Anda di halaman 1dari 2

keperluan khas pelajar disleksia

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak Disleksia ini boleh dirawat. Mereka
memerlukan keperluan khas berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.
Oleh itu, semua pihak, bermula daripada ibubapa, guru, masyarakat dan
kerajaan harus memberikan kerjasama yang tinggi dalam menangani masalah ini.
Satu cara yang paling asas dalam membantu kanak-kanak disleksia ialah perlu
adanya komunikasi dan pemahaman yang sama mengenai Disleksia antara ibu
bapa, guru dan masyarakat. Hal ini kerana jika dilihat dalam zaman permodenan
pada hari ini, ada diantara ibubapa yang berpelajaran tinggi tidak dapat
menerima kenyataan bahawasanya anak mereka menghidap Disleksia. Begitu
juga dengan mentaliti masyarakat umum yang mahukan anak-anak mereka
menjadi seorang yang bijak pandai agar dapat menjadi manusia yang berjaya
apabila dewasa kelak. Ibubapa juga seolah-olah putus asa dan tidak dapat
menerima kenyataan. Oleh itu, pemahaman tentang apa itu Disleksia haruslah
dipertingkatkan oleh ibubapa dan masyarakat. Masalah ini bukanlah terlalu besar
malah ianya boleh dirawat.
Peranan guru sangat penting dalam mengatasi masalah ini. Antara keperluan
lain ialah kanak-kanak disleksia perlu diletakkan ditempat duduk paling hadapan
apabila seisi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Kami percaya, apabila
kanak-kanak ini diletakkan ditempat duduk paling hadapan, mereka akan lebih
fokus terhadap proses pembelajaran.
Guru-guru haruslah sentiasa mengawasi dan mendekati kanak-kanak disleksia
ini ketika diberikan tugas. Contohnya, guru meminta dibuka halaman 15.
Pastikan kanak-kanak disleksia ini tidak tertukar dengan membuka halaman lain,
misalnya halaman 51.
Guru juga haruslah dapat bertoleransi dengan kanak-kanak disleksia ketika
menyalin soalan di papan tulis. Mereka perlu diberikan masa yang lebih banyak
untuk menyiapkan latihan. Antara lain, guru dapat memberikan soalan dalam
bentuk tertulis di dalam kertas.
Kanak-kanak disleksia yang sudah menunjukkan usaha keras untuk berlatih dan
belajar haruslah diberikan penghargaan yang sesuai seperti hadiah dan memuji
hasil kerja mereka. Tidak lupa juga proses pembelajarannya perlu diselang-
selikan dengan waktu istirahat yang cukup.
Guru-guru dan ibubapa juga perlu melatih dan memerhatikan kanak-kanak
disleksia ini menulis tulisan titik-titik sambung sambil memperhatikan cara kanak-
kanak ini duduk dan memegang pensilnya. Tulisan titik-titik sambung
memudahkan mereka membezakan antara huruf yang hampir sama contohnya
b dengan d. Murid harus diperlihatkan terlebih dahulu cara menulis huruf titik-
titik sambung kerana kemahiran tersebut tidak dapat diperoleh begitu saja.
Pembentukan huruf yang betul sangatlah penting dan kanak-kanak ini harus
dilatih menulis huruf-huruf yang hampir sama berulang kali. Contohnya huruf-
huruf dengan bentuk bulat: g, c, o, d, a, s, q, bentuk zig zag: k, v, x, z, bentuk
linear: j, t, l, u, y, dan bentuk hampir serupa: r, n, m, h.
Guru-guru dan ibubapa perlu melakukan pendekatan yang berbeza ketika belajar
matematik dengan kanak-kanak disleksia, kebanyakan mereka lebih senang
menggunakan sistem belajar yang praktikal. Selain itu kita juga perlu menyedari
bahawa kanak-kanak disleksia mempunyai cara yang berbeza dalam
menyelesaikan sesuatu soalan matematik. Oleh itu,kita tidak boleh memaksa
kanak-kanak disleksia ini membuat cara penyelesaian yang klasik jika cara
tersebut sukar diterima oleh mereka.
Dari aspek emosi pula kanak-kanak disleksia ini menjadi sangat sensitif,
terutama sekali jika mereka merasakan bahawa mereka berbeza berbanding
teman-temannya dan mendapat perhatian yang berbeza dari gurunya. Lebih
buruk lagi jika prestasi akademik mereka menjadi semakin buruk akibat taraf
perbezaan yang diberikan oleh guru. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-
kanak disleksia ini menjadi individu yang mempunyai konsep kendiri yang rendah.
Jika hal ini tidak segera diatasi maka akan terus bertambah parah dan
menyulitkan lagi proses terapi selanjutnya. ibubapa dan guru adalah orang-orang
terdekat yang dapat membangkitkan semangatnya, memberikan motivasi dan
menyokong setiap langkah usaha yang ditunjukkan oleh kanak-kanak disleksia.
Jangan sekali-sekali membandingkan kanak-kanak disleksia dengan rakan-
rakannya.





http://wecarewesharewelaugh.blogspot.com/2011/11/keperluan-khas-pelajar-
disleksia.html