Anda di halaman 1dari 60

KAUNSELING

KERJAYA GUNAAN
SKC5213
Mengenal Pasti
Keperluan Klien Dan
Membina Matlamat
Klien
DISEDIAKAN UNTUK

PROF MADYA HAMZAH SAMAD


Ahli-ahli kumpulan
• AB RASHID B JAPRI (803488)
• S. ANANDARAJAN (803462)
• JOTHILETCHUMY A/P R.VEERAPAN (803339)
• ROSHIDAH BT SALLEH (803480)
• MOHD YUSOF B. AHMAD ( 803473)
• ZAINI B. MD NOR ( 803488)
Soalan 1

Sekiranya anda seorang klien yang


sedang berusaha mengenal pasti bidang
kerjaya yang ingin diceburi, apakah
keperluan-keperluan yang ingin anda
penuhi?
Pengenalan
• Sekiranya saya seorang klien yang sedang berusaha
mengenal pasti bidang kerjaya yang ingin diceburi
saya harus menjangka dengan baik tentang
personaliti, minat, nilai serta kebolehan hingga
pilihan yang dibuat setimpal dengan ciri-ciri diri saya.
• Saya harus mengenalpasti dan menganalisis
keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali
dunia pekerjaan.
KEPERLUAN-KEPERLUAN YANG INGIN DIPENUHI

• KEPERLUAN DARI SEGI KERJAYA


• KEPERLUAN DARI SEGI EKONOMI
• KEPERLUAN DARI SEGI KENDIRI
• KEPERLUAN DARI SEGI SOSIAL
Keperluan : Kerjaya
• Minat dan kecenderungan individu dalam sesuatu
pekerjaan menjamin kepuasannya dalam bekerja.
• Kejayaan dalam kerjaya berdasarkan sanjungan
daripada majikan dan masyarakat akan merangsang
individu memberi perkhidmatan yang cemerlang
dalam kerjayanya.
• Oleh sebab itu seseorang pekerja yang aktif
dikatakan sentiasa menumpukan penuh minat
terhadap pekerjaan yang diceburinya.
samb
• Kecemerlangan seseorang individudalam kerjayanya
dapat memberi kepuasan kepadanya walaupun telah
bertahun-tahun berkecimbung dalam kerjaya yang
sama.
• Contohnya seorang yang menjadi guru akan terus
berkhidmat sebagai seorang guru sehingga pencen
kerana minat dan kepuasan dalam profesion yang
diceburinya.
Keperluan : Ekonomi
• Pendapatan dalam bentuk gaji atau upah pada setiap
kerja yang dilakukan amat penting bagi setiap
individu yang bekerja.
• Dalam zaman moden ini, ukuran sosial dan status
ekonomi sering memberi kesan kepada institusi
kewangan untuk memberi pinjaman kepada individu
yang memerlukannya.
Keperluan : Kendiri
• Penghargaan antara ahli kelompok terhadap seseorang
individu akan menyebabkan dirinya berasa gembira, megah
dan terhutang budi terhadap organisasinya.
• Demikikian juga individu tersebut akan berasa bangga
sekiranya berkhidmat dalam organisasi atau institusi yang
terkemuka, manakala bagi individu yang bekerja akan hilang
keyakinan kendirinya dan seterusnya menyisihkan diri
daripada sahabat handai dan saudar mara yang lebih tinggi
kedudukannya.
Keperluan : Sosial
• Masyarakat berbangga dengan individu yang rajin
dan sanggup memberikan perkhidmatan serta
kebajikan kepada orang ramai di samping mendapat
memperolehi pendapatan bulanan.
• Ukuran sosial hari ini masih mementingkan individu
yang berkedudukan.
• Dalam masa berinteraksi dan berkomunikasi,
individu tersebut memupuk penerimaan,
persefahaman, tolong-menolong dan rasa
kesepunyaan antara rakan sekerja dan masyarakat.
Rumusan
• Secara keseluruhannya, setiap individu mempunyai
keperluan yang berbeza-beza di antara satu sama
lain.
• Terdapat individu yang meletakkan keperluan
ekonomi sebagai pilihan utama dan ada juga yang
menjadikan keperluan kendiri sebagai kriteria utama
dalam memilih pekerjaan.
• Di samping itu, bagi seseoran individu keperluan
sosial dan keperluan kerjaya perlu juga
dititikberatkan bagi menjaminkan kepuasan dalam
karier.
Soalan 2
Klien, pada kebiasaannya, mempunyai
pelbagai perkara yang ingin diberi perhatian
(concerns), dan selalunya, apabila memasuki
sesi kaunseling, dia berada di dalam keadaan
krisis dan kecelaruan. Apakah yang perlu
dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh klien ?
Pengenalan
• Brown and Brook (1986) dalam Sidek Mohd Noah
(2002:229) mendefinisikan kaunseling kerjaya
sebagai satu proses interpersonal yang direkabentuk
untuk membantu individu yang mengalami masalah
perkembangan kerjaya.

• Perkembangan kerjaya ialah satu proses memilih,


mamasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri
dalam perkerjaan.
samb
• Kaunselor perlu mengenalpasti klien yang berada
dalam keadaan krisis dan kecelaruan.
• Iaitu yang tidak dapat membuat keputusan akibat
mengalami masalah psikologi dan klien yang tidak
dapat membuat keputusan kerjaya kerana
kekurangan maklumat tentang dunia kerjaya.
• Kaunselor boleh menggunakan proses kaunseling
kerjaya dalam membuat keputusan:
Proses Kaunseling kerjaya:
Model Membuat Keputusan

1. Membina hubungan kaunseling

2. Meneroka latarbelakang
3. susulan
klien berkaitan kerjaya

4. Menerokai kekuatan potensi klien 5. Mengenalpasti matlamat klien

6. Penamatan 7. Membuat tindakan

8. Mengenalpasti alternative yang ada

9. Membuat pilihan kerjaya


1. Membina Hubungan Kaunseling
• Proses kaunseling dimulakan dengan membina
hubungan yang baik dengan klien.
• Kaunselor menenangkan emosi dan relaks tenang
tidak menggelabah. Kaunselor melayan dengan
mendengar luahan perasaan klien.
• Kemesraan adalah prsyarat kepada kepercayaann
dan kerjasama antara kaunselor dengan klien.
2. Meneroka Latarbelakang Klien
• Kaunselor harus meneroka latar belakang klien. Kaunselor
harus sedar bahawa klien terdiri daripada perlbagai
latarbelakang.
• Hal ini meliputi hal-hal yang berkaitan pendidikan dan
pekerjaan ibubapa serta pekerjaan keluarga, sikap klien
terhadap sekolah, pencapaian, gred, perkara yang diminati,
latihan, hobi dan kegemaran.
• Jenis pekerjaan yang diminati samada pekerjaan yang
sukarela ataupun makan gaji.
• Kesanggupan kline sendiri samada mengalami perubahan
pekerjaan atau tempat tinggal.
3. Meneroka Kekuatan Dan Kelemahan
klien Berkaitan Kerjaya

• Kaunselor perlu menerokai kelemahan


dan kekuatan klien.
• Penerokaan itu meliputi aspek minat,
personaliti, nilai pencapaian individu.
• Di samping itu penerokaan aspek sikap,
konsep kendiri, aras motivasi dan lain-
lain juga boleh di sentuh.
4. MengenalPasti Matlamat Kerjaya

Kaunselor perlu mengenalpasti beberapa


matlamat yang sesuai dengan potensi diri
klien secara bersama dengan kaunselor.
5. Mengenalpasti Alternatif
yang ada
• Kaunselor perlu mengenalpasti altenatif-
altenatif yang berkaitan dengan matlamat
yang telah dikenalpasti.
• Kebaikan dan keburukan setiap altenatif yang
perlu ditentukan dan dikenalpasti.
6. Membuat Pilihan Kerjaya
• Berdasarkan matlamat dan alternatif yang
telah dikenalpasti kaunselor dan klien perlu
berbincang agar satu keputusan berkaitan
pilihan dapat dilakukan dan bagaimanapun
keputusan akhir kerjaya perlu dibuat tentukan
oleh klien sendiri.
7. Membuat Tindakan
• Setelah klien menentukan keputusan pelan tindakan
atau perancangan untuk mencapai matlamat yang
telah diputuskan boleh dibincangkan bersama.
• Proses membuat tindakan ini adalah proses
perlaksanaan langkah pertama kepada matlamat.
• Oleh yang demikitan klien harus mempunyai
kaazaman dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapai matlamat kerjayanya.
8. Menamatkan Sesi
• Penamatan sesi perlu dilakukan setelah klien berjaya
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan
kerjaya yang bakal diceburinya.
• Penamatan ini dilakukan secara formal. Selaras dengan
falsafah kaunseling mengajar individu agar tidak bergantung
kepada orang lain.
• Setelah sesi ditamatkan maka hubungan kaunseling yang
wujud antara kaunselor dan klien terputus sendiri dan klien
terpaksa berdikari dengan menyelesaikan masalahnya
sendiri.
9. Susulan
• Kaunselor hendaklah membuat tindakan
susulan untuk menentukan jika ada apa
masalah yang dihadapi oleh klien dari masa ke
semasa.
• Contohnya kauselor boleh menalipon,
menghantar pesanan sms, e mel, memo,
pertemuan ringkas atau sebagainya.
Rumusan
• Kaunselor perlu mempunyai kemahiran kaunseling
individu bagi memudahkan perjalanan sesi kaunseling
kerjaya dan mengenalpasti masalah.
• Kemahiran melayan tanpa lisan atau kemahiran
melayan dengan lisan umpamanya kemahiran
bertanya soalan( soalan tertutup atau terbuka)
meminta penjelasan, dorongan minima,para frasa,
refleksi perasaan, isi, Membuat rumusan, konfrantasi,
berdiam diri, memberi maklumat dan sebagainya.
• Terdapat beberapa model kaunseling kerjaya yang
boleh digunakan oleh kaunselor untuk membantu
klien.
Soalan 3

Apakah maksudnya ‘Matlamat Klien’ ?


Dalam usaha untuk membina matlamat
klien, apakah perkara-perkara asas
yang perlu ditimbulkan agar klien dapat
memberikan fokus terhadap bidang
kerjaya yang ingin diceburinya.?
Matlamat Klien

Kenyataan awal klien tentang tujuan


kedatangannya untuk menghadiri sesi
kaunseling kerjaya memberi petunjuk penting
mengenai matlamat yang ingin diusahakan.
Salah satu teknik yang digunakan untuk
meneroka matlamat klien ialah melalui
’panduan temuduga’ seperti berikut : Apakah
yang anda ingin sebagai hasilan daripada sesi
kaunseling ?, Apakah yang anda harap untuk
capai hasil dari kaunseling ini?, Di penghujung
kaunseling, apa perubahan yang anda
harapkan berbanding dengan sekarang ?.
 
Melalui sesi Kaunseling Kerjaya,
kaunselor cuba membantu klien
mengenalpasti hala tuju kerjaya yang
sesuai dengan klien. Dalam konteks ini,
kaunselor akan membantu klien untuk
membuat pilihan kerjaya yang tepat
yang bersesuaian dengan minat, nilai,
personaliti dan pencapaian akademik.
Biasanya klien yang datang berjumpa
dengan kaunselor mempunyai minat kerjaya
yang pelbagai. Ini menyebabkan klien berada
dalam dilema dan sukar untuk mencapai
matlamat kerjaya yang benar-benar sesuai dan
tepat. Oleh itu, dalam hal ini kaunselor
berperanan membantu membuat keputusan.

Satu kaedah sistematik yang boleh


dijadikan panduan oleh individu untuk
membuat keputusan tentang matlamat kerjaya
yang paling sesuai dan terbaik ialah
menggunakan kaedah yang dipanggil pelan
tindakan.
Biasanya klien yang datang berjumpa
dengan kaunselor mempunyai minat kerjaya
yang pelbagai. Ini menyebabkan klien berada
dalam dilema dan sukar untuk mencapai
matlamat kerjaya yang benar-benar sesuai
dan tepat. Oleh itu, dalam hal ini kaunselor
berperanan membantu membuat keputusan.

Satu kaedah sistematik yang boleh


dijadikan panduan oleh individu untuk
membuat keputusan tentang matlamat
kerjaya yang paling sesuai dan terbaik ialah
menggunakan kaedah yang dipanggil pelan
tindakan.
Pelan Tindakan
Pelan tindakan ialah satu pelan
bertindak yang perlu dilakukan dan
diselesaikan secara bersama oleh kaunselor
dan klien. Secara ringkas, pelan tindakan ini
ialah satu proses menyempitkan dan
mengurangkan pilihan kerjaya yang banyak
kepada akhirnya satu pilihan sahaja. Hal ini
melibatkan proses penyingkiran iaitu satu siri
proses menyingkir satu demi satu nama
pekerjaan atau program pengajian daripada
senarai yang telah disediakan, dengan
meninggalkan nama-nama pekerjaan yang
dirasakan paling menguntungkan dan sesuai
dengan diri klien.
Bagi menyempurnakan pelan tindakan ini
dengan baik memerlukan tiga perkara iaitu :
Maklumat diri.
Maklumat pekerjaan.
Kepakaran dalam membuat keputusan.
 
Oleh yang demikian, segala maklumat tentang
diri yang diperolehi daripada ujian psikologi yang
telah dijalankan sebelum ini seperti konsep kendiri,
sikap serta motivasi, personaliti, minat, nilai dan
pencapaian merupakan satu keperluan. Walau
bagaimanapun, sekiranya kaunselor tidak berupaya
menerokai kesemua aspek tersebut, tetapi sekurang-
kurangnya empat aspek perlu diterokai iaitu minat,
nilai dan pencapaian akademik klien.
Di samping itu, maklumat-maklumat tentang
pekerjaan adalah satu kemestian kerana
keputusan yang baik hanya boleh dicapai
sekiranya maklumat tentang sesuatu pekerjaan
itu mencukupi dan boleh diperoleh. Maklumat-
maklumat kerjaya yang penting termasuklah
keterangan tentang pekerjaan, keperluan latihan,
keperluan kelayakan, tangga gaji, cara memohon
pekerjaan, prospek kerja pada masa hadapan,
suasana tempat kerja, kemudahan-kemudahan
yang diberikan dan sebagainya.
 
Maklumat-maklumat kerjaya di atas boleh diperolehi
daripada beberapa sumber rujukan utama misalnya
Dictionary of Occupational Classificaton (DOC),
maklumat di internet, buku Kompas Merah, risalah
yang dikeluarkan agensi pekerjaan, prospektus
universiti, iklan surat khabar, buku skrap kerjaya
dan sebagainya. Klien dengan bantuan kaunselor
boleh mendapatkan maklumat tersebut di bilik
kaunseling atau mengunjungi pusat sumber sekolah
dan melayari internet. Selain itu, klien boleh
berjumpa, bercakap, berinteraksi atau jika boleh
membuat pemerhatian terhadap individu- individu
yang melakukan pekerjaan yang diminati klien itu
secara langsung.
Langkah –langkah Dalam Membuat
Pelan Tindakan
 
Pelan tindakan ini melibatkan beberapa
langkah dan mestilah diselesaikan secara
bersama oleh kaunselor dan klien. Berikut
dikemukakan langkah-langkah tersebut:
 
Langkah 1
 
Berasaskan minat klien, senaraikan nama
pekerjaan yang ingin diterokai oleh klien yang
dirasakannya sesuai dan selaras dengan potensi
yang dimilikinya seperti dalam Jadual 3.1.
Dicadangkankan supaya klien memulakan
proses penyenaraian ini dengan bantuan borang
asal Inventori Minat Kerjaya (misalnya SDS
dan IMKS) dan borang jawapan yang telah
dijawab dan ditandakan oleh klien. Anda boleh
menyenaraikan sebanyak mungkin nama
pekerjaan yang dirasakan sesuai.
 
• Klien dengan bantuan kaunselor perlu
menyenaraikan semua nama pekerjaan yang
ditanda ’Ya’ atau ’Suka’ oleh klien iaitu nama-
nama pekerjaan yang anda minat ke dalam
jadual yang telah disediakan. Selain itu, klien
juga boleh memulakan penyenaraian.
Menyenaraikan nama pekerjaan yang sesuai dengan kod tiga-mata
Holland klien dengan bantuan The Occupational Finder. seperti di bawah
  Jadual jenis pekerjaan yang disenaraikan.

Rajah 3.1
Menyenaraikan program pengajian
yang sesuai dengan bantuan senarai
program pengajian yang sesuai daripada
senarai yang dkemukakan oleh Holland.

Klien juga boleh menambah


bilangan nama pekerjaan atau program
pengajian yang telah disenaraikan dengan
nama pekerjaan atau program pengajian
tersebut tiada dalam senarai yang menjdi
rujukan.
 
Langkah 2

Berdasarkan senarai nama pekerjaan atau


program pengajian klien dengan bantuan
kaunselor diminta memotong mana-mana
pekerjaan yang tidak disukai. Nama pekerjaan
telah berkurangan sebanyak satu pertiga dalam
jadual asal. Jadual jenis pekerjaan seperti
contoh di bawah.

 
Rajah 3.2
Langkah 3
 
Untuk menyelesaiakan masalah ini dengan berkesan
klien dengan bantuan kaunselor perlu mendapatkan
maklumat terperinci tentang pilihannya dan
kemudian menulis maklumat tersebut dalam jadual.
Antara perkara yang perlu ditekankan ialah
Deskripsi pekerjaan,
Status semasa dan prospek pekerjaan
Aras pendapatan dan peluang meningkatkan diei
dalam pekerjaan
Kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk
memohon jawatan ini
Suasana tempat kerja
 
Langkah 4
 
Seterusnya klien membandingkan kesemua
pekerjaan ini, kemudian membuat
pangkatan berdasarkan kesukaan dan
keutamaan klien. Klien perlu menentukan
pilihannya dengan mengenalpasti pilihan
pertama, kedua dan ketiga. Klien dengan
bantuan kaunselor membuat analisa
untung rugi untuk memudahkannya
Langkah 5
 
Langkah terakhir ialah memilih satu daripada tiga
pilihan pekerjaan atau bidang pengajian yang ada.
Tugas membuat pilihan ini sulit dan rumit, namun
begitu beberapa aktiviti boleh dicadangkan untuk
membantu klien.
Aktiviti sehari bersama
Aktiviti Buku skrap kerjaya
Mendapatkan maklumat melalui internet
Sembahyang sunat Istikharah (bagi orang Islam)
Pilihan Pertama : PEGAWAI
PENYELIDIK
Pilihan Kedua : PENSYARAH
UNIVERSITI
Pilihan Ketiga : JURUTERBANG
Langkah 6
 
Klien perlu merancang strategi untuk melaksanakan
pilihannya agar klien berjaya mencapai idamannya.
Jika klien memerlukan bantuan untuk menulis
resume atau cara menghadapi temuduga dengan
berkesan, klien perlu menemui kaunselor bagi
mendapatkan bimbingan dan pandangan mengenai
rancangan tindakan.
 

 
PILIHAN AKHIR

PEGAWAI PENYELIDIK
Rancangan Pekerjaan
Mengikuti Pengajian Pada Peringkat Ijazah Sarjana
Muda
Kepujian Dalam Bidang Sains
di Universiti Tempatan atau Luar Negeri
  Tarikh Mula Bekerja
OGOS 2013
Kesimpulan
Kesimpulannnya, pelan tindakan ialah
satu kaedah yang sistematik yang perlu
dijalan bersama antara kaunselor dan
klien untuk membuat keputusan dan
pilihan yang tepat tentang kerjaya.
Pelan tindakan ialah merupakan satu
kaedah untuk menyempitkan dan
mengurangkan pilihan kerjaya yang
banyak kepda satu pilihan sahaja.
Soalan 4

Dalam kebanyakan masalah yang


berkaitan dengan pemilihan
bidang kerjaya, ‘masa’ merupakan
faktor utama yang perlu diberi
pertimbangan. Huraikan.
MASA
Dalam pemilihan kerjaya, masa merupakan
salah satu masalah yang perlu diketahui dan
ditangani dengan bijak supaya langkah yang
diatur dapat mencapai matlamat.
MENGIKUT DONALD E. SUPER
PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP
KENDIRI KERJAYA MELIPUTI
PERKEMBANGAN MASA BERPERINGKAT

PERINGKAT PERTUMBUHAN
PERINGKAT PENEROKAAN
PERINGKAT PENGUKUHAN
PERINGKAT PENGEKALAN
PERINGKAT PENURUNAN
Peringkat Pertumbuhan

Umur Antara 0 Hingga 14 Tahun

Dicirikan Dengan Individu Membentuk


Konsep Kendiri Dengan Membandingkan
Dirinya Dengan Orang Lain

Konsep Kendiri Ialah Bagaimana Individu


Melihat Dan Menilai Dirinya Sendiri
Peringkat Penerokaan

Umur Antara 15 Hingga 24 Tahun

Dicirikan Dengan Individu Meneroka


Diri Iaitu Meneroka Kekuatan Dan
Kelemahan Diri Atau Meneroka
Potensi Diri

Individu Mula Mengenali Dunia


Pekerjaan
Peringkat Pengukuhan

Umur Antara 24 Hingga 44 Tahun

Dicirikan Dengan Individu Cuba


Mendapatkan Suatu Konsep Kendiri
Kerjaya Yang Lebih Terjamin

Individu Sudah Terlibat Dalam


Pekerjaan
Peringkat Pengekalan
Umur Antara 45 Hingga 64 Tahun

Dicirikan Dengan Individu Telah Kukuh


Kedudukannya Dan Akan Mengekalkan
Konsep Kendirinya

Kedudukan Individu Dalam Kerjaya


Sudah Kukuh Misalnya Sebagai Ketua
Pengarah, Pengarah, Ketua Jabatan,
Pengetua, Guru Kanan Dan Guru Pakar
Peringkat Penurunan

Umur 65 Tahun Ke Atas


Dicirikan Dengan Individu Kekurangan
Tenaga
Individu Menukar Konsep Kendiri
Kepada Konsep Kendiri Yang Lebih
Sesuai
Pencen Atau Terlibat Dengan Pekerjaan
Baru Yang Lebih Sesuai
Edaran Maxi Dan Edaran Mini

Edaran Maxi Adalah Edaran


Perkembangan Konsep Kendiri Yang
Utama Iaitu Pertumbuhan, Penerokaan,
Pengukuhan, Pengekalan Dan
Penurunan

Edaran Mini Adalah Edaran Kecil Yang


Berlaku Dalam Edaran Utama
PERTUMBUHAN

PENEROKAAN

PENURUNAN

PENGUKUHAN

PENGEKALAN

EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI

Anda mungkin juga menyukai