Anda di halaman 1dari 27

RPH MODEL ASSURE

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERDASARKAN MODEL


ASSURE
MODEL A.S.S.U.R.E.
Analisa (Analysis)
Bilangan pelajar : 30 orang (11 L, 19 P)
Tahun : 5 Ibnu Sina
Umur : 11 tahun
Kesihatan pelajar : semua sihat

Penyataan Objektif (State objective)
: Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
1) Murid-murid dapat menyatakan pengertian tayamum.
2)Murid-murid mampu menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara bertayamum.
3) Murid-murid dapat menerangkan sebab-sebab mengharuskan tayamum.

Pemilihan Kaedah dan Bahan Media (Select Method / Media),
BBM : Buku teks, video, muzik, potongan gambar (puzzle), kuiz bestari melalui perisian
Who Wants To Be a Millionaire, slaid (power point), komputer riba dan LCD.
KAEDAH PENGAJARAN : Kemahiran Berfikir, Konstruktivisme, dan ICT.
Kemahiran berfikir :
1) Banding beza : Mengkelaskan antara rukun-rukun dan cara-cara bertayamum.
2) Menjana idea : Menyenaraikan sebab-sebab yang mengharuskan tayamum.

Penggunaan (Utilize),
Rujuk RPH pada set induksi, langkah 2, dan langkah 3.

Penyertaan pelajar (Required Participation),
Rujuk RPH - secara keseluruhannya melibatkan penyertaan pelajar..

Penilaian (Evaluation)
Rujuk RPH langkah 2, langkah 3 dan penutup berdasarkan kuiz bestari.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM KBSR
Mata pelajaran : Pendidikan Islam
Kelas : 5 Ibn Sina
Tarikh : 25 September 2012
Masa : 8.10 a.m 9.10 a.m
Bilangan murid : 30 orang
Bidang : Ibadah
Tajuk : Tayamum
Pengetahuan sedia ada :
1) Sebahagian murid pernah mendengar perkataan tayamum.
2) Sebahagian murid pernah melihat orang bertayamum.
Hasil pembelajaran :
1) Murid-murid dapat menyatakan pengertian tayamum.
2) Murid-murid mampu menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara bertayamum.
3) Murid-murid dapat menerangkan sebab-sebab mengharuskan tayamum.
Kemahiran berfikir :
1) Banding beza : Mengkelaskan antara rukun-rukun dan cara-cara
bertayamum.
2) Menjana idea : Menyenaraikan sebab-sebab yang mengharuskan tayamum.
Penerapan nilai : Bekerjasama, yakin dan berani.
Alat bantu mengajar :
1) Komputer riba
2) LCD
3) Slaid/power point
4) Potongan gambar/puzzle
5) Video
6) Muzik
Strategi pengajaran dan pembelajaran :
LANGKAH

MASA

ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

ALATAN
Pendahuluan
(3 minit)
Bacaan doa sebelum
belajar oleh murid-murid.

Guru meminta murid-
murid membaca doa
secara kuat dengan
lancar dan betul.


Set induksi
(4 minit)
-Apakah ibadah yang
memerlukan debu tanah
yang suci apabila
ketiadaan air?
- Guru membahagikan
kelas dalam 3 kumpulan.
Setiap kumpulan akan
diedarkan dengan
- Gambar


gambar yang berbeza
tetapi mempunyai
persamaan tentang
bahan utama yang
digunakan, iaitu air.
- Apakah bahan utama
yang digunakan dalam
gambar?
- Murid akan menulis di
atas gambar yang
diedarkan apakah bahan
utamanya.
- Guru mengaitkan
jawapan murid dengan
tajuk yang bakal
dipelajari.
Langkah 1
(11 minit)
Pengertian tayamum:
tayamum ialah menyapu
debu tanah yang suci
kemuka dan kedua-dua
tangan hingga ke siku
dengan beberapa syarat
disertai dengan niat.



- Guru meminta 4 orang
murid untuk melakonkan
situasi dialog seperti
dalam buku teks. (Rujuk
jilid 2/ halaman 26/ teks
1)
-Power point akan
dtayangkan dalam masa
yang sama.
Nilai:
- Kerjasama
antara murid
- Berkeyakinan
tampil ke
hadapan kelas.

Alat Bantu
Mengajar (ABM):
- Komputer riba
dan LCD
- Slaid power
point
Langkah 2
(17 minit)
Rukun-rukun
tayamum :
- Niat
- Menyapu debu
tanah ke muka.
- Menyapu debu
tanah ke dua-dua
belah tangan hingga
ke siku.
- Tertib.

- Guru akan
menayangkan klip video
yang telah disediakan.
- Guru akan meminta
murid menjawab soalan
yang telah disediakan
dalam paparan power
point. Guru akan
memanggil 5 orang
murid untuk menjawab
soalan.
ABM :
- Klip video
-Slaid power
point.
Cara-cara
bertayamum.

Langkah 3
(17 minit)
Sebab-sebab diharuskan
bertayamum :
- Ketiadaan air.
- Cuaca yang terlalu
sejuk.
- Sakit yang tidak boleh
terkena air.



- Dalam kumpulan yang
sama guru memberikan
murid-murid sebuah
uncang beg yang telah
dimasukkan kepingan
gambar/ puzzle.
- Masa murid perlu
menyelesaikan puzzle
tersebut bermula apabila
guru memainkan lagu
dan perlu selesai
sebelum lagu tamat.
- Murid perlu
menampalkan puzzle
tersebut di hadapan
kelas dan memilih situasi
jawapan yang betul
berdasarkan gambar.
- Guru mengaitkan
puzzle dengan isi
pelajaran, iaitu keadaan
yang mengharuskan
bertayamum.
Nilai:
- Bekerjasama
- Yakin dan
berani

ABM:
- Beg uncang
puzzle
- Muzik
Penutup
(8 minit)
Penilaian dan rumusan
terhadap apa yang telah
dipelajari (hasil
pembelajaran) pada hari
ini.
- Guru akan membuat
kesimpulan bermula dari
awal isi pembelajaran
dan memilih murid
secara rawak untuk
disoal.



Posted 10th October 2012
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHDocument Transcript
1. Interaksi 9:Soalan:Menggunakan bahan pembelajaran dari Eduwebs TV, sediakan
Rancangan Pengajaran Harianmenggunakan model ASSURE.Jawapan:Model ASSURE
adalah berfokuskan kepada inisiatif instruktor menggunakan media danteknologi di dalam
kelas. Model ASSURE menyediakan rangka kerja perancangan yang sesuaidengan media
dan teknologi yang sentiasa berubah dalam persekitaran pengajaran danpembelajaran.
Model ASSURE juga boleh digunakan dalam menyediakan rancanganpengajaran serta
untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Sesuai bagipersekitaran
konstruktivis dimana pelajar diperlukan untuk berinteraksi aktif
denganpersekitarannya.Terdapat 6 elemen yang terkandung dalam model ASSURE, iaitu:1.
Kenal pasti pelajar (Analyze learners) Elemen yang pertama memerlukan para guru untuk
mengenalpasti dan menganalisa pelajar yang akan terlibat di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Terdapat beberapa perkara yg perlu diketahui dan dititikberatkan. Antaranya
adalah ciri-ciri am seperti gred, umur, bangsa, jantina, masalah mental, fizikal, emosional
atau sosial yang hadir, tahap sosio ekonomi dan sebagainya. Seterusnya, adalah dengan
mengenalpasti kebolehan spesifik yang mana merangkumi pengetahuan sedia ada,
kemahiran dan sikap. Ini termasuk pengenalpastian terhadap gaya pembelajaran. Sebagai
contoh, verbal, logikal, visual, muzikal. Anatra ain yang dititikberatkan adalah dari aspek
motivasi yang mana mencakupi persoalan mengapa pelajar perlu mengikuti kelas tersebut.2.
Menyatakan objektif pengajaran (State standards and objectives) Objektif adalah hasil
pembelajaran yang telah ditetapkan. Objektif mestilah jelas dan spesifik serta boleh diukur.
Kejelasan penting untuk mewujudkan jangkaan pelajar (learner expectations) terhadap
pelajaran yang bakal diterima dan dipelajari di samping menentukan kriteria media dan
teknologi yang akan digunakan. Objektif boleh
2. dibina oleh instruktor ataupun diadaptasi daripada sumber sokongan. Panduan bagi
menyediakan objektif pembelajaran adalah dengan meniliti aspek yang berikut seperti: a.
Audience (Pelajar) b. Behaviour to demonstrate (Perlakuan yang sepatutnya ditunjukkan
selepas pembelajaran dilalui) c. Conditions (Keadaan yang diperlukan untuk menunjukkan
perlakuan tersebut) d. Degree of proficiency or accuracy (Sejauh mana pelajar menguasai
kemahiran.) Contohnya: Pelajar Tahun 4 (Audience) dapat menamakan 5 (Degree) haiwan
karnivor (Behaviours) daripada senarai binatang yang diberikan (Conditions). elepas
membuat penilaian daripada segi kemahiran, kesediaan dan gaya pembelajaran pelajar dan
setelah objektif dirangka, barulah pemilihan media yang sesuai dengan pembelajaran
tersebut dilakukan.3. Memilih strategi, teknologi, media dan bahan yang ingin digunakan
(Selectstrategies, technology, media and materials) Elemen ketiga yang digariskan dalam
model ASSURE adalah mengenal pasti lokasi pengajaran dan pembelajaran. Keduanya
dengan mengenalpasti lokasi instruktor. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran
akan disokong oleh pemilihan media yang sesuai. Maka, ianya akan menolong
mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dalam menguasai pelajaran yang telah
disampaikan oleh guru tersebut. Beberapa soalan yang boleh diambil kira ketika membuat
pemilihan media, bahan dan cara penyampaian adalah seperti: - Berpandukan objektif,
apakah metodologi yangsesuai bagi penyampaian maklumat? - Bolehkah ianya dijalankan
secara kendiri atau perlukan arahan tambahan? - Perlukah ianya diselesaikan di dalam
kelas? - Apakah jenis media yang diperlukan? - Adakah pelajar mempunyai akses terhadap
mediatersebut?
3. - Bolehkah instruktor menggunakan media sedia ada? - Perlukah instruktor membuat
modifikasi terhadapmedia sedia ada tersebut? - Perlukah instruktor membentuk media
sendiri?4. Menggunakan teknologi, media dan bahan pengajaran (Utilize technology,
mediaand materials) Selepas pemilihan dibuat, media dan bahan tersebut mestilah
digunakan. Sebelum menggunakan media tersebut, hendaklah dibuat tayangan terlebih
dahulu untuk memastikan bahawa semuanya akan berjalan lancar. Jalankan kajian rintis
bagi memastikan kesesuaian media dan bahan tersebut. Di samping itu, membuat
perubahan dan pembaikan jika perlu. Heinich (2002) mencadangkan prinsip 5P di dalam
fasa ini iaitu: - Preview(sebelum menggunakan bahan tersebut) - Prepare The
Materials(mengikut urutan tertentu) - Prepare the Environment - Prepare the Learners -
Provide the Learning Experience Pastikan instruktor mempunyai pelan sokongan sekiranya
terdapat masalah dari segi penggunaan media serta bahan.5. Meminta penglibatan pelajar
(Require learners participation) Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif
akan meningkatkan pencapaian pelajar di samping membuka lebih ruang untuk kejayaan
serta kepuasan pelajar. Asas bagi pembelajaran konstruktivis adalah pelajar menimba ilmu
pengetahuan melalui interaksi aktif dengan persekitaran pembelajaran mereka. Penglibatan
termasuklah perbincangan, pembelajaran kumpulan-kumpulan kecil, ujian serta penilaian.
Instruktor
4. seharusnya menyediakan peluang yang cukup kepada pelajar untuk memanipulasikan
serta berinteraksi dengan dengan seoptimumnya di dalam persekitaran pembelajaran
tersebut. Instruktor juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas pembelajaran
dijalankan.6. Menilai dan mengulang kaji (Evaluate and revise) Di dalam fasa terakhir ini,
adalah penting bagi instruktor untuk membuat penilaian ke atas keberkesanan instruksi.
Penilaian yang dibuat berkemungkinan akan menunjukkan pelajar tidak mencapai matlamat
pembelajaran yangsepatutnya. Penilaian boleh dilakukan di dalam beberapa bentuk sama
ada tidak formal atau formal seperti melalui perbincangan, temubual dan tinjauan. Data yang
didapati daripada penilaian tersebut dapat membantu di dalam langkah penambahbaikan
atau modifikasi yang akan dilakukan. Beberapa soalan yang boleh diambil kira di dalam
penilaian adalah seperti: a. Adakah kemahiran / konsep dapat dipersembahkan? b. Adakah
pelajar mencapai objektif yang ditentukan? c. Apakah sikap pelajar terhadap persekitaran
tersebut? d. Adakah bahan dan sumber berkesan? Jika matlamat pembelajaran tidak dapat
dicapai, intruktor perlulah mencuba untuk mengenal pasti puncanya. Apabila pencapaian
tidak memuaskan, fikirkan kebarangkalian bahawa masalah dan kelemahan datangnya dari
kursus atau kandungan yang tidak dirancang dengan baik dan bukannya dari kelemahan
pelajar. Seseorang instruktor itu bukanlah instruktor yang tidak berkesan jika proses
pengajaran dan pembelajarannya tidak berjaya tetapi seorang instruktor tersebut adalah
tidak berkesan jika beliau tidak membuat refleksi serta penambahbaikan ke atas pengajaran
dan pembelajaran yang telah dijalankan. Contoh Rancangan Pengajian Harian yang dibina
menggunakan model ASSURE:
5. RPH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN KESIHATAN Mata Pelajaran : Pendidikan Kesihatan Tunjang : Kesihatan diri
dan keluarga Tajuk : Kesihatan diri Sub Tajuk : Penyakit tidak berjangkit Tarikh : 13
September 2010 Masa : 7.30 8.30 pagi Tahun : 5 Bijak Bilangan murid : 20
orangOBJEKTIFPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat Kognitif : 1)
Menyenaraikan 5 jenis penyakit tidak berjangkit. 2) Menyatakan cara-cara pencegahan
penyakit tidak berjangkit. Afektif : 1) Bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama
lain, 2) Bertanggungjawab dan dapat membina keyakinan diri.Pengalaman sedia ada :
Murid-murid pernah terbaca poster tentang penyakit tidak berjangkit di sekolah dan
hospital.Penerapan Nilai : Bekerjasama, berdisiplin dan berkeyakinanBahan bantu mengajar
: 1) Kertas mahjong 2) Marker pen 3) Gambar 4) Bahan bacaan, buku teks
6. Penggabungjalinan : Pendidikan Sivik- Sayangi DiriBAHAGIAN/ AKTIVITI FOKUS
PEMBELAJARAN STRATEGI DAN P&P/ ABM MASA ORGANISASISet Induksi Pengenalan
Guru membuat lakonan yang 1. Guru kemudian mengadakan kepada maksud berkaitan
dengan isu stres dan sesi soal jawab:( 5 minit) penyakit tidak pada masa yang sama guru
berjangkit dalam meminta murid mengenalpasti a) Meminta murid kenalpasti bentuk teka-
teki apa yang dapat dilihat dan mereka fahami dari hasil kejadian yang berlaku. lakonan guru
tersebut. b) Punca kejadian itu berlaku. 2. Guru masuk ke dalam kelas sambil menghempas
buku ke meja. 3. Guru membuat aksi lakonan meluahkan rasa tertekan akibat dari kerja
sekolah yang bertimbun-timbun dan tarikh peperiksaan yang semakin dekat. 4. Lakonan, ,
kemahiran mencari maklumat, kemahiran mencatat. Guru menayangkan jenis-jenisLangkah
1 Mengenali jenis Guru menerangkan kepada penyakit tidak berjangkit dengan -jenis
penyakit murid maksud penyakit tidak Microsoft Powerpoint.(5 minit) tidak berjangkit
berjangkit. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.Langkah 2 Mengaitkan kesan
Guru mengarahkan murid Hasil perbincangan harus dalam konflik dan stres membuat
perbincangan bentuk peta minda.(5 minit) terhadap mengikut kumpulan. kesihatan. 2
kumpulan membincangkan 3 punca/ sebab stres.
7. 2 kumpulan lain membincangkan 3 cara bagaimana untuk mencegah dan merawati stres.
KBKK, menjana idea, menyenaraikan.Langkah 3 Pembentangan Murid-murid membuat
Guru memberi panduan dan kumpulan. pembentangan ringkas hasil tunjuk ajar kepada
murid-murid( 10 minit) dari perbincangan semasa sesi pembentangan dan berkumpulan.
mengaitkan dengan isu-isu semasa. Penerapan nilai- Berkeyakinan, bekerjasama.Rumusan
Sesi refleksi. Guru membuat ulasan di akhir Guru akan merumuskan dandan Penilaian
perbincangan kelas. menerangkan tentang kesan konflik dan stres terhadap(5 minit)
kesihatan dan cara-cara untuk mengatasinya kepada murid- murid


Teknologi Pengajaran ( Model ASSURE )
Senarai Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan ... 3

2.0 Prinsip Teknologi Pengajaran .. 3

3.0 Reka Bentuk Pengajaran .. 4

4.0 Media Pengajaran . 10

5.0 Model ASSURE ... 12

5.1 Analisis Pelajar 13
5.2 Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran . 15
5.3 Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber . 17
5.4 Gunakan Media dan Bahan Sumber 18
5.5 Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran . 19
5.6 Nilai dan Semak Semula .. 20

6.0 Penutup . 21

7.0 Rujukan . 22

8.0 Lampiran 23







1.0 Pengenalan.

Berdasarkan tajuk tugasan yang perlu dibincangkan merujuk kepada mata pelajaran Teknologi
Pengajaran yang telah dipelajari, perkara yang perlu dikupas terlebih dahulu bagi memahami
dengan sejelas-jelasnya konsep sebenar, sebelum penerangan terperinci dilakukan ialah berkenaan
dengan prinsip teknologi pengajaran dan media pengajaran, pemilihan media serta penghasilannya.
Huraian yang dibuat adalah merujuk kepada beberapa sumber bahan rujukan yang dikenalpasti
dapat membantu penghasilan media pengajaran yang lebih baik dan berkualiti serta berkesan
kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.0 Prinsip Teknologi Pengajaran.

2.1 Apakah domain yang terkandung dalam bidang teknologi pengajaran? Yusup Hashim (1998).

Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi pengajaran mencakupi lima domain utama yang
menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi pengajaran. Lima domain yang dimaksudkan
adalah:

2.2 Apakah kesan teknologi pengajaran terhadap kurikulum dan pengajaran? Yusup Hashim
(1998).

Teknologi pengajaran mempunyai kesan yang signifikan terhadap struktur pendidikan terutama
kurikulum dan pengajaran. Mengikut AECT (1979), kesan teknologi pengajaran boleh diperhatikan
melalui tiga cara iaitu:

i. Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat keputusan.
ii. Teknologi pengajaran membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu:
1) Hubungan antara guru dengan pelajar
2) Guru dengan bahan pandang dengar
3) Guru dengan sistem pengajaran dan media
4) Media pengajaran sahaja (tiada peranan guru)
iii. Teknologi pengajaran mengubahkan sistem atau pendekatan pendidikan.
iv. Teknologi pengajaran juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun.

3.0 Reka Bentuk Pengajaran.

Reka bentuk pengajaran dan pembinaan bahan adalah merupakan satu disiplin khusus dan
mengikut Richey (1986) dan Reigeluth (1983) reka bentuk pengajaran harus dianggap sebagai sains
pengajaran.

Yusup Hashim (1998), berdasarkan kepada pengalamannya; terdapat dua keadaan atau situasi
dimana masih terdapat guru yang masih keliru atau kurang jelas tentang reka bentuk pengajaran
kerana komponen-komponen pengajaran yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran tidak dapat
dilaksanakan sepenuhnya oleh guru. Situasi yang dimaksudkan oleh beliau ialah:
i. Semasa pengajaran dilakukan, ada di antara mereka yang mengajar tidak mengikut objektif
pembelajaran yang harus dicapai oleh pelajar selepas tamat pengajaran, dan
ii. Ada pula yang memberi ujian tanpa berlandaskan kepada objektif pembelajaran.

Noriati A.Rashid (2009), dalam bukunya yang diambil dari Yusup Hashim (1998) menyatakan,
konsep reka bentuk pengajaran dapat dikategorikan kepada tiga reka bentuk pengajaran sebagai
satu:

i. PROSES ( Briggs, 1977 )
ii. DISIPLIN ( Duffy dan Jonasen, 1991 )
iii. SAINS ( Richey, 1986 )

3.1 Apakah reka bentuk pengajaran dan pengembangan/pembinaan pengajaran? Yusup Hashim
(1998).

Teori / Pendapat / Maksud /Fungsi Reka Bentuk Pengajaran Pengembangan/Pembinaan
Yusup Hashim (1998) Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,
video pengajaran, perisian komputer pengajaran dan sebagainya.
Apabila membina bahan ia melibatkan proses reka bentuk pengajaran dan proses pengembangan
pengajaran.

Seels dan Richey (1994) Proses menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang mencakupi
aktiviti reka bentuk:
1. SISTEM pengajaran
2. MESEJ
3. STRATEGI pengajaran
4. ciri-ciri PELAJAR
Proses menggunakan spesifikasi reka bentuk untuk membina bahan teknologi cetak, teknologi
pandang dengar, teknologi berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu.

AECT (1977)
membandingkan yang mana lebih besar di antara reka bentuk pengajaran dan pengembangan
pengajaran.
Reka bentuk pengajaran adalah lebih kecil daripada pengembangan pengajaran kerana reka bentuk
pengajaran adalah salah satu daripada beberapa peringkat reka bentuk dalam pembinaan atau
pengembangan pengajaran.
Satu cara sistematik untuk mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakan seluruh sistem
pengajaran.
Kemp (1989)
Elemen yang digunakan untuk reka bentuk pengajaran boleh juga digunakan untuk pengembangan
atau membina bahan pengajaran. Ini menunjukkan tiada perbezaan di antara reka bentuk
pengajaran dan pengembangan pengajaran.

Reigeluth (1983)
Satu disiplin memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah
pengajaran. Menumpukan kepada pernyataan kaedah-kaedah pengajaran iaitu menetapkan
spesifikasi dan kriteria yang diperlukan untuk meningkatkan proses pengajaran ke tahap yang
diharapkan.
Memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah untuk
membina pengajaran. Menumpukan kepada cara-cara membina pengajaran yang akan
menunjukkan langkah atau prosedur untuk membina atau menghasilkan bahan pengajaran atau
seluruh sistem pengajaran.
Gustafon (1991)
Suatu cara sistematik mereka bentuk, membina, menilai, dan menggunakan seluruh proses
pengajaran.
Aktiviti-aktiviti pengeluaran bahan.

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran

Menurut Yusup Hashim (1998), terdapat banyak model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan
model yang digunakan mempunyai elemen yang sama.

Di dalam kajian tugasan taksiran atau kerja kursus pendek ini tumpuan utama yang diambil kira
dalam menentukan pemilihan media yang berkesan ialah dengan merujuk kepada model yang
berorientasikan bilik darjah memandangkan tugas guru adalah sebagai pelaksana sistem. Oleh yang
demikian, guru tidak perlu merancang dan menggubal kurikulum, tetapi perlu memilih media atau
bahan sumber yang sesuai untuk melaksanakan kurikulum tersebut.

Antara beberapa contoh model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah ialah model
Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985), dan model Dick dan Reiser
(1989).

Hasil kajian dan analisa yang dibuat mendapati bahawa model ASSURE (1996) yang dikemukakan
oleh Heinich et al. (1982) merupakan model yang paling sesuai digunakan untuk merancang
pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Semua guru dapat memanfaatkan dan menggunakan
model ini untuk merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Berikut adalah perbezaan
maksud dan konsep bagi menerangkan reka bentuk pengajaran dalam bilik darjah berdasarkan
beberapa model yang tersebut :
Model ASSURE (1996) Model ADDIE Model Dick dan Reiser (1989)
Terdapat 6 langkah iaitu:
1. A - Analyse Leaner (analisis ciri pelajar)
2. S State Objectives (nyatakan objektif)
3. S Select Method, Media and Materials (pilih kaedah, media dan bahan)
4. U Utilise Media and Materials (gunakan media dan bahan)
5. R Require Learner Response/ Participation (libatkan pelajar dalam proses pembelajaran)
6. E Evaluate and Review or Revise Materials ( nilai serta semak semula bahan) Terdapat 5
peringkat:
1. A Analysis (analisis)
2. D Design (reka bentuk)
3. D Development (perkembangan)
4. I Implementation (pelaksanaan)
5. E Evaluation (penilaian) Terdapat 8 langkah:
1. Tentukan matlamat
2. Analisis ciri pelajar
3. Tulis objektif
4. Pilih/semak buku teks
5. Bina ujian
6. Bina aktiviti pengajaran
7. Pilih media pengajaran
8. Laksana pengajaran



A S S U R E

Pilih MEDIA


3.3 Penggunaan Reka Bentuk Pengajaran Dalam Sistem Pengajaran.

Dalam model ini, elemen dalam sistem reka bentuk pengajaran dan pembinaan media/bahan
disatukan untuk memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran.

Peringkat I menentukan isi pelajaran

Peringkat II membina MEDIA pengajaran
Model sistem
reka bentuk Peringkat III merancang pengajaran
pengajaran bersepadu
Peringkat IV pelaksanaan pengajaran

Peringkat V proses pembelajaran
Perkara yang ditekankan disini ialah pada Peringkat II iaitu membina MEDIA pengajaran. Tumpuan
terhadap pembinaan media pengajaran ini melibatkan sembilan langkah utama, Yusup Hashim
(1997) iaitu:
i. Menentukan perkara dan isi pelajaran
ii. Analisis pelajar
iii. Menentukan matlamat pengajaran
iv. Membuat analisis pengajaran
v. Menyatakan objektif-objektif pengajaran
vi. Membina strategi pengajaran
vii. Pilih / baiki / bina bahan
viii. Membina ujian kriteria
ix. Penilaian bahan

4.0 Media Pengajaran

Istilah media pengajaran membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan
(perisian) media yang telah dikenal pasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau
mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran, Yusup Hashim (1997).

Media dalam pengajaran memainkan peranannya dalam menyokong proses pengajaran dalam bilik
darjah. Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan
menyediakan bahan untuk pembelajaran murid. Gabungan kombinasi guru dan media merupakan
medium perantara yang paling berkesan bagi memastikan objektif pengajaran dapat disampaikan
kepada pelajar.

Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga komponen iaitu mesej, bentuk mesej dan
saluran mesej. Tindakbalas, tingkah laku dan respons pelajar memberikan maklum balas yang
sangat penting kepada guru bagi mengetahui sama ada mesej telah diterima dan difahami atau
sebaliknya.

Reka bentuk mesej adalah sangat penting bagi memastikan mesej tersebut benar-benar dapat
difahami dan ianya bergantung kepada jenis pemilihan media yang dipilih dan dibuat. Media yang
sesuai digunakan bermula daripada pengalaman langsung hingga kepada penerangan verbal atau
bahasa yang digunakan, Edgar Dale (1969).

Gagne dan Briggs (1974) pula berpendapat bahawa pemilihan media yang sesuai berdasarkan
kepada rangsangan fizikal media berkenaan dapat dibahagikan kepada enam kategori iaitu:
1. Perkataan / struktur bahasa
2. Bentuk bunyi bukan bahasa
3. Perkataan bercetak
4. Gambar statik
5. Gambar bergerak
6. Sampel sebenar

4.1 Pemilihan media dan bahan sumber.

Noriati A.Rashid (2009), menyatakan bahawa pemilihan media melibatkan perancangan pengajaran
yang baik dan terancang serta proses-proses pemilihan media yang merangkumi beberapa perkara,
antaranya ialah:
i. Penentuan kaedah
ii. Pemilihan format media
iii. Pemilihan bahan sumber
iv. Gunakan media dan bahan sumber
v. Libatkan pelajar dalam pembelajaran
vi. Nilai dan semak semula





5.0 Model ASSURE

Hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang teknologi pengajaran dan
pembelajaran mendapati model ASSURE adalah model yang paling baik dan sesuai digunakan
dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran serta mereka bentuk pengajaran dalam bilik
darjah.

Model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber yang paling penting bagi memastikan
setiap objektif pelajaran mahupun maklumat dapat disampaikan terus kepada pelajar secara
berkesan dan pelajar faham tanpa rasa ragu. Bagaimanapun, ianya memerlukan perancangan yang
sangat rapi dan teliti dari sudut susun atur pengajaran ke arah proses pembelajaran yang lebih
berstruktur dan dinamik. Ini selaras dengan pandangan Gagne (1985) yang menyatakan bahawa
pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang dan ianya perlu disusun secara
berperingkat-peringkat.

Untuk itu, bagi menghasilkan satu bentuk rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam
memanfaatkan penggunaan media yang lebih baik melalui model ASSURE ini, guru perlu
mengaplikasikan bersama-sama sembilan peringkat penyampaian pengajaran selaras dengan
proses pembelajaran yang dikenali sebagai Events of Instruction seperti mana yang terkandung
dalam teori Gagne (1985). Peringkat-peringkat berkenaan adalah sebagaimana yang berikut:
1. Tarik perhatian pelajar
2. Beritahu pelajar objektif pembelajaran
3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
4. Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran dan pembelajaran
5. Bimbing pembelajaran pelajar
6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti
7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar
8. Taksir pencapaian pembelajaran
9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

Dalam menyediakan reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah berdasarkan model ASSURE,
semua guru perlu mengambil kira proses penyampaian pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne
(1985). Ini adalah kerana proses penyampaian yang sempurna akan bermula dengan menganalisis
keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh membawa kepada pencapaian
matlamat. Model ASSURE ini antara lainnya menumpukan kepada perancangan pengajaran
pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini akan dapat membantu guru merancang
pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Dengan kata lainnya, model
ASSURE ini sangat berguna kepada guru dalam proses menyediakan Rancangan Persediaan
Mengajar (RPM) atau Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi setiap mata pelajaran.

Maklumat yang diterima daripada Guru Kelas Tahun 2 Dedikasi iaitu Pn Suzana Abd Rahman, dan
pengalaman sedia ada guru dengan pelajar mengenai pelajar-pelajarnya ialah seperti berikut :

Nama Kelas : Tahun 2 Dedikasi
Bilangan Pelajar : 30 orang
Tahap Akademik : Sederhana
Lokasi Sekolah : Luar Bandar / Kampung
Jenis Sekolah : Sekolah Kebangsaan
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Tajuk Pengajaran : Pergerakan Lokomotor
Masa Pengajaran : 30 minit.

5.1 Analisis Pelajar

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menganalisis pelajar. Proses ini dilakukan
bagi memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar digunakan dan dilaksanakan
untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam situasi pembelajaran yang sebenar.
Pelajar dapat dianalisis berdasarkan kepada aspek-aspek berikut:


5.1.1 Ciri-ciri Umum Pelajar

Pemilihan media yang dibuat adalah sangat bersesuaian dengan ciri-ciri umum pelajar berdasarkan
kepada umur pelajar tahun dua sekolah rendah iaitu lapan tahun. Sukatan dan isi kandungan
pengajaran dan pembelajaran dirangka untuk semua pelajar tahun dua dari semua aliran kelas dan
pelbagai kaum serta bangsa, baik lelaki mahupun perempuan. Ianya melibatkan semua pelajar
bandar dan luar bandar yang datang dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira taraf
sosioekonomi pelajar-pelajar tersebut kerana guru perlu membimbing pelajar tanpa mengira pangkat
atau darjat, ras mahupun jantina mereka. Bagi melaksanakan aktiviti ini, pemilihan kaedah
pengajaran menggunakan media berbentuk power point dan video pendek berkenaan topik yang
diajar iaitu pergerakan lokomotor dijangka dapat membantu pelajar memahami isi kandungan
pengajaran dengan lebih jelas melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami, gambar-gambar
gerakan yang jelas menggambarkan pergerakan sesuatu aktiviti sebagai bukti konkrit kepada
tayangan video sebenar pergerakan yang dilakukan. Penggunaan media sebagai alat bantu
mengajar (ABM) ini penting bagi pemahaman murid sebelum aktiviti gerakan sebenar di padang
dilakukan. Ini dapat memudahkan dan melancarkan lagi tugas-tugas guru sebagai pemudah cara.
Secara tidak langsung, aktiviti dalam bilik darjah ini dapat menarik minat pelajar dan merangsang
minda mereka bahawa setiap pergerakan yang murid lakukan membawa maksudnya yang
tersendiri.

5.1.2 Pengetahuan / Pengalaman Sedia Ada

Sebelum pembelajaran dilakukan, guru menguji pelajar dengan cara menyoal pelajar mengenai
tajuk pergerakan lokomotor yang akan diajar dan disampaikan di dalam kelas. Proses ini dapat
membantu guru untuk mengenalpasti sejauhmana tahap pengetahuan semasa pelajar berdasarkan
kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar mengenai gerakan-gerakan yang pelajar
sendiri pernah lakukan sebelum ini sama ada dalam pergerakan yang biasa atau dalam permaianan
yang pelajar telah lakukan. Ini dapat membantu guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran
yang paling sesuai dan kaedah yang berkesan.
5.1.3 Gaya Pembelajaran Pelajar

Melalui gaya pembelajaran pelajar, guru dapat mengenalpasti tahap keupayaan pelajar dalam
memahami konsep lokomotor. Setiap orang pelajar adalah berbeza-beza dari sudut pemprosesan
dan kecerdasan mereka menerima rangsangan maklumat yang disampaikan. Interaksi antara guru
dan pelajar sangat penting bagi guru untuk memahami emosi pelajar dalam persekitaran
pembelajaran bilik darjah. Keadaan ini akan mempengaruhi cara pelajar tersebut memproses
maklumat dan membentuk persepsi, seterusnya menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.
Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada pelajar Tahun 2 Dedikasi ini yang tahap kecerdasannya
sederhana bagi memastikan semua pelajar faham maksud pergerakan lokomotor yang sebenar.

5.2 Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran mestilah spesifik iaitu jelas. Objektif utama guru bagi tajuk
pergerakan lokomotor ini ialah, pada akhir pembelajaran;

a. Pelajar dapat memahami dan menyebut dengan jelas maksud pergerakan.
b. Pelajar dapat memahami dan menyebut dengan jelas maksud lokomotor.
c. Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menyatakan serta menyenaraikan dan menulis dengan
jelas sekurang-kurangnya tiga daripada lima pergerakan lokomotor melalui sesi soal jawab antara
guru dengan pelajar hasil daripada penggunaan media yang dipilih iaitu persembahan slaid power
point dan tayangan video pendek pergerakan lokomotor yang mana bahan pengajaran dan
pembelajaran tersebut dibina dan dibuat sendiri oleh guru.

Walaupun pada dasarnya, merujuk kepada konsep bilik darjah yang mana guru hanya perlu memilih
bahan bukan membina bahan yang lebih berpusatkan kepada sistem, pembinaan bahan ini dibina
adalah disebabkan oleh faktor pelajar yang mendorong guru berusaha sedaya upaya bagi
menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar Tahun 2 Dedikasi.

Pernyataan objektif yang jelas secara tidak langsung dapat membantu guru memilih media dan
kaedah penyampaian yang sesuai. Seterusnya guru dapat menentukan langkah-langkah dalam
merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, guru dapat
menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat merangsang minda pelajar. Pada akhirnya,
guru dapat membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajar.

5.2.1 Siapakah yang Akan Mencapai Objektif?

Tumpuan utama yang perlu diberi perhatian ialah semua pelajar-pelajar dalam kelas Tahun 2
Dedikasi. Ini adalah kerana objektif yang dimaksudkan adalah berkait dengan pembelajaran dalam
bilik darjah bukan pengajaran oleh guru. Kejayaan ini hanya dapat dicapai melalui aktiviti yang yang
dilakukan oleh guru dalam bilik darjah dan pelajar-pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut.

5.2.2 Bentuk Tingkah Laku Baharu

Merujuk kepada apa yang hendak dicapai oleh guru dalam pengajarannya dalam kelas Tahun 2
Dedikasi ialah melalui perkataan penegasan yang menggambarkan nilai atau nisbah ukuran yang
berjaya dicapai oleh murud bagi maksud kejelasan isi dan bahan media yang disampaikan dan
digunakan oleh guru benar-benar berkesan. Perkataan penegasan dalam objektif guru bagi tajuk
pergerakan lokomotor ini ialah menyebut, menyatakan, menyenaraikan dan menulis.

5.2.3 Situasi atau Syarat Perlakuan

Ianya berdasarkan kepada bagaimana sesuatu objektif yang dinyatakan oleh guru pada awal
pengajarannya dapat dicapai pada akhir pembelajaran pelajar. Selepas penggunaan media power
point atau media tayang tidak bergerak di persembahkan kepada pelajar, pelajar seterusnya dapat
memahami pergerakan sebenar sepertimana yang ditunjukkan dalam video pendek pergerakan
lokomotor dan guru mengharapkan penggunaan media-media ini lebih membantu murid untuk lebih
mudah faham.

5.2.4 Darjah Tahap Pencapaian Minimum Perlakuan

Jelas dinyatakan dalam huraian objektif guru yang ketiga iaitu Di akhir pembelajaran, pelajar dapat
menyatakan serta menyenaraikan dan menulis dengan jelas sekurang-kurangnya tiga daripada lima
pergerakan lokomotor.

5.3 Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber

Langkah ketiga ialah penggunaan media yang dipilih dengan teliti secara sistematik dan terancang
oleh guru berdasarkan tahap pencapaian dan kecerdasan pelajar Tahun 2 Dedikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah satu perancangan yang sangat baik dan sangat
membantu guru dan pelajar. Proses ini memerlukan penumpuan yang jitu berikutan faktor keadaan
pelajar yang sememangnya berada pada tahap sederhana yang memerlukan pendekatan yang lebih
mudah dan ringkas dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses pemilihan kaedah media dan
bahan sumber ini melibatkan tiga langkah berikut ;

5.3.1 Penentuan Kaedah

Kaedah yang dipilih ini adalah bersesuaian dengan pelajar Tahun 2 Dedikasi berdasarkan analisis
awal yang telah dibuat oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. Analisis awal yang dimaksudkan
meliputi cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada mereka dan gaya pembelajaran pelajar. Guru telah
sedia maklum bahawa tidak semua pelajar-pelajar boleh membaca dan menulis dengan baik. Maka
dengan itu, kaedah pengajarana berbentuk gambar dan video adalah merupakan satu simulasi dan
tunjuk cara yang paling sesuai dengan tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar.

5.3.2 Pemilihan Format Media

Format media yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Tahun 2
Dedikasi ini dijangka dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian dalam
bilik darjah. Terdapat dua format media yang dipilih dan digunakan oleh guru iaitu power point dan
video pendek. Kumpulan sasaran guru adalah pelajar Tahun 2 Dedikasi yang mempunyai
bilangan pelajrnya seramai 30 orang.

5.3.3 Pemilihan Bahan Sumber

Gambar-gambar pergerakan lokomotor yang dirakam sendiri oleh guru digunakan sebagai bahan
utama bagi sesi penyampaian dan penerangan tajuk pergerakan lokomotor kerana ianya dapat
menarik minat pelajar dan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah.
Gambar-gambar tadi kemudiannya disusun dan dirakam semula dalam bentuk video untuk tayangan
kepada pelajar di dalam kelas. Kos bahan yang dilibatkan adalah sangat berpatutan walaupun pada
dasarnya guru tidak digalakkan untuk membina sumber kerana ditakuti ianya akan melibatkan kos
yang tinggi. Guru hanya perlu menyumbang tenaga, keringat dan masa bagi menjadikan fantasi itu
satu realiti dan menjadi satu kepuasana bilamana objektif pengajaran guru di dalam kelas tercapai.

5.4 Gunakan Media dan Bahan Sumber

Guru dan pelajar bersama-sama dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media dan bahan
sumber ini serta berjaya menggunakan media yang dipilih ini dengan sebaik mungkin bagi kegunaan
pelajar dalam proses pembelajaran dan bagi kemudahan guru dalam proses pengajaran. Media ini
digunakan dengan cara tayangan slaid power point kepada pelajar. Di dalam slaid power point ini,
guru menyusun gambar-gambar secara berturutan menceritakan setiap satu pergerakan dari mula
hingga akhir proses. Kemudiannya, pelajar akan dipersembahkan dengan satu tayangan video
bergerak yang menceritakan semula proses perlakuan atau pergerakan sebenar gambaran awal
tadi. Tayangan video ini akan dibuat sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dan boleh tiga kali,
tetapi bergantung kepada jangkaan masa yang telah dirancang. Penentuan kejayaan penggunaan
media dan sumber yang dipilih oleh guru serta proses menulis refleksi bergantung kepada tindakan-
tindakan awal guru sepertimana yang berikut;

5.4.1 Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas
5.4.2 Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas
5.4.3 Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan
5.4.4 Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber
5.4.5 Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar

5.5 Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran

Penerangan pengajaran dalam bentuk media iaitu power point dan video ini dikendalikan oleh guru
sepenuhnya semasa di dalam kelas. Pelajar diajar melalui gambar-gambar pergerakan dalam
tayangan slaid power point. Pelajar dikehendaki mengikut dan melakukan aktiviti pergerakan
sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambar. Guru melibatkan pelajar dalam kelompok yang kecil
dan besar bagi setiap aktiviti termasuklah semasa sesi soal jawap dan perbincangan. Dalam erti
kata lain, pelajar dikehendaki melakukan pergerakan yang mudah secara berkumpulan. Ini akan
membentuk pelbagai variasi dan rangsangan yang diterima oleh pelajar. Guru akan memberikan
maklum balas terus kepada pelajarnya sebaik sahaja pelajar berjaya melakukan pergerakan
tersebut. Reaksi positif yang ditunjukkan oleh guru akan menjamin minat dan penglibatan pelajar
dalam aktiviti yang dilakukan secara berterusan, bukan untuk kelas pada hari tersebut, malahan
untuk kelas-kelas yang seterusnsya juga. Selepas tayangan video dibuat, guru akan menyoal
pelajar mengenai pergerakan-pergerakan lokomotor yang terdapat di dalam tayangan video yang
berkenaan. Tayangan video yang dibina dan dibuat oleh guru diterjemahkan kedalam bentuk slaid
power point dan pelajar sepatutnya boleh menyebut dengan jelas nama-nama pergerakan tersebut.

5.6 Nilai dan Semak Semula

Guru dikehendaki menilai dan menyemak semula pengajaran yang dilakukan oleh guru dan
pembelajaran yang diterima oleh pelajarnya di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran ini
mestilah seiring dengan perancangan awal yang telah dibuat oleh guru dalam menetapkan matlamat
dan objektif pembelajaran. Guru membuat penilaian disepanjang tempoh pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dimana beberapa soalan ditimbulkan oleh guru dan guru melihat sendiri
sejauhmana keberkesanan media yang dipilih oleh guru dapat membantu pelajar-pelajar Tahun 2
Dedikasi memahami tajuk pergerakan lokomotor.

Kelakuan atau tindak balas pelajar boleh terus diukur dan disukat oleh guru secara terus semasa
proses pengajaran berlangsung. Secara tidak langsung guru dapat menangani dan bertindak segera
menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan cara menggunakan bahasa yang lebih sesuai dan lebih mudah difahami, serta
melakukan perubahan teknik mengajar yang lebih berkesan dan berupaya membantu pelajar
supaya lebih faham bersesuaian dengan tahap pelajar itu sendiri.

Langkah akhir dalam Model ASSURE ini adalah merupakan peringkat paling penting bagi menilai
keseluruahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipilih, ditetapkan dan dilaksanakan.
Di sinilah refleksi sebenar akan dibuat oleh guru hasil daripada pengajaran yang dilakukan dalam
bilik darjah terhadap tahap keupayaan pelajarnya dan tahap keberkesanan pengajarannya. Setiap
tindak balas positif mahupun negatif yang ditunjukkan oleh pelajar hendaklah dikaji secara
mendalam bagi memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Refleksi
yang dibuat dapat membantu guru untuk melakukan penambahbaikan dan seterusnya menyediakan
satu set perancangan yang lebih efisyen, efektif, tersusun dan seterusnya memperbetulkan apa-
apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah guru lakukan di setiap peringkat proses berdasarkan
kepada model ASSURE ini.

6.0 Penutup

Berdasarkan kepada pemahaman saya berkenaan model ASSURE ini ialah persediaan dan
perancangan awal guru adalah sangat penting dalam menyediakan bahan pengajaran yang menarik
agar ianya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan membantu guru memudahkan tugas-
tugasnya dalam mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan atau media
hendaklah dibina terlebih dahulu sebelum reka bentuk perancangan pengajaran dilakukan.
Gabungan antara keduanya iaitu pembinaan atau pemilihan bahan dan reka bentuk sistem
pengajaran akan dapat memudahkan tugas guru dalam merangka program pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah,
menarik dan berkesan.

Guru perlu kreatif mencipta idea-idea baru bagi menarik minat dan citarasa pelajar masa kini yang
rata-ratanya cenderung dalam teknologi-teknologi baru. Oleh yang demikian, guru perlu
memantapkan diri, mempelajari dan mempraktikkan kemahiran tersebut seiring dengan minat
pelajar masa kini yang lebih moden. Hasil kemajuan negara haruslah seiring dengan profesyen
perguruan masa kini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, dan cemerlang dari pelbagai
sudut.


7.0 Rujukan


BUKU

1) Yusup Hashim. (Cetakan 1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2) Yusup Hashim. (Cetakan 1998). Teknologi Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3) Noriati A.Rashid. Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Wan Kamaruddin Wan
Hasan. (Pertama Kali Diterbitkan 2009). Siri Pendidikan Guru; Teknologi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd. ( Dahulunya dikenali sebagai Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.)

4) Muhamad Hasan Abdul Rahman. (Cetakan Kedua 2003). Media Pengajaran; Penghasilan
Bahan Pengajaran Berkesan. AREMES (M) Sdn. Bhd.

5) Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). KBSR, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani
Tahun Dua. Bahagian Pembangunan Kurikulum.


Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (1)
Presentation Transcript
1. Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan pembelajaran (1) Prof Madya Dr Hj. Abd Latif Hj Gapor
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia UPSI [email_address] Kursus Pensijilan Pengajaran Dan
Pembelajaran Pensyarah Baru UPSI Tarikh: 29 Jun, 2010 11.00-1.00 Ptg
2. Hasil pembelajaran Menjelaskan pendekatan sistematik untuk pengajaran berkesan Mengkaitkan
teori pembelajaran dengan aktiviti pengajaran menggunakan teknologi Merancang penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Aktiviti pengajaran Kuliah 40 minit Perbincangan 30 minit Pembentangan 40 minit Rumusan
4. Reka bentuk pengajaran Menentukan pengajaran berkesan untuk mencapai objektif yang dikehendaki
Gagne menyarankan pengajaran bermula dengan meningkatkan minat pelajar sebelum aktiviti lain RP
berdasarkan : (a) psikologi (b) pendekatan sistematik (c) komunikasi dan teknologi
5. Merancang pengajaran: Model Pendekatan sistematik (Reiser dan Dick, 1996) Mengenalpasti
matlamat pengajaran Menganalisa pelajar Mengenalpasti objektif Merancang aktiviti pengajaran
Memilih media pengajaran (PENGGUNAAN TEKNOLOGI) Membina alat penilaian Melaksanakan
pengajaran Menyemak semula pengajaran
6. Model-model lain: A.S.S.U.R.E A.D.D.I.E D.I.D
7.
8. ADDIE
9.
10. DID TEKNOLOGI
11. Memilih media pengajaran/teknologi Non projected Real object Kit Model Printed materials Audio
Visual board Projected Internet/Web Multimedia/CD CD OHP Slides Films
12. Pertimbangan? Kesesuaian : Kandungan, pencapaian objektif, tahap kandungan, matlumat tepat,
kemaskini fakta Reka bentuk visual : persembahan jelas, boleh baca, grafik sokong objektif, animasi
sokong Practicality : hardware, software, cost, infrastructure, PlanB if problem
13. Aktiviti pengajaran (1): 9 Adegan pengajaran Gagne Menarik perhatian Memberitahu pelajar
mengenai objektif Mengingat semula pengajaran yang lepas Mempersembahkan rangsangan
Menyediakan panduan pembelajaran Mengawal pencapaian Menyediakan maklum balas Menilai
pencapaian Meningat semula dan memindahkan pengetahuan
14. Aktiviti pengajaran (2): Umum Pengenalan Motivasi pelajar Menyatakan kepada pelajar objektif
Membantu mengingat semula Perkembangan Persembahkan maklumat dan contoh Kesimpulan
Ringkasan pengajaran
15. Teori pembelajaran dan penggunaan teknologi (1) Behaviourism Stimulus and response Student
remember and respond Teacher present and provide for practice and feedback
16. Teori pembelajaran dan penggunaan teknologi (2) Cognitivism Memproses maklumat dan
pemindahannya Pelajar mengingat strategi, aturan dan pola Guru rancang strategi cognitif
17. Teori pembelajaran dan penggunaan teknologi (3) Constructivism Penemuan pengetahuan cara
sendiri Pelajar menemui perkaitan antara konsep Guru menyediakan panduan untuk mendapatkan
penemuan
18. Teori pembelajaran dan penggunaan teknologi (4) Social contructivism Pembelajaran adalah
interaksi sosial menerusi pelbagai perspektif Projek asas perbincangan dan memberi makna Guru
menyediakan kemudahan dan sokongan
19. Teori pembelajaran dan teknologi komputer Behaviourism drill and practice computer based
learning software --------------------- Cognitivism Alat pengajaran individu CBL cth. sifir, tambah ---------------
----------- Alat maklumat Cth. Sumber internet ensaiklopedia
20. Teori pembelajaran dan teknologi komputer Constructivism --------------------- Social Constructivism
Persekitaran kolaboratif Alat pembinaan oleh individu cth. Web, Blog, Excel., Word, power point dll ------
------------ Alat komunikasi sosial Cth. Mobil, emel,forum,dll
21. Sumber: Metro
22. Keratan akhbar: situasi leh Ruhaiza Rusmin [email_address] 2010/05/24 BAYANGKAN situasi ini.
Sebuah kelas hingar bingar, pelajar berhimpit tidak selesa, guru yang sedang mengajar di depan tidak
diendahkan manakala suasana persekitaran diselubungi bau kurang menyenangkan meskipun kipas ligat
berputar. Pelajar merungut kerana kurang diberi perhatian manakala guru gagal melaksanakan proses
pembelajaran dengan baik kerana kekurangan tenaga bagi memantau kira-kira 40 pelajar. Suasana itu
bukan rekaan tapi realiti di kebanyakan sekolah di negara ini, gara-gara jumlah yang ramai dalam
sesebuah kelas. Memburukkan lagi keadaan apabila guru yang mengajar terpaksa bekerja keras
mengawal perjalanan kelas menyebabkan mudah naik darah dan merencatkan proses pembelajaran.
Namun, mereka tiada pilihan dan perlu akur kerana inilah senario yang perlu dihadapi setiap hari.
Sumber: Metro
23. Domain kognitif (1) Pengetahuan Mengingat kembali maklumat --------------------- Pemahaman
Memahami makna, menyatakan masalah dengan ulasan sendiri Kata kunci Takrif, label, senarai,
namakan, nyatakan, pilih, ------------------------ Terangkan,menjelaskan,meramalkan, merumus,
24. Domain kognitif (2) Aplikasi menggunakan konsep dalam situasi baru 4. Analisis- Memecahkan
sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara
Menjana, Menunjuk cara, Menghubung kait, Membina,Menyelesaikan Menganalisis,
Membandingkan,Membezakan
25. Domain kognitif (3) 5. Sintesis- Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri,
membentuk struktur memberi makna yang baru. 6. Penilaian - membuat pertimbangan terhadap nilai
idea atau bahan Menggabungkan, mengubahsuaii, membina semula, merumus ------------------- Menaksir,
membanding, menilai
26. Perbincangan: Kaedah dan teknologi Internet-based learning Web/LMS/E-Mail Audio/Radio
Video/Tv Talking book Project/case PBL on-line
27. Perbincangan (10 minit) Cadangkan satu contoh pengajaran berkesan berasaskan hasil pembelajaran
dari mana-mana domain kognitif, afektif dan/atau psikomotor dengan sokongan teknologi?
28. Hasil perbincangan (pembentangan) Hasil pembelajaran UMUM: (apa boleh tercapai oleh pelajar)
Intelektual apa pelajar tahu dan apa yang boleh mereka buat selepas tahu Sikap - pendekatan
tanggungjawab dan nilai Kemahiran dari umum kepada perkara yang lebih spesifik Aktiviti pengajaran
Kaedah dan teknologi dipilih
29. A S S U R E Rumusan
30. Gambar Hasil download dari youtube Sejauhmanakah ianya boleh menyokong pengajaran?
(Bincang)
31. How? Lirik lagu Rossa Ayat Ayat Cinta desir pasir di padang tandus segersang pemikiran hati terkisah
ku di antara cinta yang rumit bila keyakinanku datang kasih bukan sekadar cinta pengorbanan cinta yang
agung ku pertaruhkan reff: maafkan bila ku tak sempurna cinta ini tak mungkin ku cegah ayat-ayat cinta
bercerita cintaku padamu bila bahagia mulai menyentuh seakan ku bisa hidup lebih lama namun harus
ku tinggalkan cinta ketika ku bersujud bila keyakinanku datang kasih bukan sekedar cinta pengorbanan
cinta yang agung ku pertaruhkan repeat reff ketika ku bersujud http://gudanglagu.com/r/rossa/rossa-
ayat-ayat-cinta
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURETarikh : 18 April 2011Kelas : 2
BestariTempoh : 90 minit (1 jam 30 minit)Masa : 7.50 9.20 pagiBilangan Pelajar : 30 orangMata
Pelajaran : Bahasa MelayuTema : Makanan untuk kesihatanTajuk : Makanan seimbangPengetahuan
sedia ada pelajar : - Pelajar-pelajar telah mengetahui pelbagai jenis makanan.Objektif pengajaran :Pada
akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:- Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan
seimbang dengan menggunakan ayat yang betul- Mengkelaskan makanan dan dan menulis 6 contoh
makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda- Menggunting
dan menampal gambar-gambar makanan dengan baik untuk dijadikan buku skrap.- Membina ayat
tunggal sekurang-kurangnya 6 bagi setiap pengkelasan makanan dengan betul.- Menjelaskan 1
kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-
aktiviti yang telah dijalankan.
2. Isi PelajaranFokus utama2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang
betul.Fokus sampingan8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan majmuk. Aras 1 i. Menulis
dan membina perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan cantik.Nilai-nilai murni :
Bekerjasama , menjaga kebersihan dan bertanggungjawabAlat bantu mengajar : Lembaran kerja, slaid
power point, CD ROM, bahan-bahan maujud, seni kata lagu
3. Bahan rujukan : Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2, Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2, Buku kerja
Bahasa Melayu Tahun 2.Langkah keselamatan : Berhati-hati ketika menggunakan gunting.Induksi Set :
Guru memainkan lagu Makan yang dipopularkan oleh Jalil Hamid. Guru bersoal jawab dengan murid
bagi mendekatkan pemahaman murid dengan tajuk pembelajaran yang diajar.
4. Langkah Penyampaian:Langkah Isi pelajaran Kaedah penyampaian Catatan Set 1.Nyanyian lagu 1.Guru
memperdengarkan lagu dan Strategi P &PInduksi Makan memperlihatkan senikata bertajuk Kaedah: 7
Senikata lagu Makan dipopularkan oleh Jalil Perbincangan minit Makan Hamid melalui CD. CD ROM
lagu Teknik : Makan 2. Pelajar mendengar lagu sambil Soal jawab 2.Soal jawab antara menyanyi
bersama-sama guru guru dan pelajar. serta memegang senikata yang diberi. Kecerdasan pelbagai 3.Guru
dan murid bersoal jawab Muzik tentang makanan yang terdapat di dalam lagu yang telah Penggunaan
diperdengarkan . media: -CD ROM Contoh soalan: -Seni kata A.Apakah cerita yang disampaikan lagu
dalam lagu ini? B.Sebutkan contoh-contoh makanan Nilai: yang dipaparkan melalui tayangan Keyakinan
CD. C.Apakah gambaran yang ditunjukkan melalui tayangan tersebut sekiranya kita tidak cukup makan?
5. Langkah 1.Penerangan tentang 1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan Strategi P &P 1 makanan dari
segi tajuk yang akan diajar iatu10 minit khasiat dan Makanan Seimbang sambil Kaedah: kepentingan.
mempamerkan contoh-contoh bahan Demontrasi 2.Penggunaan bahan maujud (makanan sebenar)
serta maujud. menyebutkan khasiat dan Teknik: 3.Menyentuh dan kepentingan makanan tersebut Soal
jawab Menyebut bahan- kepada kesihatan manusia. bahan maujud. Bahan: 2.Guru juga bersoal jawab
tentang Bahan-bahan kepentingan pengambilan makanan maujud: seimbang dalam menu seharian.
ikan, sotong, Contoh soalan: telur, bayam, Mengapakah kita perlu mengambil epal, roti, makanan
seimbang setiap hari? majerin, kelapa, betik, 3. Pelajar-pelajar melihat dan daging menyentuh makanan
yang dipemerkan sambil menyebutkan Nilai: nama makanan tersebut secara Bersyukur bergilir-gilir
dengan kuat.Langkah 1.Pelajar menonton 1.Pelajar-pelajar menonton slaid 2 slaid powerpoint.
powerpoint tentang makanan yang 15 2.Pelajar mencatat mengandungi khasiat tertentu. minit contoh
makanan 2.Guru meminta pelajar mencatat jenis yang dilihat melalui makanan yang ditayangkan untuk
slaid. tujuan perbincangan.
6. Contoh : Strategi P & PCatatkan jenis-jenis makanan yangterdapat dalam slaid powerpoint yang
Kaedah:ditayangkan dalam lembaran kerja yang Berceritadisediakan. Kumpulan gambar pertama:
Teknik: Telur, ayam, susu, ikan Soal jawab Kumpulan gambar kedua: Pengulangan Mee hoon, kentang,
nasi, roti maklumat Kumpulan gambar ketiga: Kerang, sotong, ketam, kepah Penggunaa Kumpulan
gambar keempat: media: Sayur-sayuran, buah-buahan, -Slaid majerin, minyak masak. powerpoint -
Komputer3.Guru mengimbas kembali ingatan -Lembaran murid tentang penerangan secara Kerja lisan
oleh guru di langkah 1. - Pelajar memperihalkan Nilai: tentang makanan seimbang usaha berdasarkan
gambar yang telah ditayangkan. Contoh : Murid menceritakan dengan permulaaan ayat seperti berikut:
Makanan seimbang mestilah mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti, mee hoon, kentang.
7. Makanan seimbang mestilah mengandungi protin seperti telur, susu, ayam, ikan.Langkah
1.Penerangan guru 1.Pelajar-pelajar diberi bimbingan Strategi P&P 3 kepentingan khasiat tentang jenis-
jenis makanan dan 15 makanan kepada kepentingan khasiatnya kepada Kaedah: minit kesihatan
manusia. kesihatan manusia. Demonstrasi Perbincangan 2.Menulis maklumat Contoh: dalam bentuk
peta a. Nasi, roti, mee hoon yang Teknik : minda. mengandungi karbohidrat Soal jawab memberikan
tenaga kepada 3.Murid menerangkan tubuh badan manusia. Penggunaan hasil perbincangan b. Telur,
susu, ayam dan ikan yang Media : mengandungi protein Slaid power menggalakkan pertumbuhan point
manusia. Peta minda c. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin Nilai: dapat
melindungi badan manusia Bekerjasama dari serangan penyakit. d. Makanan laut seperti sotong dan
Kemahiran ketam yang mengandungi garam berfikir: mineral membantu pertumbuhan Kritis dan tulang.
kreatif e. Marjerin dan minyak masak memberikan lemak kepada badan manusia.
8. 2.Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang
ketua.3.Guru menerangkan dan membimbing murid membuat peta minda sambil mengedarkan kertas
dan pen marker.4.Guru melukis contoh peta minda di papan putih serta memberikan pengkelasan
makanan kepada setiap kumpulan.5.Murid menyiapkan peta minda iaitu contoh-contoh makanan
mengikut khasiatnya dalam bentuk peta minda.Kumpulan 1 Makanan yang mengadungi
karbohidratKumpulan 2 Makanan yang mmengandungi protin
9. Kumpulan 3 Makanan yang mengandungi vitaminKumpulan 4 Makanan yang mengandungi
lemakKumpulan 5 Makanan yang mengandungi garam mineral6. Setiap ketua kumpulan mempamerkan
dan menerangkan hasil perbincangan.
10. Langkah 1.Murid dibimbing 1.Guru membimbing murid cara-cara Strategi P & P 4 membuat buku
untuk membuat buku skrap25 minit skrap. berpandukan peta minda. Kaedah: -Demonstrasi 2.Murid
membina ayat 2. Guru mengedarkan kertas Perbincangan tunggal warna , gam dan gambar- gambar
berdasarkan gambar pelbagai jenis makanan kepada Teknik : dalam buku skrap. setiap kumpulan.
Bimbingan 3.Murid membaca 3.Murid menggunting dan Penggunaan ayat yang ditulis mengkelas
gambar mengikut Media: dalam buku skrap. khasiatnya sambil dibimbing Majalah, oleh guru. Gambar-
gambar dari 4.Murid menampal gambar untuk internet. dijadikan buku skrap. Bahan: 5.Murid
menamakan dan membina Gam, gunting, ayat tunggal untuk setiap kertas putih gambar yang ditampal
di dalam A4 buku skrap. Nilai: 6. Murid membaca perkataan dan Berhati-hati ayat yang telah ditulis
secara (Keselamatan bergilir-gilir dalam kumpulan ketika masing-masing. menggunakan gunting)
Bekerjasama
11. Langkah 1.Menyatakan satu 1.Murid menjelaskan 1 kepentingan Strategi P&P 5 kepentingan
makanan makanan seimbang secara lisan10 minit seimbang. sebelum menjawab latihan yang diberi
Kaedah: Perbincangan 2..Murid menjawab 2.Murid diedarkan lembaran kerja. menjawab soalan Teknik:
dengan cepat dan 3.Murid diminta melengkapkan menu Menjawab tepat. makanan seimbang beserta
dengan soalan contoh-contoh dengan cepat dan tepat. Bahan media: Lembaran 4.Contoh lembaran
kerja seperti yang kerja dilampirkan._______ ___________________
__________________________________ _______Langkah 1.Pelajar diberi 1.Pelajar diberi pengukuhan
positif Strategi P &P pengukuhan. 6 dengan cara guru memberi pujian Kaedah: 2.Melihat kepada
kumpulan yang berjaya Membuat8 minit penghasilan buku skrap murid. menghasilkan buku skrap yang
kemas rumusan. dan menarik. Nilai: 2.Murid meletakkan buku skrap yang Menghargai telah dihasilkan di
sudut pameran untuk tujuan rujukan. Penilaian : Murid dapat menama dan mengkelaskan makanan
mengikut mengikut kumpulan makanan dengan betul. Tugasan : Pelajar melengkapkan buku skrap
degan baik.
12. 1.0 Pengenalan Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh
R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancanganpengajaran dan pembelajaran akan jadi
lebih baik dan berhasil apabila gurumenjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana
ianya berfokuskepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepadasetiap
pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikanpenggunaan alat dan bahan
bantuan mengajar memberi kesan optimum dalamproses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu
pengajaran dalam bilik darjah.Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini
mampumembantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahamibagaimana
penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajarandan pembelajaran kita perlu juga
mengetahui tentang apa itu rancangan mengajardan Model Assur. ASSURE yang direka bentuk adalah
merangkumi enam elemen utama iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S = State objective (
Nyatakan Objektif ) S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ) U = Utilise Media
and Material ( Gunakan Media dan Bahan ) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan
Pelajar ) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)
13. Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkahberturutan di dalam rancangan
pengajaran yang disediakan. Hubungan yangberkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini
satu rancangan yangmantap bagi satu sesi pengajaran.2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE Berikut adalah
huraian rancangan pengajaran yang berpandukansetiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE
yang menyerapkanpenggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran
bagimatapelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Rancangan pengajaran ini adalah untukrancangan
pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 2 Arif yang memilikiseramai 30 orang pelajar.2.1 Analisis
Pelajar (Analyze Learners) Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku.Perhatian
dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapatdilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti
membuat analisis para pelajar kitadengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :- 2.1.1
Ciri-ciri umum pelajar Tajuk pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Arif adalah Makanan Seimbang yang
diambil dari sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Pelajar berumur 8 tahun. Pelajar-pelajar ini
mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira dengan baik. Kebanyakan mereka adalah anak kepada penduduk kampung yang rata-rata
menjalankan kerja di kebun dan menjadi penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah terdedah
14. kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu merekamemerlukan perhatian dan
aktiviti yang menarik dan mencabar dalamproses pengajaran dan pembelajaran.2.1.2 Kompetensi
khusus peringkat masukGuru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,selain
daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupunpengetahuan sedia ada yang
terdapat pada pelajar merujuk kepada araskebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran.
Kebolehan intelekpelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu
budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supayapengajaran guru cepat ditangkapi dan
difahami oleh pelajar.Di sini murid-murid sememangnya telah sinonim dengan makanan, tetapimereka
tidak tahu tentang makanan yang mengandungi kebaikan-kebaikantertentu. Mereka boleh menyebut
pelbagai jenis makanan tetapi tidak tahutentang kumpulan makanan yang mereka makan setiap
hari.2.1.3 Stail / Gaya PembelajaranElemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah
gayapembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.Kecenderungan murid ini
berbeza kerana terdapat murid yang cenderungkepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan
dan kinestetik ataupunpergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran,media
pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat muridsupaya pengajaran berjalan dengan
lancar dan berkesan. Kami mendapatimurid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT,
benda-bendamaujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.
15. 2.2 Nyatakan Objektif PembelajaranObjektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan
memandu guru kearahpencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya
realistikdan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perludirangka secara
teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatanpelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
Malah panduan objektif yang diambilkira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar
(Audience) ,peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkatprestasi
pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkarapenting ialah guru tahu
bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimanaobjektif pengajaran boleh membantu guru untuk
melaksanakan pengajaran yangberkesan sebagai contoh :-Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat : 1.
Menyanyi mengikut lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan
ayat yang betul. Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana penglibatan semua
pelajar dapat menyanyi dengan gembira dengan seni kata yang dibekalkan oleh guru. Malah aktiviti soal
jawab juga dapat dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara yang terdapat dalam CD yang
ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru. 2. Mengkelaskan makanan dan menulis 6 contoh
makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda. Peringkat ini
dilihat pada langkah ketiga, pelajar dapat melengkapkan contoh- contoh makanan berdasarkan
pengkelasan yang diberi mengikut kumpulan.
16. 3. Menggunting dan menampal ke semua gambar-gambar makanan yang diberi dengan baik untuk
dijadikan buku skrap. Peringkat ini dapat dilihat pada langkah 4, murid bekerjasama menggunting dan
melengkapkan 5 pengkelasan makanan menggunakan gambar yang diberi dan mereka memastikan hasil
kerja dibuat (buku skrap makanan seimbang ) dengan baik dan kemas. 4. Membina ayat tunggal
sekurang-kurangnya 6 mengikut pengkelasan makanan dengan betul. Peringkat ini juga dilihat pada
langkah 4, di mana murid dalam satu kumpulan akan membina 1 ayat tunggal berdasarkan setiap
gambar yang ditampal mengikut pengkelasan makanan. Di peringkat ini, pelajar cuba membina ayat
tunggal dengan betul. 5. Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul
berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Peringkat ini dilihat pada langkah
kelima, pelajar cuba memberi 1 penjelasan tentang kepentingan makanan seimbang kepada manusia
secara lisan.2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods) 2.3.1 Lazimnya dalam satu proses
pengajaran banyak kaedah yang digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara
berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan
simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi. Antara kaedah pengajaran yang kerap
digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah demonstrasi. Guru memberikan pen
marker serta kertas kepada setiap kumplan .
17. Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana membuat peta minda untuk mengkelaskan
makanan kepada kumpulannya dengan penggunaan 2 bahan yang diberikan oleh guru. Guru juga
menunjuk cara membuat dan melengkapkan buku skrap kepada murid supaya murid dapat
mempraktikkan untuk membuat buku skrap bagi kumpulan masing-masing. Kaedah ini dipilih kerana
pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka
untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti
yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan.2.4
Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media) 2.4.1 Memilih media yang sesuai untuk
melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi
pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan
CD-Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan mencetuskan
motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan pelajar. Penggunaan CD-ROM
dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Guru memasang CD yang mengandungi lagu Makan
dengan tujuan menarik minat murid terhadap penagajaran dan pembelajaran ketika itu. Malah isi
kandungan yang ditayangkan itu juga membantu guru untuk mengajak murid bertanya dan bersoal
jawab bagi memudahkan pendekatan kepada memperkenalkan tajuk waktu itu iaitu Makan Seimbang.
2.4.2 Selain daripada penggunaan CD-ROM, guru juga menggunakan slaid powerpoint bagi menarik
minat pelajar dan mereka dapat melihat dengan sebenarnya fizikal makanan ini.
18. Melalui penggunaan ini juga murid dapat mencatat contoh-contoh makanan disamping menarik
minat murid dengan variasi gambar makanan yang berwarna-warni. Pengulang slaid boleh dilakukan
sendiri oleh murid dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin melihat berulang kali contoh-contoh
makanan tersebut.2.5 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials) 2.5.1 Pemilihan media yang
berasaskan teknologi pengajaran sebagai Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan
penggunaan bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu
pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga
membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru.
Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu murid
menggunakan teknik yang betul ketika menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih
bahan yang digunting itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan
melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.2.6
Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material) 2.6.1 Memilih, mengubahsuaikan atau
mereka bentuk media yang telah ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan media
yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri.
Untuk melaksanakan tugasan ini, kaedah soal jawab, dan perbincangan dan digunakan bagi member
kefahaman kepada pelajar.
19. PerbincanganPerbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalamrancangan
pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaiandengan tempoh masa pengajarannya yang panjang
dan memerlukanpelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta mindadan buku skrap.
Soal jawab Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakandalam kaedah pengajaran.
Kaedah soal jawab digunakan di dalamrancangan pengajaran ini kerana ia berupaya
mewujudkaninteraksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudahdilaksanakan. Guru
mengemukakan soalan yang berkaitan denganisi pelajaran dengan tujuan : i.Untuk mengesan
pengetahuan pelajar iiUntuk menggalakkan pelajar berfikiriii.Untuk menggalakkan pelajar
berfikirKeadah ini digunakan di sepanjang sesi pengajaran danpembelajaran yang dipilih ini.
DemonstrasiDemonstrasi adalak kaedah mengajar di mana guru menunjukkansesuatu demonstrasi
kepada pelajar atau sekelompok pelajar.Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran
yangperlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat petaminda dan buku skrap.
20. Penggunaan CD dan slaid powerpoint Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi
soal jawab bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus idea buat pelajar2.7
Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation) 2.7.1 Untuk memastikan bahawa proses
pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan,
perbincangan, latih tubi, serta projek. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam
pengajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan
pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta
merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan
sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan
menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-
murid diminta menuliskan ayat tunggal berdasarkan gambar di dalam buku skrap.2.8 Menilai Dan
Mengulangkaji (Evaluate and revise) 2.8.1 Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara
berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana
keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini
bererti objektif pengajaran telah tercapai.
21. Oleh yang demikian, guru boleh menilai sejauh mana keberkesananrancangan pengajaran yang
dibuat terhadap pengajaran danpembelajaran pelajar tahun 2 Arif . Antaranya adalah
sepertiberikut:2.8.2 Penilaian sebelum pembelajaran.Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar
semasa sesipembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis barudibuat ketika langkah 1
pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajardapat bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru
secaralisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan tersebutmelalui bahan maujud.2.8.3
Penilaian semasa pembelajaranPenilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2pengajaran
hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukanpembelajaran aktif. Dalam setiap langkah
pengajaran yangdilakukan, telah dapat dikenalpasti pelajar yang lemah dalammatapelajaran tersebut
dengan melihat kemampuan mereka memberirespon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan.
Oleh itu,penerangan semasa pengajaran dapat dibuat, menjurus kepadamemberi pemahaman pelajar
yang bermasalah.2.8.4 Penilaian setelah pembelajaranPenilaian setelah pembelajaran pula dapat
dilaksanakan denganmemberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta memintapelajar
menyatakan kepentingan makanan seimbang mengikutpemahaman murid.
22. 2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teachers plan) 2.9.1 Penilaian
ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan
mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun keputusan ini bukan
diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa
dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan
dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian diumpamakan sebagai cara untuk
menuju ke garis penamat. 2.9.2 Menilai media dan kaedah Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang
kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu,
soalan berikut harus difikirkan : a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ? b) Adakah
alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran ? c) Adakah semua
pelajar menggunakan alat atau bahan dengan cara yang betul ? d) Adakah suasana pembelajaran selesa
? e) Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ? 2.9.3 Menilai pencapaian pelajar Setelah sesi
pembelajaran selesai , guru menyediakan lembaran kerja untuk menilai keberkesanan pengajaran yang
telah disampaikan. Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir
23. pengajaran, pelajar pelajar telah diuji dari awal sehingga akhirpengajaran. Latihan yang dibekalkan
bukannya bertujuan untukmencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkahyang
boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan.Di dalam contoh pengajaran dan
pembelajaran ini, latihan diberikanbertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap
prosespengajaran yang telah berlaku.
24. RUMUSAN Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaranyang paling sesuai
diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukanpenggunaan media sebagai kaedah pengajaran.
Melalui model ini, guru lebihyakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta
dapatmemastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalahkerana di dalam model
ini terkandung elemen-elemen penting sepertipernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan
penggunaanmedia, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum prosespengajaran dilaksanakan.
Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebihefektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini
dibandingkandengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih baik . ModelSIM hanya
menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isipelajaran dan persekitaran sahaja tanpa
mengambilkira kaedah danpenggunaan media. Penggunaan media dan alat tidak dititik beratkan
dalammodel ini, jadi keberkesanan proses pengajaran tidak dapatdimaksimumkan. (3, 500 patah
perkataan)
25. RUJUKAN / REFERENSI 1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza
Publishing Sdn.Bhd. 2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan Fajar
Bakti. 3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd. 4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan
Penggunaannya Dalam Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd. 6. Prof. Madya. Dr Wan
Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip
Teknologi Pengajaran. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai