KERTAS KERJA RANCANGAN INTERGASI MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SPAOH 201
1.0 PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujudnya kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adab resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat.Usaha ini dijana semula kearah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak
2.0 KONSEP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.
3.0 MATLAMAT
Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.
Program RIMUP
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK SPAOH Page 2
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat,para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.
4.2 Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.
4.3 Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
4.4 Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 20 OKTOBER 2014 5.2 Hari : Isnin 5.3 Masa : 7.20 Pagi 5.4 Tempat : Dewan Sinaran SMK Spaoh
6.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 2 ( Ting 2 KRK, 2Arif, 2Bestari dan 2Cemerlang)
Program RIMUP
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK SPAOH Page 3
7.0 STRUKTUR ORGANISASI
PENASIHAT : Pn Saparani Binti Chali (PK Akademik) PENGERUSI 1 : En Muniswaran a/l Retnasamy (PK KoKurikulum) PENGERUSI 2 : Tn Hj Annuar bin Paaie (PK Hem) SETIAUSAHA : Puan Fatin Hanim Binti Rosdi AJK : AJK PELAKSANA BIL TUGAS 1. Persiapan Tempat Dewan Sinaran : -Cik Kamesiah Mohd Jam (K) - Pekerja Swasta -Pelajar Asrama 2. Pengacara Majlis : - Puan Fatin Hanim Binti Rosdi 3. Hiasan Dewan Sinaran : -Pembimbing Rakan Sebaya 4. Siar Raya : -Pembimbing Rakan Sebaya 6. Makanan : -Pembimbing Rakan Sebaya 7. Pendaftaran : - Pembimbing Rakan Sebaya 8. Pengemasan Dan Kebersihan Dewan - Pembimbing Rakan Sebaya -Pekerja Swasta 9. Displin dan Pengawalan Pelajar: -En.Edwin
Program RIMUP
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK SPAOH Page 4
8.0 TENTATIF PROGRAM
HARI : ISNIN / 21 OKTOBER 2014 MASA AKTIVITI 7.20 PAGI Taklimat Program 7.40 PAGI Pertandingan Kain Rentang
1 Malaysia Membanteras Dadah 9.25 PAGI REHAT 9.45 PAGI Pertandingan Poster
Hidup Sihat Tanpa Dadah 11.00 PAGI Tayangan Video 12.00 TENGAH HARI Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
Program RIMUP
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK SPAOH Page 5
9.0 PERBELANJAAN
Bil Perkara Anggaran Kos Catatan 1 Makanan Urusetia RM 120 15 x RM 8 X 1 hari 2 Hadiah Poster RM 90 1 x tempat pertama x RM 40 1 x tempat kedua x RM 30 1 x tempat ketiga x RM 20 Hadiah Kain Rentang RM 180 1 x tempat pertama x RM 70 1 x tempat kedua x RM 60 1 x tempat ketiga x RM 50 3 Bahan lukisan RM 300 -Kain rentang -Kertas Lukisan -Pelakar (Warna Biru,Hitam,Merah,Kuning,Hijau) -Berus
4 Sijil RM 100
JUMLAH
RM 790.00
Program RIMUP
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK SPAOH Page 6
10.0 Penutup Diharap bahawa program RIMUP yang danjurkan ini akan mencapai objektif yang dirancang di atas kerjasama daripada semua pihak. Kejayaan penganjuran program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kerjasama dan mengharmonikan lagi hubungan silaturrahim antara sekolah, khususnya antara pelajar dan guru-guru.Kemesraan ini akan memudahkan usaha integrasi antara antara satu dengan yang lain bagi menentukan kecemerlangan pendidikan dalam akademik dan bukan akademik .
Disediakan oleh, Disemak oleh ,
___________________________ _____________________________ (FATIN HANIM BINTI ROSDI) (MUNISWARAN A/L RETNASAMY) Setiausaha, Pengerusi , Program RIMUP 2014 Program RIMUP 2014 Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh
Disahkan oleh;
___________________ (SAPARANI BINTI CHALI Penasihat Program RIMUP 2014 Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh