Anda di halaman 1dari 7

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006

Ulasan makalah
Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, "Konsep Perbuataan
Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam:
Pengaruh Dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam
Di Malaysia", Dalam Jurnal Pengajian Melayu, BIL.14
(2004), Hal. 48-63 (12 Halaman + 4 Halaman Nota
Hujung)
Wan Suhaimi Wan Abdullah
Isu Perbuatan Allah SWT adalah antara isu penting dan kontroversi
dalamsejarah Ilmu Kalam. Sememangnya manusia tidak mampu
memahami dengan selengkapnya akan hakikat Perbuatan Allah SWT
kerana is menjangkaui kemampuan akal manusia. Tanpa kenyataan wahyu
al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w. manusia tidak mungkin akan memahami
konsep tersebut. Tambahan lagi, jika clilihat dari aspek kaitan Perbuatan
Allah SWT itu dengan apa yang dilalui oleh manusia dalamkehidupan
sehariannya termasuk tindak tanduk dan perancangan hidupnya, maka
persoalan ini sememangnya amat mendasar. Ia tentunya berkait
rapatdengan persoalan Qada' dan Qadar yang merupakan satu dari rukun
iman dalamIslam.
383
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006
Dalamsejarah Ilmu Kalam, sekurang-kurangnya terdapat tiga aliran
penting yang dikaitkan dengan perbahasan tentang konsep ini. Mereka
ialah golongan Qadariyyah yang mendakwa bahawa manusia berkuasa
secara mutlak di atas perbuatannya. Fahaman ini di dokong oleh
golongan al-Mu'tazilah dan Syi'ah. Golongan Kedua ialah golongan
Jabariyyah yang meletakkan segala kuasa dan upaya secara mutlaknya
hanya kepada Allah SWT. Mereka mendakwa bahawa manusia tiada
pilihan dalamtindak tanduknya, semuanya ditentukan oleh Allah SWT.
Kedua-dua ekstremini ditolak oleh golongan ketiga iaitu golongan al-
Asha'irah yang menggabungkan di antara kedua-dua bentuk kuasa dan
upaya di atas. Manusia dikurniakan kuasa memilih dan melakukan apa
yang mereka ingini oleh Allah SWT namun dalammasa yang sama setiap
yang diusahakan oleh manusia tidak akan terjadi tanpa izin dan kehendak
Allah SWT. Ketiga-tiga fahaman dan pegangan ini sememangnya
mempunyai kesan yang mendasar ke atas persepsi manusia tentang realiti
dan hala tuju kehidupannya.
Dalamartikel "Konsep Perbuatan Allah (Ar al Allah) Dalam
Pemikiran Islam: Pengaruh Dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat
IslamDi Malaysia" ini, penulis menggambarkan kepada pembaca bahawa
beliau akan menganalisis dan membentang pandangan dan fahaman yang
komprehensif tentang persoalan Perbuatan Allah SWT (Aral Allah) dan
seterusnya melihat sejauh mana 'konsep' Perbuatan Allah yang
dikemukakan itu mempengaruhi pemikiran umat Islamdi Malaysia. Ia
sekurang-kurangnya akan memperkatakan tiga fokus perbahasan utama
iaitu; Konsep Perbuatan Allah SWT, penjelasan tentang konsep tersebut
dari perspektif Pemikiran Islamdan yang terakhir ialah pengaruh dan
kesan konsep tersebut ke atas pemikiran umat Islamdi Malaysia.
Perbincangan sebegini sememangnya suatu persoalan yang patut
diketengahkan diketengahkan demi melihat peranan akidah amnya dan
'konsep' Perbuatan Allah SWT khasnya dalammenentukan hala tuju
pemikiran masyarakat Islamdi Malaysia. Walau bagaimanapun, tajuk
384
Ulasan "Konsep Perbuatan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam"
sebegini yang disifatkan oleh penulisnya sebagai "persoalan yang agak
berat terutama dalambidang 'IlmKalamdan bidang-bidang yang
berkaitan dengannya" (h. 49) tidak mungkin dapat diolah secara adil dan
komprehensif dalamsebuah artikel setebal 12 halaman. Tambahan lagi,
apabila is diterbitkan sebagai sebuah kajian ilmiah dalamjurnal akademik.
Bahkan tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa kajian dan tajuk
sebegini lebih sesuai dikemukakan sebagai suatu kajian Kedoktoran atau
sekurang-kurangnya Sarjana.
Artikel setebal 12 halaman ini dibahagikan kepada Pengenalan (h.
48-49), Konsep AC al Allah Dalamal-Qur'an (h. 49-51: 2 halaman),
Konsep Aral Allah Dari Perspektif Tokoh Dan Madhhab DalamIslam
(h. 51-52: 1 halaman), Konsep Aral Allah DalamKonteks Pemikiran
Islam(h. 52-58: 6 halaman), Pengaruh Dan Implikasinya Kepada
Pemikiran Umat Islamdi Malaysia (h. 58-59: 2 halaman) dan Kesimpulan
(h. 59).
Sebagaimana yang ditegaskan di atas, topik perbincangan artikel ini
adalah luas dan sulit. Setiap sub-topik di atas misalnya patut dan perlu
diperuntukkan satu artikel berasingan untuk dijelaskan perbincangan dan
persoalannya secara yang adil dan ilmiah. Ini kerana tajuk Konsep Aral
Allah Dalamal-Qur'an misalnya tidak memadai dengan hanya
mengemukakan ayat-ayat berkenaan dan terjemahannya semata-mata
kerana persoalan 'Perbuatan Allah SWT' bukan suatu persoalan yang
boleh diambil ringan penghuraiannya terutamanya kerana isu ini memang
telah menimbulkan pelbagai perdebatan dalamsejarah Ilmu Kalam.
Lebih-lebih lagi pembentangan isu ini berdasarkan apa yang dipaparkan
'dalamal-Qur'an' perlu merujuk kepada sumber-sumber tafsir yang
memperkata dan memperjelaskan ayat-ayat berkaitan. Ini adalah
metodologi yang diterima umumdalamkajian ilmu-ilmu Islam.
385
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006
Dan segi pendekatan perbahasan, penulis tidak
menampakkan bahawa beliau objektif dalam
membentangkan pandangan mazhab-mazhab
yang dikemukakan. Contohnya, ketika
menghuraikan pandangan al-Asha'irah di bawah
tajuk 'Konsep Af'al Allah dari perspektif Tokoh
dan Madhhab DalamIslam', penulis nampaknya
tidak cuba membentangkan pandangan mazhab
tersebut dengan terperinci, adil dan menyeluruh.
Beliau nampaknya lebih selesa mendedahkan
'petikan' pandangan-pandangan tertentu yang
secara literalnya mungkin menyokong dan
menguatkan kritikannya terhadap al-Asha'irah.
Beliau dalammasa yang sama cuba menampilkan
betapa pandangan al-Mu'tazilah lebih jelas dan
patut disokong.
Selain itu, dikemukakan suatu perbincangan lain bertajuk 'Konsep
Af'al Allah DalamKonteks Pemikiran Islam'. Persoalannya apa yang
dimaksudkan dengan 'Pemikiran Islam' di sini? Kenapa pula perlu
diasingkan dari fokus sebelumnya iaitu 'dari perspektif tokoh dan
madhhab dalamIslam'? Apa yang jelas, berdasarkan pemerhatian ke atas
sumber rujukan perbincangan 'Konsep Af'al Allah DalamKonteks
Pemikiran Islam' ini, ia lebih menjurus kepada sumber-sumber Syi' ahl.
Oleh itu, ia sebenarnya lebih tepat jika dijodolkan sebagai 'Konsep Af'al
Allah DalamKonteks Pemikiran Syi'ah'. Tajuk ini yang dicadangkan ini
tentunya lebih terarah kerana ia pasti tidak akan mengelirukan pembaca,
iaitu dengan memaparkan pandangan Syi'ah sebagai mewakili 'Pemikiran
Islam'.
Lebih mengelirukan lagi ialah dalamsatu kenyataan, penulis menyebut
'Dalamsumber-sumber Islam...' dan beliau merujuk kepada dua sumber
Syi'ah atau Mu'tazilah2. Ini mengelirukan kerana penulis telah melabelkan
386
Ulasan "Konsep Perbuatan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam"
sumber dari kedua-dua mazhab minoriti yang banyak menerima kritikan
dari golongan Sunni ini sebagai mewakili 'sumber-sumber Islam'.
Pandangan ini bukan bermaksud menafikan keislaman kedua-dua
mazhab tersebut, namun ia bermaksud bahawa dalamkajian ilmiah yang
membandingkan aliran-aliran pemikiran dalamIslamsebegini,
pandangan mazhab-mazhab yang dikemukakan hendaldah dikaitkan dan
dipertanggungjawabkan kepada mazhab masing-masing dan bukan
kepada Islamsecara umum.
Seterusnya dalamkonteks 'Pengaruh Dan Implikasinya Kepada
Pemikiran Umat Islamdi Malaysia' (h. 58-59: 2 halaman), tiada
dikemukakan sebarang kenyataan tentang pengaruh dan implikasi
Konsep Aral Allah kepada pemikiran umat Islamdi Malaysia. Pembaca
mungkin mengimpikan sekurang-kurangnya suatu perbincangan lengkap
tentang isu-isu berkaitan, bagaimana konsep tersebut boleh atau telah
mempengaruhi pemikiran umat Islamdi Malaysia, pada aspek manakah
pengaruhnya jelas dapat dilihat, sejauh manakah implikasi pengaruh
konsep tersebut ke atas pemikiran umat Islamdi Malaysia dan apakah
ianya adalah suatu yang positif dan patut digalakkan ataupun sebaliknya,
ia adalah suatu yang negatif dan patut difikirkan langkah mengatasinya.
Semua perkara ini tidak dikemukakan oleh penulis.
Sebaliknya dipaparkan beberapa kenyataan dan fakta yang boleh
dipersoalkan. Sebagai contoh dicatatkan bahawa 'aliran yang
mendominasi pemikiran umat Islamakan menjadi faktor penentu sama
ada sesuatu pendapat atau pandangan tertentu itu boleh diterima atau
ditolak' (h.58). Kenyataan umumini beliau kaitkan dengan kenyataan
bahawa:
'al-Mu'tazilah atau dengan kata-kata lain, al-
Qadariyyah dalamkonteks masyarakat Islamdi
Malaysia dianggap sebagai bukan sebahagian
daripada umat Islam... Justeru, segala bentuk
dan hasil pemikiran mereka sangat sukar untuk
diterima dan dibenarkan' (h.58-59).
387
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006
Persoalannya benarkah bahawa umat Islamamnya dan di Malaysia
khasnya begitu 'tidak kritikal' dalammenentukan yang mana benar dan
yang mana salah sehingga hanya mampu menjadi 'pak turut' kepada
sesuatu aliran hanya kerana ia adalah aliran yang dominan? Apakah umat
Islamdi Malaysia hanya mengasaskan akidah mereka kepada taklid
semata-mata? Dan apakah pandangan al-Mu'tazilah ditolak hanya kerana
ia tidak dominan? Tidakkah penulis dan pembaca amnya terfikir bahawa
sesuatu aliran itu hanya akan diterima dan menjadi dominan di dalam
sesebuah masyarakat apabila ia mampu memberikan penjelasan yang
boleh diterima akal. Jadi, asas penentu bagi kebenaran sesuatu aliran
bukan pada aspek dominasinya dalamsesebuah masyarakat, tetapi
sebaliknya kebenaran aliran tertentu itulah yang akan menjamin dominasi
aliran tersebut. Oleh yang demikian, apabila al-Mu'tazilah, dan juga
Syi'ah, ditolak dan tidak mampu berkembang di Malaysia dan juga di
kebanyakan negara umat Islamyang lain, sama ada kini mahupun dahulu
sebagaimana yang tercatat dalamsejarah umat Islam, ini secara jelas
menunjukkan bahawa kebenaran aliran tersebut dipertikaikan dan tidak
boleh diterima akal.
Akhirnya dalam'Kesimpulan', penulis tidak menyatakan penemuan
yang boleh menjawab persoalan yang ditimbulkan dalamtajuk artikel.
Penulis hanya menyimpulkan bahawa persoalan Af al Allah yang berkait
rapat dengan konsep Qada' dan Qadar 'kurang mendapat tempat dan
tidak begitu diberikan perhatian oleh golongan tradisionalis yang
merupakan majoriti umat Islamkini khususnya di Malaysia' (h.59).
Kesimpulan ini juga tidak dapat dipastikan apakah mesejnya? Apakah ia
bermaksud bahawa umat Islamamnya dan di Malaysia khasnya tidak
fahamkonsep Qada' dan Qadar?
Apa pun jawapannya, yang pasti memang banyak persoalan yang
timbul ketika mentelaah makalah ini. Makalah sebegini, dilihat dari aspek
analisisnya mungkin tidak mampu mempengaruhi sesiapa khususnya jika
pembacanya mempunyai latar belakang yang jelas tentang akidah. Namun
388
Ulasan "Konsep Perbuatan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam"
tidak dinafikan bahawa is mungkin akan mengelirukan mereka yang tidak
berpengetahuan dalamakidah Islam.
Sebagai kesimpulan, ingin ditegaskan bahawa isu Perbuatan Allah
SWT, jika dilihat dari perspektif satu aliran Kalampun, adalah berkait
rapat dengan banyak isu penting yang lain umpamanya isu Sifat-sifat
Allah SWT khususnya Sifat Iradat, Qudrat dan Ilmu. Ia juga melibatkan
fahaman tentang apa sebenar konsep 'keadilan' dalamkonteks Allah
SWT, yang sememangnya berkait rapat dengan Nama dan Sifat Allah
SWT. Analisis tentang persoalan 'adil', 'matlamat', konsep 'keburukan dan
kebaikan' dan konsep 'kurang' (nags) misalnya perlu diperjelaskan secara
objektif dan menyeluruh. Pandangan dan tafsiran para ilmuwan, sama
ada dari kalangan ulama Kalamberbagai mazhab mahupun para tokoh
Tafsir al-Qur'an pelbagai aliran, perlu ditelaah dengan teliti sebelumkita
dapat mengemukakan dengan tepat apakah fahaman yang di dokong oleh
aliran-aliran tersebut. Begitu juga dengan perbincangan tentang
'pengaruh dan implikasinya kepada pemikiran umat Islamdi Malaysia'
yang sepatutnya dikupas secara ilmiah, berserta bukti dan hujah yang
jelas. Semua ini memerlukan pembentangan yang panjang lebar dan tidak
cukup hanya dalam12 halaman.
Nota
1
Lihat nota kaki no. 16-48.
2
Lihat hal. 54 dan nota kaki no. 28.
389

Anda mungkin juga menyukai