Perkataan protokol berasal daripada perkataan Yunani, iaitu Protos bermaksud yang pertama dan kolla bermaksud pelekat. Ditakrifkan sebagai satu susunan keutamaan dalam pangkat dan status serta prosedur yang betul dalam pertukaran diplomatik dan upacara - upacara negara. Secara umumnya, protokol didefinisikan sebagai peraturan-peraturan yang diterima oleh semua pihak sama ada dalam perhubungan seharian dalam masyarakat atau dalam pelbagai istiadat serta dalam majlis rasmi dan tidak rasmi. Protokol bertujuan mengamalkan sopan santun, memudahkan pengurusan dan pengendalian majlis, serta memberi penghormatan yang sewajarnya kepada seseorang. Amalan-amalan seperti memberi salam hormat, sapaan, adab berbual, adab makan, adab berpakaian, adab duduk serta berdiri adalah protokol yang kita amalkan setiap hari. Etiket Sosial Salah satu aspek dalam etiket sosial adalah tatacara menghadiri majlis. Terdapat beberapa panduan bagi menghadiri sesuatu majlis rasmi. Di antaranya adalah: a) Menjawab kad jemputan (hadir atau tidak sebelum tarikh yang dicatatkan) b) Teliti pakaian yang hendak dipakai c) Memastikan kelengkapan diri kemas dan cukup d) Tinjauan tempat majlis, agar tidak lewat sampai e) Ikut arahan penyambut f) Ikut peraturan yang ditetapkan g) Berdiri menghadap tetamu kehormat
Panduan-panduan ini harus diikuti agar majlis yang kita hadiri tidak diganggu oleh ketidaksediaan kita dan juga agar tetamu- tetamu lain rasa selesa dengan kehadiran kita. PENGENDALIAN MAJLIS RASMI Majlis rasmi bermaksud sesuatu majlis formal yang mengandungi tatacara dan protokol tertentu yang perlu diikuti. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam pengendalian majlis rasmi adalah:
i. Jawatankuasa Majlis rasmi ii. Tempat majlis iii. Senarai jemputan iv. Aturcara majlis v. Kesesuaian pakaian vi. Kad jemputan vii. Menu untuk jamuan viii. Susunan tempat duduk ix. Juruacara x. Penyambut tetamu xi. Raptai xii. Pasca nilai Penyediaan Senarai Jemputan Biasanya, dalam sesuatu majlis rasmi, Jawatankuasa Jemputan dan Urusetia hendaklah mengenal pasti para jemputan dan menyediakan empat jenis senarai jemputan. 4 senarai jemputan tersebut ialah: 1) Ringkasan senarai jemputan 2) Senarai nama 3) Senarai keutamaan 4) Senarai kehadiran 1. Ringkasan senarai jemputan Dicatat dalam kertas kerja perancangan dan merupakan senarai yang pertama. Disediakan untuk mengetahui secara kasar kategori tetamu dan bilangannya. Contoh ringkasan senarai jemputan bagi majlis rasmi Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Sekolah. Senarai Jemputan 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD 2 orang 2. Guru Besar/Pengetua Sekolah 14 orang 3. Jawatankuasa PIBG 20 orang 4. Ketua-ketua Jabatan 5 orang 5. Jawatankuasa Pembimbing Pelajar 15 orang 6. Ibu Bapa 700 orang ________ Jumlah 756 orang 2. Senarai Nama (senarai kedua) Jawatankuasa Jemputan perlu menyenaraikan nama tetamu dan tetamu kehormat mengikut kategori. Senarai tersebut mengandungi maklumat- maklumat berikut: i. Nama penuh dengan gelaran serta pingat (jika ada) ii. Jawatan dan pangkat iii. Alamat pejabat dan telefon iv. Alamat rumah dan telefon (jika perlu) v. Nama setiausaha sulit atau PA serta telefon (jika ada)
3. Senarai keutamaan (senarai ketiga) Senarai ini diambil daripada senarai nama (senarai kedua) disusun mengikut keutamaan. Contoh: Senarai Keutamaan 1) YB. Tan Sri Musa Muhamad Menteri Pendidikan Malaysia 2) Haji Razali Ismail Pengarah BPG 3) Ybhg. Dato Shafie Ismail Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan 4. Senarai kehadiran Digunakan untuk mengenal pasti tetamu yang akan hadir atau tidak hadir. Dalam majlis rasmi yang besar, nombor kerusi tetamu dicatat dan ditentukan bagi setiap tetamu yang memberi jawapan untuk hadir. Susunan Keutamaan Urusetia atau Jawatankuasa Sambutan/ Protokol perlu menyenaraikan susunan keutamaan bagi tetamu jemputan (VIP) dan tetamu kehormat (VVIP) dalam majlis rasmi. Susunan keutamaan perlu ditentukan dengan dua tujuan, iaitu: 1) Jawatankuasa Persiapan Tempat perlu menyediakan tempat duduk tetamu dalam majlis tersebut mengikut susunan keutamaan. 2) Pengerusi majlis/ juruacara akan membaca nama, pangkat dan jawatan tetamu kehormat dan tetamu jemputan mengikut susunan keutamaan. Dua kategori asas pertimbangan bagi menentukan susunan keutamaan, iaitu: 1) Pegawai-pegawai perkhidmatan kerajaan (bermula daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong dan YAB), Perdana Menteri sehingga kepada pegawai kerajaan di peringkat tertentu. Asas ini adalah berpandukan: Jenis jawatan Gred jawatan Gaji Darjah kebesaran
2) Asas yang diambil kira untuk orang awam ialah: Kedudukan dalam masyarakat Darjah kebesaran Susunan Tempat Duduk Dalam majlis rasmi, susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Susunan tempat duduk bagi majlis perasmian: a) Kekananan bagi dua orang:
b) Kekananan bagi tiga orang:
1 2 b) Kekananan bagi lima orang: c) Kekananan bagi empat orang: 3 1 2 4 Tertib Di Meja Makan Beberapa tatacara perlu diketahui semasa berada di meja makan. Antaranya ialah: 1) Duduk di ruangan atau kerusi dengan tertib dan memakai napkin. 2) Memastikan dan mengetahui cara menghidang makanan sama ada masakan Barat, masakan tradisional, masakan Cina dan sebagainya, Ini kerana cara menghidang adalah berbeza mengikut jenis masakan dan mangkuk yang digunakan. 3) Sesetengah sajian Cina menggunakan beberapa jenis mangkuk dan sudu. Pastikan mangkuk dan sudu yang digunakan tidak digunakan secara salah. Contohnya, mangkuk nasi digunakan untuk memasukkan sup.
4) Mengetahui susunan gelas, sudu dan garpu. Misalnya bagi sajian cara Barat, gelas dan cawan diletakkan di sebelah kanan pinggan makan. Setiap orang perlu mengambil gelas dan cawan di sebelah kanan mereka. 5) Mengambil sayur-sayuran atau lauk yang berada di bahagian hadapan. Tunggu giliran dengan sabar. Ambil sayur-sayuran atau lauk dengan kadar yang sedikit sahaja supaya semua orang dapat menikmatinya. 6) Pastikan sudu atau garpu tidak berlaga atau mengeluarkan bunyi ketukan dengan pinggan nasi atau mangkuk. 7) Kunyah makanan dengan perlahan-lahan. Jangan bercakap semasa makanan masih banyak di dalam mulut. 8) Angkat tangan jika perlu bantuan pelayan dan tunggu sehingga pelayan sampai. Susunan Bendera Biasanya dalam sesuatu majlis rasmi, bendera- bendera yang terlibat adalah bendera negara, bendera negeri dan bendera badan/ pertubuhan (berkenaan). Jika majlisnya adalah majlis Peringkat Persekutuan, maka bendera Negara diberi keutamaan; manakala dalam majlis peringkat Negeri, bendera Negeri diberikan keutamaan. Contoh: Majlis Peringkat Persekutuan. (bendera Negara diletak di sebelah kanan)
Majlis Peringkat Negeri (bendera Negeri diletak di sebelah kanan)