Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN REFLEKTIF 2013

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 1



Laporan Aktiviti Ladap Guru Sebagai Insan Mulia

Seperti yang telah dirancang, pada hari Ahad, 21 April 2013, kumpulan kami dari
PPG IPGKTB Pendidikan Islam kumpulan1(Kohort 1) seramai 26 orang telah
menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 2 bersama 40 orang murid SK Bakap
Indah,Sg.Jawi, Pulau Pinang. Mentor kami iaitu Puan Dr. Siti Aishah bt Ashaari dan
Encik Rosdaud bin Ayob selaku jurulatih dari Unit Kokurikulum IPKTB turut bersama
dalam program ini.

Alhamdulillah,tepat pukul 8.15 pagi, program ladap dijalankan di bilik mesyuarat
SKBI.Sebelum memulakan sesi ceramah,bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz
Mohamad Sah bin Daing seterusnya ucapan aluan ketua kelas PPG PAI K1 iaitu
saudara Uzair bin Abdul Aziz. Agenda seterusnya ialah ucapan ringkas Puan Noor
Farizah bt Abdul Rahman selaku Guru Besar SKBI mengalukan kedatangan kami serta
berharap semoga ia menjadi program yang berterusan nanti.

Penceramah undangan untuk sesi ini ialah Encik Mohd Shah bin Ramli,Guru
Besar SK Teluk Medan yang juga guru besar cemerlang negeri Perak.Terima kasih
tidak terhingga diucapkan kepada beliau kerana sudi memberi suntikan motivasi,kata-
kata perangsang,idea-idea yang amat berguna untuk kami sebagai guru untuk
meneruskan perjuangan yang tidak pernah selesai.

Beliau banyak memberikan kesedaran tentang peripentingnya keakraban antara
guru dengan pelajar,peningkatan kemajuan diri dalam dunia ICT dan sebagainya.Saya
seakan tercabar dan mengkaguminya apabila beliau memaklumkan opsyen beliau
adalah pendidikan agama Islam ditambah lagi dengan kepakaran beliau dalam bidang
ICT serta pencapaian sekolah yang beliau terajui.

Walaupun semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
jayanya,tapi masih ada juga sedikit kepincangan dan pelbagai dalam melaksanakan
LAPORAN REFLEKTIF 2013

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 2

aktiviti-aktiviti tersebut.Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam mengurus
dan melaksanakan Program BIG Fasa 2 kali ini.
Antara kekuatannya :
1. Walaupun pada mulanya Program ini hampir tidak dapat dilaksanakan kerana
kekangan masa dan tugasan tetapi demi murid-murid dan program yang telah
dirancang. Semangat kerjasama guru dan peserta PPG yang tidak mengira
masa dan tenaga akhirnya Program ini dapat dilaksanakan.Bak kata pepatah
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
2. Pengalaman sedia ada guru juga membantu melaksanakan program ini dengan
jayanya.
3. Perbincangan dan mesyuarat serta pembahagian tugas yang diamanahkan
menjadi satu tanggungjawab kepada guru.
4. Kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya amat dititikberatkan.
5. Guru memerlukan ilmu dan motivasi yang baru dari setiap pencambahan serta
perkongsian ilmu seperti dalam slot ceramah.

Antara kelemahannya :
1. Tidak mendapat sokongan sebahagian dari guru yang ada kotmitmen lain
2. Faktor cuaca yang tidak menentu menyebabkan aktiviti tidak dapat dijalankan
dengan sempurna.
3. Kekangan masa dan komitmen tugas memerlukan pengorbanan dari peserta.
4. Masa yang terlalu singkat menyebabkan aktiviti yang dijalankan terpaksa terburu-
buru.

LAPORAN REFLEKTIF 2013

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 3


Antara cadangan penambahbaikkan :
1. Cadangan masa yang lebih sesuai agar tidak bertindih masa dengan program
lain.
2. Program yang dicadangkan hendaklah dirancang dengan lebih teliti dan teratur.
3. Menambah bilangan hari bagi menguruskan aktiviti program
4. Pembahagian tugasan dan aktiviti dapat di rancang dengan lebih spesifik dan
memudahkan guru memahaminya.
5. Mengadakan bengkel untuk percambahan ilmu kepada peserta
6. Slot yang lebih diperlukan seperti penggunaan dan pembinaan bahan bantu
belajar dari ICT.











LAPORAN REFLEKTIF 2013

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 4

ANALISA SWOT :

Kekuatan (S)
S1 Guru yang sedia ada
berpengalaman mengadakan program
LDP.
S2 Pelarasan tugas yang disediakan
membantu guru untuk melaksanakan
tugas mereka.
S3 Persediaan bahan yang mencukupi.
S4 Menyediakan laporan

Kelemahan (W)
W1 Ramai peserta kursus terlalu sibuk
dengan kerja kursus yang banyak dan
tugas harian di sekolah kerana
menjelangnya UPSR.
W2 Tugasan yang diberikan tidak
jelas.
W3 Peruntukan kewangan tidak
mencukupi.


Peluang(O)
O1 Hubungan yang baik antara guru
dan pentadbir.
O2 Sokongan moral dan kewangan .
O3 Bantuan peruntukan dari sumber
lain.
O4 kebanyakan guru tinggal di sekitar
kawasan tempat kursus.


Ancaman (T)
T1 Program yang bertindih dengan
pihak luaran mengganggu
perancangan aktiviti


LAPORAN REFLEKTIF 2013

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 5



Laporan Aktiviti Gotong Royong

Pada hari Ahad, 21 April 2013, kumpulan PPG IPGKTB Pendidikan Islam Kohort
1 telah menganjurkan aktiviti gotong royong di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah.
Aktiviti ini merupakan salah satu daripada aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang kami
rancangkan bagi melengkapkan kursus Bina Insan Guru (BIG) untuk peringkat yang
kedua. Pada semester ini kami perlu menjalankan dua slot. Slot yang pertama ialah
ceramah manakala slot yang kedua adalah slot aktiviti kemasyarakatan. Tujuan aktiviti
gotong royong ini bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan terhadap kursus BIG tetapi
secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan dan
seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara kami dan juga warga SK Bakap
Indah.

Pada pukul 08.00 pagi semua guru-guru PPG Pendidikan Islam K1 telah
berkumpul di SK Bakap Indah. Program ini juga telah dihadiri oleh Pn Noor Hafizah Bt
Abdul Rahman iaitu Guru Besar SK Bakap Indah, guru-guru penolong kanan, guru-guru
serta murid-murid SK Bakap Indah. Kami juga amat berbesar hati kerana program ini
juga turut dihadiri oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Rosdaud bin Ayub dan juga
mentor kami iaitu Puan Dr.Siti Aisyah bt Ashaari. Gotong royong ini berfokus kepada
keceriaan dan kebersihan kawasan sekitar koridor pentadbiran, menambahbaik bilik
mesyuarat serta menceriakan surau sekolah. Kami telah merancang beberapa aktiviti
seperti membersihkan kawasan longkang, menampal carta-carta, menceriakan mural
yang telah sedia ada serta melukis mural baru pada dinding surau sekolah dan laluan
pejabat sekolah.

Aktiviti gotong royong telah bermula pada pukul 10.30 pagi. Sebelum memulakan
aktiviti kami telah diberi taklimat ringkas oleh Pn. Salmiah Bt Mohd Zain, iaitu ahli
kumpulan kami yang mengajar di SK Bakap Indah. Semua guru dan murid telah di
bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan kawasan-kawasan tertentu beserta
LAPORAN REFLEKTIF 2013

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 6

tugas masing-masing. Murid-murid telah ditugaskan untuk membersihkan kawasan
seperti koridor dan juga longkang-longkang di tepi bilik darjah. Kumpulan guru-guru
perempuan ditugaskan untuk menceriakan mural yang telah sedia ada serta mengecat
semula mural yang telah pudar di dalam surau sekolah. Kumpulan guru lelaki pula telah
ditugaskan untuk melukis mural di dinding bilik pentadbiran yang bertajuk Selamat
Datang ke SK Bakap Indah.

Setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan-peralatan yang diperlukan seperti
penyapu, penyodok sampah, berus, cat, surat khabar lama dan pallet. Setiap kumpulan
menunjukkan komitmen yang padu untuk menyelesaikan tugas masing-masing. Murid
murid SK Bakap Indah juga telah memberikan layanan yang amat baik walaupun
mereka tidak pernah berjumpa dengan kami sebelum ini. Mereka telah memberi
kerjasama yang baik apabila diminta bantuan daripada kami guru-guru PPG bagi
melakukan sesuatu tugasan. Demikian juga pihak pentadbir terutamanya Pn Noor
Hafizah yang sentiasa memantau dan memberi sokongan sepanjang kami melakukan
aktiviti gotong-royong.

Pada mulanya kami berasa tidak ada keyakinan untuk membuat mural. Seperti
kata pepatah Seperti Tikus Membaiki Labu, mampukah kami melakukan sesuatu yang
berseni seperti membuat mural dan mengecat. Walau bagaimanapun selepas tiga jam
bertungkus lumus menyiapkan tugas masing-masing, akhirnya kami berjaya
menceriakan kawasan sekolah itu khususnya di dinding-dinding bangunan sekolah
dengan mural yang telah dihasilkan oleh kami . Keadaan mural yang sebelumnya pudar
dan kurang bermaya nampak lebih menarik dan ceria.

Aktiviti gotong-royong selesai pada pukul 1.30 petang. Guru Besar mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana telah memberi kerjasama yang
baik.Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SK Bakap
Indah kerana telah sudi menerima kedatangan kami untuk melaksanakan program BIG
fasa kedua.

LAPORAN REFLEKTIF 2013

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 7


LAPORAN SELEPAS PROGRAM

Setelah selesai program bergotong-royong, kami mengemas segala peralatan seperti
tin cat, mencuci berus cat dan membuang sampah. Segala peralatan seperti vakum
penyapu dan lain-lain peralatan yang digunakan disimpan di stor,


AJK Laporan membuat post mortem dan menghantar laporan kepada setiausaha
.Laporan Penilaian Selepas perkhemahan adalah seperti berikut;
Laporan/ Masalah Selepas gotong-royong .

1. Isu / Masalah
Semasa gotong-royong membuat mural dan mengecat kawasan yang telah
ditetapkan,
1.2. Analisis
i. Kekuatan
- pelajar dapat menjalankan gotong-royong bersama-sama guru PPG
- pelajar tahu tugas masing-masing.
- menyemai semangat bekerjasama.
- menyemai perasaan cintakan kebersihan dan keceriaan kawasan
- memahirkan diri dalam penulisan khat dan melukis dan mewarna mural
- mewujudkan hubungan mesra antara pelajar dengan guru-guru PPG dan guru-guru
sekolah yang terlibat.
LAPORAN REFLEKTIF 2013

BINA INSAN GURU II (SEMESTER 4) Page 8


ii. Kelemahan
- Tidak semua pelajar yang dijemput hadir, kerana mereka telah pun terlibat
dengan kursus yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada 20 April (semalam) ,

- Peralatan untuk mengecat adalah tidak mencukupi kerana telah pun
dibahagikan kepada tiga bahagian.

- Masa tidak mencukupi untuk menyiapkan keseluruhan projek mural yang telah
ditetapkan. Projek ini akan disambung oleh pihak panitia Agama Islam SK.
Bakap Indah.

- Ramai di kalangan kami kurang kreatif dalam melukis terutamanya menulis
tulisan khat jawi, jadi kami hanya mampu mewarnakannya sahaja.

iii. Cadangan dan Penambahbaikkan.
- Urusetia perlu mengambil kira masa dan tarikh supaya tidak mengganggu waktu
cuti murid dalam menjalankan aktiviti BIG ini.
- Pihak pengurusan menyediakan barang-barang keperluan yang mencukupi pada
masa akan datang.
- Tempoh masa untuk menyiapkan projek mural perlu dilanjutkan agar apa yang
dipertanggungjawabkan siap pada masa yang sesuai.


Disediakan oleh:
Noor Zulfatul Zahiah binti Abdul Karim
Zannuraini binti Yasoa

Anda mungkin juga menyukai