Anda di halaman 1dari 20

Fonem Suprasegmental

dalam Bahasa Melayu




PN. NORMI BT. MOHD DALI
Ahli Kumpulan : Josephine Ting Siew Jen
Ling Siew Leng
Ling Siew Li
BMM 3083
Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa
yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang terdiri
daripada tekanan, nada, jeda, intonasi dan
panjang pendek.
Suprasegmental atau dikenali juga
suprapenggalan merupakan ciri atau sifat bunyi
yang menindih atau menumpangi sesuatu fonem.
Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir
bersama-sama fonem penggalan dengan cara
menumpangi bunyi segmental.

Suprasegmental
Kelima-lima unsur yang terdapat dalam
suprasegmental ini akan menentukan maksud
sesuatu ayat atau membolehkan sesuatu ayat itu
dilafazkan oleh seseorang itu seiring dengan
perasaannya ketika itu.
Contohnya perasaan sayang, marah atau
gembira.

Definisi prosodi sangat luas, bergantung kepada
cara ia berperanan dalam bahasa.
Dalam linguistik, prosodi menjelaskan segala
perkara yang berkaitan dengan bentuk bunyi
bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang
tidak dapat dijelaskan melalui simbol tulisan.
Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang
berkaitan dengan intonasi dan rima.

Prosodi
Prosodi turut melihat perubahan kepada kepanjangan
suku kata, kelantangan nada dan beberapa perkara
yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang
dilafazkan.
Dalam tulisan, tanda baca seperti tanda noktah,
koma, noktah bertindih, koma bernoktah, tanda seru,
tanda soal dan sebagainya adalah untuk menandakan
sesuatu supaya pembaca peka terhadap keperluan
tertentu dalam teks yang dibaca.
Dalam bahasa lisan pula, kita menggunakan bunyi-
bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk
mendapatkan perhatian pendengar.

Ciri-ciri prosodi bagi sesuatu unit ujaran seperti
suku kata, kata, frasa, dan klausa lazimnya
dipanggil ciri-ciri suprasegmental. Ini bermakna
prosodi dan suprasegmental mempunyai ciri yang
dikongsi bersama.
Sesetengah ahli bahasa menganggap kedua-
duanya sama sahaja kerana berkaitan dengan
aspek yang bukan segmental seperti fonetik dan
fonologi.
Ciri-ciri prosodi yang digunakan untuk
menandakan ujaran adalah seperti tekanan, nada,
jeda dan panjang pendek.

Merupakan ciri lemah atau keras suara penyebutan
sesuatu suku kata
Cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan
memberi penekanan pada tempat tertentu terutama
pada suku kata
Bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada
yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan
Digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud
seperti hairan, rasa marah atau sebagai desakan
kepada pendengar

Kebiasanya penutur akan memperlihatkan ekspresi
atau memek muka yang sesuai mengikut tekanan
suku kata yang disebutkan

Ianya dapat menambahkan lagi keberkesanan atau
menghidupkan situasi komunikasi antara penutur
dengan pendengar

Kesimpulannya, ia dapat membezakan tekanan
bunyi antara satu suku kata dengan suku kata yang
lain

Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / ' /

Dalam BM, tekanan berlaku pada bunyi vokal

Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan
lantang dan boleh dipanjangkan

Biasanya, tekanan dalam perkataan bahasa Melayu
berlaku pada suku kata yang kedua
Contohnya dalam perkataan ma ta
Suku kata bagi perkataan ma dan ta boleh
dipanjangkan



Tujuan tekanan adalah untuk:
menyedapkan percakapan atau bacaan
seperti dalam deklamasi sajak dan
pengucapan dialog
menandakan tempat atau aspek yang perlu
diberi perhatian


Kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu
suku kata atau perkataan

Tinggi rendahnya suara yang diucapkan oleh
seseorang itu adalah disebabkan frekuensi getaran
yang berbeza antara segmen dengan segmen yang
lain


Perbezaan nada dapat kita ketahui melalui
lambang-lambang seperti di bawah ini;


Nada Lambang
Rendah 1
Biasa (permulaan ujaran) 2
Tinggi
(nada tekanan dalam ujaran)
3
Paling tinggi 4
Contoh ayat dalam Bahasa Melayu yang ditandai
dengan lambang nada adalah seperti di bawah;
2 3
Saya hendak balik.

Dalam Bahasa Melayu, nada tidak mempunyai sifat-
sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem

Perbezaan nada dalam Bahasa Melayu juga tidak
akan merubah maksud sesuatu perkataan itu.



Secara amnya, kebanyakan bahasa di dunia ini
memerlukan unsur ini bagi membezakan makna dalam
pertuturan, contohnya dalam Bahasa Mandarin

Profesor Dr. Abdullah Hassan melalui bukunya
bertajuk Linguistik Am menyatakan "ma" dalam Bahasa
Mandarin ada empat makna:


Nada Lambang
Rendah tengah 1 (-) m emak -
Biasa (permulaan ujaran)
meninggi
2 () m jerami -
Tinggi (nada tekanan dalam
ujaran) menaik
3 ( ) m kuda -
Paling tinggi rendah 4 (`) m marah -
jeda
Disebut sebagai persendian unsur hentian
yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik,
sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.
Lambang yang digunakan ialah #.
Boleh membezakan makna.
Contohnya :
1. [#saya makan nasi ema?#]
2. [#saya makan nasi #ema?]
AKTIVITI JEDA
a. / # Saya membaca buku kakak # /

b. / # Saya membaca buku # kakak /
c. / # Kami makan sate kambing # /

d. / # Kami makan sate # kambing /
e. /#Meena# lembu#/

f. /#Meena lembu#/
panjang-pendek
Kadar panjang atau
pendeknya sesuatu bunyi
itu diucapkan.
merupakan ciri khusus
yang terdapat pada
perkataan dalam bahasa-
bahasa tertentu.
membezakan makna dalam
bahasa-bahasa tertentu seperti
bahasa Arab, Inggeris, tetapi
tidak membezakan makna bagi
bahasa Melayu
panjang-pendek
Jenis lambang kepanjangan:









Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi apabila
kepanjangan ini digunakan.
Contoh : sit bermaksud duduk
si:t bermakna tempat duduk
[:]
satu mora
[.]
setengah
mora
[::]
dua
mora
CONTOH-CONTOH
1. Serina makan nasi emak.
Ayat penyata
2. Serina makan nasi, emak.
Mempunyai maksud yang berlainan berdasarkan unsur
suprasegmental jeda, nada dan tekanan
3. Serina makan nasi emak!
Mempunyai unsur suprasegmental panjang pendek,
nada, tekanan dan jeda
SEKIAN, TERIMA KASIH^^

Anda mungkin juga menyukai