Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan
Objektif
Pengisian Program
Ahli Jawatankuasa
Laporan Program
Untaian Memori













PROGRAM AKIL BALIGH

PENDAHULUAN
Mendidik bukan satu tanggungjawab yang mudah. Mendidik memerlukan kesabaran
dan keyakinan yang tinggi agar murid sentiasa berubah untuk menjadi cemerlang.
Pendidikan holistik adalah penting dalam melahirkan insan yang cemerlang dalam segala
aspek mengikut acuan falsafah pendidikan negara iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual
dan sahsiah (JERIS).Malahan sejak kebelakangan ini, penekanan terhadap Kemenjadirian
Murid sering diperkatakan. Berdasarkan senario pada masa kini, Program Akil Baligh
dicetuskan sebagai satu wadah untuk melahirkan murid yang cemerlang dari segi
sahsiahnya selain akademik. Menerusi program sebegini, diharap akan menjadi pemangkin
kecemerlangan murid dari segi sahsiah dan akademiknya.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 4 dan tahun 5

ANJURAN
Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Panitia Agama Islam






























OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang perubahan diri mereka dari segi
fizikal dan biologi.

Murid dapat memahami lebih mendalam tentang perubahan fizikal yang sedang
berlaku dan bakal mereka tempuhi.

Murid lebih memahami tanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri demi
kesihatan.

Murid akan didedahkan tentang kepentingan menjaga kesucian diri dan keselamatan
diri sebagai seorang gadis.








































PENGISIAN PROGRAM
BIL AKTIVITI TARIKH MASA TEMPAT
1 - Taklimat tentang
program .
- Murid diberi makan dan
minuman pagi.















29 September 2011





7.40
Dataran Ilmu
Kantin sekolah
2 - Murid di asingkan
mengikut jantina
Murid tahun 4
lelaki di Surau
Sekolah.
Murid tahun 4
perempuan di Bilik
Serbaguna.
3 - Murid Lelaki Tampan
Bergaya









8.30
Surau Sekolah
4 - Murid Perempuan
Manisnya menjadi
gadis







Bilik Serbaguna
5 Penerangan tentang
Perbezaan antara
Perempuan dan Lelaki
6 LDK
7 Penerangan tentang
Darah Haid
8 Demonstrasi Penjagaan
Kebersihan ketika
didatangi haid
Program tamat
TAHUN 5
- Taklimat tentang
program .
- Murid diberi makan dan
minuman pagi.









30 September 2011
7.40 Dataran Ilmu
Kantin sekolah
- Murid di asingkan
mengikut jantina
Murid tahun 5
lelaki di Surau
Sekolah.
Murid tahun 5
perempuan di Bilik
Serbaguna.
- Murid Lelaki Tampan
Bergaya
8.30 Surau Sekolah
- Murid Perempuan
Manisnya menjadi
gadis
8.30 Bilik Serbaguna
Penerangan tentang
Perbezaan antara
Perempuan dan Lelaki

LDK
Penerangan tentang
Darah Haid

Demonstrasi Penjagaan
Kebersihan ketika
didatangi haid










\


















Dalam era globalisasi pada masa kini, Negara kita kaya barangan
teknologi yang serba canggih menjadikan masyarakat ini dikenali sebagai celik IT.
Penggunaan kemudahan teknologi pada zaman ini amatlah dititik beratkan kerana ia
merupakan salah satu perkara terpenting untuk kemajuan sesebuah Negara. Namun begitu,
tidak kesemua kemudahan yang di sediakan ini boleh membawa kepada perkara yang positif
sahaja, malah kemudahan- kemdahan seperti inilah yang banyak membawa kepada kesan
negatif.
Pada peringkat permulaan, mereka lebih mudah dipengaruhi oleh
keadaan persekitaran terutamanya pengaruh rakan sebaya. Ini kerana pada peringkat ini
lebih banyak masa yang dibuang bersama-sama rakan mereka jika dibandingkan dengan
masa yang dihabiskan bersama ibu bapa. Tambahan pula, majoriti masyarakat kita
merupakan masyarakat yang bekerjaya. Maka, amat sedikit masa yang dapat diberikan
kepada anak-anak mereka. Oleh yang demikian, kebanyakan remaja ini mudah terdedah
denagan pelbagai masalah sosial.
Justeru menjadi tanggungjawab Unit Bimbingan dan Kaunseling serta
Panitia Agama Islam untuk membuat program kerohanian dalam membantu para remaja ini
iaitu murid-murid tahap dua. Menerusi Program Namaku Remaja diharap dapat membantu
para murid untuk menjaga batasan diri antara murid lelaki dan murid perempuan. Di dalam
program ini nanti, murid akan didedahkan dengan perbezaan jantina antara lelaki dan
perempuan.
Pengisian di dalam program ini juga akan dimasukkan tentang tanda
awal seseorang murid sudah memasuki akil baligh dan bagaimana untuk menguruskannya.
Di dalam slot ini, murid-murid akan dibimbing oleh guru mengikut gender iaitu murid
lelaki akan dibimbing oleh guru lelaki/ ustaz dan murid perempuan akan dibimbing oleh
guru perempuan / ustazah.
Program Namaku Remaja akan di jalankan selama dua hari iaitu pada
hari Khamis dan Jumaat. Program akan mengambil masa pertama sehingga waktu rehat
tahap kedua. Murid-murid akan di asingkan mengikut gender sepanjang sesi program
berlangsung. Pada hari pertama, cermah akan dijalankan kepada murid tahun empat dan
diikuti pada hari kedua dengan murid tahun lima. Di dalam program ini, demonstrasi
penggunaan dan pengurusan tuala wanita akan ditunjukkan. Murid-murid akan di ajar
tentang kebersihan diri dan juga kepentingan menjaga kesucian diri serta cara mandi hadas.
Kemuncak program ini ialah setiap murid akan melakukan salah satu
demonstrasi yang ditunjukkan oleh penceramah dengan pemerhatian guru-guru. Murid
perempuan akan melakukan sendiri cara pengurusan tuala wanita sehingga selamat untuk
dibuang ke dalam tong yang disediakan. Manakala murid lelaki pula akan diberi peluang
untuk melakukan mandi wajib sambil dibimbing oleh guru lelaki / ustaz. Kesemua aktiviti
program dilakukan berasingan iaitu ceramah murid perempuan di bilik serbaguna dan murid
lelaki di surau sekolah.
Secara keseluruhannya, murid kini dapat gambaran tentang persediaan
akil baligh dan batasan antara lelaki dan perempuan. Insyaallah dengan ilmu yang
diperolehi ini, murid akan lebih menjaga kehormatan diri dan lebih menyayangi diri sendiri.
Ini secara tidak langsung, peratus murid yang terlibat dengan gejala sosial dapat dikawal.

Kekuatan :
Mendapat kerjasama yang padu daripada Panitia Agama Islam.

Murid mendapat pendedahan baru tentang amali pengunaan dan pengurusan tuala
wanita.

Murid dapat pendedahan tentang cara mandi hadas yang betul dan mengikut tertib.

Murid dapat pendedahan tentang kepentingan menjag kehormatan dan kesucian diri.

Kelemahan :
Murid tahun lima kurang memberi kerjasama dalam perbincangan terbuka
disebabkan malu.

Cara Mengatasi :
Murid boleh berjumpa dengan guru bimbingan di Unit Bimbingan dan Kaunseling
untuk mengadakan sesi kaunseling kelompok atau individu jika tidak selesa untuk
berbicara secara terbuka.

Guru Agama Islam juga boleh membantu dengan menjadi tempat rujukan murid-
murid jika mempunyai kemusykilan tentang haid / akil baligh / tertib mandi hadas.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

............................................... ...................................
(ATHIAH BT MOHD HASSAN) ( SUHAIMI B ALI )
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar
SK Putrajaya Presint 11(1) SK Putrajaya Presint 11(1)





























Peserta sedang membuat LDK dengan bimbingan guru


Peserta sedang kusyuk mendengar ceramah daripada Guru




Antara slide yang dipaparkan semasa ceramah berlangsung.



Peserta diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dengan peserta lain.


Peserta turut diberi peluang membuat praktikal selepas ceramah.



Bahan cucian yang telah selesai