Anda di halaman 1dari 40

X PENGENALAN

Imbasan terhadap pengalaman pembelajaran ketika anda merupakan seorang


pelajar, sama ada di sekolah ataupun di universiti, adalah sesuatu yang boleh
memotivasikan anda dalam aspirasi belajar. Mungkin anda masih ingat tentang
kelas terbaik yang dirancang dan loceng berdering yang menandakan
berakhirnya sesi kelas atau sidang persekolahan. Anda juga mempunyai guru
yang mengajar anda secara sistematik. Walau bagaimanapun, di Open University
Malaysia (OUM), situasi adalah sangat berbeza. Pertama, anda perlu memainkan
peranan penting dalam mengurus pembelajaran anda sendiri. Kedua, anda perlu
memberi perhatian kepada pensyarah atau tutor yang mengajar di dalam kelas
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1

X
Menguruskan
Pembelajaran
Anda


Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan tiga kaedah pembelajaran teradun (blended learning) di
OUM;
2. Memilih antara 10 strategi untuk menguruskan stres;
3. Mengenal pasti matlamat khusus daripada sembilan ciri matlamat
berkesan;
4. Mengaplikasikan tujuh strategi motivasi untuk pembelajaran cemerlang;
5. Mempraktikkan tiga aspek pengurusan masa;
6. Mengenal pasti lapan punca kelemahan tumpuan dan strategi ke arah
memperbaiki konsentrasi; dan
7. Mengenal pasti gaya pembelajaran kendiri.
HASIL PEMBELAJARAN

X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

2
sebenar. Ketiga, anda perlu mengatur pelbagai strategi untuk menjadi seorang
pelajar yang berjaya dalam pembelajaran jarak jauh.

Secara umumnya, konsep pendidikan dan pembelajaran sentiasa menekankan
aspek fizikal sekolah, bilik kuliah atau bilik darjah, dewan peperiksaan, guru,
buku teks, peperiksaan dan pelbagai lagi. Dunia pada hari ini cepat berubah,
sama ada di sekolah, kolej ataupun universiti. Pada hari ini juga, konsep
pembelajaran yang lebih moden telah banyak diperkenalkan. Perubahan yang
paling ketara di OUM menunjukkan bahawa pembelajaran yang diamalkan
adalah saling berkaitan dengan penggunaan pendekatan campuran.

Sebagai organisasi pengajian tinggi yang menawarkan pembelajaran jarak jauh,
OUM mempunyai semua keperluan yang dikehendaki. Pembelajaran adalah
bersifat fleksibel dengan penyediaan tiga mod iaitu:

(a) Pembelajaran terarah kendiri;
(b) Interaksi bersemuka; dan
(c) Perbincangan maya.

Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada corak pengurusan dalam
pembelajaran, terutamanya yang menyentuh tiga pendekatan yang diterima
pakai oleh OUM. Matlamatnya adalah untuk memberikan anda pengalaman
pembelajaran yang terbaik. Antara objektif OUM juga adalah untuk menyokong
pelajar supaya mempunyai kebebasan dalam berfikir dan membuat keputusan.
Tujuannya, apabila pelajar menamatkan pengajian kelak, pelajar akan dapat
meneruskan pembelajaran sepanjang hayat.
SUASANA PEMBELAJARAN DI OUM

Di OUM, kami mengamalkan kaedah campuran dalam pembelajaran. Oleh itu,
dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada penerokaan mod pembelajaran.
Selain itu, anda akan didedahkan kepada pendekatan pembelajaran yang
diperlukan untuk menjadi seorang pelajar pendidikan jarak jauh yang cemerlang
iaitu dengan menggunakan pendekatan campuran dalam pembelajaran.
1.1
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

3
1.1.1 Fahami Mod Pembelajaran di OUM
Dalam usaha membangunkan sistem pembelajaran yang mantap, pihak OUM
telah menerima pakai pendekatan campuran dalam pembelajaran dengan
menggunakan strategi mod pelbagai atau multi-mode strategy. Sehubungan itu,
pembelajaran berlaku menerusi interaksi bersemuka dan maya antara pelajar
dengan pelajar atau pelajar dengan tutor. Pembelajaran diuruskan oleh pelajar
sendiri dalam konteks interaksi bersemuka dan berasaskan metodologi
pembelajaran dalam talian.

Pembelajaran di OUM menggabungkan pembelajaran atas talian atau kaedah
pembelajaran yang berteknologi maju. Kaedah pembelajaran secara tradisional
masih digunakan seperti interaksi bersemuka yang merujuk kepada pelbagai
peringkat dalam pengajian campuran seperti paparan dalam Rajah 1.1. Tegasnya,
pembelajaran di OUM menyediakan pelajar yang berkualiti tinggi dengan
bimbingan intensif oleh tutor, disamping mewujudkan suasana keterbukaan
dalam pembelajaran kendiri yang disesuaikan dengan kaedah pembelajaran atas
talian atau berkonsep maya.

Rajah 1.1: Pembelajaran teradun di OUM
Sumber: Abdullah Sanusi Ahmad (2003) hlm. 6

X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

4
(a) Pengurusan Pembelajaran
Pembelajaran terarah kendiri memerlukan anda mengkaji secara bebas
tentang ketersediaan masa. Justeru, modul ini berfungsi sebagai sumber
utama pembelajaran. Modul ini juga ditambah dengan bahan-bahan bacaan
bercetak dan digital yang lain. Di samping itu, pembelajaran juga berlaku
dengan penggunaan pita audio, video, CD-ROM dan eksperimen di dalam
makmal. Rajah 1.2 menunjukkan beberapa kelebihan yang diperoleh pelajar
yang berfungsi dalam pembelajaran terarah kendiri.


Rajah 1.2: Faedah-faedah yang diperoleh pelajar daripada pembelajaran terarah kendiri

(b) Interaksi Bersemuka (Kelas Tutorial)
Interaksi bersemuka dalam sesi tutorial dijalankan di dalam kelas sebenar
oleh tutor di pusat-pusat pembelajaran OUM di seluruh negara. Isu-isu
yang berkaitan dengan bahan kursus, tugasan dan isu-isu lain yang
berkaitan turut dibincangkan semasa sesi tutorial. Sesi-sesi tutorial biasanya
dijalankan dua minggu sekali atau pada hujung minggu, tidak kurang
daripada tiga kali dalam satu semester. Nisbah tutor dengan pelajar
direndahkan bagi memastikan kualiti tutorial.

(c) Metodologi Pembelajaran Atas Talian (Virtual Classroom)
Di dalam bilik kuliah maya, alat komunikasi elektronik seperti e-mel, forum
perbincangan dan laman bersembang (chatroom) disediakan untuk
memudahkan interaksi dalam kalangan pelajar, tutor dan fasilitator. Di
samping itu, bahan-bahan pembelajaran elektronik, contohnya e-buku dan
objek pembelajaran multimedia, akan terus dibangunkan untuk
meningkatkan hasil pembelajaran. Alat komunikasi dan bahan-bahan e-
pembelajaran disampaikan melalui Internet dan menerusi platform
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

5
penghantaran atas talian OUM yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan
Pembelajaran (myVLE).


1.1.2 Prinsip Keterbukaan dalam Pembelajaran
Di OUM, anda digalakkan menjadi pelajar yang bersifat terbuka. Anda digalakkan
untuk belajar secara bebas menerusi kaedah pembelajaran berkumpulan.

Sebagai seorang pelajar yang menguruskan pembelajaran mengikut acuan sendiri,
anda boleh menimba pengalaman pembelajaran yang bermakna dan pada masa
yang sama anda boleh mengekalkan rutin harian anda., Adakah Anda belajar
sambil bekerja? Sama ada jawapanya ya atau tidakanda sebenarnya mempunyai
tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan anda menempa kejayaan
dalam program pengajian anda di OUM.

Jika anda telah mempunyai prinsip keterbukaan dalam pembelajaran, anda
wajar menggunakan beberapa atau kesemua teknik yang dicadangkan di
bawah.

(a) Perancangan dan Pengurusan Bijak
Bermulanya dunia anda sebagai pelajar maka anda harus bijak dalam
mengaplikasikan teknik merancang dan mengurus perancangan dengan
berkesan yang akan dibincangkan sepanjang topik ini. Dengan
mengamalkan cadangan yang diberikan dalam modul ini, anda boleh
memastikan bahawa pembelajaran anda di OUM akan merealisasikan
kejayaan dalam pembelajaran anda hingga tamatnya pengajian.

(b) Pengurusan Masa Pintar
Pengurusan masa pintar adalah sangat penting bagi anda untuk
menguruskan masa dengan betul. Pengurusan masa akan dibincangkan
dengan lebih terperinci dalam subtopik 1.2.4.

Rujuk Rajah 1.1 Pembelajaran Teradun di OUM. Apakah pendekatan
yang sesuai dengan gaya pembelajaran anda? Kongsikan dengan rakan-
rakan anda. Anda boleh merujuk Lampiran 1.3 untuk mempelajari gaya
pembelajaran.
AKTIVITI 1.1
X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

6
(c) Dorong Diri Anda
Untuk berjaya dalam pembelajaran, anda perlu mempunyai teknik-teknik
motivasi diri. Strategi untuk memotivasikan diri anda akan dibincangkan
dalam subtopik 1.2.3.

(d) Pembangunan Strategi Pembelajaran
Anda perlu membangunkan pembelajaran mengikut gaya pembelajaran
anda sendiri dan sesuai dengan mana-mana tiga teknik di atas. Sebagai
contoh, jika anda belajar melalui visual, anda perlukan visual rakaman,
menulis kandungan pembelajaran dalam bentuk nota ringkas, peta minda
atau carta (Sila rujuk Perkara 1.3 untuk maklumat lanjut tentang gaya
pembelajaran).

Selain teknik yang dibincangkan di atas, anda juga perlu mempunyai kemahiran-
kemahiran lain yang penting untuk memudahkan pembelajaran lebih bersifat
terbuka. Ini termasuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Kemahiran ini akan dibincangkan pada topik seterusnya.
1.1.3 Memaksimumkan Kemudahan Pembelajaran di
OUM
Untuk menjadi pelajar yang lengkap, anda mesti memaksimumkan penggunaan
segala kemudahan yang telah disediakan di OUM.



Selain itu, fahami fungsi Pusat Perkhidmatan Pelajar OUM, Pusat Pembelajaran
Tempatan, Perpustakaan Digital OUM dan laman web OUM untuk membantu
anda menguruskan pembelajaran secara berkesan.
Renungkan sebentar bagaimana pelajar OUM yang tinggal di kawasan luar
bandar untuk dapat menggunakan segala kemudahan pelajaran di OUM
sebaik-baiknya.
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

7

Rajah 1.3: Kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk anda di OUM
MENGHADAPI PEMBELAJARAN

Pengalaman pembelajaran yang baharu boleh membawa kepada detik-detik
kegembiraan. Walau bagaimanapun, tekanan akan menyebabkan anda berasa
kondisi yang kurang selesa. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami
setiap situasi ini dan belajar cara menguruskannya. Dalam bahagian-bahagian
berikut, anda akan mengenal pasti cara-cara menguruskan tekanan, penetapan
matlamat, strategi motivasi untuk pembelajaran yang berjaya, pengurusan masa
dan strategi penumpuan untuk pembelajaran yang lebih baik.

1.2
X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

8
1.2.1 Menguruskan Tekanan
Tekanan merupakan satu situasi lumrah atau semula jadi yang wujud dalam
setiap perjalanan kehidupan harian kita. Dengan sedikit tekanan, adakalanya
menyebabkan kita sukar untuk menguruskan setiap perancangan yang telah
ditetapkan untuk dilakukan setiap hari. Semasa tekanan, minda dan badan
terjejas. Tekanan boleh menjadi positif atau negatif dan organ direka bentuk
untuk bertindak balas terhadapnya. Kita perlu belajar tentang tekanan atau stres
ini untuk membantu anggota badan kita kembali kepada keadaan yang lebih
selesa.

Tekanan positif akan membawa kita kepada kondisi yang lebih berhati-hati, yang
mendorong kita untuk menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah. Tahap
tekanan yang rendah boleh diurus serta dianggap sebagai rangsangan biasa.

Tekanan negatif pula akan menyebabkan tubuh badan kita bertindak balas
berlebihan dengan peristiwa. Keadaan ini boleh membawa kepada satu keadaan
yang dikenali sebagai reaksi. Reaksi mungkin berguna pada masa dahulu apabila
nenek-moyang kita sering berhadapan dengan perkara-perkara hidup atau
kematian. Pada zaman ini, situasi ini tidak begitu biasa. Namun, kita tidak
rasional dalam bertindak balas dengan pelbagai situasi harian yang menyentuh
isu-isu hidup dan mati.

Tekanan tidak harus diabaikan. Tanda-tanda awal seperti berlakunya perubahan-
perubahan yang signifikan dalam corak tingkah laku yang biasa boleh
menunjukkan kemungkinan tekanan sedang berlaku. Beberapa tanda-tanda
tekanan ialah:

(a) Kemarahan yang meluap-luap;
(b) Kekurangan efisiensi dalam pembelajaran;
(c) Kegelisahan atau keresahan yang mengakibatkan pemencilan diri;
(d) Penarikan diri daripada rakan-rakan dan situasi sosial;
(e) Halangan kegembiraan, kebahagiaan atau semangat;
(f) Leka akan pemikiran tertentu, terutamanya yang negatif;
(g) Kesukaran menumpukan perhatian atau membuat keputusan yang kecil;
dan
(h) Intoleransi dan kerengsaan, terutamanya semasa perbincangan atau perbahasan.

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

9
Beberapa punca umum tekanan perlu anda uruskan demi memastikan prestasi
akademik, perubahan gaya hidup, kesihatan, hubungan sosial, keluarga dan
rakan-rakan berada dalam situasi yang sejahtera.

Anda perlu menguasai beberapa strategi dengan cara yang realistik dan
munasabah untuk mengatasi apa-apa keadaan tekanan. Dalam bahagian-
bahagian berikut, anda akan diperkenalkan kepada strategi mengurus tekanan
dan menghadapi masalah kebimbangan setiap hari.

(a) Strategi Mengurus Tekanan
Berikut adalah beberapa strategi mengurus tekanan:

(i) Bertindak Mengatur Diri Sendiri
Anda perlu mengawal cara anda menghabiskan masa dan tenaga
supaya dapat menangani tekanan dengan lebih berkesan. Sebagai
contoh, jika anda bekerja sepenuh masa, anda mungkin mahu belajar
pada waktu malam apabila semua orang sedang tidur atau
memulakan hari anda satu atau dua jam lebih awal.

(ii) Kawal Persekitaran Anda dari Aspek Apa dan Siapa di Sekeliling Anda
Dengan cara ini, anda boleh menghilangkan tekanan atau mendapatkan
sokongan untuk diri sendiri. Beradalah dalam kalangan rakan
pembelajaran anda supaya dapat memaksimumkan masa lapang.

(iii) Berikan Diri Sendiri Maklum Balas Positif
Ingat, anda adalah individu unik yang sedang melakukan yang terbaik.
Berikan santapan kepada minda separa sedar anda, contohnya dengan
memberitahu diri anda bahawa anda akan lulus peperiksaan semester
ini dengan cemerlang. Jika anda menyimpan pemikiran ini dan bekerja
keras, anda mungkin mampu mencapai apa sahaja yang anda mahu.
Ia bukan merupakan satu perkara yang lucu tentang kehidupan. Jika
anda enggan menerima apa-apa kecuali yang terbaik, anda seringkali
akan mendapatnya (W. Somerset Maugham).

(iv) Berikan Ganjaran kepada Diri Sendiri
Ia benar-benar membantu anda untuk memiliki sesuatu yang anda
harapkan. Aktiviti santai minda atau perancangan aktiviti masa
lapang yang tersusun akan membantu anda mencapai objektif yang
dikehendaki.

(v) Lakukan Senaman
Kesihatan anda dan produktiviti bergantung kepada keupayaan
badan anda untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada sel-sel
badan. Oleh itu, giatkan fungsi jantung dan paru-paru anda secara
X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

10
konsisten, sekurang-kurangnya tiga hari seminggu selama 15 hingga
30 minit. Ini boleh dilakukan dalam bentuk aktiviti seperti berjalan,
berjoging, berbasikal, renang atau aerobik.

(vi) Santaikan Diri
Ketepikan tekanan dan tumpukan perhatian pada pernafasan dan
fikiran positif. Lakukan meditasi atau senaman progresif, dengar
muzik yang agak santai dan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan
orang yang disayangi.

(vii) Rehat Secukupnya
Secara umumnya, tidur setiap malam antara enam hingga tujuh jam
adalah mencukupi untuk pelajar dewasa. Ambillah sedikit masa
untuk berehat walaupun singkat. Fikiran anda tidak boleh menyerap
segala-galanya pada satu masa. Ia memerlukan masa untuk
memproses dan mengintegrasikan maklumat. Sebagai peraturan am,
ambil rehat 10 minit pada setiap jam. Rehatkan mata serta fikiran
anda.

(viii) Berhati-hati dengan Diri Sendiri
Berhati-hati dengan insomnia, sakit kepala, keresahan, sakit perut,
kurang penumpuan, sejuk, terlalu letih dan sebagainya. Ingat, ini
merupakan tanda-tanda gangguan yang berpotensi serius, iaitu, ulser,
hipertensi dan penyakit jantung. Sebagai contoh, berhati-hati jika anda
menggenggam stereng terlalu keras ketika memandu!

(ix) Amalkan Pemakanan yang Seimbang
Elakkan makanan yang tinggi lemak dan gula. Jangan sekali-kali anda
terlibat dengan dadah atau alkohol. Kafein boleh membuat anda
tahan berjaga tetapi ia juga boleh membuat anda lebih sukar untuk
menumpukan perhatian. Ingat, berjalan kaki selama 20 minit telah
terbukti menjadi penenang yang lebih baik daripada menggunakan
beberapa jenis ubat.

(x) Belajar Menghiburkan Diri Sendiri
Kajian menunjukkan manusia yang lebih bahagia cenderung untuk
hidup lebih lama, kurang mempunyai masalah fizikal dan lebih
produktif. Cari kegembiraan dalam kehidupan. Ingat, anda adalah
ciptaan yang cukup istimewa dan layak menerima yang terbaik untuk
diri sendiri.

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

11
(b) Atasi Masalah Pembelajaran Anda pada Setiap Hari
Terdapat beberapa cara untuk anda mengatasi masalah pembelajaran
harian. Ini dijelaskan seperti berikut:

(i) Kenal Pasti Sumber-sumber yang Anda Ada
Menilai kekuatan dan kelemahan diri dapat membantu anda melihat
apa yang anda ada untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan.
Sebagai contoh, anda tahu di mana anda boleh mendapatkan buku
rujukan. Tanya diri anda: Adakah buku yang saya perlukan hanya
boleh didapati di perpustakaan atau bolehkah saya mendapatkannya
secara atas talian? atau Bagaimanakah saya boleh mendapatkan
buku-buku ini secara atas talian?

(ii) Anda Tidak Perlu Bersendiri dalam Kesusahan
Berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan boleh membantu
anda mengatasi kesulitan dalam pembelajaran anda. Di OUM, kami
mempunyai Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang boleh membantu untuk
mengatasi masalah yang anda hadapi. Kami telah melatih kaunselor
pelajar untuk membantu anda menghadapi kesulitan dan tekanan.

(iii) Bersifat Realistik
Tetapkan matlamat untuk dicapai. Jika anda mempunyai tiga tugasan
untuk melengkapkan semester, kenal pasti tarikh akhir untuk
penghantaran dan peruntukkan masa yang cukup bagi setiap tugasan.

(iv) Anda Tidak Boleh Mencapai Kawalan Secara Mutlak
Dalam usaha menjadi pelajar yang berjaya, anda perlu bekerjasama.
Ingat, anda tidak boleh melakukannya secara bersendirian. Rakan
sebaya dan tutor anda memainkan peranan penting dan anda akan
beroleh faedah daripada penyertaan dalam kumpulan belajar, selain
berhubung dengan tutor anda.

(v) Belajar daripada Kegagalan
Jangan terlalu kecewa apabila anda memperoleh keputusan yang
tidak atau kurang baik dalam ujian dan tugasan anda. Sebenarnya,
terdapat proses beransur-ansur untuk melakukan sesuatu yang lebih
baik. Berkomunikasilah dengan tutor jika anda tidak berpuas hati
dengan keputusan yang anda peroleh dan usahakan cara untuk
meningkatkannya.

X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

12
(c) Kebimbangan
Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh kebimbangan. Sebagai pelajar
OUM, anda mungkin berasa cemas apabila peperiksaan semakin hampir.
Kebanyakan kebimbangan datang daripada rasa takut yang menyebabkan
anda mungkin tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik. Kebimbangan
yang disebabkan oleh peristiwa-peristiwa tersebut boleh terjadi sama ada
dijangka atau sebaliknya.



(i) Kebimbangan Jangkaan
Kesusahan yang anda rasa semasa belajar atau bersedia untuk kuiz,
ujian dan tugasan. Fikirkan sesuatu yang mungkin berlaku apabila
anda mengambil kuiz atau ujian ataupun lewat menyerahkan sesuatu
tugasan.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang boleh membantu anda
mengatasi kebimbangan jangkaan:

x Tenteramkan diri;
x Fokus;
x Berfikiran positif;
x Belajar dalam kumpulan;
x Spesifikasikan masa belajar;
x Dapatkan set nota yang lengkap;
x Selesakan tempat belajar; dan
x Ketahui di mana anda berada dan ke mana anda tuju.

Anda akan menghadapi peperiksaan dalam masa tiga hari lagi. Walau
bagaimanapun, atas alasan pekerjaan anda dan komitmen peribadi, anda
tidak mampu menggunakan masa untuk persediaan peperiksaan. Bila
panik, bagaimana anda bertindak? Kemukakan jawapan anda dalam
forum perbincangan. Anda boleh menyelitkan pengalaman peribadi
dalam jawapan.
AKTIVITI 1.2
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

13
(ii) Kebimbangan Situasi
Kegelisahan yang berlaku atas sebab peperiksaan dan sebelum
sesuatu tugasan dilakukan.

Berikut adalah perkara penting tentang cara untuk mengurus
kebimbangan di dalam bilik peperiksaan atau tekanan:

x Jadilah orang yang menepati masa;
x Susun jadual kerja;
x Elakkan kawan yang mengalami masalah kebimbangan;
x Baca dan fahami arahan;
x Kerja pada kadar yang selesa;
x Minta bantuan apabila perlu;
x Pastikan bergerak giat; dan
x Santai.

Perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan untuk mengawal
tahap kebimbangan anda adalah dengan mengkaji dan mengetahui bahan-
bahan pembelajaran yang cukup baik supaya anda boleh ingat dengan jelas
walaupun di bawah tekanan. Tetapkan matlamat, motivasikan diri,
amalkan pengurusan masa yang baik, elakkan kemalasan, dan pastikan
tiada penangguhan atau lamunan.
1.2.2 Penetapan Objektif
Matlamat adalah perkara-perkara yang anda mahu capai. Matlamat adalah
penting untuk pelajar seperti anda kerana ia memberikan anda motivasi untuk
melakukan kerja anda, menghadiri kelas dan bersedia untuk peperiksaan. Ini
akan meningkatkan peluang kejayaan anda. Walau bagaimanapun, kebanyakan
orang sukar mencapai matlamat mereka kerana mereka gagal menetapkan
matlamat yang berkesan atau tidak mengambil apa-apa tindakan untuk
mencapai matlamat tersebut. Mereka hanyut tanpa tujuan.

(a) Ciri-ciri Matlamat yang Berkesan
Untuk memiliki matlamat yang berkesan, anda perlu:
(i) Pilih dan tentukan matlamat anda sendiri.
(ii) Pastikan matlamat berkaitan dan selari dengan misi dan nilai-nilai
teras.
X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

14
(iii) Pastikan matlamat yang perlu anda capai tetapi tidak memberikan
tekanan yang tidak perlu untuk sesuatu pencapaian.
(iv) Jadikan matlamat anda realistik untuk dicapai. Untuk ini, anda mesti
menilai peluang untuk mencapai matlamat. Pastikan anda mempunyai
pengetahuan, kemahiran, bakat dan sumber untuk mencapai matlamat
anda.
(v) Spesifikasikan matlamat untuk mendorong anda mencapai kejayaan.
(vi) Matlamat boleh diukur jika anda dapat menentukan hala tujunya.
(vii) Matlamat tidak terikat dengan masa. Pastikan matlamat pembelajaran
anda dirancang dari segi masa.
(viii) Matlamat membantu anda untuk bersikap positif.
(ix) Aturkan matlamat. Tulis dan simpan bahan dengan baik untuk
memfokuskan pencapaian.

Dalam menetapkan matlamat yang berkesan, anda wajar mengingat
akronim SMART yang bermaksud:

S Specific (Khusus)
M Measurable or verifiable (Boleh Diukur)
A Attainable (Boleh Dicapai)
R Relevant to personal mission (Sejajar dengan misi peribadi)
T Time-bound target date (Ikatan masa tarikh sasaran)

Penting bagi anda untuk mengimbangkan antara matlamat akademik
dengan matlamat peribadi. Matlamat akademik perlu berkaitan dengan
kerja kursus anda. Matlamat peribadi juga adalah penting untuk tujuan
tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda memberikan tumpuan terlalu
banyak terhadap matlamat peribadi, anda mempunyai peruntukan masa
yang sedikit untuk belajar. Justeru, imbangkan matlamat akademik dan
peribadi anda secara fleksibel. Matlamat-matlamat ini boleh dibahagikan
kepada jangka pendek atau jangka panjang.

Contoh matlamat jangka pendek adalah:
x Saya mahu menghabiskan tiga jam untuk melakukan tugasan saya.
x Saya mahu membaca Topik 2 hingga 4 tentang kemahiran belajar untuk
pelajar yang terlibat dengan penggunaan modul Pembelajaran Jarak
Jauh.

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

15
Contoh matlamat jangka panjang ialah:
x Saya mahu menamatkan pengajian dalam tempoh empat tahun.
x Saya mahu memulakan pengajian MBA saya bulan depan.



Perkara berikut menerangkan lima langkah pendekatan untuk menetapkan
matlamat yang realistik.

(b) Lima Langkah Pendekatan untuk Menetapkan Matlamat Realistik

Langkah 1: Tulis apa yang anda mahu capai.
Contoh: Saya mahu membaca modul Pembelajaran Jarak Jauh (muka
surat 22 hingga 40).

Langkah 2: Tulis sebarang halangan.
Contoh 1: Saya sentiasa mengantuk selepas makan tengah hari.
Contoh 2: Terdapat permainan bola sepak di TV pada pukul 3.00 pagi.

Langkah 3: Tulis mana-mana sumber-sumber yang sedia ada untuk anda.
Contoh 1: Saya mempunyai kemahiran dalam Pembelajaran Jarak Jauh.
Contoh 2: Internet boleh didapati di rumah. Dalam kes ini, saya perlu
melayari laman web untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan dalam modul.

Langkah 4: Mengkaji dan menyemak semula kenyataan matlamat
tentatif anda (Langkah 1). Mengambil tindakan pembetulan
dan pengubahsuaian matlamat anda jika perlu.

Langkah 5: Nilai kenyataan matlamat anda.

Sekarang anda telah diberikan beberapa petunjuk tentang cara menetapkan
matlamat.
Senaraikan matlamat akademik anda untuk jangka pendek dan jangka
panjang di OUM.

Jadual Skala Akademik
Jangka Pendek
Jangka Panjang
AKTIVITI 1.3
X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

16



1.2.3 Strategi Motivasi bagi Pembelajaran yang
Berjaya
Motivasi adalah sesuatu yang bertenaga. Arahkan dan kekalkan tingkah laku
ke arah matlamat yang tertentu. Ia memberi kesan kepada cara anda melakukan
kerja apabila melakukan sesuatu kerja. Berapa lama anda bekerja? Bagaimana
anda menumpukan perhatian kepada kerja dan strategi belajar?

Berikut adalah beberapa strategi asas yang boleh membantu anda memotivasikan
diri anda:

(a) Tetapkan Matlamat Pembelajaran yang Mencabar Tetapi Realistik
Sebelum anda memulakan tugas anda, buat keputusan mengenai fakta-
fakta, konsep atau idea-idea yang anda mahu belajar. Tetapkan diri anda
tentang matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya anda akan lebih
bermotivasi.

1. Tuliskan matlamat anda untuk semester ini di OUM.
2. Sediakan senarai halangan-halangan yang anda hadapi dalam
pembelajaran terarah kendiri di OUM.
3. Senaraikan sumber-sumber yang disediakan untuk anda di OUM,
tempat kerja anda dan di rumah anda.
4. Huraikan cara anda boleh gunakan sumber-sumber yang ada untuk
mengatasi halangan-halangan yang bakal wujud.
5. Tulis semula matlamat anda untuk semester ini.
AKTIVITI 1.4
Adakah anda tahu bahawa ramai orang gagal untuk menetapkan
matlamat masing-masing? Layari beberapa laman sesawang tentang topik
ini untuk mencari punca-punca tersebut.
AKTIVITI 1.5
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

17
(b) Lakukan Tugas yang Lebih Mudah
Lakukan tugas yang lebih mudah dan lebih terkawal supaya anda tidak
akan berasa gentar atau takut.

(c) Kekalkan Sikap Positif
Kekalkan sikap positif anda. Fikirkan kesulitan dan kerumitan sebagai
cabaran. Jika ada sesuatu yang anda perlu belajar yang seolah-olah
mengancam, pertimbangkan cara untuk melakukan sesuatu yang baharu.

(d) Kemuncakkan Matlamat
Bina satu set matlamat yang lebih mencabar. Pastikan anda dapat rasakan
puncak pencapaian matlamat.

(e) Gunakan Strategi Pembelajaran Aktif
Ambil inisiatif untuk mencari bahan sumber dengan pergi ke perpustakaan,
melayari laman web, bertanyakan soalan kepada tutor, bersemuka dan sebaik-
baiknya menggunakan peluang untuk berinteraksi serta berkomunikasi
dengan rakan sebaya dalam perbincangan maya.

(f) Belajar daripada Kesilapan
Kesilapan mengajar kita dalam kehidupan. Tanya diri anda, Adakah
terdapat cara yang lebih baik? apabila melakukan sesuatu.

(g) Memantau Pembelajaran
Untuk memberi motivasi kepada diri sendiri, cerminkan kemajuan anda
sambil belajar. Dapatkan maklum balas daripada tutor anda mengenai ujian
dan tugasan anda. Bincangkan gred anda dengan pihak yang berkaitan.

Kejayaan dalam pembelajaran ditentukan oleh penilaian proses pembelajaran
dan apa-apa yang anda telah belajar dalam proses ini.

X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

18

Untuk menambahkan motivasi anda, fikirkan sebab-sebab anda
melanjutkan pengajian di OUM. Isikan tempat-tempat kosong berikut
untuk menggarap kemajuan anda dan untuk memfokuskan pemikiran
anda. Jika pembelajaran menjadi sukar, lihat jawapan anda untuk
meningkatkan motivasi.

Tanyakan Soalan-soalan ini
kepada Diri Sendiri
Jawapan-jawapan
Anda
Adakah terdapat kepelbagaian aras membaca dalam
modul-modul OUM seperti unit, topik, konsep, kemahiran
dan sebagainya?

Adakah saya mempunyai matlamat khusus jangka pendek?
Berapa banyak masa dalam sehari atau seminggu yang
perlu saya gunakan untuk pembelajaran?

Adakah saya mempunyai jadual harian atau mingguan?
Apakah sumber-sumber maklumat yang boleh saya
gunakan untuk meningkatkan pembelajaran saya?

Bagaimana saya memantau pembelajaran saya?
Apakah kemahiran-kemahiran tambahan yang perlu saya
bangunkan untuk menjadi pelajar yang berjaya dalam
pembelajaran jarak jauh?

Siapakah orang yang sesuai untuk saya laporkan kemajuan
pembelajaran?

Bila saya perlu melaporkan kemajuan pembelajaran saya?
Apakah ganjaran yang saya peroleh dalam kemajuan
pembelajaran? Siapakah orang yang perlu saya rujuk untuk
meminta nasihat jika saya tidak mencapai hasil kemajuan
yang dikehendaki?

Adakah saya berfikiran positif dalam penentuan matlamat
saya?

Adakah subjek ini menarik seperti yang saya fikirkan? Jika
tidak, apakah yang perlu saya lakukan?

Adakah proses pembelajaran yang saya pilih berkesan?
Adakah tutor sedia membantu?
AKTIVITI 1.6
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

19
Penting untuk anda ketahui bahawa jika anda tidak berjaya dalam pembelajaran
seperti yang anda harapkan tidak bermakna anda gagal. Kejayaan ditentukan
oleh proses penilaian dalam pembelajaran dan apa-apa yang anda telah pelajari
daripada proses tersebut.
1.2.4 Pengurusan Masa
Pengurusan masa adalah cara anda mengawal selia jadual anda. Kunci kepada
pengurusan masa yang berjaya memberikan laluan yang lancar untuk
menyiapkan kerja anda. Teknik pengurusan masa yang baik boleh mendorong
anda mencapai matlamat yang ditetapkan.

Pengurusan masa yang berjaya bermula daripada perancangan. Jika anda
merancang aktiviti dengan objektif untuk mencapai matlamat, anda sebenarnya
telah mengambil tanggungjawab untuk diri sendiri.

Beberapa faedah akan diperoleh daripada pengurusan masa yang berkesan iaitu:

x Rancang masa hadapan;
x Nilai kemajuan anda;
x Luangkan masa dengan lebih produktif;
x Kawal aktiviti anda; dan
x Utamakan senarai perkara yang paling penting dilakukan.

Perkara-perkara berikut memberikan beberapa nasihat tentang cara untuk
menganalisis penggunaan masa anda dengan menetapkan keutamaan dalam
perancangan jadual.

(a) Analisis Penggunaan Masa
Ini adalah salah satu perkara yang paling penting dalam pembelajaran dan
wajar diuruskan sendiri. Walau bagaimanapun, pengurusan masa adalah lebih
daripada sekadar mengurus masa anda. Ia juga mengenai pengurusan diri
sendiri. Gunakan Jadual 1.1 untuk menganalisis cara anda menyelaraskan
masa.
X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

20
Jadual 1.1: Analisis Penggunaan Masa Anda

Ya/Tidak/
Jawapan Lain
Apakah yang Perlu Saya
Buat untuk Meningkatkan
Prestasi (Terangkan)
1. Adakah saya menggunakan masa
saya dengan berkesan?

2. Bagaimana saya membuang masa?

3. Apa yang mengganggu urusan
saya?

4. Adakah saya perlu merancang
masa saya untuk tahun ini,
semester ini, minggu ini, hari ini
atau setiap cebisan kerja?

5. Adakah saya membuang masa
membuat persiapan untuk belajar?

6. Adakah kebanyakan masa lapang
saya digunakan untuk belajar?




(b) Tetapkan Keutamaan Anda
Sebaik sahaja anda tahu jumlah masa yang anda ada untuk belajar, anda
mesti tahu cara menjaga situasi anda dan mencapai matlamat anda.
Keutamaan anda juga harus merangkumi hubungan anda dengan orang
lain. Jika anda telah berkahwin, maka keutamaan anda mungkin termasuk
pasangan dan anak-anak anda. Sekiranya anda masih bujang dan tinggal
dengan rakan-rakan, anda boleh mempertimbangkan rakan-rakan dalam
senarai keutamaan anda.


Cuba jawab beberapa soalan dalam laman web berikut untuk menentukan
sejauh mana masa yang anda ada untuk belajar!
http://www.ucc.vt.edu/stdysk/TMInteractive.html
Justeru, berapa banyak masa yang anda ada untuk pembelajaran anda?
AKTIVITI 1.7
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

21


(c) Merancang Jadual
Mulakan proses perancangan dengan menulis rancangan anda. Terdapat
bantuan pengurusan masa berlainan yang boleh membantu anda merancang.
Ini termasuk jadual, diari dan perancangan tahunan. Anda juga boleh
menggunakan peralatan elektronik dalam perancangan yang terbaharu!


Cuba aktiviti ini untuk mengorientasikan pencapaian tugasan harian dan
mingguan anda. Perlu diingatkan bahawa terdapat banyak cara untuk
pencapaian tugas ini. Satu kaedah yang sangat mudah adalah dengan
menyenaraikan tugasan harian anda untuk hari berikutnya. Gunakan
contoh di bawah untuk mewujudkan satu penjadualan untuk diri anda.
Salah satu cara adalah dengan memberikan keutamaan dari segi untuk
tindakan. Gunakan contoh berikut yang berasaskan senarai untuk
tindakan.

Senarai Perkara untuk Dilakukan
Keutamaan/
Tarikh Tamat
1. Hantar anak untuk temu janji pergigian pada pukul
3.00 petang.
3
2. Ajak rakan untuk makan tengah hari. 5
3. Hantar surat kepada dekan. 1
4. Hantar jawapan menerusi forum dalam talian. 4
5. Mula baca Topik 4. 3

Senarai Perkara untuk Dilakukan
Keutamaan/
Tarikh Tamat






AKTIVITI 1.8
X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

22
Berikut adalah beberapa garis panduan mengenai cara mengenal pasti masa
belajar:

(i) Kenal pasti dalam sehari bila anda berasa segar dan penuh perhatian;
(ii) Pertimbangkan tabiat tidur anda; dan
(iii) Pastikan bila mental anda berada dalam situasi segar.



Terdapat banyak cara untuk anda merancang dan menjadualkan tugas
anda. Jika anda mempunyai pelan, anda akan:

(i) Mengetahui cara untuk anda menghabiskan masa anda;
(ii) Mampu untuk menguruskan masa ke arah mencapai matlamat; dan
(iii) Elakkan kesibukan pada saat-saat akhir.
Gunakan contoh berikut, dengan menyediakan jadual mingguan anda
sendiri. Ini adalah jadual untuk aktiviti mingguan anda seperti kelas,
masa belajar, temu janji, kerja dan komitmen sosial. Selepas selesai, anda
boleh bandingkan jadual mingguan anda dengan jadual rakan-rakan
anda. Pelajar yang berlainan akan mempunyai set jadual mingguan yang
tidak sama.

Bulan:

Minggu 1 / 2 / 3 / 4
Hari/Masa
8.00 pg. -
10.00 pg.
10.00 pg. -
tengah hari
2.00 ptg. -
4.00 ptg.
4.00 ptg. -
6.00 ptg.
9:00 mlm.
dan ke atas
Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

AKTIVITI 1.9
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

23
1.2.5 Strategi Tumpuan untuk Pembelajaran yang
Lebih Berkesan
Pembelajaran tentang kemahiran pengurusan masa dapat membantu anda
merancang masa depan. Ia juga boleh membantu anda untuk menyemaikan
tabiat yang baik dalam pembelajaran. Anda boleh menjadi seorang pengurus
masa yang berjaya dan pelajar yang berjaya jika anda bersedia untuk belajar dan
menggunakan teknik pengurusan masa yang berkesan.

Tumpuan adalah penting bagi anda untuk mengekalkan mod pembelajaran yang
baik. Anda boleh menentukan punca yang menyebabkan kurangnya tumpuan
dalam pembelajaran dan menggunakan pelbagai strategi untuk meningkatkan
tumpuan anda.

(a) Punca Kurang Tumpuan
Berikut adalah beberapa punca kurangnya tumpuan dan tip yang
bermanfaat untuk mengatasinya:

(i) Gangguan Persekitaran
Ini termasuk TV, kerusi yang terlalu selesa, makanan ringan dan
sebagainya. Aturkan semula persekitaran anda. Pergi ke perpustakaan
atau bilik darjah apabila anda bercadang untuk melakukan kajian
secara serius.

(ii) Bunyi
Muzik, lagu dan perbualan adalah contoh-contoh bunyi bising.
Elakkan diri daripada kebisingan dengan berada dalam situasi yang
senyap.

(iii) Gangguan Fizikal
Contohnya lapar, mengantuk dan keletihan. Makan snek pisang yang
tinggi protein. Lakukan senaman ringan selama lima minit untuk
menyegarkan diri.

(iv) Kebosanan, Tidak Suka, Hilang Minat
Aktifkan diri dan berkomunikasi dengan tutor dan rakan-rakan.

(v) Kebimbangan tentang Pembelajaran
Ketahui cara untuk belajar secara berkesan. Pastikan perjalanan
kursus dalam perspektif yang betul. Kenal pasti kemahiran penting.

(vi) Takut akan Tugasan
Pecahkan tugas besar kepada tugas yang lebih kecil. Lakukan tugas
yang paling sukar dahulu. Berikan diri anda ganjaran untuk maju.

X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

24
(vii) Berkhayal atau Mengelamun
Bawa diri anda dalam persekitaran yang positif seperti bersiar-siar
dan buka fikiran kepada sesuatu kelapangan.

(viii) Kebimbangan Diri
Kenal pasti dan huraikan permasalahan dengan merangka
perancangan yang jitu serta khusus untuk mengelakkan kebimbangan
peribadi. Berkomunikasi dengan seseorang yang boleh membantu
anda seperti rakan, kaunselor atau pakar.

(b) Strategi untuk Meningkatkan Tumpuan
Dalam usaha untuk memberikan tumpuan yang lebih baik dalam pembelajaran,
salah satu perkara yang boleh anda lakukan adalah berfikir tentang usaha
pemusatan sebagai satu proses. Caranya dengan melaksanakan tiga langkah
berikut:

(i) Kenal pasti sebab tumpuan yang lemah dan buat keputusan yang
tepat. Jika anda seorang bapa yang bekerja atau ibu dengan tiga orang
anak yang masih bersekolah, anda mungkin menghadapi kesukaran
untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan mungkin
menghadapi gangguan daripada anak-anak anda.

(ii) Ambil langkah-langkah drastik untuk mengawal faktor-faktor ini.
Anda boleh merancang dan mengatur jadual anda dengan mengambil
kira keperluan anda sendiri untuk menumpukan perhatian kepada
pembelajaran tanpa menjejaskan keperluan anak-anak; dan

(iii) Jadikan kawalan sebagai satu kebiasaan. Pastikan anda buat kawalan
terhadap perancangan kehidupan seharian anda sehingga ia menjadi
rutin.

(c) Persekitaran Pembelajaran Kondusif ke arah Peningkatan Tumpuan
Adakah anda mempunyai persekitaran untuk belajar mengikut cita rasa
anda? Tempat yang sesuai sudah tentu berbeza-beza mengikut keutamaan
peribadi anda dan perasaan (mod). Keputusan anda sama ada anda
memilih untuk belajar di rumah, di perpustakaan, ataupun di mana-mana
sahaja, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai:

(i) Ruang yang khusus untuk keselesaan pembelajaran anda;
(ii) Perabot yang sesuai dan pencahayaan yang cukup; dan
(iii) Keupayaan untuk belajar secara terancang.

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

25
Pemilihan tempat belajar yang sesuai juga membantu anda untuk
menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Persoalan pemilihan tempat
belajar yang sesuai adalah bergantung kepada suatu tempat belajar yang
selesa dan sesesuai dengan kepelbagaian masa. Walau bagaimanapun, anda
perlu menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan sesuatu masa untuk
menyelaraskan mod pembelajaran anda.


Rajah 1.4: Kawasan belajar

Anda boleh menjadikan kawasan belajar (rujuk Rajah 1.4) anda kondusif dengan:

(a) Merekabentuk tempat di dalam bilik atau rumah anda untuk ketenteraman
belajar.
(b) Mewujudkan suasana bermotivasi dan menjadikan tempat anda berada
dalam keadaan yang positif untuk belajar dan menyenangkan.
(c) Mendapatkan lokasi yang baik untuk tempat belajar anda. Gangguan harus
dielakkan. Tempat belajar anda harus boleh diakses dan mudah. Elakkan
gangguan bising.
(d) Pastikan tempat belajar mempunyai tahap pengudaraan yang baik dan
suhu yang selesa.
GAYA PEMBELAJARAN SENDIRI

Gaya pembelajaran sendiri boleh membantu meningkatkan pembelajaran anda.
Jika anda tahu gaya pembelajaran, anda boleh memfokuskan pembelajaran anda,
sekali gus meningkatkan ketegaran anda. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran
yang berlainan. Anda mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri yang
meliputi cara anda memperoleh dan memproses maklumat dan strategi yang
digunakan. Gaya pembelajaran ini disesuaikan mengikut keperluan anda.

1.3
X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

26
Orang yang berlainan cenderung kepada gaya pembelajaran yang berbeza.
Walau bagaimanapun, terdapat juga cara lain untuk menentukan bentuk gaya
pembelajaran. Tidak ada kelebihan antara satu gaya pembelajaran dengan gaya
yang lain. Dengan pengetahuan yang khusus tentang gaya pembelajaran sendiri,
anda dapat:

(a) Mengelak situasi bermasalah;
(b) Mensasarkan perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan; dan
(c) Mencapai lebih kejayaan.



x Pendekatan pembelajaran OUM termasuk pembelajaran terarah kendiri,
interaksi bersemuka dan pembelajaran dalam talian.
x Kemudahan yang ditawarkan oleh OUM termasuk Pusat Perkhidmatan
Pelajar, Perpustakaan Digital, laman web OUM dan Pusat Pembelajaran
Tempatan.
x Untuk mengatasi masalah pembelajaran, beberapa teknik diamalkan iaitu:
Pengendalian stres;
Penetapan objektif;
Strategi motivasi;
Pengurusan masa; dan
Strategi tumpuan.
x Gaya pembelajaran yang dominan adalah visual, auditori dan kinestetik.
Gaya pembelajaran memberi kesan pada pendekatan seseorang untuk
memperoleh pembelajaran.

Lawat laman web berikut. Jawab soalan-soalan dalam talian dan bincang
dengan rakan sekelas anda.

http: www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html
AKTIVITI 1.10
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

27

Bilik kuliah/tutorial sebenar
Bilik tutorial/kuliah maya
Gaya pembelajaran sendiri
Kebebasan pelajar
Matlamat
Motivasi
Pembelajaran terarah kendiri
Pengurusan masa
Stres


X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

28
LAMPIRAN 1.1
Indeks Gaya Pembelajaran*
1


Arahan:
Berikan jawapan anda dengan berdasarkan Helaian Skor ILS (lihat halaman 29).
Sila pilih satu jawapan sahaja. Jika kedua-dua jawapan a dan b menjadi pilihan
anda, anda masih diminta memilih satu jawapan yang benar-benar sesuai sahaja.

1. Saya memahami sesuatu secara lebih berkesan dengan
(a) cuba untuk menyelesaikannya.
(b) memikirkan kaedah huraian terlebih dahulu.

2. Saya cuba untuk memberikan pertimbangan secara
(a) realistik.
(b) inovatif.

3. Jika saya fikirkan apa-apa yang saya lakukan semalam, saya paling mungkin
memperoleh
(a) gambaran.
(b) jalan penyelesaian.

4. Saya cenderung untuk
(a) memahami butir-butir kursus tetapi mungkin kabur tentang struktur
keseluruhannya.
(b) memahami struktur keseluruhan tetapi mungkin kabur tentang butiran.

5. Jika saya mempelajari sesuatu yang baharu, ia membantu saya untuk
(a) bercakap mengenainya.
(b) berfikir tentang hal tersebut.

6. Jika saya seorang guru, saya lebih suka mengajar kursus
(a) yang berkaitan dengan fakta dan situasi kehidupan sebenar.
(b) yang berkaitan dengan idea-idea dan teori.


*
Hak Cipta Terpelihara 1991, 1994 oleh North Carolina State University (Dikarang oleh Richard M. Felder
dan Barbara A. Soloman). Maklumat lanjut tentang rujukan terhadap Indeks Gaya Pembelajaran termasuk
kesahan serta kebolehpercayaan. Sila lihat <http://www.ncsu.edu/felder-public/ILSpage.html>.
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

29
7. Saya lebih suka untuk mendapatkan maklumat baharu dalam
(a) gambar, gambar rajah, graf atau peta.
(b) arahan bertulis atau maklumat lisan.

8. Setelah saya memahami
(a) semua bahagian, saya memahami segala-galanya.
(b) segala-galanya, saya mengkaji caranya.

9. Dalam kumpulan belajar berasaskan tugasan yang sukar, saya lebih
cenderung untuk
(a) mengambil bahagian ke arah sumbangan idea.
(b) duduk dan mendengar.

10. Saya mendapati ia lebih mudah
(a) untuk mengetahui fakta-fakta.
(b) untuk belajar konsep.

11. Dalam buku dengan banyak gambar dan carta, saya mungkin
(a) melihat gambar dan carta dengan teliti.
(b) memberikan tumpuan kepada teks bertulis.

12. Jika saya menyelesaikan masalah matematik,
(a) saya biasanya bekerja cara saya untuk langkah penyelesaian pada
satu-satu masa.
(b) saya sering berfokus kepada penyelesaian tetapi kemudian perlu
berusaha untuk memikirkan langkah-langkah dalam memperoleh
gambaran.

13. Di dalam kelas, saya prihatin bahawa
(a) saya biasanya mengenali banyak pelajar.
(b) saya jarang mengenali banyak pelajar.

14. Dalam membaca bahan bukan fiksyen, saya lebih suka
(a) sesuatu yang mengajar saya tentang fakta baharu atau memberitahu
saya cara untuk melakukan sesuatu.
(b) sesuatu yang memberikan saya idea-idea baharu untuk berfikir
tentang sesuatu.

15. Saya suka guru
(a) yang memaparkan banyak gambar rajah pada papan tulis.
(b) yang menghabiskan banyak masa untuk memberikan penjelasan.

X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

30
16. Jika saya menganalisis cerita atau novel,
(a) saya akan menikmati sesuatu kejadian dan cuba untuk membawa
pembaca lain bersama-sama saya untuk memikirkan tema.
(b) saya hanya tahu sesuatu tema apabila saya selesai membaca dan
kemudian saya perlu untuk mengimbas dan mencari insiden yang
menunjukkan pengajaran.

17. Jika saya mula menghadapi masalah kerja rumah, saya lebih cenderung
untuk
(a) mula bekerja ke arah penyelesaian segera.
(b) cuba memahami masalah yang pertama.

18. Saya lebih suka idea
(a) yang pasti.
(b) berasaskan teori.

19. Saya boleh ingat secara berkesan tentang
(a) apa-apa yang saya lihat.
(b) apa-apa yang saya dengar.

20. Penting bagi saya untuk memastikan bahawa seorang pensyarah
(a) menyediakan bahan berdasarkan prosedur-prosedur yang jelas dan
tersusun.
(b) memberikan saya satu gambaran menyeluruh dan mengaitkan bahan
tersebut untuk mata pelajaran yang lain.

21. Saya lebih suka untuk belajar
(a) dalam kumpulan.
(b) bersendirian sahaja.

22. Saya lebih cenderung untuk memberikan pertimbangan secara
(a) berhati-hati tentang bahan-bahan tugasan saya.
(b) kreatif tentang cara untuk melaksanakan tugasan saya.

23. Jika saya mendapat arahan ke sesuatu tempat yang baharu, saya lebih suka
merujuk kepada
(a) peta.
(b) arahan bertulis.

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

31
24. Saya belajar
(a) pada kadar yang agak tetap. Jika saya belajar bersungguh-sungguh,
saya akan faham.
(b) pada kadar yang tidak tetap. Saya akan menjadi benar-benar keliru
dan kemudian tiba-tiba saya akan faham.

25. Saya akan membuat agakan untuk
(a) mencuba sesuatu perkara.
(b) berfikir tentang cara yang akan saya lakukannya.

26. Jika saya membaca untuk seronok, saya suka penulis menulis
(a) secara jelas dengan menyatakan apa-apa yang dimaksudkan.
(b) dengan menyatakan sesuatu secara kreatif dan menarik.

27. Jika saya melihat rajah atau lakaran di dalam kelas, saya paling mudah
ingat berdasarkan
(a) gambar.
(b) apa yang pensyarah terangkan.

28. Jika mempertimbangkan maklumat, saya lebih cenderung untuk
(a) memberikan tumpuan kepada butir-butir pada gambar.
(b) cuba memahami gambaran sebenar sebelum mendalaminya.

29. Saya lebih mudah ingat
(a) sesuatu yang saya telah lakukan.
(b) sesuatu yang saya fikirkan yang berkaitan.

30. Jika saya terpaksa menjalankan tugas, saya lebih suka
(a) menguasai salah satu cara untuk melakukannya.
(b) akan cara-cara baharu untuk melaksanakannya.

31. Jika seseorang menunjukkan data kepada saya, saya lebih suka
(a) carta atau graf.
(b) teks yang merumuskan hasil kajian.

32. Semasa menulis kertas kerja, saya lebih cenderung untuk
(a) merancang dan menulis dari permulaan hingga akhir.
(b) merancang dan menulis beberapa bahagian tertentu terdahulu dan
mengaturnya kemudian.

X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

32
33. Jika saya terpaksa bekerja dalam kumpulan, saya ingin
(a) mempunyai kumpulan percambahan fikiran di mana setiap individu
menyumbangkan idea.
(b) berfikir secara individu dan kemudian bincang dalam kumpulan
untuk membandingkan idea.

34. Saya menganggap ia pujian yang lebih tinggi untuk memanggil seseorang
(a) bersikap wajar.
(b) imaginatif.

35. Jika saya bertemu dengan seseorang, saya lebih cenderung untuk ingat
(a) rupa mereka.
(b) apa yang mereka katakan tentang diri mereka.

36. Jika saya belajar subjek baharu, saya lebih suka
(a) memberikan tumpuan terhadap sesuatu perkara dan belajar seberapa
banyak tentang hal tersebut setakat yang saya boleh.
(b) untuk membuat hubungan antara satu mata pelajaran dengan satu
mata pelajaran lain yang berkaitan.

37. Saya boleh dikatakan
(a) peramah.
(b) pendiam.

38. Saya lebih suka kursus yang menekankan
(a) bahan konkrit (fakta, data).
(b) bahan abstrak (konsep, teori).

39. Dalam menikmati hiburan, saya akan
(a) menonton televisyen.
(b) membaca buku.

40. Beberapa orang guru memulakan kuliah mereka dengan menggariskan apa
yang mereka akan liputi. Garisan oleh guru adalah
(a) agak berguna kepada saya.
(b) sangat berguna kepada saya.

41. Idea untuk melakukan tugasan berkumpulan dengan satu gred untuk
semua ahli
(a) menarik kepada saya.
(b) tidak menarik kepada saya.

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

33
42. Jika saya melakukan kiraan panjang,
(a) saya akan ulangi setiap langkah dan periksa kerja saya dengan teliti.
(b) saya mendapati memeriksa kerja saya adalah leceh dan perlu
memaksa diri saya untuk melakukannya.

43. Saya boleh membayangkan tempat-tempat yang pernah saya lawati
(a) dengan mudah dan agak tepat.
(b) dengan sukar dan tanpa terperinci.

44. Bila menyelesaikan masalah secara berkumpulan, saya berkemungkinan
akan
(a) memikirkan langkah-langkah dalam proses penyelesaian.
(b) memikirkan akibat atau implikasi sesuatu penyelesaian kepada
bidang-bidang lain.



X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

34
LAMPIRAN 1.2
Lembaran Pemarkahan ILS

1. Tuliskan 1 di dalam ruang yang sesuai dalam jadual di bawah (contohnya
jika anda jawab 1 bagi Soalan 3, letakkan 1 di dalam Lajur A berdasarkan
Soalan 3).

2. Tuliskan jumlah kecil dan jumlah besar di dalam ruang yang disediakan.

3. Bagi keempat-empat skala, tolak jumlah yang lebih kecil daripada satu yang
lebih besar. Tuliskan perbezaan (1 hingga 11) dan paparkan (a atau b) yang
mana jumlah tersebut adalah lebih besar dalam baris bawah.

Sebagai contoh, jika bawah Aktif/Reflektif, anda mempunyai tindak
balas 4 a dan 7 b, anda tulis 3b dalam garis sehala.

4. Dalam halaman berikutnya, tandakan X bagi skor anda pada setiap
empat skala.


TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

35
Pindahkan skor anda dalam Borang Laporan ILS dengan cara meletakkan X
dalam lokasi yang bersesuaian pada skala empat.

Jika skor anda dalam skala 1 hingga 3, anda berada dalam keseimbangan dengan
berdasarkan dua dimensi pada skala tersebut.

Jika skor dalam skala 5 atau 7, anda perlu memodifikasikan preferensi untuk satu
skala dimensi. Anda akan belajar dengan lebih mudah dalam persekitaran yang
sesuai dengan kehendak anda.

Jika skor dalam skala 9 atau 11, anda perlu preferensi yang mantap untuk satu
skala dimensi. Anda mungkin akan menghadapi persekitaran pembelajaran yang
sukar dan preferensi tersebut tidak disokong.

Sila lihat Learning Styles and Strategies oleh Richard Felder dan Barbara
Soloman (rujuk halaman 1) untuk keterangan tentang preferensi anda atas skala
individu.



X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

36
LAMPIRAN 1.3
GAYA PEMBELAJARAN DAN STRATEGI
1

Richard M. Felder
Profesor Hoechst Celanese, Kejuruteraan Kimia
North Carolina State University
Barbara A. Soloman
Koordinator Penasihat, Kolej Tahun Satu
North Carolina State University

Pelajar Aktif dan Reflektif
2


x Pelajar aktif cenderung untuk mengekal dan memahami maklumat secara
berkesan dengan melakukan sesuatu yang aktif menerusi perbincangan atau
berkongsi ilmu menerusi penerangan kepada rakan lain. Pelajar reflektif lebih
suka untuk berfikir tentang diri sendiri secara senyap-senyap.

x Mari cuba dan lihat cara ia berfungsi adalah frasa bagi pelajar yang aktif,
Mari kita berfikir daripada peringkat awal mencerminkan komitmen dalam
belajar.
x Pelajar aktif cenderung menyukai kerja berpasukan, iaitu lebih baik daripada
pelajar reflektif yang lebih suka bekerja bersendirian.
x Duduk mendengar ceramah-ceramah tanpa berbuat apa-apa tetapi mengambil
nota untuk kedua-dua jenis pembelajaran. Bagi pelajar aktif, ini adalah sesuatu
yang sukar.

Semua orang kadang-kadang aktif dan kadang-kadang tidak aktif. Anda
mungkin berada dalam salah satu kategori, sama ada hebat, sederhana ataupun
lemah. Jika anda sentiasa bertindak tergesa-gesa, anda akan menghadapi
masalah. Jika anda menghabiskan terlalu banyak masa, anda tidak boleh
mendapatkan apa-apa jua faedah daripadanya.
2



1
Hak Cipta Terpelihara 1993 oleh Richard M. Felder dan Barbara A. Solomon. Based on material in Felder, R. M.,
& Silverman, L. K. (1988). Learning and teaching styles in engineering education. Engineering Education, 78(7),
674-681. [Online]. Diperoleh: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/LS-
1988.pdf [2008, Mac 14].

2
Lihat Felder, R. (1994). Meet your students: 5. Edward and Irving. Chemical Engineering Education, 28(1), 36-37.
[Online]. Diperoleh: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Edirv.html
[2008, Mac 14]. Edward seorang yang ekstrovert, manakala Irving seorang yang introvert. Kedua-duanya
terbabit dengan hal ehwal pelajar aktif dan reflektif walaupun tidak identikal kepada mereka.
TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

37
Bagaimana Pelajar Aktif Boleh Bantu Diri Sendiri?
Jika anda pelajar yang aktif di dalam kelas untuk menyelesaikan aktiviti
perbincangan, anda perlu cuba untuk memberikan bantuan bagi yang
memerlukannya. Belajar dalam kumpulan adalah dengan cara mengambil giliran
untuk menerangkan topik yang berbeza-beza. Anda akan sentiasa mengekalkan
maklumat yang lebih baik jika anda dapat mencari jalan penyelesaian untuk
melakukan sesuatu dengan berkesan.

Bagaimana Pelajar Boleh Bantu Diri Sendiri?
Jika anda seorang pelajar reflektif di dalam kelas, anda perlu cuba untuk
mengimbangi kekurangan dalam pembelajaran. Jangan hanya membaca atau
menghafal bahan; berhenti secara berkala untuk meneliti apa-apa yang anda
telah baca dan fakir. Anda mungkin berpendapat ia berguna untuk penulisan
ringkasan atas bacaan. Berbuat demikian akan mengambil masa tambahan tetapi
membolehkan anda untuk mengekalkan memori terhadap bahan dengan lebih
berkesan.

Deria dan Intuitif Pelajar
3


x Deria pelajar lebih cenderung menyukai fakta pembelajaran, manakala pelajar
intuitif selalunya lebih suka menemukan kemungkinan dan hubungan.
x Deria lebih berfokus kepada penyelesaian masalah dengan kaedah yang
mantap dengan berasaskan inovasi.
x Deria cenderung untuk hafalan fakta-fakta dan melakukan kerja (makmal);
intuitor mungkin lebih baik menggarab konsep baharu dan sering lebih selesa
berasaskan rumusan matematik.
x Deria cenderung untuk menjadi lebih praktikal dan berhati-hati daripada
intuitor; intuitor cenderung untuk bekerja dengan lebih cepat dan menjadi
lebih inovatif daripada deria.
x Deria tidak suka kursus yang tidak mempunyai pertalian yang jelas kepada
dunia sebenar; intuitor tidak suka hafalan.



3
Lihat Felder, R. (1989). Meet your students: 1. Stan and Nathan. Chemical Engineering Education, 23(2), 68-
69. [Online]. Diperoleh:
http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Stannathan.html2008, Mac 14].
Penderiaan dan gerak hati adalah kaedah persepsi yang berasal daripada teori jenis psikologi oleh Carl Jung.


X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

38
Kadang-kadang kita berada dalam keadaan deria dan kadang-kadang intuitif.
Jika anda terlalu berintuisi, anda mungkin terlepas beberapa perkara penting
atau melakukan kecuaian dalam pengiraan atau tugasan. Jika anda terlalu berada
dalam mod deria sahaja, anda hanya boleh bergantung terlalu banyak pada
penghafalan dan kaedah biasa dan tidak menumpukan perhatian yang cukup
atas pemahaman dan pemikiran inovatif.

Bagaimana Deria Pelajar Boleh Bantu Diri Serndiri?
Penggunaan deria mudah mengingati dan memahami maklumat jika dapat
dilihat cara ia berhubung dengan dunia sebenar. Jika anda berada di dalam kelas,
paling penting adalah penguasaan abstrak dan teori untuk menghadapi
kesukaran dalam pembelajaran. Minta tutor anda untuk menunjukkan contoh-
contoh khusus tentang konsep dan prosedur, dan mengetahui cara konsep
dikaitkan dengan amalan. Jika tutor tidak menyediakan bahan yang cukup, cuba
untuk cari dalam teks atau rujukan lain atau lakukan sesi percambahan idea
dengan rakan sekelas.

Bagaimana Pelajar Intuitif Boleh Bantu Diri Sendiri?
Kuliah banyak berhalatujukan intuitor. Walau bagaimanapun, jika anda intuitor
dan anda berada di dalam kelas yang berkaitan terutamanya dengan penghafalan
dalam formula, anda mungkin akan bosan. Minta tutor anda untuk tafsirkan
teori yang menghubungkan fakta, atau cuba untuk mencari hubungannya
daripada persekitaran. Anda juga mungkin terdedah kepada kesilapan dalam
ujian kerana anda tidak suka akan penyemakan. Ambil masa untuk membaca
keseluruhan soalan sebelum anda mula menjawab dan pastikan menyemak
jawapan anda.

Pelajar Visual dan Lisan

Pelajar visual ingat apa-apa yang mereka lihat gambar seperti gambar rajah dan
demonstrasi. Pelajar lisan beroleh manfaat daripada penjelasan bertulis dan
bertutur. Semua orang belajar lebih mantap apabila maklumat dibentangkan
secara visual dan lisan.

Dalam kebanyakan kelas, amat sedikit maklumat visual dibentangkan: pelajar
hanya mendengar ceramah dan membaca bahan yang ditulis pada papan hitam
dan dalam buku teks. Malangnya, kebanyakan orang adalah pelajar visual.
Pelajar yang baik mampu memproses maklumat yang dibentangkan sama ada
secara visual ataupun lisan.

TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA W

39
Bagaimana Pelajar Visual Boleh Bantu Diri Sendiri?
Jika anda adalah pelajar visual, cuba cari gambar rajah, lakaran, skema, gambar,
carta, atau apa-apa representasi visual. Minta instruktor anda merujuk buku-
buku rujukan, dan memastikan sama ada apa-apa rakaman video atau CD-ROM
tentang paparan bahan kursus boleh didapati.

Bagaimana Pelajar Verbal Boleh Bantu Diri Sendiri?
Tulis ringkasan tentang bahan kursus dalam perkataan anda sendiri. Bekerja
dalam kumpulan boleh menjadi berkesan: anda mendapat kefahaman tentang
bahan dengan mendengar penjelasan daripada rakan sekelas atau anda lebih
memahami isi pelajaran berasaskan penjelasan.

Pelajar Tahap Peringkatan dan Global
4


x Pelajar dalam tahap peringkatan cenderung untuk mendapatkan pemahaman
secara linear berasaskan logika sebelumnya. Pelajar global lebih cenderung
untuk belajar dalam gaya yang pelbagai.

x Pelajar dalam tahap peringkatan cenderung untuk mengikuti langkah demi
langkah yang logik dalam mencari penyelesaian; pelajar global mungkin
mampu untuk menyelesaikan masalah yang kompleks, tetapi mereka
mungkin mempunyai kesukaran untuk menjelaskan cara melakukannya.
Pelajar dalam tahap peringkatan mungkin tidak memahami sepenuhnya
bahan pembelajaran, tetapi dapat menyelesaikan masalah tugasan secara
logik dan berkaitan.

Bagaimana Pelajar yang Berada dalam Tahap Peringkatan Boleh Bantu Diri Sendiri?
Kebanyakan kursus diajar dengan cara yang berperingkat dengan berasaskan
proses langkah demi langkah. Walau bagaimanapun, jika anda seorang pelajar
yang yang berada dalam tahap ini dan anda mempunyai tutor yang tidak
berdisiplin dalam urutan topik, anda mungkin mempunyai kesukaran dalam
mengingat. Minta tutor untuk mengulang topik-topik yang anda kurang faham.
Dalam pembelajaran, ambil masa untuk menggariskan isi-isi penting secara tertib
dan logik. Dalam jangka masa panjang, pelaksanaan cara demikian akan
menjimatkan masa anda. Anda juga mungkin cuba untuk mengukuhkan
kemahiran berfikir secara menyeluruh dengan mengaitkan setiap topik baharu
yang anda pelajari. Lakukan penganalisisan terhadap setiap topik.


4
Lihat Felder, R. (1990). Meet your students: 2. Susan and Glenda. Chemical Engineering Education, 24(1), 7-8.
[Online]. Diperoleh: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Susanglenda.
html2008, Mac 14].


X TOPIK 1 MENGURUSKAN PEMBELAJARAN ANDA

40
Bagaimana Pelajar Global Boleh Bantu Diri Sendiri?
Jika anda seorang pelajar yang berada dalam tahap global, sedari bahawa anda
sememangnya tidak lemah atau bodoh. Anda hanya ada sedikit perbezaan
berbanding kebanyakan pelajar yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk membantu anda mendapatkan
kefahaman sebenar tentang isi pelajaran dengan lebih cekap. Sebelum anda mula
untuk membaca bab pertama dalam teks, lakukan inferensi untuk dapatkan
gambaran menyeluruh. Berbuat demikian mungkin memakan masa, tetapi cara
ini adalah terbaik untuk anda laksanakan. Elakkan berputus asa dalam setiap
gerak kerja. Pastikan anda akhirnya akan memahami bahan baharu. Paling
utama, disiplin dan pengurusan berhemah dalam pembelajaran adalah amat
berharga dalam scenario anda mengalami dan menghayati pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai