Anda di halaman 1dari 17

PORTFOLIO PROGRAM SAYANG ANAKKU SAYANG

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN


SMK KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA
1.0 PENGENALAN
Pada 2 Januari 2011, SMK Kelana Jaya telah diberi tanggungjawab untuk membuka kelas
bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP)

bagi

menyempurnakan hasrat ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap keperluan ini.
Tanggungjawab ini menuntut pihak sekolah untuk lebih prihatian akan keperluan khusus pelajar
dengan membaikpulih tandas untuk kegunaan mereka. Bilik darjah juga telah diubahsuai dan
diceriakan dengan dekorasi bahan pembelajaran dan hasil kerja tangan murid-murid ini. Pada
tahun 2013, sebuah bengkel Pendidikan Asas Vokasional (PAV) siap dibaik pulih tetapi masih
menunggu bekalan peralatan dan kelengkapan keselamatan sebelum dapat digunakan oleh
pelajar. Di samping itu, pihak sekolah turut menerima peruntukan RM20,000 untuk pembinaan
laluan selamat dan sesuai untuk pelajar yang berkerusi roda untuk ke bengkel PAV dan padang
sekolah. Sesungguhnya, PPKI Bermasalah Pembelajaran

memberi peluang kepada seluruh

warga SMK Kelana Jaya untuk menerima keperluan khas murid PPKIBP sebagai satu
keistimewaan yang dikongsi bersama. Pelbagai usaha juga telah dimulakan untuk membuka
pintu SMK Kelana Jaya kepada masyarakat dengan penganjuran Karnival Sihat Malaysia pada
30 Jun 2013 dan Program Pertukaran Kebudayaan dan Pembelajaran Malaysia-Jepun antara
SMK Kelana Jaya dan Seigo Gakuen High School, Tokyo, Jepun yang telah berlangsung pada 30
Ogos 2013.
Sesungguhnya, cabaran baru bagi seluruh warga SMK Kelana Jaya adalah menyahut cabaran
9 Aspek dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang mensasarkan usaha untuk:
1. Memartabatkan profesion keguruan
2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah
3. Meningkatkan kualiti sekolah
4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
1

6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi
dalam pendidikan
7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan
pasaran kerja
8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan
Untuk mencapai hasrat murni ini, semua pihak mesti berganding bahu, bergerak senada
ke arah menjayakan 11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025)
iaitu:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2. Memastikan murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah
6. Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

2.0 TUJUAN
Menurut Mansor (2005), Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha
yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran. Pendidikan Khas kini menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran,
perkembangan, penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran
pengembangan (development skill). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran
tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan
2

keperluan pendidikan khas seperti kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku sosial /


perkembangan kemahiran sosial, penguasaan bahasa lisan / pertuturan, penguasaan membaca,
kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran
keusahawanan, kebolehan penglihatan dan kebolehan pendengaran.
Penilaian pendidikan ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang
ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan
mereka. Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan
setiap murid, memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas
untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anakanak mereka. Penyediaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi setiap murid khas, bagi
membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu
jangka masa tertentu dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak
khas. Dalam hal ini konsep kolaboratif dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang
mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang
pendidikan murid-murid khas. Di samping itu konsep kolaborasi dalam pendidikan yang
membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan
kanak-kanak berkeperluan khas.
Projek ini bertujuan menambahbaik pengurusan rekod semua murid PPKI dengan
menggabungkan bukti dan rekod hasil pembelajaran murid melalui aktiviti bersepadu yang
dirancang kerana berdasarkan enrolmen murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran (PPKIBP) di SMK Kelana Jaya, terdapat 37 orang murid lelaki dan perempuan
dengan pelbagai ketidakupayaan berdaftar di sekolah ini pada tahun 2013. (Sila lihat Lampiran
1 : Senarai Nama Murid dan Jenis Ketidakupayaan)
Temubual yang telah dilakukan bersama Cik Fahmida binti Kamal Badarol, Penyelaras
PPKIBP, mendapati bahawa pihak pengurusan PPKIBP menyediakan 10 fail untuk merekodkan
aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di dalam kelas. Setiap fail merekodkan pencapaian
murid bagi setiap modul PdP bagi setiap mata pelajaran. Ini bermakna, sekiranya ibu bapa /
penjaga hadir untuk mengetahui pencapaian anak / jagaan masing-masing, guru-guru PPKIBP
akan merujuk kepada kesemua fail tersebut. Hal ini amat merumitkan bukan sahaja bagi ibu bapa
malahan guru-guru kerana terpaksa menyediakan pelbagai rekod sedangkan perhatian guru
3

adalah sepenuhnya kepada pelajar sepanjang masa pelajar berada di sekolah dari pukul 7.00 pagi
hingga 2.30 petang. Ruang yang terhad di dalam bilik PPKIBP menyebabkan fail-fail ini
terpaksa diletakkan di beberapa tempat yang berasingan sehingga menyukarkan guru-guru untuk
membuat rujukan dan membuat kerja-kerja kemaskini yang berkaitan. Hal ini bertambah rumit
kerana pelajar-pelajar PPKIBP hadir dengan pelbagai ketidakupayaan dan mempunyai tahap
pencapaian yang berbeza dari segi kognitif dan tingkahlaku. Guru-guru perlu menyesuaikan PdP
mereka mengikut tahap pencapaian setiap pelajar dan kefungsian mereka yang khusus dalam
memastikan setiap pelajar diberi peluang yang sama dengan pelajar lain.
Harapan setiap guru PPKIBP adalah untuk melahirkan pelajar PPKIBP yang memenuhi 5
aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menjelang 2025 iaitu mempunyai
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan
kerohanian dan identiti nasional.
Oleh itu, satu mesyuarat pengurusan PPKIBP telah diadakan pada 9 Oktober 2013 untuk
membincangkan beberapa langkah yang akan diambil untuk memperbaiki sistem pengurusan
rekod dan fail murid sedia ada. Sebahagian dokumen dan rekod daripada 10 fail yang sedia ada
akan digabungkan dalam Fail Perkembangan Murid (FPM) selaras dengan keperluan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang disesuaikan dengan keperluan murid PPKIBP bagi setiap mata
pelajaran yang ditawarkan. Beberapa aktiviti turut dirancang dan akan dilaksanakan sebagai
instrumen untuk mengukur pencapaian murid di penghujung tahun 2013 dan dapatan akan
direkodkan ke dalam FPM murid masing-masing beserta eviden untuk ditunjukkan kepada ibu
bapa untuk penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) murid bagi tahun 2014.
Kami bersetuju dengan Teori Behavioris yang menekankan peranan persekitaran dalam
proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara
suatu rangsangan dengan suatu gerak balas. Aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk
terlibat aktif dalam proses pembelajaran di dalam kelas dan guru berperanan menjalankan aktiviti
seumpama ini untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Akhir sekali,
ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi kepada murid bagi
membantu murid menikmati perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
4

Kami juga sedar bahawa pentaksiran dijalankan dengan tujuan sebagai salah satu proses
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran dapat
menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Ia juga berhasrat
mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran untuk
memperbaiki pengajaran-pembelajaran berikutnya. Pentaksiran membolehkan guru merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap
keupayaan murid. Hal ini akan dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas
secara efektif. Guru juga dapat merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan
untuk terus memperbaiki pengajaran dan pembelajaran murid di dalam dan di luar kelas. Aspekaspek utama dalam pentaksiran merangkumi instrumen, kumpulan yang ditaksir,

respon,

kumpulan pentaksir, dan skor atau standard prestasi yang ditetapkan.


Di samping itu, pengujian pula merupakan satu proses atau prosedur yang sistematik bagi
mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk
menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap
sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen
bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar. Pengukuran ini merupakan suatu proses bagi guru untuk
menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Melalui pengujian, seseorang guru
akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek, kaedah mengajar dan keberkesanan
sesebuah kurikulum.
Akhir sekali, penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi
aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses atau
prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran, yang
bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas
kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah
diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi
pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar,
sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada
5

sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal
pasti pelajar yang cepat dan cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah
yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan
keperluan pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru akan
menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan oleh guru untuk
mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang
dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi
masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.
Sehubungan itu, Program Sayang Anakku Sayang ini merangkumi pelbagai aktiviti
yang dirancang menjurus kepada sukatan pelajaran beberapa mata pelajaran yang diajar kepada
pelajar PPKIBP ini. Hasil pemerhatian guru dan tingkah laku pelajar merupakan instrumen untuk
pelaksanaan pentaksiran, pengujian dan penilaian yang disuai padan dengan tahap dan
pencapaian pelajar bermasalah pembelajaran di samping memperjelaskan amalan Pengajaran dan
Pembelajaran yang lebih mempraktikkan pendekatan teori behavioris kerana guru-guru
mendepani pelajar dengan pelbagai ketidakupayaan dalam masalah pembelajaran mereka.
3.0 PELAKSANAAN PROJEK
Langkah pertama yang telah kami lakukan ialah menjalankan analisis persekitaran untuk
mendapatkan maklumat status qou. Proses ini amat penting kerana maklumat yang diperoleh
dapat memberikan gambaran kedudukan semasa sebelum perancangan strategik dibuat dan
dihasilkan untuk dilaksanakan. Perbincangan khas bersama guru-guru PPKIBP SMK Kelana
Jaya telah mengenalpasti isu-isu strategik yang perlu diberi perhatian dan diselesaikan
merangkumi aspek pelajar, guru dan infrastruktur serta pengurusan kurikulum PPKIBP. (Sila
lihat Lampiran 2 : Isu-isu Strategik dan Analisis Persekitaran)
Berdasarkan perbincangan dengan guru-guru PPKIBP, beberapa kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman telah dikenalpasti sebagai faktor yang menyumbang kepada isu-isu
strategik dalam pengurusan PPKIBP di SMK Kelana Jaya. Aktiviti sumbangsaran oleh semua
guru PPKIBP banyak membantu mendapatkan punca yang tepat kerana mereka terdiri dari
kalangan guru yang berpengalaman dan telah mengikuti latihan khas untuk menguruskan pelajar6

pelajar bermasalah pembelajaran ini. Mereka seterusnya membantu mengenalpasti kepentingan


pengurusan Fail Perkembangan Murid yang cekap untuk meningkatkan keberkesanan sesi PdP
yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.(Sila Lihat Lampiran 3 : Analisis SWOT dan
TOWS Matrik)
Sehubungan itu, matlamat strategik untuk menambahbaik sistem pengurusan Fail dan
Rekod telah dipilih kerana hasil daripada pelaksanaan aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran yang
dirancang sepanjang tempoh 8 hingga 15 November 2013 ini nanti dapat dijadikan eviden murid
bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah Murid Berkeperluan Khas.
Berdasarkan Pelan Taktikal, program yang akan dilaksanakan diperincikan lagi melalui
Pelan Operasi. Dalam pelan operasi ini, langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
dipermudahkan dengan mengikut urutan kerja yang ditetapkan. Bermula dengan perbincangan
dengan pihak pentadbir di dalam Mesyuarat Pengurusan bil 17/2013 pada 23 Oktober 2013 bagi
memutuskan projek program sandaran yang dipilih sehinggalah kepada mesyuarat jawatankuasa
kerja dan agihan tugas jawatan kuasa yang terlibat. ( Sila lihat Pelan operasi bagi pelaksanaan
keseluruhan program dalam Lampiran 3).
Semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
Berdasarkan kehadiran murid yang dicatatkan dalam Lampiran 4 : Kehadiran Murid PPKIBP,
dapatlah dirumuskan bahawa purata kehadiran murid PPKIBP pada minggu terakhir
persekolahan adalah 13 orang setiap hari selama 6 hari atau bersamaan dengan 35% daripada 37
orang murid PPKIBP yang berdaftar. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana kalangan pelajar ini
sememangnya menghadapi masalah kesihatan. Surat Cuti Sakit dan Surat Makluman Ibu Bapa
telah diterima untuk direkodkan. Sehubungan itu, beberapa pengubahsuaian telah dibuat ke atas
aktiviti yang dirancang.
i- Acara 1 Murid 1 Sukan
Pada 8 November 2013 (Jumaat), 12 orang pelajar yang hadir telah terlibat dalam Acara 1
Murid 1 Sukan. Pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan dibantu oleh seorang guru
pembimbing bagi setiap kumpulan. Pelajar dengan pelbagai ketidakupayaan dan berbeza tahap
pencapaian digabungkan dalam satu kumpulan agar mereka dapat bekerjasama sebagai satu
7

pasukan. Seorang ketua pasukan telah dipilih untuk mengatur strategi kumpulan bagi memenangi
acara yang dipertandingkan. Acara dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan yang dipimpin
oleh Encik Mohd Nazri bin Yaakub selama 30 minit.
Tepat pukul 8.00 pagi, pertandingan dimulakan dengan acara Belon Emas. Peserta
dikehendaki menjaga 2 biji belon yang diikat di kaki masing-masing agar tidak dipecahkan oleh
pihak lawan, dan berusaha menggunakan ketangkasan dan strategi kumpulan masing-masing
untuk cuba memecahkan sebanyak mana belon pihak lawan. Ketua kumpulan memberikan
arahan dan memastikan ahlinya selamat. Semangat kerjasama yang tinggi ditunjukkan antara
pelajar dan acara ini sangat menyeronokkan kerana pelajar meminati belon yang berwarna-warni.
Acara kedua ialah Piring Ajaib. Peserta dari setiap kumpulan dikehendaki membuka dan
menutup piring kumpulan masing-masing secara bergilir-gilir. Kumpulan terpantas memenangi
pertandingan ini. Ahli kumpulan menyusun strategi mengikut ketangkasan ahli dalam kumpulan
berbanding pihak lawan. Peserta menggunakan motor kasar untuk bergerak pantas dan
membongkok untuk membuka dan menutup piring masing-masing.
Acara terakhir ialah Ekor Kertas. Acara ini seperti permainan Tok Harimau di mana ahli
kumpulan diterajui oleh ketua kumpulan berusaha melindungi ekor masing-masing. Mana-mana
peserta yang ekornya dapat ditarik oleh pasukan lawan dianggap telah dibaham harimau dan
terpaksa keluar dari permainan. Kumpulan dengan bilangan ahli yang paling ramai terselamat
memenangi pertandingan ini.
Guru-guru PPKIBP membuat pemerhatian untuk melihat semangat kerjasama yang
ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan dan ciri-ciri kepimpinan ketua kumpulan. Satu senarai
semak penilaian tingkah laku yang disesuaikan dengan PBS mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan disediakan dan digunakan untuk menilai pelajar.
ii- Pertandingan Gubahan Buah-buahan
Buah-buahan baik untuk kesihatan. Setiap dari kita digalakkan untuk banyak makan buahbuahan setiap hari kerana buah-buahan kaya dengan serat dan pelbagai vitamin untuk menjamin
kecerdasan fizikal dan mental kita. Pelajar PPKIBP ini terdiri dari pelbagai tahap kecerdasan dan
8

keupayaan. Pelajar dengan tahap tinggi dipilih sebagai ketua kumpulan. Pelajar dengan tahap
sederhana diberi kepercayaan untuk membantu memotong buah-buahan untuk tujuan gubahan.
Manakala pelajar dengan tahap rendah diminta membantu mengenal buah-buahan yang
diperlukan seperti contoh diberikan.
Pada 11 November 2013 (Isnin), 14 orang pelajar hadir dan telah diagihkan kepada 3
kumpulan dan dibimbing oleh seorang guru pembimbing. Acara dimulakan tepat pada pukul 9.30
pagi dengan penyerahan apron kepada setiap peserta untuk menjaga kebersihan. Semua pelajar
diminta mencuci tangan dan membersihkan buah-buahan yang dipilih untuk tujuan gubahan.
Contoh gubahan telah ditunjukkan untuk panduan semua kumpulan. Ketua kumpulan membuat
agihan tugas agar tugasan dapat disiapkan oleh kumpulan masing-masing pada masa ditetapkan.
Setiap kumpulan diberi masa 3 jam untuk menyiapkan gubahan mengikut tema pilihan.
Hasil gubahan buah-buahan bagi setiap kumpulan dinilai dari segi kebersihan, kreativiti dan
ketulenan tema yang diketengahkan. Satu senarai semak penilaian tingkah laku setiap pelajar
yang terlibat turut disediakan untuk menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan PBS mata
pelajaran Kemahiran Hidup. Guru-guru PPKIBP menggunakan senarai semak berkenaan beserta
maklumbalas berkaitan sebagai rekod pencapaian murid untuk aktiviti yang dijalankan. Pelajar
dan guru turut menikmati buah-buahan segar yang baik untuk kesihatan selepas pertandingan
tamat.

iii- Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Negara


Semua pelajar dan guru serta ibu bapa teruja untuk mengikuti aktiviti lawatan yang
dirancang. Beberapa persiapan telah dibuat lebih awal untuk memastikan setiap aspek
keselamatan dititikberatkan. Lawatan ini telah disokong oleh Puan Zaharah binti Yaakob,
Pengetua, SMK Kelana Jaya dan diluluskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama. Pada
12 November 2013 (Selasa), dengan menaiki bas yang disewa khas, 12 orang pelajar diiringi 6
orang guru PPKIBP dan 2 orang pembantu pengurusan murid serta seorang ibu pelajar, telah
9

bertolak ke Zoo Negara pada pukul 8.30 pagi. Kesemua pelajar dikecualikan dari bayaran tiket
kerana mereka adalah kalangan Orang Kurang Upaya. Pelajar diagihkan kepada 6 kumpulan
dengan seorang guru membimbing 2 orang pelajar. Pembantu pengurusan murid membantu
pelajar yang memerlukan bantuan dari segi fizikal dan lain-lain. Mereka memulakan
penjelajahan di Zoo Negara dengan menaiki bas khas yang disediakan. Pelajar PPKIBP begitu
teruja melihat hidupan liar yang pelbagai saiz dan bentuk serta mengeluarkan bunyi yang
berbeza. Mereka berpeluang melihat unta, gajah, harimau, kuda, singa dan pelbagai jenis haiwan
dengan mata kepala mereka sendiri. Hal ini amat baik untuk merangsang minda anak-anak
istimewa ini.
Pada pukul 11.30 pagi, mereka semua berpeluang melihat pertunjukan burung yang amat
diminati oleh anak-anak ini. Burung-burung yang dilatih begitu bijak melakukan tugasan yang
diberi oleh tuannya dan cukup bijak mencuit hati para pengunjung. Keriangan jelas tergambar di
wajah setiap pelajar yang mengikuti lawatan ini. Mereka juga mengambil peluang melihat
dengan lebih dekat beberapa jenis haiwan sebelum meninggalkan Zoo Negara untuk pulang.
Sesungguhnya, pengalaman ini amat bermakna bagi setiap pelajar kerana dapat melihat
keindahan alam ciptaan Tuhan dan menghargai kebesaran ciptaanNYA. Satu senarai semak turut
disediakan dan digunakan oleh guru-guru PPKIBP untuk mentaksir tingkah laku pelajar dalam
PBS mata pelajaran Sains Sosial yang melihat kepada tahap toleransi antara pelajar dengan
rakan-rakan dan alam sekelilingnya.
iv- Pertandingan Mewarna
Untuk melengkapkan hasil lawatan pelajar ke Zoo Negara, pelajar diminta terlibat secara
individu dalam Pertandingan Mewarna gambar-gambar haiwan di Zoo Negara. Pada 13
November 2013 (Rabu), 19 orang pelajar hadir dan mengambil bahagian dalam pertandingan
yang diadakan. Gambar yang diberi untuk diwarnakan berbeza mengikut tahap pencapaian
mereka. Pelajar dengan tahap tinggi diberikan gambar poster Hidupan di Zoo. Pelajar dengan
tahap sederhana diberi gambar yang lebih ringkas iaitu 3 jenis haiwan sahaja. Pelajar dengan
tahap rendah diberi gambar seekor gajah. Tugasan yang diberikan ialah pelajar diminta
mewarnakan gambar berkenaan dalam ruangan yang disediakan. Pelajar sebenarnya

10

menggunakan motor halus masing-masing untuk memegang pensel warna dan melorekkan ruang
yang ditentukan. Pemilihan warna yang tepat menghasilkan lukisan yang cantik dan kemas.
v-

Kuiz Minda Cerdas

Pada 14 November 2013 (Khamis), seramai 12 orang pelajar hadir dan telah menduduki ujian
yang disediakan. Soalan kuiz disediakan mengikut tahap pencapaian pelajar iaitu tahap tinggi,
sederhana dan rendah bagi setiap mata pelajaran. Kuiz dimulakan dengan Ujian kertas Bahasa
Melayu dari pukul 8.00 pagi 9.00 pagi iaitu selama 1 jam. Pelajar dibenarkan rehat pada pukul
9.00 pagi. Kuiz Minda Cerdas disambung semula tepat pada pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi
untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kuiz Minda Cerdas diakhiri dengan ujian bagi mata
pelajaran Matematik yang telah diadakan dari pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
vi-

Majlis Penyampaian Hadiah dan Jamuan Akhir Tahun 2013

Pada 15 November 2013 (Jumaat) iaitu hari terakhir persekolahan bagi sesi 2013, satu Majlis
Penyampaian Hadiah dan Jamuan Akhir Tahun 2013 telah diadakan dengan dihadiri oleh 11
orang pelajar PPKIBP dan 5 orang wakil ibu bapa. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan
pengkaji selaku penyelaras program dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Puan Zaharah
binti Yaakob, Pengetua SMK Kelana Jaya. Pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah telah
menerima peruntukan sebanyak RM 20,000 untuk kerja-kerja menaiktaraf kemudahan
infrastruktur PPKIBP. Peruntukan ini adalah untuk pembinaan laluan khas ke padang sekolah
dan pemasangan besi pemegang di koridor kelas pendidikan khas untuk tujuan keselamatan.
(Rujuk Lampiran 4 : Status Projek Infrastruktur PPKIBP)
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menjanjikan pemasangan sebuah kabin
khas untuk menampung bilangan kelas untuk PPKIBP. Pengetua juga memaklumkan bahawa
setakat ini 17 orang pelajar baru PPKIBP telah ditempatkan di SMK Kelana Jaya mulai tahun
2014. Hal ini akan menjadikan jumlah keseluruhan pelajar PPKIBP yang berdaftar di SMK
Kelana Jaya mulai Januari 2014 adalah sejumlah 54 orang. Perkembangan ini menuntut
perhatian yang lebih serius dan komitmen yang lebih tinggi dari kalangan pengurusan sekolah
dan guru-guru PPKIBP khususnya. Beliau seterusnya merasmikan majlis dan menyampaikan
hadiah kepada semua pemenang dan penerima anugerah untuk tahun 2013.
11

Jamuan Akhir Tahun 2013 memberi peluang kepada ibu bapa beramah mesra bersama guruguru dan pelajar lain. Hubungan erat antara ibu bapa dan pihak sekolah akan membantu
memudahkan pencapaian objektif PPKIBP untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada
anak-anak istimewa ini. Setiap dari mereka mempunyai potensi untuk berjaya pada tahap mereka
sendiri dan harus diberi ruang dan peluang untuk mengetengahkan bakat masing-masing demi
mendepani masa hadapan yang lebih mencabar di luar sana. Majlis ini amat istimewa kerana
salah seorang pelajar PPKIBP, Nik Nur Amirah turut diraikan kerana telah berjaya menamatkan
pelajaran di peringkat menengah pada tahun ini.
4.0 IMPLIKASI PROJEK
Berdasarkan 6 aktiviti yang dijalankan dari 8 hingga 15 November 2013, dapatan berikut
direkodkan bagi setiap murid yang mengambil bahagian.
i- Rancangan Pengajaran Individu (RPI) yang telah disediakan pada awal tahun dilengkapkan
dengan pencapaian murid pada akhir tahun 2013. Maklumbalas akhir turut dicatatkan untuk
dimaklumkan kepada ibu bapa pada hari pertama persekolahan tahun 2014. Rekod pencapaian
ini adalah bagi semua mata pelajaran dan kefungsian kemahiran yang digariskan di dalam
sukatan pelajaran PPKIBP.

Contoh Laporan Rancangan Pengajaran Individu Tahun 2013

12

ii- Dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi setiap mata pelajaran telah disediakan
dan penilaian telah dibuat berdasarkan pemerhatian dan tingkah laku pelajar sepanjang
aktiviti program dijalankan. Dokumen Senarai Semak ini beserta gambar aktiviti, hasil
tugasan Pertandingan Mewarna dan kertas ujian Kuiz Minda Cerdas bagi ketiga-tiga mata
pelajaran adalah evidens bagi tahap pencapaian pelajar.

Contoh Senarai Semak Aktiviti

Contoh Hasil Pertandingan Mewarna

Contoh Kertas Ujian Kuiz Minda Cerdas

Contoh Hasil Pertandingan Gubahan Buah-buahan

iii- Fail Perkembangan Murid telah disediakan dan akan dikemaskini dengan memasukkan
semua dokumen PBS beserta evidens yang berkaitan bagi setiap mata pelajaran yang ditaksir.
13

FPM ini disediakan untuk semua pelajar PPKIBP yang berdaftar di SMK Kelana Jaya. FPM ini
akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang tahun sebagai dokumen rujukan untuk
membuktikan bahawa Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas telah dilaksanakan bersama pelajar
dan tahap pencapaian murid dapat ditunjukkan kepada ibu bapa dan pemantau yang berkenaan.
5.0 PENUTUP
Pada pandangan saya, kekuatan program ini terletak pada semangat kerja sepasukan yang
dijelmakan dalam melaksanakan projek ini. Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada
pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas
secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada
gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari
segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan
komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
Melalui kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa perlu menambah
sumbernya kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan
secara bersendirian.
Lapan nilai-nilai utama yang menjadi pra-syarat kepada pelaksanaan kerja secara berpasukan
dihayati bersama ahli jawatankuasa projek ini, Nilai-nilai ini termasuklah mempunyai matlamat
sama; memikul tanggungjawab bersama; saling percaya mempercayai; berkongsi idea; saling
bantu membantu; bertolak ansur; semangat bermusyawarah dan mementingkan kerjasama.
Dalam melaksanakan projek ini, pengkaji dan penyelaras PPKIBP mendapati bahawa kerja
berpasukan dapat mengurangkan beban membuat keputusan dan penyelesaian. Ini kerana semua
keputusan dibuat secara persepakatan, dan bukan individu.
Saya juga dapati bahawa projek ini melahirkan sumber manusia yang lebih produktif:
Dengan semangat bekerja secara berpasukan, kami seolah-olah mendapat kekuatan yang baru.
Pertama, semangat, fokus, dan produktiviti ahli meningkat. Mereka tidak berasa keseorangan,
sebaliknya wujud rasa kebersamaan. Selain daripada itu, pasukan ini sendiri menjadi satu
sumber manusia yang tersendiri. Pasukan boleh dianggap sebagai suatu entiti yang mempunyai
kelebihan dan produktiviti sendiri. Contohnya, tugasan membuat keputusan dan penyelesaian
14

masalah memilih acara 1 Murid 1 Sukan yang sesuai untuk semua murid PPKIBP yang hadir
dengan pelbagai ketidakupayaan ini tidak boleh dikendalikan oleh seorang ahli, tetapi ia boleh
disempurnakan oleh sebuah pasukan. Begitu juga dengan tugas-tugas yang lain. Dalam keadaan
sebegini, memiliki pasukan itu sendiri seolah-olah memiliki satu lagi sumber manusia yang
berkebolehan, cekap dan berkesan.
Saya juga sedar bahawa dengan membina pasukan yang baik, bermakna kami juga membina
komitmen yang baik. Kami berada dalam sebuah pasukan yang bersemangat dan cekap sehingga
setiap ahli juga menjadi cekap dan bersemangat. Oleh itu, membina sebuah pasukan yang
mempunyai ciri-ciri yang terbaik, yang bersesuaian dengan tugas dan matlamat yang hendak
dicapai amat penting dan bermakna.
Sepanjang melaksanakan projek ini, saya dapati bahawa komunikasi adalah penting dalam
sesebuah pasukan. Seseorang ketua pasukan mestilah sentiasa berusaha mewujudkan sistem dan
budaya komunikasi yang tulus dan terbuka. Dia juga mesti menjadi pendorong kepada manamana ahli yang berasa tertekan dengan bebanan kerja khususnya pada akhir tahun. Ahli-ahli
jawatan kuasa sentiasa memastikan rakan-rakan sepasukan menyampaikan maklumat dan mesej
yang diperlukan dengan telus dan terbuka sehingga melahirkan semangat setiakawan dan
sepunya di kalangan guru-guru PPKIBP dan murid-murid juga.
Saya juga belajar bahawa satu lagi produk kerja berpasukan ialah kualiti. Pasukan ini terdiri
daripada pelbagai individu yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran. Masingmasing ada kelebihan dan kekurangan. Dengan bekerja dalam satu pasukan, kekuatan kami
semua bergabung dan mengeluarkan hasil yang cukup menakjubkan. Tiada kata dapat
menggambarkan kepuasan kami apabila pelajar melahirkan keseronokan dan kegembiraan
mereka mengikuti lawatan ke Zoo Negara.
Akhir sekali, apabila bekerja bersama-sama dengan rakan yang lain, saya berasa lebih
bersemangat dan berdaya tahan. Ini kerana pengkaji belajar melihat kesukaran dan kesusahan
yang dihadapi oleh rakan sepasukan dalam menguruskan murid-murid PPKIBP yang menuntut
tahap kesabaran yang tinggi, semangat saya kembali bersinar dan bertekad untuk menghadapi
segala masalah dengan lebih yakin. Program ini memberi peluang kepada saya untuk menghayati
kerja berpasukan dengan baik sehingga berasa lebih puas dan gembira menjalankan tugas.
15

Beberapa cadangan penambahbaikan program seterusnya termasuklah pelaksanaan program


yang sistematik dari awal tahun. Semua pelajar PPKIBP juga mesti didaftarkan dan
perkembangan pembelajaran mereka dapat direkodkan dalam Modul Perekodan Pembelajaran
Murid yang baharu untuk kemudahan semua agar dapat mengakses pencapaian semasa pelajar di
hujung jari. Pengwujudan jawatan jururawat dan pembantu jururawat amat diperlukan kerana
guru tiada pengetahuan dan kepakaran yang tepat dalam soal memantau tahap kesihatan pelajar.
Setiap warga mempunyai hak untuk menerima pendidikan wajib sehingga berumur 19 tahun
sama ada normal maupun berkeperluan khas. Oleh itu, beberapa cadangan ingin dikemukakan
terutamanya agar bilik darjah yang lebih luas, kondusif dan lengkap dengan kemudahan ICT
khas disediakan untuk kegunaan pelajar. Bilik pembelajaran untuk murid berkeperluan khas di
kebanyakan sekolah tidak kondusif. Pada asasnya, nisbah satu kelas ialah empat murid bagi
memudahkan guru untuk bergerak dan memberikan perhatian kepada setiap murid. Selain itu
lazimnya, di dalam kelas ada banyak bantuan peralatan pembelajaran yang perlu digunakan
untuk mengajar anak-anak ini. Suasana sekolah juga didapati tidak selesa, tidak sesuai dan tidak
memenuhi keperluan anak-anak istimewa ini. Contohnya penyediaan laluan khas untuk murid
yang menggunakan kerusi roda, dan palang besi di kaki lima untuk murid yang bermasalah
Serebral Palsi belum disediakan. Kesemua ini bertujuan untuk memberi kemudahan untuk
bergerak di kawasan sekitar sekolah. Masalah kekurangan kelengkapan dan kemudahan bilik
terapi serta alat bantu pembelajaran di sekolah juga agak ketara. Hanya segelintir sekolah yang
mampu menyediakan kemudahan sebegini memandangkan kosnya yang tinggi.
Kebanyakan kelas pendidikan khas adalah sempit dan terpaksa berkongsi ruang. Ini
menjadikan pergerakan murid istimewa ini terhad dan terganggu. Keadaan ini boleh
mewujudkan pelbagai masalah terutamanya masalah tingkah laku. Tahap keselamatan murid
istimewa di dalam kelas juga tidak terjamin jika mempunyai murid yang bersikap agresif.
Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan emosi kepada rakan tetapi kepada guru itu sendiri.
Saya dan Penyelaras PPKIBP, Cik Fahmida binti Kamal Badarol telah berkesempatan
mengikuti Lawatan Penandaarasan Unit Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Petaling
Utama ke Sekolah Pendidikan Khas di Sakai, Jepun dari 7 hingga 11 Januari 2013. Saya
berharap agar kemudahan untuk murid-murid berkeperluan khas di seluruh negara dapat
16

ditambahbaik setaraf dengan kemajuan negara. Anjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia (PPPM) menekankan hasrat menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa kepada semua warganya. Murid-murid pendidikan khas ini juga
tidak terkecuali daripada hasrat Aspirasi Murid iaitu mempunyai pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin dan kemahiran dwibahasa. Mereka juga mestilah lahir sebagai
warga yang mempunyai identiti nasional yang mengamalkan nilai-nilai etika dan kerohanian.
(Sila lihat Lampiran 5 : Contoh Kemudahan Sekolah Pendidikan Khas di Jepun)

17