Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,

02500 MATA AYER, PERLIS


_____________________________________________________________________________________________
1


LAPORAN SUKANTARA PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2013


TARIKH : 15 MEI 2013
MASA : 3.00 6.30 PETANG
TEMPAT : PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA

Acara Sukantara adalah salah satu program di bawah Unit Kokurikulum yang diadakan
sebelum menjelangnya Acara Kejohanan Olahraga Tahunan bagi setiap tahun. Acara Sukantara
ini merupakan kesinambungan daripada Acara Merentas Desayang telah diadakan pada 8 Mac
2013 yang lalu.Pungutan mata yang diperolehi dalam acara tersebut akan digabungkan
bersama pungutan mata yang diperolehi oleh setiap rumah sukan di dalam Acara Sukantara.
Keseluruhan mata yang diperolehi di dalam kedua-dua acara sukan tersebut akan dibawa ke
acara kemuncak iaitu Acara Kejohanan Olaharaga Tahunan.
Pada tahun ini, Acara Sukantara ini melibatkan semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.
Acara disertai oleh 372 orang murid yang mewakili rumah sukan iaitu Merah, Biru, Kuning dan
Hijau. Acara Sukantara bermula pada jam 3.00 petang dimana semua guru dan murid
berkumpul di foyer SKGN untuk menjalankan sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh guru
rumah sukan masing-masing. Pada 3.30 petang,murid-murid melakukan aktiviti memanaskan
badan yang diketuai oleh Encik Rohisyam Bin Abidin dibantu oleh beberapa orang murid.
Selesai sahaja aktivti memanaskan badan, Encik Chatri a/l Sing (GPK Kokurikulum) memberi
penerangan tentang perjalanan Acara Sukantara kepada semua murid. Setiap murid
dikehendaki melaksanakan 3 acara sukan iaitu Acara Lari 100 Meter, Acara Lompat Jauh dan
Acara Lompat Tinggi. Setiap murid dikehendaki melepasi tahap yang telah ditetapkan untuk
memperolehi 2 mata bagi setiap acara. Encik Chatri juga memberi galakan kepada semua murid
untuk menyertai setiap acara kerana setiap penyertaan walaupun tidak melepasi tahap yang
ditetapkan akan diberikan 1 mata. Pada jam 4.00 petang, semua murid bergerak mengikut
rumah sukan masing-masing mengikut acara sukan yang telah ditetapkan oleh guru.
Keseluruhan perjalanan bagi 3 acara tersebut berjalan lancar kerana semua ahli rumah sukan
telah mematuhi Sistem Giliran Acara yang telah ditetapkan. Ini memudahkan perjalanan acara
yang berlaku secara serentak bagi ketiga-tiga acara. Kerjasama daripada semua guru dan staf
sokongan sangat baik dan telah melancarkan proses penghakiman bagi kesemua acara sukan.
Pada jam 6.00 petang semua murid berkumpul di foyer SKGN mengikut rumah sukan
untuk mengetahui hasil kutipan mata bagi setiap rumah sukan. Encik Chatri a/l Sing (GPK
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,
02500 MATA AYER, PERLIS
_____________________________________________________________________________________________
2

Kokurikulum) mengumumkan keputusan keseluruhan pungutan mata bagi rumah sukan bagi
Acara Sukantara iaitu Rumah Merah (321 mata), Rumah Hijau (319 mata), Rumah Kuning (308
mata) dan Rumah Biru (269 mata). Hasil jumlah mata terkumpul bagi dua acara iaitu Merentas
Desa dan Sukantara menunjukkan di kedudukan pertama ialah Rumah Hijau (397mata), kedua
ialah Rumah Merah (385 mata), ketiga ialah Rumah Kuning (378 mata) dan tempat keempat
adalah Rumah Biru ( 329mata). Secara keseluruhannya perjalanan Acara Sukantara Peringkat
Sekolah Kebangsaan Guar NangkaTahun 2013 berjalan lancar tanpa berlakunya sebarang
kemalangan yang tidak diingini. Unit Kokurikulum SKGN mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
Acara Sukantara tahun 2013. Diharapkan agar semangat kerjasama ini dapat diteruskan bagi
menjayakan pelbagai lagi program yang akan dianjurkan pada masa mendatang.

Laporan disediakan oleh ,


.
(NUR ADILA BINTI MOHD FADZIL)
Setiausaha Sukantara Tahun 2013,
Sek.Keb. Guar Nangka,
02500 Mata Ayer, Perlis


Disemakoleh ,


.
(CHATRI A/L SING)
GPK.Kokurkulum
Sek.Keb. Guar Nangka,
02500 Mata Ayer, Perlis


Disahkanoleh ,

.
(NOORIZAH BINTI SHUID)
Guru Besar,
Sek.Keb. Guar Nangka,
02500 Mata Ayer, Perlis
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,
02500 MATA AYER, PERLIS
_____________________________________________________________________________________________
3


LAPORAN BERGAMBAR

SUASANA SESI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT


SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,
02500 MATA AYER, PERLIS
_____________________________________________________________________________________________
4


SUASANA AKTIVITI SUKANTARA


















SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA,
02500 MATA AYER, PERLIS
_____________________________________________________________________________________________
5


KEPUTUSAN PUNGUTAN MATA SETIAP RUMAH SUKAN

Anda mungkin juga menyukai