Anda di halaman 1dari 24

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon.

Ia lazimnya
terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya
digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila
kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Asal-usul angklung
2 Macam-macam angklung
3 Permainan
4 Rujukan
Asal-usul angklung[sunting | sunting sumber]
Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat, Indonesia. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari
calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman.
Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak
ramai untuk mendukung usaha berkait.
Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan
[perlu rujukan]
yang menyebarluaskan muzik ini ke Thailand, saat
pula boleh meluas ke Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura.
Macam-macam angklung[sunting | sunting sumber]
Angklung Kanekes, muzik khas suku kaum Baduy, Banten
Angklung Dogdog Lojor, muzik khas Sukabumi, Jawa Barat
Angklung Gubrag, muzik khas Bogor, Jawa Barat
Angklung Badeng, muzik khas Garut, Jawa Barat
Angklung Buncis, muzik khas Bandung, Jawa Barat
Permainan[sunting | sunting sumber]
Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang
menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga
pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan
dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.
Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord).
Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya
menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.

Gitar adalah sejenis alat muzik bertali yang telah lama digunakan dalam pelbagai jenis gaya muzik, dan juga
salah satu alat solo klasik. Ia banyak digunakan sebagai alat utama dalam muzik blues, desa, flamenco, rock dan
banyak jenis pop. Gitar biasanya terdiri daripada satu batang leher yang panjang dan terdapat ruas-ruas yang
dipanggil "fret". Badannya seakan-akan berbentuk biola. Pada kebiasaannya juga terdapat enam tali yang boleh
dimainkan dengan memetik tali tersebut sama ada dengan jari ataupun plektrum (pemetik gitar). Namun
terdapat juga gitar dengan empat, tujuh, lapan, sepuluh dan dua belas tali. Gitar dibuat dan dibaiki oleh tukang
lut (luthier). Gitar boleh dimainkan secara akustik atau boleh bergantung pada penguat yang selalunya
membolehkan manipulasi nada secara elektrik. Gitar elektrik baru sahaja diperkenalkan pada abad ke-20, dan
telah memberi kesan yang mendalam pada budaya popular.
Gambus atau qanbs (Bahasa Arab: ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari
Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia
merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Sachs berpendapat nama gambus datang dari
komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.
[1]
Terdapat 12 tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakkan plektrum,
seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang
nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya,
imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yemen. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat
pilihan pemain lut Timur Tengah.
Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia. Gambus mencetuskan
genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara
Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar.
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.
Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran
kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan
untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu
berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-
negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.
Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana
dan Gong bagi mengiringi Pencak Silat, Tarian Lilin, Randai dan Tarian Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan
juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering digunakan oleh masyarakat tempatan untuk
menggambarkan kumpulannya. Dalam permainan ini alat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu sendiri di
mana setiap pemain akan memegang dua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah untuk mencipta
satu rangkap melodi pendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga orang pemain.
Dalam situasi tertentu alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai alat pengganti atau pengganti kepada Canang
seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang kulit Kelantan. Namun dalam keadaan sedemikian nama
sifatnya hendaklah dijelaskan sebagai alat 'Canang'. lni berdasarkan kepada kontekstual persembahannya yang
amat berkait dengan tuntutan disiplin berkenaan.
Dalam amalan persembahan masakini (performance practice), kumpulan Cak Lempong telah dibahagikan
kepada tiga bahagian mengikut fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yang memainkan melodi, manakala
'Tingkah' dan 'Saua' akan memainkan rithme secara berhomofoni (in Homophony) sebagai unsur pelengkap
kepada irama sesebuah lagu tersebut.

Gedombak merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup
dengan belulang pada bukaan besar.
Gedombak biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di bawah ketiak. Ia dimainkan
dengan memalu secara langsung menggunakan tangan. Gedombak dimainkan secara berkumpulan bersama-
sama beberapa peralatan muzik yang lain


Gendang (bahasa Jawa: Kendhang, bahasa Melayu: Gendang, bahasa Tausug/Bajau bahasa Maranao:
Gandang) ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia
merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.
Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang
boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang
Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan
atau pertabalan Diraja.
Gendang Melayu dimainkan oleh masyarakat melayu mempunyai muka yang berlainan saiz. Satu muka
dipasang dengan belulang lembu dan satu muka dipasang dengan belulang kambing. Belulang tersebut disirat
dengan tali rotan dan dililit dengan rotan yang dibelah dua. Belulang itu ditegangkan dengan memasang
gelung-gelung yang diperbuat dari rotan. Badanya diperbuat dari kayu nangka dan dipanggil temiang. Temiang
berdekatan dengan muka besar, melengkung sedikit dan dililit dengan rotan. Gendang ini ada 2 saiz, yang besar
dipanggil gendang ibu dan yang kecil dipanggil gendang anak. Gendang ini dimainkan dengan cara meriba
dengan kedudukan melintang dan permukaannya dipalu dengan tapak tangan. Cara gendang ini ditala (tune)
ialah dengan cara mengetatkan talinya. Ianya dimain ketika persembahan silat, wayang kulit atau main puteri.

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam
kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun
mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan
menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan.
Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan
(kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang
diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang
dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman
Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah
permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara
dipalu dengan sebelah tangan yang lain.


Gambar belakang bahagian kompang. Kelihatan gelung plastik tebal yang digunakan bagi menala bunyi
kompang dengan menyelit antara bingkai dan kulit penutup. Pada waktu dahulu, rotan digunakan.
Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan
mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi
dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di
tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.
Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan
tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun
bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun
tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang
telah hampir pupus ini.
Kompang Bengkalis Riau[sunting | sunting sumber]
Kompang Bengkalis Riau merupakan salah satu tradisi muzik yang menggunakan kompang sebagai medium
penjanaan bunyi muzik. Kompang Bengkalis Riau dipercayai berasal dari Kampung Jawa, Muar, Johor, Malaysia.
Ia telah berkembang sejak tahun 40-an lalu di bumi Bengkalis, Riau, Indonesia apabila seorang tokoh muzik
yang bernama Pak Maun yang pulang dari Muar, Johor ke Bengkalis. Pak Maun lalu dikatakan mengajar alunan
muzik kompang kepada abangnya iaitu Muhammad Ali. Apabila ilmu ini diperturunkan ke Muhammad Ali, Pak
Maun telah berpindah ke daerah Bantan Tua, iaitu sebuah kampung dipanggil Resam. Bermula dari situlah
permainan alat muzik Kompang Bengkalis Riau mula berkembang secara aktif.
Menurut suatu rancangan dokumentari berjudul "Musik Tradisi Riau" yang dijayakan oleh Dinas Kebudayaan
Kesenian dan Pariwisata Provinsi Riau, temu bual telah diadakan bersama Encik Zailani Sulung, yakni salah
seorang tokoh muzik kompang Riau merupakan anak murid kepada Pak Amir yang merupakan anak murid Pak
Maun telah mempelajari kompang sejak tahun 1963.


Sitar merupakan sejenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang
menggunakan dawai/tali. Sitar merupakan sebuah alat muzik jenis kordofon.
Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan labu
air (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik.
Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik Hindustan sejak Zaman
Pertengahan.

Trompet ialah instrumen bras digunakan terutamanya dalam muzik klasik dan jazz. Jenis trompet yang paling
biasa ialah trompet Bb, bermaksud jika pemain bermain C, ia akan berbunyi seperti Bb dalam pic konsert.
Trompet dimainkan dengan meniup ke dalam pemipit dan membuat bunyi "buzz". Terdapat tiga kunci dipanggil
injap yang dapat pemain tekan untuk mengubah pic.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Trompet telah wujud kira-kira 3000 tahun lalu. Contoh instrumen bras awal seperti trompet dipanggil shofar
yang masih digunakan dalam acara keagamaan. Akhirnya manusia mula mencipta instrumen seperti trompet
dengan kayu (contohnya, korneto), dan kemudian, dengan loyang.

Nahara merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup
dengan belulang pada bukaan besar.
Nahara biasanya dimainkan secara duduk. Nahara dimainkan dengan memalu dengan menggunakan dua bilah
rotan halus berukuran 17 inci panjang.
Nahara biasanya hanya dimainkan dalam majlis rasmi.
Rebana Ubi adalah sejenis alat muzik yang dikelaskan sebagai gendang, dan dimainkan dengan cara dipukul
dengan pemalu. Rebana ubi lebih besar dari rebana biasa. Diameter rebana ubi adalah sekurang-kurangnya 70
cm dan tingginya hampir satu meter. Bergantung kepada saiznya, rebana ubi boleh digantung melintang atau
diletakkan di atas lantai.
Pada masa dahulu, rebana ubi digunakan untuk tujuan komunikasi jarak jauh. Rebana ini diletakkan di atas
bukit dan dimainkan mengikut rentak tertentu bergantung kepada berita yang ingin disampaikan, dari
pengumuman majlis pernikahan hinggalah kepada amaran bahaya. Kini, rebana ubi hanya digunakan dalam
upacara istiadat atau persembahan tertentu

Gong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong
telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang
kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam
essemble persembahan muzik gamelan.
Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan
bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk
mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina
dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.
Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk,
Terengganu pada 1974.
[1]
Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah
satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan
rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti
Champa
[2]
, dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong.
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi.
Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small
boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.
Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh
raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi
mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

Seruling ataupun flut ialah sebuah alat muzik dari famili alat tiup kayu atau woodwind. Berlainan dengan alat
rid, seruling ialah sebuah alat aerofon atau alat tiup tanpa rid yang mengeluarkan bunyi daripada aliran udara
yang merentasi lubang. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang
diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara
meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik. Mengikut klasifikasi instrumen muzik
Hornbostel-Sachs, seruling atau flut dikategorikan sebagai alat tiupan pinggir.
Selain suara manusia, seruling merupakan alat muzik yang tertua. Beberapa seruling berusia 35,000 ke 43,000
tahun diketemu di wilayah Swabian Alb Jerman. Seruling-seruling ini menunjukkan tradisi muzik kehadiran
manusia moden yang terdapat di Eropah

Geduk merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai dua muka.
Pada kebiasaannya bingkainya diperbuat daripada kayu nangka.
Ia biasanya digunakan dalam permainan wayang kulit dan Menora dan dimainkan secara berpasangan, geduk
ibu dan geduk anak. Sepasang pemalu kayu digunakan bagi memainkannya.
Jidur merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup
dengan belulang pada bukaan besar.
Jidur biasanya dimainkan secara duduk. Jidur dimainkan dengan memalu dengan menggunakan dua batang
pemalu.
Kenong adalah sejenis alat idiophone yang berasal dari Jawa
[perlu rujukan]
, Indonesia, yang menyusun alat muzik
gamelan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong
yang berbentuk pipih dan lebih tebal.
Kenong ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan
nada merdu setelah diketuk dengan menggunakan aalat pengetuk seperti alat pengetuk bonang.
Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut.Kenong
dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang
lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.
Not pada alat kenong: 1 2 3 5 6 --------------------------
Canang merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat
'penanda masa' (time marker) dalam ensembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.
Dalam konteks persembahan yang berhubungan dengan teater tradisional ia disertakan secara berpasangan
iaitu canang 'ibu' dan 'anak'.
Manakala dalam ensembel bagi mengiringi tarian istana seperti Tarian Asyik, mengikut amalan semasa, canang
digunakan sebanyak empat biji dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat
(definite pitch).
Lazimnya dalam ensembel paluan Asyik, canang yang bernada seperti C, D, E dan G mengikut skala Major,
digunakan untuk memainkan 'irama mode' (rythmic mode) yang bersifat minimalism iaitu secara berulang-
ulang.
Pada masa kini, dua jenis canang yang sering dihasilkan adalah yang diperbuat daripada besi dan gangsa.

Canang tunggal
Saksofon adalah sejenis alat muzik tiupan yang biasanya diperbuat daripada logam tembaga, bentuknya seperti
kon yang bengkok berbentuk huruf "J" dan terdapat kekunci untuk bermain dengan jari-jari, sementara
bahagian hujungnya terdapat tempat untuk meniup. Terdapat alat rid di bahagian tempat tiupan tersebut.
Saksofon pada asalnya digunakan dalam orkestra dan pancaragam tentera, tetapi kini lebih dikenali sebagai
alat muzik dalam muzik popular, big band dan jazz.









Alat Muzik Modern Dan Tradisional

Accordion
Accordion alat muzik berbentuk kotak daripada keluarga bellow-driven free-reed aerophone kadang kala di rujuk sebagai squeezebox
(kotak picit). Bunyi accordion datang dari udara yang dimampat & dikembang mengguna bellow semasa butang atau key ditekan
menyebabkan udara bergerak & menggetarkan strip besi (reed) mengeluarkan bunyi dari dalam badan alat muzik itu. Prinsip nya sama
seperti alat & nama purba harmonikos --harmonika Greek bermaksud music. Accordion, alat muzik biasa diguna dalam muzik folk (rakyat)
& tradisional Eropah & seluruh dunia. Ia juga tergolong dalam keluarga Sheng & Khaen di china & Indochina (Asia timur). (menyerupai
sompoton juga seruling dayak). Bentuk asal accordion dicipta di Berlin 1822 oleh Christian Friedrich Ludwig Buschmann, Pada abad ke 19
accordion mula sampai ke India menjadi alat muzik harmonium India & asia tenggara dibawa orang Eropah & perlahan-lahan meresap
masuk kedalam permainan muzik tradisi tempatan. seperti joget, zapin & dondang sayang.
Fender Electric Guitar



Fender Stratocaster (stre-to-kes-te) solid body series tahun 1960-an. Badan diperbuat kayu keseluruhan. Neck head atau kepala
leher dibentuk mengikut neck head Violin Stradivarius






The Shadows
Fender Musical Instrument Corporation di Scottsdale, Arizona pembuat gitar jenama Fender di asas kan oleh orang Amerika Leo Fender
pada 1946. Dia yang memulakan gitar elektrik solid body (badan keras) seperti Stratocaster & Telecaster. Dia juga men-design gitar
elektrik bass yang berjaya dari segi pemasaran & terkenal dalam muzik rock,jazz, country,Motown, funk & banyak lagi.Antara pemain gitar
yang masih menggunakan gitar fender ialah Jimi Hendrix, Stevie Ray Vaughan, Danny Gatton, Roy Buchanan, Albert Collins, Buck
Owens, Don Rich, Doyle Holly, Bob Dylan, Duff Mckagan, Ritchie Blackmore, Yngwie Malmsteen, Waylon Jennings, Buddy Guy, Jeff
Beck, Steve Cropper, Tom Morello, Kurt Cobain, Rory Gallagher, George Harrison, John Frusciante, Keith Richards, Bruce Springsteen,
Steve Miller, Dave "Mello D" Fernandez, Brian Wilson, Rick Parfitt, Francis Rossi, Hank Marvin, Eric Clapton, Mark Knopfler, David
Gilmour, John Mayer, Pete Townshend, Marc "Mad Dog" Davis, Mark Hoppus, Mike Dirnt, Jim Root, Dave Murray, Tinsley Ellis, Tom
Principato, Brad Paisley, Keith Urban, Kenny Wayne Shepherd, Robert Smith,

Lakran gitar untuk paten ciptaan gitar lap steel oleh Leo Fender pada 1944
Ilmu Bermain Alat Muzik Modern Berasal Dari Barat

Seorang pemuzik atau pendengar lagu tempatan mungkin tahu setiap aspek dalam permainan muzik atau muzik moden yang didengarnya
adalah ke-barat-an. Walaupun mungkin dia belajar dari mendengar muzik moden artis tempatan tetapi artis tempatan itu juga mendengar
& belajar dari artis barat. Chord gitar ciptaan barat, bunyi rock gitar dari barat, scale muzik dari barat, bass line dari barat, pukulan beat
drum 4/4, 2/4, 3/4 juga dari barat. Piano dari barat, keyboard dari barat, riff gitar barat inpirasi barat juga. Style nyanyian rock & pop baru
atau lama juga kebaratan.

Memang kita tidak nafikan alat-alat muzik modern semuanya berasal dari barat. Di cipta atau diperbaiki hasil ciptaan itu oleh orang yang
mahir di barat seperti Eropah atau Amerika. Bukan saja alat alat muzik tetapi theory muzik juga banyak yang di fikirkan, dicipta oleh artis
karyawan seni dari barat sejak dari zaman kegemilangan seni Greek. Menulis nota muzik, aturan scale muzik & kord-kord untuk piano,
gitar dicipta oleh mereka dari zaman itu kemudian diperbaiki pada zaman renaissance - baroque - romantic. Dipraktikkan dalam
persembahan muzik orchestra, band marching military, lagu-lagu rakyat & juga muzik pop terawal pada permulaan abad ke 19.


Effect Distortion Untuk Bunyi Gitar

Effect dipakai pemain guitar 1980-an hingga 1990an.

Boss distortion DS-1
BigMuff distortion
Jim Dunlop wah-wah pedal
Digitech Whammy pedal
Compression sustainer

DS-1
Tahukah kamu kenapa bunyi gitar distortion menjadi bertambah extreme (melampau) hari ini. Pemain gitar 1980an yang membesar dari
zaman kanak-kanak mendengar lagu hard rock classic 60 & 70an belajar dari piring hitam, radio atau cassette. Bunyi gitar yang
memainkan kord bar atau barre kod (power kord) di radio hi fi kedengaran berat kerana ia dimain bersama gitar bass. Pemain gitar muda
cuba meniru bunyi gitar dari dalam bunyi rekod atau hi fi kaset yang kedengaran heavy walhal ia berbunyi sebegitu sebab dimainkan
bersama gitar bass.. Maka begitulah bermulanya sound gitar rock baru pada awal 1980an di amerika & eropah yang menjadi lebih berat.
Ada yang mencuba & ber"experimen" bermain dengan mencampur distortion dari gadget dengan distortion di amp sekaligus. Ada yang
bermain di campur compression sekaligus menyebabkan gitar lebih senang & lancar dimain. Pengeluaran gadget distortion baru juga
mengikut perkembangan baru ini lalu mengeluarkan gadget distortion & overdrive yang memnuhi citarasa generasi baru pemain gitar pada
dekad 1970an - 1980an.. Band metal generasi baru Amerika & Eropah juga belajar & berlatih dengan mendengar lagu lagu rock & punk
classic dari semasa mereka kanak-kanak, bunyi gitar mereka menjadi lebih lah berat. Seiring dengan perkembangan masa, muzik menjadi
lebih kreatif. Begitu juga dengan perkembangan alat alat gadget yang memungkinkan bunyi gitar yang lebih maju dalam permainan yang
seperti menuju kearah zaman angkasa lepas.



Marshall stack amp




Fender amplifier


Peavey amplifier


Gitar alat muzik cordophones sejak zaman purba. Perkataan English-guitar, German-gitarre, France-guitare, Sepanyol-guitarra datang
dari Arab Andalucian-Qitara semuanya diambil dari perkataan Latin- Cithara yang datang dari Greek purba-kithara juga adalah turun
temurun dari pada bahasa Parsi lama (purba) Tar yang bermakna string (tali). Gitar (cithara) bukanlah juga berasal dari alat muzik asli
Rom. Pengaruh oud orang moor semasa penaklukan ke atas semenanjung Iberia (Hispania) pada abad 8 & pengaruh alat lute 6 string
orang scandinavia di negara takluk orang Viking di seluruh Eropah yang memungkinkan penciptaan gitar, alat bertali yg dipetik diseluruh
Mediterranean & Eropah, terkenal & mashyur di Iberia semenjak zaman medieval. 2 alat itu dipanggil guitar diguna sepanjang tahun 1200:
guitarra moresca (gitar moor) & guitarra Latina (gitar Latin).


Vihuela
"Vihuela" Sepanyol alat bentuk seperti gitar abad 15 & 16 dikatakan yang mempengaruhi perkembangan gitar. Vihuela yang dipetik
berkembang pada pertengahan abad ke 15 di Kerajaan Negara Aragon (Kingdom Of Aragon atau Castilla La Aragon) terletak ditimur laut
Sepanyol. Alat itu dipanggil viola da mano di Italy & Portugal. Ada Vihuela yang digesek berkembang menjadi viola. Di seluruh Eropah
pada masa itu lute (loot) menjadi alat muzik utama yang seiras & dekat dengan oud orang moor (arab afrika utara). Perkataan viola itu
sendiri adalah dari vihuela. Dari alat muzik 'tar'tamadun orang Parsi (sumeria, akkadia & Mesopotamia) alat muzik bertali purba itu
berkembang menjadi kitharra Greek, oud Arab di barat & sitar, setar juga tanbur di Asia tengah & India.


Synthesizer Keyboard

Synthesizer terawal 1960-an
Muzik Pop moden banyak menggunakan peralatan keyboard synthesizer. Mungkin kamu pernah mendengar piano di mainkan dalam lagu
pop & mungkin kamu pernah melihat bunyi piano atau alat muzik string dimainkan dari keyboard synthesizer. (kalau tak pernah, pergilah
tengok diluar sana dimana ada tempat orang buat persembahan bermain alat muzik). Kemungkinan besar bunyi itu datang dari keyboard
synthesizer menyerupai bunyi piano acoustic hanya sedikit perbezaan ia lebih terang & sharp tone. Bunyi alat muzik string (violin
ensemble) & brass (alat tiupan angin -- trumpet,horn) pun boleh dimain dari keyboard synthesizer. Begitu juga bunyi percussion
(drum,cymbal) & juga bunyi ganjil yang tidak terdapat pada alat muzik lain & juga bunyi-bunyian organ. Synthesizer atau synth alat elektrik
boleh mengeluarkan bunyi dengan menjana isyarat elektrik pelbagai frequency.


Isyarat elektrik ini kemudian di mainkan melalui speaker. Synthesizer boleh mengeluarkan julat bunyi yg luas, samada menyerupai bunyi
alat muzik yang betul, atau mengeluarkan bunyi timbre (tone quality & tone colour). Keyboard synthesizer bukan alat muzik gitar. Tetapi
ia juga boleh mengeluarkan bunyi menyerupai alat muzik bertali. Satu set alat muzik moden seperti gitar, bass, drum, string & wind
instrument boleh dimainkan dengan menggunakan hanya satu keyboard synthesizer atau Digital Sound Processor keyboard melalui
protokol MIDI (Musical Interface Digital Interface) yg membolehkan Synthesizer, mesin drum synthesizer elektrik, computer, MIDI
controller, sound card, sampler menyelaras sesama sendiri. Cuba kamu sendiri google & cari sejarah synthesizer di wikipedia, kamu akan
membaca bagaimana ia digunakan secara meluas pada 1970an yg perlahan-lahan menggantikan organ.


Tahun 1980an keyboard synthesizer diguna secara meluas selaras dengan perkembangan teknologi elektronik. Muncul band yang
memainkan muzik disco (synth pop & techno) secara elektronik keseluruhan seperti Depeche mode, Devo, Bellville Three, Giorgio
Moroder, Cybotron & banyak lagi. Alat Synthesizer juga digunakan mengiring penari breakdance, & rakaman lagu lagu Rap. Muzik Jazz,
R&B, Pop, hip hop, Rock, Metal atau apa apa saja lah mendapat manfaat dari perkembangan teknologi synthesizer (keyboard) kerana
bunyi satu set orkestra (40 -- 60 alat muzik acoustic atau muzik elektrik) boleh dimainkan hanya dengan memainkan beberapa keyboard
synthesizer. Pemain keyboard Synthesizer -- Kitaro (lagu Matsuri, bunyi synthesizer menyerupai bunyi flute), Stevie wonder, John Lord
(Deep Purple).


Synthesizer keyboard
Organ





Organ berkuasa air pada zaman Rom










Binaan paip besi yang mengeluarkan bunyi dari organ berkuasa udara






keyboard untuk pipe organ
Organ (perkataan Greek bermaksud "alat") ialah alat muzik berpapan nada (keyboard instrument) terdiri dari beberapa division, setiap
satu dipunyai satu papan nada (keyboard) dimainkan dengan tangan atau kaki. Organ alat lama dimainkan dalam Tradisi muzik barat
bertarikh dari masa 285-222 BC Ctesibius of Alexandria (pencipta hydraulic). Pada sekitar abad ke 8, ia menjadi muzik iringan dalam
perlawanan Gladiator, & mendapat tempat kekal di rumah ibadat. Organ paip hari ini ialah turunan dari organ purba itu. Angin di tiup
kedalam paip menggunakan pump (seperti accordion) tetapi dalam bentuk & bunyi yang besar. Reed organ & harmonium jenis yg
dimainkan sebelum terciptanya organ electric. Kecil seperti piano kecil, murah & mudah di bawa ke mana-mana tidak seperti organ paip yg
besar.


Hammond organ
Chord organ dicipta oleh Laurens Hammond tahun 1950. Sejak 1940an organ elektrik kecil boleh diperolehi yang bunyinya sama seperti
organ berpaip kemudian menjadi permulaan kepada alat muzik keyboard moden. Tahun 1960an-1970an organ menjadi alat popular
kumpulan muzik Pop & Rock pada masa itu seperti The Doors, Led Zeppelin, Deep Purple, Iron Butterfly & banyak lagi. Ada juga
rakaman alat organ dalam muzik Pop & pop tradisional Malaysia pada tahun 1960-an & 1970-an. Hari ini bunyi organ boleh
dimainkan dari Keyboard Synthesizer yang menggunakan Digital Sound Processor didalam atau Sound Sampler dalam hardware
keyboard. Alat keyboard moden hari ini boleh mengeluarkan pelbagai bunyi seperti alat windwood, reed, brass, string & percussion yang
menyerupai bunyi alat sebenar.



Rock n Roll Fender organ 1960's
Strings musical instument / Alat muzik bertali.


violin
Alat muzik bertali (string instrument) alat muzik yang mengeluarkan bunyi dari pada tali yang bergetar. Alat muzik bertali yang biasa kita
lihat seperti gitar violin cello banjo mandolin ukulele & harp. Mengikut skema Hornbostel-Sachs semua alat bertali itu tergolong dalam
kelas chordophones. String instrument terbahagi kepada 3 kumpulan,





Lutes- alat muzik dimana tali di sokong neck (leher) & bout (gourd) seperti gitar, violin, gambus & saz.


















Harps- alat talinya di frame












Zithers-alat talinya di pasang didalam badan seperti guqin, cimbalom, autoharp, atau piano.



Alat alat muzik ini di petik atau di gesek tali nya.
Alat muzik traditional bertali di Asia tenggara seperti gambus, sape, sundatang (Malaysia), kecapi (pulau Jawa & Sulawesi), kutiyapi
(Filipina), Erhu (etnik cina) & banyak lagi. Seperti yang anda tahu gitar, violin, cello & piano di bawa orang Eropah ke asia tenggara.
Bass





Bass ialah nada rendah, biasanya di mainkan mengguna double bass, cello, tuba, gitar bass, piano & synthesizer bass. Bass penting
kerana ia melengkapkan 3 bahagian dalam muzik iaitu:-
Bahagian Solo- Vocal & solo instrument
Bahagian Tengah- Rythmn
Bahagian Bass- Double bass, cello & gitar bass.






Di dalam muzik, bass akan di mainkan sebagai pengunci (key) kepada chord harmony dalam lagu. Bass dalam muzik moden pula
dimainkan mengikut rentak drum atau gendang. Bass biasanya dimain mengguna petikan jari atau di gesek. Teknik "slap" & "thump" mula
dimainkan sejak tahun 1940-an lagi. Tali gitar akan di tampar guna tangan & ibu jari untuk mengeluarkan bunyi kuat downbeat & upbeat.
Pada akhir tahun 1960-an, kerana pemain drum dari pemuzik Jazz & RnB tidak hadir di persembahan mereka, pemain bass terpaksa
mencuba bermain bass sambil membunyikan seperti rentak drum guna teknik slap & thump. Pemain bass itu ialah Larry Graham dari band
funk Sly & The Family Stone. Teknik ini mendapat perhatian bagi pemuzik Jazz, Funk & RnB lalu mula terkenal dan menjadi style untuk
persembahan & rakaman muzik ituu di tahun 1970-an sehingga hari ini. Dalam muzik Pop, biasanya bass line akan di petik mengikut kick
drum rentak. Dalam lagu Rock ia dipetik berturut-turut.

Guitar Fender Jazz Bass


Octo Bass
Octo Bass
Seperti yang anda tahu gitar Bass elektrik adalah gitar yang memainkan bunyi octave note yang paling low (bawah) sekali,sama seperti
alat doublebass didalam orkestra & band jazz. Penggunaan nya bermula pada era RocknRoll. Tapi tahu kah anda, ada beberapa orang
Kompser lagu classical yang menyertakan alat "Octobass" di dalam Orkestra seperti Berlioz, Mahler, Strauss, Brahms, Wagner,
Tchaikovsky & banyak lagi. Bayangkan apabila mendengar lagu dari orkestra Berliotz, Mahler atau Wagner yang di iringi alat "octobass"
ini, mesti "heavy" sound dia orang....
Contoh lagu Berliotz Symphonie Fantastique - 5th MovementBerliotz symphonie Fantastique-5th Movement.

Octo bererti lapan dlalam bahasa greek. perbezaan cello & octobass ialah seperti budak lelaki sebelum & selepas akil baligh. Mengikut
catatan Berlioz Octobass boleh memainkan note paling bawah sekali diluar julat telinga manusia (tak boleh didengari). Tali bawah sekali di
tune C1 (32.7 Hz), satu octave bawah daripada C alat cello (C2,65.41 Hz) Note ini seperti note paling bawah sekali pada alat doublebass
modern yg mempunyai sambungan C. tali tengah di tune (tala atau tiun) ke G1, tali note paling atas di tune C2. Bagaimana pun oleh
kerana Octobass adalah satu alat muzik yang besar sekali ia tidak begitu popular pada hari ini. Kita mungkin tidak akan pernah melihat
alat ini di mainkan di dalam orkestra kerana double bass boleh di amplified kan bunyi pada orkestra moden (di letak microphone).

Drum

Drum (gendang) di cipta oleh berbagai bangsa di masa lampau seawal 6000 BC (8000 tahun dahulu). ada yg telah dijumpai di
Mesopotamia yg bertarikh 3000 BC (5000 tahun dahulu),
asia timur & afrika oleh arkeologist. Orang Afrika purba menggunakan gendang untuk meluahkan perasaan mereka dan juga sebagai
alat perhubungan antara kampung. Rentak Rock n Roll & Jazz banyak dipengaruhi oleh pukulan gendang orang Afrika yg dibawa ke
Amerika di masa lampau. Apabila didapati seorang boleh bermain beberapa gendang sekaligus, maka orang mula menyusun gendang
gendang itu menjadi satu set.



Goblet drum Darambuka purba

Darbuka /darambuka di percayai berasal dari alat muzik Aryan atau Celt dari timur Eropah di bawa ke asia barat melalui
perdagangan sejak ribuan tahun yang lampau. Bagaimana pun alatan gendang atau drum bukan lah milik satu bangsa sahaja
kerana ia adalah ciptaan tersendiri. Alat ini terdapat dalam semua muzik kebudayaan di seluruh dunia. Dahulu gendang di
guna sebagai alat komunikasi (perhugungan) di Afrika & pribumi Amerika. Juga sebagai alat spiritual dalam sesetengah
kebudayaan lama. Dari China ke India, semenanjung Arab ke Afrika, Eropah & Russia, Asia tenggara & Polynesia, Pribumi
Amerika utara hingga selatan semuanya ada gendang tradisi.




Snare drum abad ke 18
Pemain drum itu bukan sahaja mainkan satu jenis rentak tetapi juga yang di import dari pelbagai budaya dari seluruh dunia. daripada
itu susunan gendang itu mula di kenali sebagai Drum Kit seawal 1900-an Noble & cooley pengeluar drum tertua Amerika sejak 1854
Cymbal & tom tom - yang menyerupai gendang & Cymbal China purba telah di tambah (kita boleh melihatnya pada gendang & canang
tarian singa, tetapi cara bermain drum bukan daripada tarian singa. tetapi dari pelbagai budaya di dunia) pada tahun 1930-an
drum telah menjadi satu set lengkap. Syarikat Pearl mula mengeluarkan drum kit pada tahun 1950, 5 tahun selepas perang dunia ke 2
berakhir. dekad 50-an juga melihat kepada kemunculan muzik Rock & Roll yang menggunakan rentak drum sebagai antara bahan
utama dalam perkembangan muzik Rock & Pop. Tahun 1960-an kita melihat bangkitnya pemain drum Rock & Pop menggunakan set
drum itu sebagai standard drum-kit hari ini. Hari ini terdapat pelbagai syarikat antarabangsa yang mengeluarkan peralatan drum. Ada
juga drum machine yang mengguna bunyi synthesizer, & ada juga drum pad elektronik yang di-set & di-main seperti drum acoustic
biasa.





Kick Drum

Ride Cymbal

Snare Drum








Tom-Tom



Crash Cymbal













Hi-Hat (hai-het)








FloorTom




Full Drum Set - Susunan Drum Penuh



Microphone placement (di mana letaknya microphone) untuk drum yang masuk mixer & keluar dari PA ke loudspeaker



Dalam studio rakaman Microphone diletak ke setiap alat drum untuk menangkap bunyi yang akan dirakam masuk kedalam mixer &
multitrack atau digital recorder.
Dalam persembahan muzik di venue (tempat) yang besar selalunya drum akan diletak microphone untuk di-amplifiy-kan
(membesarkan) bunyi nya







Zildjian adalah syarikat pembuat cymbal & alatan drum tertua di dunia bermula 400 tahun lalu di Turki (1623) sekarang berpengkalan
di Norwell Massachusetts USA

Anda mungkin juga menyukai