Anda di halaman 1dari 14

TUTORIAL 5

BINCANGKAN DALAM KUMPULAN KECIL


BERKAITAN DENGAN PERANCANGAN ,
PELAKSANAAN KELAS INTERVENSI
AWAL ( KIA 2M )

PENGENALAN
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan
Menulis (KIA2M) bertujuan membantu murid
yang belum menguasai kemahiran membaca
dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun
satu yang terdiri daripada mereka yang lambat
atau belum menguasai kemahiran asas
membaca dan menulis. Mereka terdiri daripada
murid pemulihan khas dan murid yang
memerlukan pemulihan dalam kelas.
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran
hendaklah sesuai untuk membantu murid ini
menguasai kemahiran asas dengan secepat
mungkin.
Perancangan KIA 2M
Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas
Intervensi Asas Membaca dan Menulis
(KIA2M) melibatkan beberapa langkah
berikut:
Pencalonan
Ujian Penapisan
Perancangan
Pengajaran
Penilaian
Tindakan Susulan
KELAS INTERVENSI ASAS MEMBACA DAN
MENULIS (KIA2M)
Setelah melalui proses pencalonan dan ujian
tapisan kemasukan, maka guru-guru yang
telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini
perlulah merancang proses pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai berdasarkan
modul pengajaran yang telah disediakan.
BERPUSATKAN GURU

Guru merancang dan menjalankan
tugas secara individu dan murid akan
belajar berdasarkan apa yang
disampaikan dan diarahkan oleh guru
sahaja.
BERPUSATKAN MURID

Murid diberi galakan untuk melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti yang
dirancangkan sama ada secara individu,
kumpulan kecil ataupun kelas
BERPUSATKAN BAHAN

Bahan-bahan pembelajaran yang
diperlukan telah disusun, sesuai dengan
perancangan yang dibuat. Murid diberi
penerangan yang jelas tentang
keperluan aktiviti yang akan dijalankan.
PENDEKATAN
Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas
Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan
secara kelas, kumpulan dan juga individu
perlu digunakan mengikut kesesuaian dari
segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang
dan juga kemahiran yang hendak diajar.

PENDEKATAN SECARA KELAS
Pendekatan secara kelas perlu juga
dijalankan supaya murid dapat
melibatkan diri dan meningkatkan
keyakinan diri dalam aktiviti
berkumpulan yang lebih besar.
Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di
awal dan di akhir waktu belajar.

PENDEKATAN SECARA
BERKUMPULAN
Konsep pengajaran dan pembelajaran
berkumpulan berasaskan kepada perubahan
strategi pengajaran yang berpusatkan guru
kepada strategi yang berpusatkan
murid.Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri
daripada murid yang menghadapi masalah
yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru
menjalankan pengajaran dengan
menggunakan modul pengajaran yang
disediakan.

PENDEKATAN SECARA INDIVIDU
Guru menumpukan perhatian kepada
murid secara individu bagi membantu
membimbing untuk mengatasi masalah
yang dihadapinya. Selain itu bantuan
daripada rakan sebaya juga boleh
digunakan jika perlu.

TEKNIK PENGAJARAN
Teknik Bercerita
Teknik Latih Tubi
Teknik Tunjuk Cara
Teknik Bersoal Jawab
Teknik Main Peranan
Teknik Menyanyi
Teknik Lakonan
Teknik Kuiz

MASALAH YANG DIHADAPI
Kehadiran murid yang tidak menentu
Murid kurang bermotivasi dan kurang
tumpuan terhadap pelajaran
Murid bersikap pasif dan takut


1. Laporan Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan
Menulis (KIA 2M)Sekolah Angkat Pendidikan Orang Asli 2008
Unit Latihan Perkhidmatan
Insitut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Darulaman
2. Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis
(KIA 2 M ) Selembut Lidah Selentur Tangan 2006
Institut Perguruan Sarawak
3. Pendidikan Literasi Bahasa Melayu:Strategi Perancangan Dan
Pelaksanaan,Mahzan Arshad,2008,Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd
4. Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu-
Zulkifley Hamid 2005,Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala
Lumpur.

BIBLIOGRAFI

Anda mungkin juga menyukai