Anda di halaman 1dari 4

Mengumumkan ketibaan:

Yang Berhormat Kapten (B) Dato Hj Mohd Johari B Hj Husain


diiringi oleh Yang DiPertua PIBG,Tuan Guru Besar dan tetamu-tetamu jemputan.

Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat
Seribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Yang Berhormat Kapten (B) Dato, Hj Mohd Johari B Hj Husain, merangkap ADUN Tioman

Yang Berusaha Tn Hj Hamili B Mohd Guru Besar Sk Lktp Selendang 01, dan barisan pentadbir.

Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG Sk Lktp Selendang 01, En Nashruddin B Ishak dan Kepimpinan Ahli
Jawatankuasa PIBG SK L:ktp Selendang 01.

Yang Dihormati , guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.

Pada petang yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-22 Sk Lktp Selendang 01.


Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Kapten (B) Dato Hj Mohd Johari B Hj
Husain ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22.

Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa,
guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau
platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang
dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah.
Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyakalau kita
dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan
Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil
Ustaz Amran B Alias untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Amran B Alias atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Majlis pada petang ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Hamili Bin Mohd
Guru Besar SKSS untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.


Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Tn Hj Hamili Bin Mohd Guru besar SKSS. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.


Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang DiPertua PIBG , Yang Berusah en Nashruddin
Bin ishak untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan..


Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG En Nasrhuddin bin Ishak . Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih.

Sidang hadirin yang budiman,

Kalau Dato pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada Dato ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

majlis dengan sukacita dan penuh takzim kehadiran Yang Berhormat Kapten (B) Dato Hj Mohd Johari B
Hj Husain, merangkap ADUN Tioman bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Mesyuarat Agung PIBG kali ke 22

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada kehadiran Yang Berhormat Kapten (B)
Dato Hj Mohd Johari B Hj Husain,
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang
Jaya, Encik Abd Halid bin Mohamad Yassin untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan
kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli atas kesudian Dato menghadiri majlis
perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya ke 12 tahun 2012.

Tinggi bukit silang-gemilang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan.


Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan guru
SMK Sijangkang Jaya. Hadiah cabutan bertuah kita pada hari ini telah disumbangkan oleh;
Yang Berbahagia Dato Hj Nordin bin Selamat.
Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang.

Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan NYDP PIBG bagi menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Dato Hj Sulaiman bin Mohd Karli dan Yang Dihormati Encik Ahmad bin Yahya untuk naik ke
pentas untuk membuat cabutan.

Dipersilakan Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli untuk membuat cabutan 5 nombor
bertuah.
Encik Ahmad bin Yahya juga diminta untuk membuat cabutan 5 nombor bertuah.


Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini.

Penerima bertuah yang pertama ...................
Hadirin bertuah yang terakhir ialah .................

Hadirin sekalian,
Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk
bersabar dan setia menunggu sehingga ke akhir majlis.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada khilaf dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya 2012. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Hj Sulaiman b. Mohd Karli dan para
jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengetua,
Yang Berusaha Pn. Hjh Noor Hayati bt Sarbini, untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Gerakan
Sekolah.

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera.

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke 12 akan dipengerusikan
oleh Naib Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Encik Abd Halid bin Mohd Yassin.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai