Anda di halaman 1dari 4

Masakan Ala Rimba

Sabtu, 12 Disember 2009


Asas Masakan Hutan
Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli
pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak
mengizinkan ahli pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang
cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara
contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa kilometer
menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan
belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa
contoh masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli
pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan
bekalan makanan, sesat atau kemalangan ringan.

Resipi Pertama - Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam,
air dan ranting kayu atau belahan buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan
dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga
sebati sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk
selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang belahan
buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana
bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi.
Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan
supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak,
bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ?
Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan
kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting
kering supaya tidak ditiup angin.

Kebaikkan Menggunakan Lubang Api
1. melindungi tiupan angin
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta
1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta
4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap

Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan
beberapa helai daun kelapa atau daun pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua.
Buat lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi
dengan mudah. Beras yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan
berlahan-lahan bersama-sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya.
Ukuran beras ialah separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan.
Seterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun pandan (jika
ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir
sekali, masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan
tunggu sehingga mendidih dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak
ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah
dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat sedap dan berbau wangi
seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.

Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh
Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan
beberapa helai daun pisang muda.
Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian
cuci sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian
dalamnya (seperti buat lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke
dalam buluh. Ukuran beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan
dan tuangkan air hingga 3/4 penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang
muda yang telah dibuat gumpalan. Tujuannya supaya habuk dan asap tidak
masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi
beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda
nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih yang
dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.

Resipi Keempat - Masak telur dalam limau
Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau
sunkist, dan beberapa batang lidi.
Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu
dipotong ialah di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti
tutupnya. Kemudian buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya
tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar sahaja untuk dijadikan 'periuk'
sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal dan
basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 'periuk
limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas.
Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan
'mangkuk limau' yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api.
Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. Rasa
telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi.

Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat

Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.
Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan
tanah liat tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan
tanah liat sehingga tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan
tebal supaya telur tidak pecah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai,
masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu sehingga masak. Tanda telur
telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.
http://drkhairuddin.blogspot.com/2009/12/masakan-hutan.html