Anda di halaman 1dari 9

Latihan 1

1. Azmi melompat ke jarak yang jauh dengan sekuat-kuat


hatinya.
2. Peserta-peserta menunggu giliran untuk acara melompat
jauh.
3. Cikgu Wong mengawasi lompatan peserta-peserta yang
bertanding dalam acara lompat jauh.
4. Nurain melepaskan baton kepada Nini yang sama
kumpulan dengannya.
5. Cikgu Lee memberi penerangan kepada peserta-peserta
lompat tinggi.
6. Murid-murid sedang berdiri sambil menyaksikan acara
lompat jauh.

Latihan 2
1. Cikgu Arif mengangkut sampah sarap dengan kereta
sorong.
2. Seng Li membuang sampah sarap ke dalam tong sampah
yang besar.
3. Ali mengangkat tong sampah dari kelasnya lalu berjalan ke
arah tong sampah yang besar itu.
4. Cikgu Habibah mencuci lantai dengan menggunakan paip
air.
5. Cikgu Wong mengelap cermin tingkap dengan kain yang
basah.
6. Guru besar mengarahkan murid-murid supaya mencuci
longkang dengan bersih.

Latihan 3
1. Seng Kong dan Mei Yi membaca buku cerita dengan
senyap di perpustakaan.
2. Murid-murid sedang berbaris untuk meminjam buku-buku.
3. Cikgu Fatimah sedang mencatatkan nama murid yang
ingin meminjam buku.
4. Cikgu Lee sedang menolak sebuah troli untuk
memindahkan buku-buku ke tempat asalnya.
5. Murid-murid sedang mencari buku-buku yang terletak di
atas rak buku.
6. Kah Jun sedang keluar dari perpustakaan selepas
meminjam buku.

Latihan 4
1. Ali menendang bola dengan kuat supaya bola dapat
masuk ke dalam gol.
2. Penjaga gol itu cuba menahan bola tetapi tidak berjaya.
3. Pengadil itu meniup wiselnya kerana Ali telah menjaringkan
gol.
4. Kah Jun mengerang dengan kuat kerana kakinya
tercedera.
5. Para penonton bersorak apabila bola berjaya memasuki ke
dalam jaringan gol.

Latihan 5
1. Murid-murid bergotong-royong untuk menyusun kerusi di
dewan.
2. Kah Wai meletakkan pasu-pasu bunga di atas pentas
dengan berhati-hati.
3. Siao Pei sedang menghiaskan pentas dengan bola kertas
berwarna.
4. Cikgu Zarin sedang mengumumkan nama pemenang-
pemenang.
5. Guru besar menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
6. Fatimah tersenyum dengan gembira apabila menerima
hadiah daripada guru besar.

Penilaian I
1. Murid-murid memberikan bunga-bunga yang berwarna-
warni kepada guru mereka.
2. Murid-murid berbaris untuk memberikan bunga-bunga
kepada Cikgu Lee.
3. Banyak hidangan dan minuman yang disediakan sempena
Hari Guru.
4. Murid-murid menyapa dengan Cikgu Gurmit lalu
mengucapkan Selamat Hari Guru kepada beliau.
5. Hadiah-hadiah yang menarik telah disediakan untuk
cabutan bertuah pada hari itu.

Latihan 6
1. Encik Ahmad menggergaji papan untuk membuat
jambatan.
2. Saiful membantu Encik Ahmadd dengan memegang
papan itu.
3. Pak Ngah membawa sebatang kayu untuk dibuat pagar
jambatan.
4. Pak Haji memaku papan pada jambatan.
5. Encik Hamid membantu Pak Haji dalam kerjanya.

Latihan 7
1. Kakak menyiram polok-pokok bunga di halaman rumah.
2. Bapa mengelap kereta dengan kain yang basah.
3. Ibu sibuk menyapu lantai di pintu pagar.
4. Seng Hong bermain bola dengan adiknya.
5. Adik hendak melontar bola kepada abangnya.

Latihan 8
1. Isteri Encik Tan mengeluarkan makanan dari bakul.
2. Encik Tan membaca surat khabar di bawah pokok.
3. Judy berenang dengan pantas di sungai.
4. Seng Hong berenang dengan menggunakan pelampung.
5. Siew Mei berbual-bual dengan kawannya di aaas batu
besar.

Latihan 9
1. Puan Halimah sedang tawar-menawar harga ikan dengan
penjaja ikan itu.
2. Encik Lim memilih tembakai yang elok.
3. Ah Keong asyik makan aiskirmnya perseorangan.
4. Encik Ahmad memberitahu pelanggannya harga sayur-
sayuran itu.
5. Wah Seong sedang membeli aiskrim yang disukainya.

Latihan 10
1. Kok Wah sedang berbaris untuk membuat pembayaran di
kaunter.
2. Juruwang menguruskan buku-buku yang dibeli oleh
pelanggan.
3. Puan Wong memilih buku-buku di atas rak.
4. Murid-murid mendengar penerangan daripada jurujual
buku.
5. Penulis sibuk menandatangani buku yang dibeli oelh
pelanggan.

Latihan 11
1. Ibu menggoreng ikan di dapur.
2. Kakak mencuci pinggan mangkuk di singki.
3. Bapa mengelap meja makan dengan kain yang bersih.
4. Ali menyusun kerusi untuk makan tengah hari.
5. Adik bermain anak patung di lantai.

Latihan 12
1. Encik Azman asyik membaca surat khabar di ruang tamu.
2. Puan Mahani menghidangkan minuman untuk-ahli-ahli
keluarganya.
3. Kartini menceritakan dongeng kepada neneknya.
4. Datuk asyik menonton televisyen.
5. Amin dan Fatihah rajin membaca buku di meja.
Latihan 13
1. Seng Kee membubuh baja di atas batas sayur-sayuran.
2. Seng Li menanam sayur-sayuran di batas.
3. Encik Tan menyembur racun serangga ke pokok-pokok
timun.
4. Isteri Encik Tan sedang menyiram sayur-sayuran dengan
menggunakan paip air.
5. Seng Ho9 menyabit rumput yang bertumbuh di kebun.

Latihan 14
1. Peserta-peserta meniup belon dengan sedaya upaya.
2. Lili bertepuk tangan untuk memberikan galakan kepada
peserta-peserta.
3. Han Ming ketawa terbahak-bahak ternampak gerak-geri
peserta yang lucu.
4. Puan Lim mendukung anaknya semasa menyaksikan
pertandingan.
5. Murid-murid Tahun 6 mengambil bahagian dalam acara lari
dalam guni.

Latihan 15
1. Encik Wong duduk berehat di atas bangku batu.
2. Eric melapangkan fikirannya selepas lama membaca.
3. Jane berlatih lari mengelilingi taman itu.
4. Encik Tan dan isterinya membawa anak mereka berjalan-
jalan di taman.
5. Kedua-dua budak itu sedang bermain bola dengan
seronoknya.

Penilaian II
1. Ramai orang berbaris untuk membeli tiket bas.
2. Seorang pemuda asyik mendengar muzik daripada alat
muzik walkmannya.
3. Puan Hamimah membaca surat khabar sementara
menunggu basnya sampai.
4. Penjual tiket itu melayan pelanggan dengan sopan santun.
5. Puan Chan mengasuh anaknya dengan penuh kasih
sayang.

Latihan 16
1. Ibu menyuruh Sing Li menjual surat khabar lama itu.
2. Sing Li mengikat surat khabar lama itu dengan seutas tali.
3. Dia menjual surat khabar lama itu kepada pekedai yang
berhampiran.
4. Pekedai itu memberikan wang kepada Sing Li.
5. Sing Li menyimpan wang itu di dalam tabungnya.

Latihan 17
1. Ahmad dan kawan-kawannya ternampak seorang pencuri
mendekati rumah Pak Lah.
2. Pencuri itu masuk ke dalam rumah Pak Lah melalui tingkap.
3. Ahmad menelefon pihak polis dengan segera.
4. Polis menangkap pencuri itu dengan cepat.
5. Pak Lah mengucapkan terima kasih kepada Ahmad dan
kawan-kawannya.

Latihan 18
1. Kah Jun hendak melintasi jalan yang sibuk itu.
2. Dia ternampak seorang yang buta hendak melintasi jalan.
3. Kah Jun membimbing orang buta melintasi jalan yang sibuk
itu.
4. Orang buta itu mengucapkan terima kasih kepada Kah Jun.
5. Kita harus menolong orang yang memerlukan pertolongan.

Penilaian III
1. Encik Tan dan keluarganya sedang mengunjungi pesta
buku.
2. Berjenis-jenis buku yang dipamerkan di dalam dewan itu.
3. Ramai orang asyik membalik-balik buku yang dipamerkan.
4. Encik Tan dan keluarganyan telah memilih banyak buku.
5. Mereka berbaris untuk membuat pembayaran di kaunter
juruwang.

Anda mungkin juga menyukai