Anda di halaman 1dari 17

PRINSIP

PROPAGANDA
10/13/2014 1
Datuk Henrynus Amin
PJN, MA, BA Political Science, SIU-C, Il, USA
Setiausaha Agung

SEMINAR PEMANTAPAN AJK BAHAGIAN,
WANITA, PEMUDA & CAWANGAN N 35 MELALAP
Anjuran Bersama Pergerakan Wanita & Pemuda PBS, 23
Oktober 2912
PRINSIP
PROPAGANDA
Oleh Datuk Henrynus Amin
Setiausaha Agung PBS
APAKAH PROPAGANDA?
Tindakan yang sistematik untuk mempengaruhi
kepercayaan & sikap
Tindakan melalui penggunaan simbol seperti
perkataan, gaya, sepanduk, tugu peringatan,
musik, pakaian, insignia, reka bentuk, dll
Tindakan yang disengajakan dan ditumpukan
untuk mempengaruhi.
PROSES PROPAGANDA
Proses propaganda terdiri daripada tiga faktor:
Ahli propaganda dan mesejnya;
Teknik dan saluran media;
Orang yang didedahkan kepada propaganda
Propaganda atau Mesejnya
Tanda atau mesej yang bersifat sebagai
perangsang melalui penglihatan, pendengaran dan
perasaan.
Unsur bunyi - kata-kata, suara, musik, das tembakan, dll;
Gerak badan (gestures) - tabik hormat, senyum, berpeluk, dll;
Gaya (posture) - duduk malas, berlagak sebagai bangsawan, dll;
Struktur (structure) - tugu peringatan dan bangunan, dll;
Pakaian - pakaian seragam, pakaian periman, dll;
Tanda-tanda kelihatan (visual signs) - poster, bendera,
sepanduk, lencana, kertas bercetak, stem kenang-kenangan, dll.
SIMBOL
Simbol adalah sebarang tanda yang mempunyai
makna kepada seseorang.
Sesuatu simbol mungkin membawa makna yang
berlainan kepada dua atau tiga orang yang berlainan.
Contoh: Keris, Bersalaman, bulan sabit, palang, dll
Media Massa
Saluran atau alat yang digunakan untuk menyampaikan
maklumat kepada kumpulan sasaran.
Media bertulis - risalah, poster, papan tanda, surat khabar,
majalah, buku, contengan dinding, dll
Media audio visual yang terpenting ialah televisyen -
menyampaikan tanda-tanda secara spontan.
Audio visual lain - tayangan gambar, pidato umum, pawagam,
pancaragam, tunjuk perasaan, pameran seni, perbualan empat
mata, dan lain-lain lagi.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran adalah kelompok-kelompok
manusia yang ingin dipengaruhi untuk bertindak
mengikut kehendak ahli propaganda.
Misalnya, propaganda politik mungkin bertujuan untuk
mempengaruhi kumpulan sasaran menyokong parti-parti
tertentu dalam pilihanraya dengan menggunakan tanda-tanda
atau simbol-simbol yang disampaikan melalui media seperti
surat khabar atau ucapan-ucapan langsung.
Tujuan Propaganda
Propaganda bertujuan untuk mempengaruhi
orang ramai mengikuti sesuatu kepercayaan atau
membuat komitmen untuk suatu tindakan
seperti mengundi calon parti politik, menganuti
kepercayaan agama, menyokong dasar kerajaan,
dan lain-lain lagi.
Penyampaian Propaganda
Sikap manusia dipengaruhi oleh empat faktor
penting:
Kecenderungan (predisposition) - Memori yang tersimpan
menentukan sikap
Daya tarikan ekonomi - Menggunakan daya tarikan hadiah, sogokan,
ugutan, dll. Boleh digunakan bersama pengunaan simbol.
Paksaan fizikal (physical inducement) - Menggunakan perasaan cinta,
kekerasan, atau perlindungan dari kekerasan dan lain-lain lagi.
Tekanan sosial - Tekanan sosial menggalakkan atau menghalang
tindakan seseorang terhadap apa yang dikehendaki oleh pembuat
propaganda.
Prinsip Tiga Daya Tarikan
Kekuatan psikologi propaganda akan bertambah dengan
menggunakan prinsip 3 daya tarikan (Rosswell) (3 unsur
keperbadian) ego, id dan super ego (Freud).
Tindakan dan buah fikiran ditonjolkan seolah2 rasional, digalakkan, bijak,
pintar dan sesuai (daya tarikan ego)
Tindakan dan buah fikiran boleh menimbulkan keseronokan dan perasaan
kuat (daya tarikan id).
Tindakan dan buah fikiran dianggap bermoral, benar, lebih adil dan
berperikemanusiaan (daya tarikan superego).
Peranan Ibu Bapa
Selain menekankan buah fikiran dan dasar yang
dipercayai orang, propaganda menawarkan imej simbol
yang berkaitan dengan peranan ibubapa.
Sifat kanak-kanak dalam seseorang itu tinggal bersama
hinggalah kita dewasa dan kita sentiasa mencari simbol
ibubapa yang penyayang dan pengasih.
Contoh: konsep Bapa Pembangunan, Bapa Demokrasi, Bapa
Kemerdekaan, Huguan Siou, dll
Media Propaganda
Terdapat beribu-ribu media bertulis, audio visual
dan organisasi yang boleh digunakan oleh
pembuat propaganda.
Kesemua kelompok manusia adalah organisasi media yang berpotensi,
termasuklah keluarga dan organisasi kecil-kecilan seperti NGO, kesatuan
kerja, gereja, surau dan kuil-kuil, panggung wayang, pembaca novel,
special interest group, parti politik, organisasi kerajaan dan juga organisasi
dunia seperti Bangsa-bangsa Bersatu dan agensinya.
Pembuat propaganda harus memilih beberapa media terutamanya
pemimpin, role models dan organisasi yang mungkin boleh menarik
perhatian dan penerimaan kumpulan sasaran.
Masalah Perhubungan Maklumat
Secara sedar atau tidak sedar penerima menghadapi masalah
perhubungan dengan tiga cara
memilih perhatian (selective attention)
memilih penerimaan (selective reception) dan
memilih ingatan (selective recall).
Beri perhatian kepada penerbitan, tayangan filem, pemimpin dan
role models dimana pandangan media tersebut setuju dengan
pandangan umum.
Propaganda yang bijak menonjolkan mesej yang tidak jauh
berbeza dari apa yang sudah dipercayai oleh kumpulan sasaran.
Penggunaan Kumpulan Rujuk
Media yang paling berkesan pada hakikatnya
bukanlah dengan penggunaan media massa
seperti surat khabar dan televisyen tetapi
sebaliknya beberapa persatuan atau kumpulan
rujuk (reference group) dimana kumpulan
sasaran ingin mengaitkan pengenalan terhadap
dirinya.
Kumplan Penerima
Pendengar propaganda boleh dibahagi kepada 3
kumpulan.
Mereka yang sudah bersedia menerima apa yang
dikehendaki oleh ahli propaganda.
Mereka yang tidak ambil peduli atau berkecuali.
Mereka yang menentang dan mungkin benci kepada
propaganda yang disampaikan.
PENUTUP
Pada lazimnya, propaganda yang paling berkesan
adalah tehadap orang yang sememangnya sudah
setuju dengan saranan ahli propaganda.
Kepada orang yang berkecuali atau penentang
tidak mudah terpengaruh dengan propaganda
tanpa disertai dengan daya tarikan bukan
propaganda seperti paksaan atau tindakan
ekonomik atau tekanan positif sosial.

Anda mungkin juga menyukai