Anda di halaman 1dari 6

Konsep dan Tujuan Perkhemahan

A. Definisi Perkhemahan

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit,
di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau
memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan,
perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran
anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan,
perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.

TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat
seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman
globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-
bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius.
Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah
mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya
menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya.
Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat
diutamakan dalam pergerakan tersebut.

Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa
menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di
bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting
kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat
yang lebih kompleks dan mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh
remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:

1. Berkhemah sebagai cara pendidikan.

Merupakan salah satu kaedah menyalurkan pendidikan terarah yang
disampaikan secara langsung dan tidak langsung dalam pergerakan
pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke
tempat perkhemahan, peserta terpaksa berjalan kaki, berbasikal dan
sebagainya. Kerap kali mereka terpaksa merentas bukit-bukau, danau
dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada
diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan-
latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani
dan mental.


Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada bidang
akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di
mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua
kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya,
memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan
sebagainya.

Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya
mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan
persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa. Sesetengah-
sesetengah mereka tidak mengenali pokok getah atau padi dan
sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di
kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai. Mereka dapat
melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan
sebagainya. Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan
ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan
perkampungan tertentu.

2. Berkhemah sebagai cara ibadat.

Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk
menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan
melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata
memandang, sekaligus mewujudkan rasa keinsafan kepada - Nya dan
juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha
Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita
untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagai-bagai,
seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimen-
spesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita
kepada kebesaran Allah S.W.T yang


menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting
ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu
adalah merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.

3. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.

Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap
peserta akan tinggal bersama. Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran,
melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka
dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek
seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya.
Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan
semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Di perkhemahan setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua
masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya.
Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama,
Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan
aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat
penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu
masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin.

Di perkhemahan juga, banyak pertunjukkan kebudayaan dapat
diadakan. Peserta dari kumpulan, daerah, atau negara lain yang
menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan
masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam
sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita
yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan dan
mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.




4. Berkhemah Untuk Rekreasi.

Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok.
Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada
suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada
segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal.
Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal
buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur
apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.Jiwa yang damai akan
melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

5. Berkhemah Untuk Menghargai Alam Semulajadi dan Mencari
Ketenangan.

Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan yang
diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri
dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar
semula jadi yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin
juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah
alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak
henti-henti membinasakannya.

Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada
mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin hampir
kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang semakin
hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada pelbagai
provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila dunia
sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini
bertambah-tambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang
dengan mendadak terhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan
nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya.

Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu
perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita
mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran
tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya
dengan mudah dengan adanya bantuan daripada teknologi-teknologi
yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita
serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

6. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.

Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas
Perang Dunia II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi
berjuta- juta keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk
berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan
taman-taman lipur dan kawasan-kawasan perkhemahan khas. Lebih
dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan,
negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan.
Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi
maklumat-maklumat kepada bakal pekhemah tentang tempat-tempat
dan kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan
banyak sekali terdapat buku dan brocer panduan tentang
perkhemahan diterbitkan.

Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi
apabila kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak
perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api,
memasak serta mandi bersama-sama di sungai. Selain dapat
mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk
lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih
masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang
menyeronokkan dan membaiki semula hubungan yang telah lama
tegang.

7. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan.

Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif untuk
meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai
usaha untuk mempromosikan perihal kesihatan agar setiap individu
menjadi lebih prihatin, berpengetahuan dan berkeupayaan dan
mempertingkatkan status kesihatan mereka.

Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan
mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas,
bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat
seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi
amalan-amalan yang menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok,
mengambil pil atau dadah dan sebagainnya.