan yang
berkualiti.
Selain itu, isu dadah dalam kalangan remaja juga akan menyebabkan perbelanjaan Negara
meningkat. Hal ini kerana kerajaan akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk menangani
masalah ini. Sebagai contohnya, kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran untuk remaja
yang terlibat dengan gejala dadah dan kerajaan juga perlu membuka banyak pusat serenti
bagi menempatkan remaja yang terlibat dengan gejala dadah. Hal tersebut akan merugikan
kerajaan dalam mengeluarkan kos, sepatutnya kos itu boleh digunakan untuk kebaikan yang
lain seperti membina rumah anak yatim,rumah orang tua dan lain-lain.
Seterusnya, perancangan sistem pendidikan akan menjadi terbantut dan lembap. Hal ini
kerana apabila golongan remaja terlibat dengan gejala penagihan dadah, sistem pendidikan
akan merosot dan menyebabkan tujuan sistem pendidikan dalam melahirkan pelajar yang
seimbang dari aspek intelek,rohani,dan jasmani tidak akan berjaya. Sebagai contohnya,
sistem pendidikan Negara ini tidak akan berjaya menghasilkan pelajar yang seimbang dari
aspek intelek,rohani dan jasmani jika pelajar terbabit dengan gejala penagihan dadah.











8

Implikasi Dadah Kepada Sekolah
Isu dadah dalam kalangan pelajar akan memberi kesan negatif kepada sekolah. Antaranya
ialah tahap pencapaian akademik pelajar disekolah akan menurun. Hal ini kerana pelajar yang
terlibat dengan isu dadah akan membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah seperti
menagih dadah. Pelajar yang terbabit dengan kegiatan menagih dadah ini akan lalai daripada
pelajaran dan seterusnya menyebabkan prestasi mereka disekolah merosot.
Selain itu, isu dadah dalam kalangan pelajar akan menyebabkan sekolah tidak berjaya
melahirkan modal insan yang cemerlang seiring dengan falsafah pendidikan negara. Hal ini
kerana dadah akan merosakkan akhlak pelajar kerana dadah memberi kesan yang buruk
kepada seseorang penagih. Sebagai contohnya pelajar yang terlibat dengan gejala penagihan
dadah akan merosakkan akhlaknya sendiri.
Seterusnya, isu dadah juga akan mencemarkan imej sekolah pada pandangan masyarakat.
Hal ini apabila pelajar terbabit dengan isu dadah ia akan menyebabkan masyarakat
memandang serong kepada pihak sekolah. Masyarakat akan memikirkan sesuatu yang negatif
bagaimana cara pihak sekolah menguruskan pelajar pelajarnya. Sebagai contohnya jika
pelajar sesebuah sekolah terbabit dengan gejala penagihan dadah, apabila timbul isu berlaku
kejadian jenayah yang melibatkan pelajar, masyarakat akan menuduh pelajar yang terbabit
dengan dadah.
Tambahan lain, masalah disiplin disekolah akan meningkat. Hal ini kerana pelajar yang
tebabit dengan penagihan dadah akan lebih agresif dalam melakukan sesuatu perkara.
Sebagai contoh masalah disiplin yang melibatkan pelajar yang terlibat dengan dadah ialah
ponteng sekolah. Pelajar yang mengambil dadah akan sering ponteng sekolah kerana
kehidupan mereka sering berada dalam masalah. adalah dengan cara menerapkan keempat-
empat elemen penting iaitu jasmani, emosi,rohani dan intelek (JERI) dalam diri saya. Tugas
sebagai seorang guru sememangnya sangat memcabar kerana mereka bukan sahaja perlu
mengajar tetepi mendidik murid-murid menjad insan yang berguna terhadap bangsa dan
tanah air kita. Oleh hal yang demikian, falsafah pendidikan kebangsaan memainkan peranan
yang sangat penting dalam melahirkan seorang guru yang mempunyai sahsiah diri yang
berwibawa,berbakat,berkempimpinan,berintegriti dan berwawasan tinggi serta dapat menjadi
"role model" kepada pelajar-pelajar sekolah.







9

Implikasi Kepada Guru
Isu dadah dalam kalangan pelajar akan memberi kesan negatif kepada guru. Antara kesannya
ialah guru akan berasa terancam untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini kerana pelajar yang terjebat dengan gejala dadah lebih agresif dalam tindakan. Oleh hal
yang demikian guru akan berasa teracam untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,
terutama guru wanita. Sebagai contohnya, pelajar yang terlibat dengan gejala penagihan
dadah emosinya tidak stabil dan ini mendorongnya untuk melawan guru.
Seterusnya, imej seseorang guru juga akan tercalar. Hal ini kerana apabila seseorang
pelajar terlibat dengan kegiatan penagihan dadah, masyarakat akan mentafsirkan guru tidak
pandai mendidik pelajar. Guru adalah sebagai role model kepada pelajar. Sebagai
contohnya, Cikgu Nasri adalah guru kepada Malik iaitu seorang pelajar bermasalah yang
terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah, akibat daripada Malik yang terlibat dengan
penyalahgunaan dadah masyarakat akan mentafsirkan Cikgu Nasri tidak pandai mendidik
pelajarnya. Kesimpulannya akibat daripada kesalahan yang dilakukan oleh pelajar, guru yang
salah ditafsirkan.
Selain itu, gejala penyalahgunaan dadah juga mendorong guru untuk terlibat sama
dalam kegiatan tersebut. Hal ini berlaku apabila guru yang tidak berdisiplin mengambil
kesempatan keatas pelajarnya. Sebagai contohnya, guru membekalkan dadah kepada
pelajarnya untuk mengambil untung atas penjualan dadah kepada pelajarnya.









10

Langkah Langkah
1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa
pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga
kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi
penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga
50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah
20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali
sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala
kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal
27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.
2. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu
penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh,
mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan
untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan
remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh
mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.
3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.
Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu
penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai
contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam
melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan
bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu
dilaksanakan.
4. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi
rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai
contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah
Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan
yang benar serta di redhai Allah.




11


Kesimpulan
Kesimpulannya,masalah ini perlu di ambil serius oleh semua pihak supaya masalah ini
dapat diatasi dengan jayanya seperti mana yang kita mahukan generasi baru ini dapat
mentadbir Negara dengan cemerlang.Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil bagi
membendung masalah ini dari terus merebak kepada pelajar ke pelajar yang lain.Langkah
yang boleh diambil untuk membendung masalah ini antaranya ialah mengadakan kempen
kesedaran tentang bahayanya dadah kepada pelajar.Oleh itu semua pihak haruslah
mengembeling tenaga bagi memastikan masalah ini dapat di tangani dengan sempurna bak
kata pepatah Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati sekaligus dapat melahirkan
pelajar yang mempunyai modal insan agar Negara ini dapat ditadbirkan oleh orang yang
sepatutnya,


12

Rujukan
http://eprints.utm.my/11859/1/Penyalahgunaan_Dadah_Di_Kalangan_Pelajar.p
df
http://www.hmetro.com.my/
http://www.bernama.com/
http://www.scribd.com/doc/2929177/PENYALAHGUNAAN-DADAH-
DIKALANGAN-REMAJA-DARI-SUDUT-PSIKOLOGI
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2008_8570_96fa73
ba34aa4070833741cda3bbff1a.pdf

Anda mungkin juga menyukai